Wednesday, June 24, 2009

Bantulah aku melawan nafsu

Telah aku lawan nafsuku setiap waktu
Ku cuba berkali-kali, ku gagal lagi
Aku tak putus asa, ku lawan lagi
Namun aku tak mampu, ku kalah jua

Oh Tuhan, bantulah aku mudahkan aku
Melawan nafsu ini yang merosakkanku
Agar aku tak terhalang untuk menuju-Mu
Tolonglah aku Tuhan
Kasihanilah aku jangan Engkau biarkan aku

Tuhan, bantulah aku
Kasihani aku jangan biarkanku bantulah aku selalu
Aku tak putus asa
Ku tetap berjuang dengan mengharap bantuan dari-Mu

Kalaulah Engkau terus membiarkanku
Ku akan berterusan ke lembah dosa
Oh Tuhan, nafsu dan syaitan sering mengganggu aku
Setiap hari ia memusuhi ku ketika ku ingin mentaati-Mu

Jangan biarkan aku keseorangan
Menghadapi syaitan dan nafsuku
Aku ingin mentaati-Mu, ku ingin redha-Mu
Kalau Engkau biarkan aku
Ku akan kecewa nanti

Tuhan, ku akan mencuba lagi
Melawan nafsu dengan bantuan-Mu
Dan rahmat-Mu Tuhan

Di dalam sembahyang ini kuharapkan-Mu
Berikan padaku cinta dan takutkan-Mu
Sebagai pengawalku dari nafsuku
Bukankah itu janji-Mu kepada hamba-Mu

Oh Tuhan, bantulah aku menghayati sembahyangku
Agar ku dapat merasakan kebesaran-Mu
Hingga aku tak membesarkan selain-Mu
Dengan rasa itu kuharap
Moga ku kan dapat melawan syaitan dan tipuan nafsuku

Tuhan, dalam sembahyangku
Bersihkan jiwaku, lemahkan nafsuku, selamatkanlah diriku
Suburkan rasa kehambaan
Dan kekalkan rasa itu di dalam seluruh kehidupanku


p/s: hidup yg penuh mehnah ujian.. ku harap memiliki kekuatan.. berikan ku kekuatan itu Ya Allah..

Monday, June 22, 2009

tak sempat nak tgk~

salam alaik..

petang td aku tertidur kerana agak letih lepas balik dr bandar kt tghari td.. smlm aku ajak mkcik aku kuar arini sbb nak sambung lesen moto yg da lame expired dr bulan 3 lagi.. dan aku jgk g bli no pin utk pinjaman ptptn.. in case kalu xdpt schlar.. huhu.. sambil2 tu tok aku pn ikut skali.. tapi kehadiran kazen aku yg nakal sgt2 dlm kete wat aku pening2.. sampai la balik umah.. rasa pening sgt..

petang tu aku tak terdaya dah.. baring je terus tertidur kot.. sempat lagi aku bermimpi ape ntah.. tgh2 syok bermimpi tu.. tibe2 aku dikejutkan oleh ma.. ma ckp ade org accident dpn umah.. aku dlm keadaan sparuh sedar terkulat2 bangkit dr tidur.. terus g amek tudung.. owps!! lupa.. solat belum lg.. dlm keadaan mamai ditambah pulak dgn keinginan nak tgk mangsa accident tu, aku hanya mampu bdoa.. harap sgt leh tgk cmne mangsa tu..

tp Allah tak mengizinkan aku.. sebaik sj aku sampai, mangsa tsebut bru je dibawa ke hospital.. aku sedikit kecewa krn aku ingin sekali melihat kecederaan yg dialami.. mungkin semangat seorang bakal nurse mula mguasai aku (wlupon xleh tolong ape2).. btambah pula dgn pengalaman ku sendiri yg pernah accident suatu ketika dulu.. aku hanya mampu melihat jiran2 berkumpul.. dan mendengar cerita drpd ma, adik2 dan sepupu ku shj tanpa melihat apa sbnrnya yg blaku..

kejadian yg setakat aku tahu mcm ni.. mangsa tu perempuan n baru je darjah 6 tapi da bawak moto ciap bawak adik dye lagi.. mgkin sambil bwk moto dgn agak laju sambil main hp,so xsedar ade kete kat dpn.. n then terlanggar la kete tuh yg dipandu oleh perempuan jgk ciap bwk baby dlm kete..kbetulan jalan kt situ agak merbahaya sbb sempit dan berselekoh.. ma ckp hp budak tu hancur..

budak perempuan yg bwk moto tu agak parah.. tulang lututnya teralih ke tepi (aku x dapat nak imagine sgt sbb tak tengok ngan mata sdiri).. cara adik2 ku cerita mcm agak mngerikan la.. tp adik kpd budak tsebut cedera ringan.. then maknya pun bwk g hospital.. aku berdoa agar budak tu selamat.. yelah.. umur msh mentah.. baru je darjah 6 tapi dah bwk moto dn accident.. innalillah..

adik2 aku ckp td ma menjerit ms terdengar bunyi smthing terlanggar.. sambil mkcik aku mmanggil2 nama ma aku.. ma takut sgt adik ku yg kemalangan sbb jeritan budak tu pun seolah2 suara adik lelaki ku.. tp ternyata org lain yg menjadi mangsa.. sekurang2nya aku bersyukur kerana bkn adikku yg terlibat.. apa2 pun aku sedekahkan doa utk mangsa tersebut supaya cepat pulih.. ameen..

p/s: aku berfikir.. kemalangan blh berlaku dimana2 even dlm umah sekalipun.. kita xtau apa akan terjadi pd kita nt.. masihkah kita mempunyai apa yg kita ada skg, masihkah kita bernafas pada hari akan dtg atau beberapa jam kemudian.. wallahualam.. sume itu adalah rahsia Allah.. drpd Dia kita datang dan kpd Dia kita kembali..

Sunday, June 21, 2009

mkn angin kt pantai je~

salam alaik..

ptg jumaat bersamaan 19 Jun 2009, tibe2 je ma ajak abah dan adik2 ku utk keluar berjalan-jalan.. alhamdulillah.. sepanjang cuti ni aku rs mmg aku duk terperap dlm umah je.. nak keluar jarang sekali.. tp ade la skali dua kot.. huhu

memandangkan kakak, abg dan sorg lg adik aku xde, so sng kot nk bg muat dlm kete.. ni la mslhnye kalu nak kuar jalan2.. satu kete x cukup nk tampung kami skluarga.. tapi tgk2 rupanya msh xberapa muat.. tpaksa la bhimpit sket dlm kete tu.. nk tinggal sorang dua kt umah nt ade yg mrajuk pulak.. maklum lah, da lme x kuar bsama family terchenta ni.. ;)


akhirnya kami smpai ke destinasi.. tempat biasa utk kami makan sotong celup tepung ni.. kali ni makan x banyak seperti dulu.. kena lebih jimat.. hehe.. adik2 ku kelihatan seronok menjamah makanan terhidang.. semua lapar kot.. cepat je habis sampai mcm xcukup.. alhamdulillah sume da kenyang.. tapi cuaca petang tu mcm xberapa baik.. awan agak mendung.. tp x hujan.. syukurlah..


then abah rancang nk balik terus.. aku igtkan bleh jalan2 dulu kt pantai.. dlm kete sume adik2 bising suh benti jap nk amek angin.. at last, abah benti jgk.. angin pantai xkuat sgt aritu.. ombak2 pun mengalun lembut je.. xberani nk main air sbb xnak bg basah.. hehe.. aku pun apalagi.. mula lah mencoret nama atas pasir.. mmg selalu mcm ni.. kalu g pantai, mst ade je nk coretkan nama kt pasir.. last2 ombak padamkan gak name tu.. hehe


adk ku sibuk bgambar lak dgn hp yg xseberapa.. xpelah.. at least ade jugak gambar kenangan kn.. bkn selalu jalan2 cmni.. lgpun nt da nak masuk kuantan.. ntah msih ade hari seterusnya utk aku bersama keluargaku lagi.. Ya Allah, kurniakanlah kebahagian pd keluargaku.. rahmatilah mereka dgn kasihMu.. ampunilah dosa2 mereka Ya Allah.. masukkanlah mereka dlm golongan yg soleh.. ameen..

p/s:
(25:74) And those who pray, "Our Lord! Grant unto us wives and offspring who will be the comfort of our eyes, and give us (the grace) to lead the righteous."

RASA BERTUHAN

Kalau manusia mengenali Tuhannya
Hancur luluh hatinya lembutlah jiwanya
Tak sempat mengingati perkara yang lain
Hati n jiwanya semata-mata terpaku
Dengan Tuhannya..

Jika manusia mengenali kehebatan
Keagungan Tuhannya kecutlah perutnya
Kalau manusia sentiasa sedar pendengaran
penglihatan dan pengetahuannya

Tuhan tidak pernah lekang dari manusia
Nescaya manusia ini tawaduk merendah diri
Di bumi Tuhannya..

Jika manusia rasa bertuhan hidup di hatinya
Matilah angan-angan
Takut pun datang menerpa dihatinya
Manusia akan sibuk dengan dirinya
Tak sempat memikirkan diri orang lain
Takut dan bimbang tak sempat mengumpat

Aduh! kalau Tuhan sentiasa dihati
Perasaan berTuhan mencengkam dihati
Mengenang pula nikmat
Nikmat Tuhan yang banyak
Bertambah perasaan cinta dan takut
Cinta kerana nikmat dan kasih sayangNya
Takut kalau nikmat ditarik semula
Kalau terbuat dosa akan diazabnya

Begitulah kalau seseorang hamba mengenali Tuhannya
Hatinya sangat sibuk dengan Tuhan
Dunia dan nikmatnya tidak mempengaruhinya
Sekalipun dunia di tangannya

Thursday, June 18, 2009

renungan buat muslimah

salam alaik

Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... Begitulah orang yang cantik jarang berbudi..

Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah", maka akan menguntumlah sekuntum senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia. Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.

Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.

Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai.

Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin. Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah. Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya harumnya tiada. Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa. Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan. Wanita yang kurang cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya.

Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya. Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka.

Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan. Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberiNya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi. Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya? Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat.

Asal manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula dirimu wahai wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan. Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam. Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan. Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang. Langit yang dijadikanNya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran:

"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan." An-Nahl:53.....

RENUNGILAH IA BUAT MU MUSLIMAH....

p/s: dun judge a book by its cover~

Pesanan Rasulullah SAW Terhadap Wanita

1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).

2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.

4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

8) Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

10) Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

11) Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.

12) Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

13) Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).

14) Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.


p/s: utk sahabat2 dan juga diri sendiri yg selalu alpa dan leka dgn hiasan dunia..

Sunday, June 14, 2009

resahku menanti

salam alaik..

semalam aku saja on9 sekejap je memandangkan niat aku nak tido awal.. tapi niat tu terpaksa aku batalkan.. bukan sebab aku on9 tapi sebab tunggu ma abah aku balik.. jam dah menunjukkan kul 12.40 pagi.. aduh.. hati anak mane yg tak risau.. ma abah x pernah balik lewat sebegini kalu x silap aku.. rasanya td cakap balik dalam kul11.. mane dorang ni??

hati aku bimbang.. aku tunggu depan pintu dalam gelap.. sambil tgk adik2 aku yg sedap tido.. ciap guling2 lagi.. sempat lagi aku pk tentang diriku.. aku ni kakak yg baik ke? seingat aku.. kat umah aku agak garang ngan adik2 (caye tak?).. tapi dorang ni selambe je.. aku marah wat2 xtau.. haha.. aku ni jenis yg kurang menunjukkan kasih syg esp kat umah.. so no wonder la adk2 aku pun wat dunno je.. haha.. tapi dalam hati ni, Allah je yg tau betapa sayangnya aku pd kuarga ku..

masa terus berlalu dan aku terus mengintai waktu.. 1.00 pagi.. 1.10 pagi.. 1.30 pagi.. mane ma abah ni.. cepat la balik.. dalam hati aku terus berdoa semoga mereka selamat sampai.. ameen..

setiap kali aku terdengar bunyi deruman enjin kereta kat luar, aku berharap sgt tu parents aku.. tapi setiap kali aku hampa.. dgn sedikit langsir yg terbuka, aku mengintai kot2 ade cahaya lampu kereta yg lalu.. almaklum la, jalan depan umah aku sempit je.. lewat mlm cmni bkn ramai yg lalu.. tp yg dinanti tak berkunjung jua..

masa berlalu pergi
aku masih menunggu sendiri
dalam kesepian malam
ku mencoret apa yg terpendam

masa terus berdetik dan berlalu
rembulan malam menemani ku
melihat adik2 ku lena diulit mimpi
resahku menanti ibubapa kembali

jarang sekali kurasakan begini
lama lagikah perlu ku nanti
cepatlah pulang wahai insan tersayang
anakmu menanti dgn senyuman..

akhirnya.. jam menunjukkan tepat 1.40 pagi.. lama lagi ke? terdengar deruman enjin menghampiri rumah ku..

alhamdulillah.. syukur padaNya.. kelibat mereka kelihatan.. cepat2 aku membuka pintu rumah yg terkunci.. mereka selamat.. td rupanya majlis habis lambat.. kebetulan ma berbual panjang.. agaknya lama tak bertemu kot.. hehe.. pape pun aku syukur sgt.. boleh la aku tido ngan tenang semalam..

kdg2 bagus gak sekali sekala berperasaan cmni.. sbb selalunya kita tak menhargai apa yg ade didepan kita.. bila berjauhan atau kehilangan, barulah nak menghargainya.. so blajar2 la mghargai apa yg kita ada skg.. esp yg paling rapat ngn kita iaitu KELUARGA.. :)


p/s:
رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَاب
"Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan ibubapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)." (Ibrahim, 14:41)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...