Salam alaik~!
Selasa baru-baru ni bersamaan 12 Rabiul Awwal 1432, Welfare bureau, NurSS menganjurkan satu program bertajuk 2 Dimension, Big Spring Clean. Program sempena Maulidur Rasul ini terbuka kepada students KON dan alhamdulillah ramai yang join dan saya juga selaku salah sorang participant.
Bermula dengan berkumpul di Cf sis dan bertolak menaiki bas ke sebuah masjid di bukit sekilau untuk mendengar sedikit ceramah. Sayang sekali saya mengantuk-ngantuk seketika selepas beberapa minit focus dengan sepenuh hati untuk mendengar talk. Owh, sungguh ruginya saya. -_-'

Selepas hampir sejam berada di masjid, kami membahagikan kepada beberapa kumpulan untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan. Dan seterusnya ke tanah perkuburan yang terpilih di bukit sekilau, kuantan. Sebelum itu, kami agak risau tentang cuaca yang hujan. Hm, hujan rahmatkah?

Ternyata sewaktu program kami berjalan, cuaca redup dan tenang. Kesemua peserta dan committee yang bertugas bekerjasama menolong beberapa penduduk kampung untuk membersihkan kawasan yang agak luas itu. Waktu satu jam setengah diperuntukkan dan semuanya berjalan lancar. Kelengkapan seperti cangkul, penyodok dll disediakan.

Alhamdulillah, Allah telah menganugerahkan kami perasaan yang puas hati dapat membersihkan kawasan yang jarang-jarang sekali dapat kami lakukan. Sewaktu bergotong-royong, kami telah dinasihatkan agar menjaga adab-adab dan berhati-hati agar tak melangkah mana-mana pusara disitu. Tapi apa kan daya, kadang-kadang terlangkah jua akibat terlalu banyak dan konfius apabila banyak dedaunan bertaburan dilantai bumi.

Dan setelah masa hampir ke penghujung, kami disajikan dengan nasi minyak dan air mineral. Bau-bau asap dibaju kami diketepikan. Penat tapi seronok. Sesekali melakukan aktiviti sebegini pada hari yang mulia lagi dirahmati. Lagipun ini akan mengigatkan kita tentang kematian yang tak pasti bila berkunjung tiba. Rasanya masih belum terlambat untukku ucapkan, SALAM MAULIDUR RASUL. :)
P/s: Sesekali ayat skema juga menenangkan. Apakah? Hehe.
No comments:
Post a Comment