Monday, February 14, 2011

Makan. Santai.

Salam alaik~!

Hari kedua di gmbk. Tak rancang apa-apa pun. Azza ngan Atin ada program pagi tu. Aku pulak punya lah syok tido kan. Agak penat sebenarnya. Hehe.

Tengahari bajet nak lunch kat cafe je la kan. Tiba-tiba datang idea Atin nak g makan luar. Mula-mula nak kuar bertiga, then ajak Ida sekali. Ida ni aku baru kenal tapi ok je. Takde la rasa kekok. Hee~

Kitorang punya destinasi nak g makan kat Warung Santai kat Tesco. Bessssttttt~! Sesuai ngan selera kitorang. Pekena pulak ada kerabu mangga. Perghhh~ Feveret gua tuh. :D

Menunggu makanan berkunjung tiba.

Perut mereka bergeroncong.

Soda Special Santai. Hehe~

Menu pilihan: Tomyam campur, kerabu mangga, kailam ikan masin & telur dadar.

Superb. Licin kitorang makan. Aku tak kisah dah tudung tak jadi time makan. Huhu.

Dalam keta. Erk, keta sewa..

Jalan-jalan kat JJ jap. Ada orang nak makan sushi.

Dimana ada cermin, disitu ada kami.

Kan dah cakap. Heehe~

Romp. Atin nak wat pembayaran.

Hmm, kalu tak silap, saya ada dapat hadiah dari bff barang romp. Agaknya kat sini kot dia beli. Hehe. :)

Spent the whole day ngan kawan-kawan. Tapi malam tu saya cuba cari masa untuk tunaikan tujuan saya datang, namun tak kesampaian dan diganti dengan esok. Mungkin ada peluang yang lebih baik. Apa dia? Biarlah rahsia. :)

P/s: "Akan memulangkan sesuatu yang bukan milikku. Apa yang ku miliki? Tiada apa-apa kerana semuanya adalah pinjaman dariNya."

2 comments:

Mardhihah Mat Ishak said...

eeeiiii...bestnye!!!!!

raihan ang said...

best2.. try la mkn sana.. diha kn suka makan.. heee~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...