Monday, June 20, 2011

School Programmes: Health Education & Immunization.

Salam alaik.

Seperti yang dijanjikan sebelum ni, aku cuba asingkan part ni daripada entri lepas.

Pada hari rabu yang lepas, aku dan groupmates yang posting kat KK Beserah berpeluang ke SK Beserah untuk school programmes. Kami bertolak pada pukul 8.30 pagi. Apabila sampai, kami terus ke bangunan belakang. Target pertama kami adalah kanak-kanak pra-sekolah.

Sampainya disana, mereka sedang breakfast. Apabila semua habiskan makanan, mereka membaca doa selepas makan beramai-ramai. Amat kuat sekali kedengaran. Tiba-tiba mengimbau kenangan waktu berada di tadika dulu. Innocent la sangat kan. Hehe.

Mereka diajak berkumpul di suatu sudut. Agenda seterusnya adalah health education untuk budak-budak kecik ni. Presentation pertama tentang cacing, dan presentation kedua tentang kebersihan diri. Rupanya cikgu kat situ garang. Seyes aku dengar cikgu dia marah pun aku takut. Tak macam cikgu tadika aku dulu, baik sangat. Sampai sekarang ingat nama, Cikgu Nor. Hehe.

Sebagai presenter yang pertama, rasa sedikit cuak walaupun berhadapan dengan kanak-kanak sebegini. Sebetulnya, I wasn't well prepared on that day. Study slides pun gitu-gitu je. Owh lupa nak cakap, mood aku aritu tak berapa bagus. Mungkin sebab selsema teruk dan rasa tak selesa, I was quite moody. Selepas tengok budak-budak dan reaksi ceria dorang, rasa lebih tenang dan gembira. Haha.

After my presentation kan, aku agak terkejut bila sorang budak laki ni nanges. Aku kaget. Teruk dan scary sangat ke kisah cacing yang aku ceritakan tadi? Rupanya, dia takut nak makan ubat cacing. -_-' Haha. Kalut kitorang pujuk. Cakap ubat tu sedap, siap perisa vanilla ag. Macam eskrem.

Sebelum presentation kedua daripada Sol, kami berpakat untuk menyanyikan sebuah lagu untuk dorang. "Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, terus mandi.....". Itu perancangan last minute taw. Walaupun lupa lirik dan gaya hingga terpaksa ulang sekali lagi, those kids betul-betul enjoyed. Same goes to us act. Hihi.

Nama seorang demi seorang dipanggil. Kami cek dari head-to-toe. Pastu bagi ubat cacing. Nyum~ Nyum~ Aku tak suka pun. Hehe. Akhirnya budak laki yang nanges tu pun berjaya makan jugak.

Last but not least, kami bergambar beramai-ramai tanda kenangan datang ke situ. Best sangat walaupun ada yang agak nakal. Lagipun lama tak layan budak-budak 6 tahun ni.

Program seterusnya untuk bagi imunisasi bagi pelajar tahun satu di sekolah yang sama. Jadi dari pagi sampai tengahari, kami tak kemana-mana. Makan, lepak dan tido di surau sekolah saja mampu kami buat. Seyesly, selsema aku makin teruk. Sangat tak selesa sampai aku rasa nak cabut je hidung ni. Mujur Sol bagi aku coklat, it made me feel better.

Eh bukan coklat tu buat selsema aku kurang tapi bila ada something dalam mulut, aku rasa selesa dan selsema tak menjadi-jadi. Kiranya, aku asyik nak makan je time tu. Beli jambu 3-4 plastik untuk di kunyah. Pelik tak? Huhu.

Waktu tengahari, pelajar-pelajar tahap 1 dah berkumpul di kantin kerana sesi untuk tahap 1 adalah sesi petang. Patutlah masa pagi tadi just nampak budak tahap 2 je.

Sebelum bagi imunisasi, mereka juga diberikan sedikit ceramah kesihatan tentang kebersihan. Group kami kali ni berpeluang untuk bagi imunisasi untuk satu kelas sahaja. Selepas buat head-to-toe physical examination, mereka diberi OPV orally & 2 injections (MMR, DtaP). Satu kat bahu sebelah kiri, satu kat bahu sebelah kanan. Eh mereka tak menangis pun. Kuatnye. Hehe.

Kami rotate supaya ramai dapat rasa bagi injection kat budak darjah satu. Sebelum ni bagi kat adult & babies je kan. Best jugak dapat experience macam ni. Tapi tak best bila ada few staffs daripada KK yang tak berapa nak friendly. Campur mood swing pulak. Huh.

Sebelum pulang, ada satu budak ni hampir nak nanges bila dia sorang ag tak dapat injection. Dia dari kelas lain tapi budak kelas dia suma dah dapat. Mungkin sebab dia tak datang aritu. So SN cakap lain kali datang lagi. Jangan risau. Hmm, nanges sebab tak dapat injection pun ada? Hehe. Lagi satu kes, aku terkejut sorang budak laki, Nur Iman bajunya berdarah. Lepas cucuk tadi, dia buang terus swab dan tak tekan kat bahagian tu. Aku yang inject dia kot. Wuwu. T-T Tapi dia cool je aku tengok, bukan nak sedih ke ape ke. Asyik sengih memangjang. Dia cakap tak sakit pun. Fuh~ Selamat!

Rasanya thats all kot. Thanks for reading. :)

P/s: Senang sangat dapat selsema. T-T

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...