Sementara menunggu waktu untuk masuk lab..
Mata menatap sesuatu di skrin netbook putih kesayangan ku.. Ahh, tenet lembap! Tunggu.. Dan tunggu lagi..
Tiba-tiba.. *speechless*
Ya Allah, kenapa berat untuk aku hadapi setiap kali? Tabahkanlah aku. Ini ujian, aku pasti hadapi jua.
Sebak ku tahan. Tapi aku manusia biasa. Ada hati ada perasaan. Kesedihan ini tak mampu aku tutupi. Tak mampu aku kaburi.
Aku tak berjaya menipu diri sendiri kali ni. Di kerusi paling belakang, aku menangis sendiri. Esakan tak berbunyi namun butiran jernih itu.. jatuh, mengalir dan terus membasahi hati.
Perlahan-lahan aku beralih ke arah tempat duduk asal ku. Di situ aku terduduk di lantai, tak terdaya duduk di kerusi. Tak mahu mereka tahu apa aku lakukan.
Aku tanpa bicara. Senyum pun susah untuk diukirkan. Namun, ku cuba walaupun sekecil mana.
Segan dan malu juga, bila mereka sedar rubah riak mukaku. Kawan-kawan, senior dan juga CI bertanya kenapa??? Aku hanya mampu menggeleng, xde apa.
Video ditonton. Tengok lecturer explain procedure. Tapi riak wajah ku tak berubah. *emotionless*
Suatu masa, ku terduduk ditepian. Mendengar mereka berbicara, aku ingin turut menyerta. Mendngar gelak tawa mereka, aku juga ingin ketawa. Tapi badan ku kaku, tanpa sedikit gerak. Mataku tak mampu dialihkan daripada melihat lantai dihadapan.
"Mung ok ke?", "Bakpo ni?", "Sakit ke?". Pelbagai persoalan menerjah. Bukan saja dari kawan bahkan juga lecturer. Tapi bukan sengaja aku tidak menjawab. Tapi aku tidak mampu. Aku selesa membatu.
"Jangan kacau dia.", "Risau aku.", "Jangan sedih!", "Nampak lain.". Ya, sikap ku berlainan sekali. Tiada suara aku yang selalunya bising dan suka wat kacau kan. Air mata sekali lagi ditahan, tak akan biarkan tumpah waktu ini.
"Saya teman dia." Seorang kawan ku duduk disisi. Dia bertanya, aku membatu. Namun kesenyapan itu bermakna bagiku. Kesepian yang seolah-olah bicara bagiku. Terima kasih kerana disitu.
Lab pun habis. Ramai kawan-kawan ajak aku balik. Siap bimbing. Biarlah mereka fikir perutku yang sakit. Ya, memang perut ku sakit sebelum itu, namun ketika itu, perut ku bukan lagi punca aku begitu.
Maafkan aku kawan-kawan. Tapi seribu kali ucapan terima kasih ku ucapkan buat semua. Kamu mengambil berat biarpun melalui sepatah kata atau pun senyum.
Dalam bas juga aku kaku. Matahari petang bercahaya memancar tapi hatiku gelita sebentar. Hanya melayan bait-bait lagu yang membawa aku ke dunia sendiri seketika. Akhirnya keluar juga sedikit kata-kata. Cuma, dengan nada yang slow je.
Maaf. Aku tak bisa nak merungkap. Biarlah hati ni je taw. Waktu ni aku tak mampu, tak mampu untuk fikir terlalu banyak. Tadi sudah bermacam-macam bermain di fikiran. Seolah-olah semua diluahkan pada diri sendiri.
Seingat aku, aku tak pernah begini terutama depan kawan-kawan. Aku taknak tunjuk yang hati aku sangat-sangat............ Hmm, perasaan itu. Sakit. Tapi.. Entah. *heartless*
Ya Allah, hanya Kau yang tahu apa yang hati ku bicarakan. Aku yakin semua yang terjadi itu yang terbaik. Bukan bagi ku saja tapi mereka juga. Berikanlah keredhaan padaku. Semoga aku redha pada takdir yang ditentukan, dan Kau meredhai aku.

*i'm going to cry, so just let me cry*
P/s: Banyak yang masih terpendam. Tapi ada sesuatu keyakinan dalam diriku. Sesuatu yang aku pun tak pasti tapi yakin. Itu kuasa Allah.
1 comment:
ang dah ok, azam :)
Post a Comment