Aku seakan tak mengerti. Ya Tuhan, apa perlu aku lakukan? Perasaan apakah yang sedang aku lalui? Ombak deras seolah mahu memecahkan pantai sesak yang menghimpit jiwa. Sesekali rasa ingin menangis namun tiada butiran jernih yang keluar dari kolam mata. Seolah tak mampu lagi. Namun, hati menangis siapa yang tahu?
Aku kabur dengan apa yang berlaku. Kelilingku hanyalah kabus. Menutupi segenap ruang hati. Aku seperti sendiri namun aku tahu Kamu ada. Saat dimana saja aku berada. Andai kekaburan ini terbaik untukku, maka berikan aku kesabaran yang kuat. Kerana pada siapa lagi perluku pinta kekuatan selainMu? Siapa lagi yang menerangi jalanku selainMu? Siapa lagi yang lebih mengetahui selainMu?
Entah. Pelik. Terdetik dihati pelbagai kata. Positif dan negatif silih berganti. Namun yang pasti, bersangka baik padaNya. Sesali kesalahan yang pernah dilakukan. Tapi jangan menyesali dengan apa yang pernah dilalui meski baik buruk, kerana semua itu yang menjadikan kita pada hari ini. Tuhan, berikan aku kata hati dan keyakinan yang kukuh.
P/s: Kerdil benar aku terasa.
No comments:
Post a Comment