Bila Allah cepat memakbulkan doamu, maka Dia menyayangimu. Bila Allah lambat memakbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu. Dan bila Allah tidak memakbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Andai ada sesuatu yang membuat mu bersedih, yakinlah itu adalah ujian yang menguatkan mu. Pernahkah kamu terfikir, andai tiada ujian mahupun dugaan, sejauh manakah kekuatan yang ada dalam dirimu itu? Ujian itu bukan untuk membuat dirimu jatuh dan terus rebah ke bumi. Tapi ianya sebagai tanda sejauh manakah keyakinan mu terhadapNya. Sejauh manakah tahap kesabaran mu dan bagaimana pula mahu kamu bangkit kembali.
Tiada seorang pun yang mahu kesedihan dan kekecewan menyelubungi diri. Namun andai ia terjadi, terfikirkah kamu bahawa andai ia sebenarnya tanda kasih yang Maha Esa. Ingat dan teruslah ingat. Bukan semua yang kita inginkan itu baik untuk kita. Kita sebenarnya akan merasa hikmah dan nikmat disebaliknya andai kita mengerti erti syukur. Ya, bersyukur pada yang sedikit itu lebih baik daripada dengki pada nikmat orang lain rasai.
Sabar. Pernahkah kamu merasai kesabaran kamu itu tercabar? Ya, aku jua pernah merasakan. Bila hilang sabar, terasa hilang arah dan perasaan negatif menguasai. Dan kemudian kamu akan sesali lagi gara-gara sabar yang hilang. Fikirkanlah, setelah kamu cuba bersabar selama ini, mungkin dengan begitu lama, apakah wajar kamu tidak boleh bersabar lagi? Ingat kembali sebab mengapa kamu bersabar, hayati kembali erti sabar, dan cuba rasai hikmah disebalik kesabaran itu.
Mudah-mudahan kamu akan terus bersabar dan menjadi orang yang lebih kuat. Tanpa ujian, kekuatanmu tidak dapat diukur dan ia tidak dapat di'upgrade' ke level yang lebih tinggi. Sesekali hati harus berkorban cinta, jiwa harus berkorban rasa. Pengorbanan kamu takkan pernah sia-sia. Manusia mungkin tidak dapat menilai, tapi Dia sentiasa ada. Tidak salah yakin pada kata hati mu, kerana secebis rasa disegenap ruang dihati mu itu adalah anugerah dariNya jua.
Salam Aidiladha.
P/s: Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untukmu.
Ku yakin bahawa perancanganMu adalah yang terbaik. :)

No comments:
Post a Comment