Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Wednesday, January 25, 2012

Happy Wedding Ee.

Salam alaik.

Ntah tiba-tiba nak wat entri pasal ni. Haha. Sekalung tahniah buat Ee dan isteri, Angah atas pernikahan kalian pada 23 Januari 2012 yang lalu. Barakallah~ Mabruk~

Pernah terjumpa ngan Ee masa program kat Gombak masa 2nd year dulu. Nasib baik masing-masing cam. Angah pun pernah nampak jugak depan mata. Alhamdulillah sekarang dah bergelar suami isteri. :)

Sebenarnya aku tak pergi pun wedding dorang. Jauh nun di Perak. Kalu wat kat Ganu senang sikit kan. Hehe. Erkk sekejap. Gambar kat bawah ni cilok dari fb kawan. Ehem.. Syau, mintak izin copy gambar ni. Kang ada yang msg nanti cakap amek gambar tak mintak izin pulak. Haha.


Hmm it supposed to be a nurse not a doctor kat atas tu tapi peribadi tu tak la. Haha. Tu disebabkan Ee pernah tanya aku pasal ujian HIV yang diwajibkan kepada setiap pasangan sebelum mendirikan rumah tangga. Takut kena amek banyak darah. Pastu tanya pasal thalassemia jugak. So sebagai nursing student berbekal ilmu yang begitu sedikit didada ni, boleh la nak explain sikit-sikit walaupun aku tak pasti Ee faham ke tak. Maklum la explanation aku lintang pukang. Huhu.

Semoga berbahagia dan bercinta sampai ke syurga ok kawan.

Wedding senior, Kak Yuni pun tak dapat hadir. Huu. Next wedding mereka yang satu batch ni sape pulak ye? Hehe.

P/s: My turn pulak? Who knows.. Hehe. :)

Tuesday, September 13, 2011

Aunty's Wedding.

Salam alaik.

Sabtu baru-baru ni 10 September 2011, mak sedara bongsu aku Ida selamat diijabkabulkan. Alhamdulillah. Walaupun tak sempat tengok gara-gara sampai lambat kat masjid, aku tak kisah pun. Sebabnya...

Satu, malam tu aku tak tidur sebab nak siapkan hias pelamin. Pelamin asal sangatlah tak cantek macam dalam gambar n hasilnya tak memuaskan. Lastly kitorang hias sendiri. Buang bunga-bunga plastik yang diberi dan tambah bunga-bunga tisu buatan sendiri.

Dua, pukul 5 pagi baru tidur kat umah tok. Pastu pukul 7 start susun meja makan yg xsempat kemas semalam. Pastu ag pukul 8 pagi baru balik umah, rehat dan mandi sume. Pukul 9.50 dah nak g masjid n umah tok kemaskan apa yg perlu ag.

Tiga, memang semangat nak wat sume ni. Jadi aku tak kisah la kan. Lagipun masa wedding adik dan kakak aku aritu pun memang tak tidur malam. Sebab rasa tak senang hati macam banyak benda masih tak setel. Huhu.

On the wedding day, hmm malas nak citer walaupun banyak je mende nak share. Tapi takpe lah. Tengok je few pic ni. Hehe.

Pengantin baru.

Bunga tisu kt belakang pn wat sendiri.

Ida used fresh flowers for her wedding.

Masa ni tak siap ag hias bunga tisu. Mujur ada family yg bg idea ni.

Antara mereka yg bekerja utk hias jd lebih baik.

I got fresh flowers for free. n bwk balik kuantan letak dlm bilik. haha

Kebetulan berjubah hitam wif kazen n aunt.

I made this. Love within the heart. Acece~

Setakat ni biar gamba sendiri je. haha

Fallin in luv wif fresh flowers. hee

Sibuk ngan mende ni sampai nak balik kuantan pun pape tak kemas ag. Tak sempat spent malam terakhir tu kat umah. At least sempat jugak cover tidur beberapa minit pagi tu. Memang keletihan. Tapi bukan selalu kan.

P/s: Ada rezeki dan diizinkan Allah, insyaallah akan sampai kat sana k. tc

Saturday, July 23, 2011

Ainun's Wedding.

Salam alaik.

Ok. Dah seminggu berlalu baru nak update. Haha. Syukur Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Tahniah buat 2 pasangan pengantin: Ainun Salimah Ghani & Wan Mohd Redhuan Wan Azmi & Nur Rahimah Ghani & Yuslizan Mohamad.

Tak silap aku pernah post pasal adik aku, Imah kawen aritu. Sekarang turn Enun, kakak aku pulak. Majlis buat untuk 2 pasangan sekali gus. Alhamdulillah, dapat abang & adik ipar sekali tahun ni. 2-in-1. Hehe.

Jom layan gambar. Taktaw nak describe camne. Tapi seyesly beberapa hari aku tido pas subuh untuk siapkan sumenya. Mengalahkan pengantin. Tapi bukan aku sorang je la. Kredit to ma, makcik2 n sepupu aku jugak. Haha.

Akad nikah bermula pada jam 10 pagi.

Debaran dari pihak pengantin lelaki.

Untuk tetamu yang hadir. Saya dan sepupu, Abon pasang kain hiasan dari pukul 3 pagi sampai subuh. Memang bersengkang mata la. 2 hari tido pas subuh. (O_o)

Disebalik tabir. Terima kasih pd mereka yg membantu. (Terharu mengalahkan pengantin) Hehe -_-'

Hantaran dari pihak pengantin perempuan. Hasil sentuhan saya & makcik2 saya. (Next plan rs nak ambik upah wt hantaran boleh?) >.<

Malu tapi mahu. Haha. Ok, diatas sana tu hasil sentuhan saya, makcik2 n sepupu jugak. (Antara punca tak tidur sampai subuh) ~_~'

Ni adik saya, Imah & suami, Yus.

Family saya. 11+2

My naughty bros selalu je rosakkan gambar. Sigh. Haha.

Ada 3 pasangan disini. Tapi pasangan yang duduk tu nampak pelik. Memang bukan pengantin! -_-'

Saya n my aunty, Cik Nurul. Both bujang. Haha.

So alhamdulillah. Kami pun dah dapat 2 orang baru. Next? Lambat ag. Haha. Walaupun agak serabut nk sediakan semua tapi semoga semuanya diberkati Allah hendaknya. Beselah majlis melibatkan ramai orang memang selalu camni kan.

Dan kalu nak tahu, dalam gambar aku nampak selekeh sikit-sikit je. Tapi kalu realiti tersangatlah selekeh. Malu tapi sebab wat keje angkut-angkut pinggan gelas sume, takpelah. Terharu jugak sebab ada jugak yang cam aku ni anak abah. Wuwu. (Tangisan gembira) :')

Thanks to my friends yg hadir walaupun tak ramai. Tapi aku jumpa 2 orang je, Ainina n Hafiz Hazman. Budik tak jumpa lak walaupun datang. Tak kesampaian. Huhu. Takpe, bukan majlis aku ag ni. Hee.

Fyi, beberapa hari sebelum majlis arwah pakcik saya selamat kembali ke rahmatullah. Al-fatihah utk beliau.

P/s: Bak kata bff saya, 'masa depan kita taktaw'. So bersabarlah. :')

Saturday, June 18, 2011

2 Kenduri-es in 1 Day.

Salam alaik.

Entri ini sepatutnya diupdate minggu lepas tapi disebabkan kekangan masa, saat ini barulah dapat mengupdate dgn senang hatinya.

Ok, those events berlaku pada weekend yang lepas 11-06-11. Satu kenduri klasmate aku & satu lagi kenduri anak kepada mak angkat aku masa program Baktisiswa 2011.

Tahniah kpd pasangan Nurussolehah Yusof & Muhammad Naazir Ramly, dan juga Anak Mak Angkat & Isteri. Sori lupa nama. Hehe.

Seawal 10 pagi, aku dan kawan-kawan berangkat ke rumah klasmate kami ini.

Start pada jam 10.30 dan lafaz akad nikah tepat jam 11 pagi kalu tak silap. Hehe. Dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan. Sangat menarik.

Sempat bergambar sebelum bergelar isteri.

Selepas makan-makan, aku dan beberapa orang kawan lagi bergerak ke destinasi seterusnya. Tapi malang sekali apabila kami tersesat selepas kuar dari lorong umah Sol. Tetibe nak sampai ke Gambang. Sementara itu, kami menunggu kedatangan kawan-kawan dari Gombak yang turut menghadirkan diri ke umah mak angkat.

Sempat duduk di pelamin kosong. 7 budak nursing, 3 budak kaed & 1 anak saudara mak angkat. Dalam masa sehari je dah dapat 3 orang kawan baru. Hehe.

Bersama keluarga angkat. Ang (nus), Pika (nus) & Syikin (kaed). Ila (kaed) tak dapat datang. Kalu tak cukup 4 orang masa program aritu.

Dari pukul 1.30 hingga la hampir pukul 3 kami berada disana. Tapi aku ingin bergegas pulang kerana terpaksa menghadiri meeting jam 3. Kalut betul aku.

Sesampainya di uia, aku tukar baju dgn secepatnya. Pakai selekeh pun selekeh la. Ingat nak pergi meeting terus. Tapi memandangkan dak-dak kaed nak pusing-pusing uia kuantan dulu, aku masuk kete dorang jd tourist guide (sambil kete dorang ikut kete yg Pika bawak). Then barulah aku jejakkan kaki ke meeting. Huhu.

Seriously mmg penat aritu. Tapi tumpang gembira utk kawan-kawan. :)

P/s: Besday abah aku 11hb Jun rupanya. Aku lupa. -_-'
P/ss: Dalam kegembiraan, ada juga berita menyedihkan. Kepada arwah Mohd Adhamerudin Omar dan sahabat beliau, semoga roh kalian dicucuri rahmat. Klik sini untuk berita lanjut.

Tuesday, June 7, 2011

Imah's Wedd [06-06-11].

Salam alaik.

Tahniah kepada adikku dan pasangan, Nur Rahimah Ghani & Yuslizan Mohd diatas perkahwinan kalian pada tanggal 06-06-2011. Semoga Allah merahmati bahtera bahagia kalian hingga ke syurga. Ameen.

Akad nikah berlangsung di masjid berhampiran rumah pengantin perempuan, Masjid al-Muttaqim.

Jodoh pertemuan yg telah ditetapkan Nya.

Berada di belakang imah & ma.

Pakcik aku menyangka aku adalah 'org lain yg ada mirip kakak ku' sedangkan itu adalah 'aku tanpa spek'. Huu

Adik-adik & kazens sedang membasuh pinggan secara sukarela.

My big bro tolong topup air yg da nak abes.

Menyuap tembikai dikala mentari memancar terik.

Menerima 'orang baru' dalam keluarga.

2 (Parents) +9 (Siblings) +1 (Adik ipar).. hehe

Wif my kazen.

Just love dis pic. Makcik aku yg baju oren pun nak kawen lepas raya ni.

Ramai nye kawen dis year. Tahniah. -_-'

Barakallah. Bulan Jun ni giliran adik aku, bulan depan Julai giliran kakak aku. Tapi kenduri wat sekali bulan Julai nt. Nantikan.. Jadi anda dijemput bertandang ke rumah sy nt ye. :)

"Semoga Allah permudahkan urusan & menyembuhkan mereka. Tiada kuasa yg dapat menghalang selain Dia."

Ops, nmpknya aku ngan abang aku tersepit ditengah-tengah. Tp ada kami kisah? Haha.

Ari yg sama aku terpaksa balik kuantan sb posting. Terlepas bus kul 3 ptg, beli lak tiket 5.30 ptg. Tak dpt ikut hantar adik ke umah mentua keesokan arinya. Huu

P/s: Single but unavailable. Bole kan? XD

Imah's Wedd [A Day Before]

Salam alaik.

Last weekend, aku balik kampung. Sebabnya, seperti tajuk yang tertera diatas. Hehe.

Nak prepare apa yg patot utk imah's wedding. Owh, FYI imah tu adik aku. Terkejut? Tapi nak katanya, jodoh pertemuan Allah dah tentukan. :)

Tak reti r nak cite panjang-panjang. Ni pun aku upload gambar secara random je k.

Kupas bawang. Potong nanas. Sambil sembang. Hee

Luar dapur dipenuhi dgn org dan bahan masakan.

Sedikit kuih dan air utk mereka yg memasang kanopi.

Jari aku comot sb tolong pakai kn inai utk bakal pengantin. Sila abaikan rupa yg pelik tu.Huu

Preggy meow ni pun takut-takut nk masuk umah sb org tgh sibuk mengemas.

Adik-adik aku & kazen bermain riang.

Anak-anak teruna sdg membersihkn halaman.

Sarang anai-anai yg dijumpai di dalam pasu yg terbalik. Cantek tp geli!

Edid & Payedd.

Majlis akan diadakan keecil-kecilan sb nt wat kenduri adik sekali ngan kakak aku pd bulan July nt. So akad nikah n majlis utk families, jiran terdekat dan kawan-kawan terdekat adik je dulu. Wat as simple as possible.

Aku balik pun hanya sekejap. Ni wedding pertama dlm keluarga aku setakat ni. Rugi kalo tak balik. So terpaksa la pandai-pandai cari alasan utk skip posting sehari. Tu pun aku g klinik mintak MC sb kebetulan kurang sehat. Doktor pun pandai-pandai je teka aku ni sengaja mtk MC. Haha.

P/s: Abah dh pesan suh aku abes blaja dulu. Keje dulu ke. Lgpun org xde calon. Tak kesah pun. Huhu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...