Thursday, July 2, 2009

ku mohon padaMu

Ya Allah Ya Rabbi
ku mohon pada-Mu diberi seribu kekuatan
aku insan hina lagi lemah
selalu saja terleka dengan nikmat dunia
sedangkan di akhirat sana
ganjaran yang jauh lebih baik menanti

mengapa diri ini terasa lemah
terlalu cepat mengalah
begitu senang dibuai kesenangan di sini
yang diselaputi tipu daya
hingga lupa balasan di sana

Ya Allah Maha Pengampun
ampunkan segala dosa-dosa ku
yang makin hari makin berlipat ganda
ku tak ingin seperti ini lagi
tunjukkan aku jalan-Mu Tuhan
ku merayu tolonglah aku

hati ku dipenuhi noda dan debu
bantulah aku meyucikan ia kembali
ku tahu ia tak semudah itu
oleh itu ku sangat mengharap bantuan-Mu
jauhkan aku dari dosa-dosa yang lalu

bantulah aku Ya Allah
ku tak mahu jatuh ke lembah yang sama
ku tak mahu menjadi fitnah dunia
ku tak mahu ada jiwa yang merana di sana
kerana kelemahan jiwa ku

Ya Allah Maha Mengetahui
apakah ini jalan yang terbaik bg diriku
dan juga hamba-Mu yang lain
kerana Engkau tahu yg tersurat mahupun yg tersirat
maka redhailah, berkatilah dan rahmatilah
takdirkan kebaikan buat kami


p/s: bukakanlah pintu hatiku utk menerima petunjuk-Mu.. berilah aku peluang menebus kesilapan lalu.. ku hanya mengharapkan keredhaan-Mu Tuhan.. ameen..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...