Saturday, February 25, 2012

Di Awal Semester.

Salam alaik.

Rupanya dah hampir masuk 4 minggu berada di Kuantan dan menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar. Cewah. Sungguh komited kononnya. Mengingati hari pertama kelas bermula pun aku sudah tak mampu mencapai azam baru iaitu JANGAN TIDO DALAM KELAS. Ternyata aku tetap melelapkan mata. Hihi.

Hm dah banyak kali aku nk update belog ni sebenarnya tapi asyik tak kesampaian je. Lastly delete jelah entri sekerat-sekerat yang tersimpan dalam draft tu. Ni semua gara-gara wifi kat mahallah lembap macam ciput! Errk senang kata tak dapat nk connected langsung. Aigoo~ Susah-susah.

Alhamdulillah. Sem ni aku lebih banyak exercise berbanding sem lepas. Lagipun baru-baru ni main macam-macam untuk interhouse & interbatch. Badminton, netball. Pastu lari-lari, main pingpong. Aritu pulak saja tengok orang training volleyball. Tiba-tiba dorang ajak main sekali. Untuk first-timer macam aku, dorang cakap aku bagus & boleh main sebenarnya. Alhamdulillah. Seronok rupanya walaupun jari dah lebam-lebam. Mana taw next year dpt join main volleyball pulak kan. Hehe.

Sem ni pun aku dah selalu bawak motor g keluar uia. Bukan g jalan-jalan sangat la. Aku hantar kawan g terminal, g isi minyak, g pasar malam. Takpun pusing-pusing uia je. G sport complex, library or finance ke. Ternyata trauma aku setelah bertahun-tahun dapat ditepis. Nak ada moto sendiri masih tak mampu. Thanks pada kawan yg sudi meminjam. :)

Pagi tadi, aku ngan rumetku Pipah bercadang nak jogging. Tapi dapat satu round je (erkk selalunya memang satu round je pun). Haha. Kaki aku sakit la derr. Aku ingat dah okay tapi belum okay la nampaknya. Rasa cam cramp. Jalan pun macam tak betul dah. Huhu. After penat jogging aku pun tak sabar-sabar nak mandikan my baby. Yuhuuu~ Dah lama terbiar kotor tanpa dimandikan. Semangat bawak baldi, sabun dan span dari bilik. Sreeet sreet sroot sroot.. Cuci punya cuci akhirnya bersih pun. Cuma ada la kotoran degil yg taknak tanggal walaupun aku effort giler tenyeh. Haha.

My baby yg comot >.<

Hm after jogging semangat nak g library utk cari sources esaimen, online (maklumlah tenet laju), buat proposal, dan lain-lain yang berkaitan. Tapi buat semua ke? Opss. Haha.

P/s: Alhamdulillah kembali tenang. Dan semoga sentiasa mampu menenangkan diri. #selfcontrol -.-

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...