Saturday, November 27, 2010

Posting. K14.

Salam alaik.

Seminggu bertugas di HosHAS sudah berakhir dan sekarang tinggal lagi satu minggu sebelum dapat pulang ke rumah. Tak sabar rasanya untuk bercuti seminggu lagi sebelum bermulanya semester baru nanti.

Kali ni aku rasa saaangat penat. Berada di wad K14 kadang-kadang menguji kesabaran aku. Aku tak nafikan memang staff-staff disana baik-baik dan sangat best. Tapi ada la sorang dua yang wat aku rasa hangin sket. Takpela. Normal la tu kan.

K14 memang penuh ngan patients. Banyak sangat extension kadang-kadang. Tempat jadi sempit giler. Tambah pulak ngan family yang datang beramai-ramai. Penuh sesak dalam wad especially waktu melawat.

Yang paling memenatkan adalah kat bahagian acute cubicle dimana patients yang kritikal kat situ yangperlu di'observe' setiap jam. Walaupun aku tak jaga kat situ, tapi disebabkan kekurangan kakitangan, hampir setiap syif aku g sana jugak sambil jaga kat bahagian subacute.

Mungkin kepenatan kali ni disebabkan satu syif 5 orang students uia. Pastu sorang kena jaga satu cubicle tapi g tolong-tolong jugak kat lain. Then patients memang ramai sangat-sangat. Kiranya memang wad K14 agak busy la selalunya walaupun ada waktu aktif-pasif.

Ok, minggu depan aku still kat wad yang sama. Cuma satu syif dah 8 orang. Jadi rasa cam lega sikit kot sebab macam dah tambah orang. Hope sangat minggu depan akan lebih baik berbanding minggu lepas.

Semoga hati ini lebih ikhlas dalam apa saja yang dibuat. Aku kadang-kadang ada konfik diri dimana sometimes rasa cam terpaksa wat keje (selalunya masa tension la rasa camtu). Haih, takleh ang! Cuba ikhlaskan hati k. Teruskan tersenyum! Huhu.

P/s: Suka bila baik ngan patients n family. Suka bila kita senyum, orang senyum balik. Suka bila dapat keje ngan staff nurse baik. Haha.

2 comments:

ILA HonEyBuNNy said...

suka bila org lain senyum jgk kan...heheh

raihan ang said...

betul2.. ngeee~ :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...