Saturday, June 18, 2011

2 Kenduri-es in 1 Day.

Salam alaik.

Entri ini sepatutnya diupdate minggu lepas tapi disebabkan kekangan masa, saat ini barulah dapat mengupdate dgn senang hatinya.

Ok, those events berlaku pada weekend yang lepas 11-06-11. Satu kenduri klasmate aku & satu lagi kenduri anak kepada mak angkat aku masa program Baktisiswa 2011.

Tahniah kpd pasangan Nurussolehah Yusof & Muhammad Naazir Ramly, dan juga Anak Mak Angkat & Isteri. Sori lupa nama. Hehe.

Seawal 10 pagi, aku dan kawan-kawan berangkat ke rumah klasmate kami ini.

Start pada jam 10.30 dan lafaz akad nikah tepat jam 11 pagi kalu tak silap. Hehe. Dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan. Sangat menarik.

Sempat bergambar sebelum bergelar isteri.

Selepas makan-makan, aku dan beberapa orang kawan lagi bergerak ke destinasi seterusnya. Tapi malang sekali apabila kami tersesat selepas kuar dari lorong umah Sol. Tetibe nak sampai ke Gambang. Sementara itu, kami menunggu kedatangan kawan-kawan dari Gombak yang turut menghadirkan diri ke umah mak angkat.

Sempat duduk di pelamin kosong. 7 budak nursing, 3 budak kaed & 1 anak saudara mak angkat. Dalam masa sehari je dah dapat 3 orang kawan baru. Hehe.

Bersama keluarga angkat. Ang (nus), Pika (nus) & Syikin (kaed). Ila (kaed) tak dapat datang. Kalu tak cukup 4 orang masa program aritu.

Dari pukul 1.30 hingga la hampir pukul 3 kami berada disana. Tapi aku ingin bergegas pulang kerana terpaksa menghadiri meeting jam 3. Kalut betul aku.

Sesampainya di uia, aku tukar baju dgn secepatnya. Pakai selekeh pun selekeh la. Ingat nak pergi meeting terus. Tapi memandangkan dak-dak kaed nak pusing-pusing uia kuantan dulu, aku masuk kete dorang jd tourist guide (sambil kete dorang ikut kete yg Pika bawak). Then barulah aku jejakkan kaki ke meeting. Huhu.

Seriously mmg penat aritu. Tapi tumpang gembira utk kawan-kawan. :)

P/s: Besday abah aku 11hb Jun rupanya. Aku lupa. -_-'
P/ss: Dalam kegembiraan, ada juga berita menyedihkan. Kepada arwah Mohd Adhamerudin Omar dan sahabat beliau, semoga roh kalian dicucuri rahmat. Klik sini untuk berita lanjut.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...