Saturday, January 15, 2011

Talk On Cinta.

Salam alaik.

Semalam aku g 'Talk on Cinta: Let's Get Married' anjuran DnT NurSS collaborated with SRC. Asalnya malas nak g tapi atas pujukan kawan-kawan yang rajin promote dan semangat nak pergi. Ok, let's go. Layan je. Hehe.

Alhamdulillah. Walaupun ada kekurangan dari segi teknikal malam tu, tapi cerita dari Ustaz Mohamad Ridhauddin sangat best. Pandai betul wat lawak dan yang paling kuat dengar dari pihak sisters la kan. Kebetulan semalam aku duk bahagian depan jugak sebab space kat belakang suma dah penuh. Biasa la sebut pasal cinta ke kawen je, konpem audi penuh!

Tak mampu nak tulis banyak, sedikit perkongsian pun kira ok la kan.

-Married is about choosing the right person, the right time and the right intention.
-Bukan nak sehidup semati tapi selepas mati iaitu sampai ke syurga.
-Perempuan sangat mudah nak masuk syurga antaranya mentaati suami. Suami pula terima ihsan dari isteri nak masuk syurga.
-Kalau isteri meninggal dan suami redha padanya, boleh masuk mana-mana 8 pintu syurga.
-Set destinasi kawen tu. Tapi selalu orang bagi jawapan skema. Contoh, dapat redha allah, zuriat, tuntutan rohani, bla-bla-bla..
-Setiap benda bermula dengan ending. Seorang yang hebat akan mulakan program dengan ending.
-Suami/Isteri pertama Islam. Kedua barulah suami/isteri (orang).
-Nak pujuk bukan dengan lidah tapi tindakan.
-Sila jelaskan kawen untuk apa.
-Ending dan own preparation sangat penting.
-Jangan assume dah kawen baru nak jadi baik. Kerana yang sekarang ni lah jugak yang sama pas kawen.
-Jangan gelojoh cari pasangan. Allah dah tentukan siapa dan masa terbaik untuk kita.
-Nikmat cinta selepas kawen.
-Wat agreement dengan suami/isteri supaya perkahwinan sampai ke syurga firdaus.
-Amalkan: "Innalillahi wa inna ilaihi raaji'un, wa ajurni fi musibati, wakhlufni khairan minha.." bermaksud Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali, semoga Allah gantikan musibah keatasku, dengan ganjaran yang lebih besar. Lebih kurang camtu la.

Ok, tu je kot. Aku just highlight beberapa point je. Elaboration nye hanya mereka yang datang talk tu jela tau berserta lawak jenaka yang ustaz tu wat. Memang cool dan santai je. Banyak cerita yang best dan touching ustaz cuba kaitkan.

Talk ni sesuai pada mereka yang dah berpunya atau yang berkeinginan nak kawen. Ustaz dah warning talk ni sesuai untuk mereka yang ada niat nak kawen. Kalau orang macam aku ni, tak fikir sangat pun pasal kawen sekarang ni. Maklumlah orang single. Haha. Tapi alhamdulillah, dapat ilmu bermanfaat jugak. Tak sia-sia pun datang. Thumbs up! :)

P/s: Hmm.. Rasanya belum tiba masa lagi.. Hehe~

2 comments:

Anonymous said...

nk dgr gok ceramah yer..hahahaha

raihan ang said...

haha. ustaz tu lec uitm.. best2.. ssuai utk mg.. hehe.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...