Tuesday, November 2, 2010

Bosan. Belog. Fesbuk.

owh, dah bulan november rupanya. cepat betul masa berlalu setelah dihitung-hitung. kepala masih berfikir apa yang perlu ditulis. buntu! takde idea terlintas. namun jari-jemari galak menari di papan kekunci si notebook ku ini. hmm, bosan agaknya. biarkan je. kawan-kawan lain nak exam, study, aku disini bagai hilang acara, taktaw nak watpe.

arini takde pape yang istimewa berlaku. sume biasa-biasa saja. lantaran, seperti kebiasaan laman 'mukabuku' dan 'belog' menjadi teman. seolah-olah mereka tu dunia ku. mungkin kerana kehadiran ramai teman-teman di alam maya. bebas meluah isi hati di blog walaupun tak semua terluahkan. bebas berbalas komen dengan kawan-kawan di fesbuk. tak kurang juga banyak info-info, pengisian, motivasi dan tazkirah dari teman-teman. terhibur juga hati ni.

sekarang pun, macam jadi satu trend nak share-share cite pasal kawen, cinta, kawen. memang kadang-kadang hati terhibur baca kan. macam sweet sangat-sangat, tak kurang jugak ade story yang sedih. bagus, untuk wat pengajaran. tapi hati ni seringkali mengingatkan aku. itu cumalah cerita, sebab tu macam: alahai, sweetnye dorang! tapi hakikatnya tak seindah cerita. realiti nya, hmm, masing-masing punya kisah tersendiri kan. aku cuma tak mahu terpengaruh dengan keindahan cerita mahupun fantasi. tapi tak salah la kalau setakat nak hiburkan hati kan. cuma tak mahu dibuai mimpi indah yang taktau penghujungnya. (tiba-tiba macam emo pulak. haha)

petang tadi aku dengan dunia fesbuk ku gara-gara kebosanan yang teramat. entah pape kuiz yang aku main. sekadar suka-suki je. tapi ade satu post tu aku macam, hmm, speechless la jugak. tak sangka dalam banyak-banyak kuiz ngarut tu, ade satu yang wat aku terpaku ngan jawapan tu. (biarlah, relax sudah ang. haha.) pas maghrib aku terlelap sebentar. bangun je terus ada rasa sesuatu dihati. penangan kuiz di fesbuk kah? entah. (padahal aku memang suka emo.) selepas mandi dan tenangkan diri, baru rasa lega sikit.

kebetulan kawan-kawan duk mengarut kat fesbuk. leh gak wat aku gelak-gelak. ceria sikit hati ni. (agak-agak aku ni memang antu fesbuk kan. haha.) aku sedar satu perkara. aku tak update status aku kat fesbuk. yang banyak, orang tagged aku, aku shared link, orang posted kat wall, n watsoeva. last status aku pasal mende ntah. (haih, nak emo la tu.) takpe la, rasa cam malas je nak update status. taktaw nak tulis ape. kat blog pulak banyak yang aku update sekarang. haha. tapi maybe akan ada masa-masa tertentu yang akan wat aku jauh dari dunia belog n fesbuk. contohnya time posting ke sebab busy kan, takpun kat umah. sementara leh update, update je la ek. huhu.

nak watpe ntah ni. haha. bang3x!!

p/s: aku selesa begini. (jangan berlakon boleh?) haha.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...