Salam alaik.
Hari Sabtu, hujung minggu yang selalunya kosong atau kadang kalanya mempunyai perisian tak terduga. Kebetulan kakak aku mengajak aku untuk bermain netball (nt aku update entri lain pasal ni). Setelah berpenat lelah menghabiskan game yang agak lama itu, kami bertiga (aku, kakak & abang ipar) singgah di tepi pantai dekat Rantau Abang kalu tak silap.
Subhanallah. Waaah. Teruja dgn kecantikan alam ciptaan Ilahi. Kagum dan terpesona sebentar. Setelah ketemu satu bukit berbatu, kami tanpa melengahkan masa terus mendaki. Ceh, mendaki la sangat. haha. Tapi seyes, agak tinggi dan kena berhati-hati. Silap langkah mungkin boleh jatuh bukit tu.
Dan Alhamdulillah, permandangan dari situ adalah lebih indah. Angin bukan setakat sepoi-sepoi bahasa tapi memang terkasar bahasa dah. Ternyata ia merupakan satu nikmat dikala terik memancar. Maklumlah berada kat pantai dekat pukul 3 petang still panas ag.
Dan aku apalagi, sambil menikmati indahnya alam. Camera lah menjadi tumpuan. Sambil-sambil makan marshmallow tepi pantai. Terbaik ah. Walaupun setakat duk atas bukit batu tu, tak g celup kaki dalam air kat sisir pantai tu, dah cukup puas hati.

Kagum. :')




2 comments:
hitam juga~~~ce teka sape komen..ngehh3
taw.. hmm, wuteva laa.. huu
Post a Comment