Sunday, July 25, 2010

Ketenangan Yang Hilang!

---------------------------------------------------------------------------------
Suatu petang yang dingin. Air hujan mencurah-curah membasahi bumi. Tiba-tiba sahaja terjaga dari alam mimpi. Wah, dahsyat juga mimpi kali ni. Sedang bergembira bersama ahli keluarga tetapi nyawa seolah-olah terancam. Astaghfirullah.. Itulah, tidur selepas asar sangat.

Entah kenapa, hati terasa kosong, kacau-bilau, tak tenang. Tak terasa damai. Teringatkan seorang teman pernah bagitau yang setiap kali hujan, pasti hatinya tak tenang. Mainan perasaan saja agaknya tu. Owh, belum solat lagi rupanya. Patutlah. 'Hmm, mandi dulu lah, biar badan lebih bersih, baru solat', monolog si hati. Langkah dipercepatkan dan terus kepada agenda secara spontan itu.

'Assalamualaikum warahmatullah'. Usai memberi salam dan berdoa, badan masih kaku di atas sejadah. Hati bergolak memikirkan sesuatu. Ya Allah, ku mencari ketenangan yang hilang. Mana pergi nya? Sungguh! Seolah-olah ada sesuatu yang menghimpit diri. Lemas dalam kekacauan hati.

Cuba bermuhasabah diri. Apakah yang telah aku lakukan sampai rasa begini? Kira-kira mungkin kerana dosa yg menyebabkan segala kekeliruan ini. Mungkin saja. Cuba difikirkan balik. Ok, cuba list sikit something yang mungkin nampak 'kecik' tapi kesannya 'besar'.

-aurat tak ditutup dgn sempurna
-sembahyang bukan di awal waktu
-mengumpat
-bersangka buruk
-suka bertangguh
-janji tak ditepati
-berfikiran negatif
-membazir
-mengikut hawa nafsu
-owh, sangat banyak utk di'list'kan

Ok. Usai bermusahabah, tangan segera mencapai al-Quran yang terletak tinggi di atas rak sana. Kalimah 'Bismillah' dimulakan. Semoga dengan membaca Kalam Allah ini bakal menyejukkan hati. Sesejuk dan sedamai air sungai mengalir.

Jari-jemari kemudian ligat menekan punat-punat pada kekunci telefon bimbit. Mendail nombor rumah. Rindu pada suara ma. Rindu pada suara adik-adik. Ma, hati ini tak tenang. Apa harus dilakukan? Jiwa merintih lagi.

"The number you have dialled.........", butang merah ditekan. Beberapa kali mencuba tapi suara operator itu sungguh mengecewakan. Tunggulah 5 minit lagi. Kring.. Kring.. Ada jawapan dari sebelah sana. Gembira. Tapi beberapa saat kemudian, 'Innalillah'. Ternyata berita yang baru diketahui itu benar-benar tidak disangka.

Sepupu sebelah ma baru saja meninggal. Suara ma tidak kedengaran kerana berada di rumah nenek untuk menguruskan yang sepatutnya. Hanya suara adik sebagai peneman bicara. Tak mengapalah, nanti boleh telefon ma lagi. Berita itu pula disebarkan kepada adik-adik yang sudah jauh belajar di sebelah utara sana.

Hati. Tolonglah bertenang ya. InsyaAllah. Hanya kita yang selalu lupa padaNya, sedangkan Dia tidak pernah sekalipun meninggalkan kita. Kerana apa yang kita lakukan tidak selari dengan apa yang diperintahkan, maka itulah punca jiwa bergelora. Atau mungkin hati tidak ikhlas sewaktu ujian yang diberi.

---------------------------------------------------------------------------------

p/s: Hati ini juga sentiasa gelisah. Tuhan, berikan aku ketenangan. (T___T)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...