Monday, July 19, 2010

My BFF Ever~

Salam alaik

Weekend ni memang dah plan utk menjejakkan kaki di UIA Gombak. Seperti sebelum-sebelum ni, memang setiap sem aku akan melangkah ke sana. Berfikir tentang assigment2 dan task2 yang bakal menyesakkan kepala, pergi ke sana lebih cepat adalah lebih baik. Tambahan pula, bulan Ramadhan pun dah tak lama kan.

Seperti biasa, bilik BFF aku la yang jadi mangsa. Lebih2 ag ada katil kosong, lagi best! Dah lama tak jumpa, ambik la peluang ni nak sembang2 dan hang out sama2. Dan yang dah lama dinanti, dapat tengok Eclipse. We've a lot of fun! Bila bersama dengan kawan2 yang sekepala, memang best giler!

Sebenarnya dah datang sini baru inform abang aku yg belajar kat Gombak utk second degree. Tapi rupanya dia ada kat umah. Tu pun tau masa ma kol semalam. Huhu.

Semalam, berbekalkan kertas2 color yang my BFF bagi, aku wat beberapa keping kad. Salah satunya diberi pada BFF aku sendiri (maaf, guna kertas kamu utk bagi kat kamu!), satu utk BFF jugak (Thanx sb bagi hadiah!) dan lagi satu diberi pada seorang foreigner dari Sudan.

Nak dijadikan cerita, petang jumaat masa aku sampai Gombak, my BFF kuar. So terpaksa lepak kat tepi tangga. Owh, seorang foreigner yang sangat baik. Dia menjemput saya rehat di bilik nya semetara menunggu BFF yang tak kunjung tiba (sudah sedia maklum.. hehe). Tapi sayang, aku speaking tunggang-langgang, dan aku bertuah sebab dia faham je.

Kami sempat bertukar-tukar cerita yang ada dalam hardisk, aku diberi sekeping kad buatannya sendiri, diberi biskut, dan segelas air special dari Sudan. Alhamdulillah sungguh sedap! Katanya, mengikut adat disana, mesti habiskan segelas air yang tuan rumah sediakan, kalu tak, tak kawen nanti. Alabapak, minum2! Saya pun ada impian nak kawen besar nt. hehe.

Ok, jumaat sampai la isnin aku duk sini. Tatkala ni, aku sedang teman my BFF g kelas kat HSC. Tapi aku duk on9 kat luar sementara mencari2 sources utk assignment yang tak jumpa2 jugak. Alhamdulillah, aku bertembung dengan ramai kawan2 yang aku kenali. Sangat seronok! Time cuti tak nampak batang hidung masing-masing, time ulang-alik dari kelas baru nampak ye.

Dan tak disangka2, aku ditakdirkan utk berjumpa dengan sorang ag BFF aku yang dah lama tak contact! Ok, dia ok, xde perubahan dari segi perwatakan, kondisi bagus. Sangat gembira sebenarnya. Rasa tenang. Ingat memori lama. Dan dapat pinjam mp3 tanpa bayaran. Hehe. Sambil2 itu sempat berkongsi rasa, dan aku akan sentiasa menyokongnya.

Sebelum pulang, my BFF sempat amek gmbar aku dr banyak sudut kat area uia gmbk. Dan yg pasti, dia akan melihat gambar2 aku berulang kali. Aku pula akan sgt rindukan saat2 bersamanya.
(T-T)

MY BFF, she's the one! ♥

A long way to go~

I'll miss the moment when we were together~

I'll come again, my dear BFFs! ♥

P/s: Petang ni da nak balik, rasa sedih tapi hepi! Takpe, next time boleh datang lagi. THANX 4 EVERYTHING sume! Saya sangat syg BFFs saya!!

Wednesday, July 7, 2010

Hard To Say.

Salam alaik

Apabila ditimpa kesusahan, kekecewaan, kesedihan, kegusaran dan perasaan-perasaan yang sejenis dengannya, majoriti orang akan melalui 'frasa pemulihan', kot!

Cukuplah kalau aku katakan aku pun pernah, sedang dan akan melaluinya berulang-ulang kali.

Sukar untuk menggambarkan 'kelukaan' hati yang dialami terutamanya ia benar-benar peribadi dan terlalu sukar dikongsi.

Jangan disempitkan minda dengan perkataan 'terluka' itu apabila orang lain yang menyakiti diri kita. Tapi juga melibatkan kes seperti melukai diri sendiri atau orang lain.

Seolah-olah merasai 'konflik diri'. Yang amat sukar difahami orang lain dan hanya diri sendiri yang terlalu memikirkan. Kadang-kadang sampai rasa macam penat sangat2 nak fikir. At least lega sikit bila dapat luah 'sikit' kat orang yang dipercayai.

Sungguh! Rasa 'down' giler bila perasaan tu datang. Takpe, selalu kawan-kawan pesan, juz be yourself kan. Hmm, susah nak describe camne dan aku tak pasti korang faham tak entry aku kali ini.

Setiap kali aku memujuk hatiku, everything happen has its own reasons. Pasti ada yang lebih baik direncanakan oleh Allah. He knows the best!

"IT'S BETTER TO BE LIKE THIS". "IT'S SHOULD BE THIS WAY". Jadi aku redha dengan takdir. Alhamdulillah, aku jenis yang senang nak 'motivate' diri sendiri (esp bila cakap sorang2). :D

Berbalik padaNya, ini cumalah ujian-ujian kecil yang melanda diri. Allah tak akan memberi ujian pada mereka yang tidak mampu menanggungnya. Teringat kembali sirah-sirah Rasulullah S.W.T dan para sahabat, ujian mereka jauh lebih besar dan berat. Dibandingkan dengan apa yang kita alami, seperti habuk ditiup angin lalu.

*be happy :)

P/s: Words are not enough to express feeling! Sekadar meluah rasa. Hehe.

Monday, July 5, 2010

NEW JOURNEY :)

salam alaik

alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi nafas utk meneruskan perjalanan ni.

sedar tak sedar, dah setahun aku menimba ilmu di bumi kuantan ni. sekejap giler masa berlalu. seyes aku rasa cam baru masuk sem 2, bukan tahun 2. huhu.

NEW semester, NEW year, NEW challenge, NEW assigntment dan segala-gala NEW lah kot! (kot???)

yeke segala-galanya NEW???
(blog aku pun berwajah baru gara-gara kesilapan teknikal. tp suka! :D)

hah, tepuk dada tanya 'hati'.. hanya empunya diri yang tahu kan. insyaAllah, semoga sume dpt 'upgrade' diri masing-masing utk jadi yang lebih baik. ameen. dan semoga NEW 'input and output' pun sama-sama dapat!!

TAHNIAH jugak diucapkan pd sume warga KON sebab kita je yang masuk blajar seminggu awal daripada course2 lain. hehe :D

pada kak ria, kak mas, kak fiey n lain-lain, selamat bekerja dah pasni k. mesti rindu nak posting ngan korang ag. *nanges mode* T__T

*batch 6, korang da masuk 2nd year taw! huhu*

*future nurses. InsyaAllah*

p/s: Seringkali penghujung jalan yang dianggap penamat, membawa ke jalan baru yang lebih luas.

Jaga si adik

salam alaik

alhamdulillah, pertama sekali aku ucapkan bila adik pertama ku selamat menjalani laparoscopy selasa lepas disebabkan ovarian cyst. cyst tu da detect 2 tahun lepas dan makin besar dalam 5cm, tak lama tu makin kecik. tapi sebab adik aku selalu rasa sakit, doktor suggest buang.

hari adik aku operate, ma yang jaga time malam, aku tukar syif jaga siang. maklum la, time tu aku je cuti, adik-adik lain sume sekolah. aku tengok pengorbanan ma yang tak pernah habis-habis ni, dalam hati aku rasa makin sayang ma.

aku selaku nurse tak bertauliah ag, agak terasa la bila ada ahli keluarga yang sakit. walaupun tak banyak yang leh apply, tapi at least aku taw la serba sikit mende-mende kat hospital. tak pasti apa yang patut aku wat sepanjang jaga dia (sebab nampak ok je). tapi aku asyik melawak ngan adik aku, walau pun taw dia tgah sakit sampai tekan-tekan perut tahan gelak (kat bahagian jahitan). tp tu memang cara aku nak bagi dia tak tertekan (erk, tertekan ke?? adik aku marah suh diam) huhu.

2 hari lepas operate (hari adik aku nak discharge), ma cakap aku tak payah datang teman dah. petang nt nak balik. tapi tok telefon cakap suh pergi jugak. kebetulan aku pulak yang tak sihat. dengan lemah-gemalai, aku paksa diri ikut makcik aku pergi tukar syif ngan ma.

Memang keadaan tak izinkan, aku demam campur selesema teruk giler sampai hidung berdarah2 dalam kete. nak taknak, balik kat umah gak. actually, ni mengigatkan aku time zaman kecik-kecik dulu, bila pergi kelas PAFA petang, hidung berdarah! hampir tiap-tiap hari. sekarang memang jarang2 dah.

masa jaga adik kat hospital, aku observe la keadaan kat sana sambil terbayang future aku camne la nt. tapi ada gak sedikit semangat menyerap dalam salur darah nak jadi lebih baik kan. lagi pun da nak masuk 2nd year dah. yup, semangat juang!

*paksa dia amek gambar, haha*

p/s: orang selalu ingat aku ni adik kepada adik aku.
"eh, kakak kecik dari adik??" (T___T)

Monday, June 28, 2010

Peringatan Untuk 'Kawan'

salam alaik

kali ni aku terpanggil untuk post mengenai 'friendship'. maaflah kalu agak kasar aku cakap, kawan tak semua yang macam kawan! (bukan sume)

aku bukan nak cakap pasal kawan makan kawan, tapi pasal perangai sesetengah pihak tu nak berkawan tapi wat perangai macam taknak kawan. beberapa perkara yang aku nak 'highlight'kan kat sini, harapnya dapat fikir2 la sendiri ye.

1) jaga percakapan
-bukan aku nak kata, tapi aku dah observe banyak kali dah. mentang2 la kawan kan, gurau pun ada batas gak. jangan ar cakap ikut sedap mulut je. sindir-menyindir la. fikir la perasaan orang lain jugak. tp aku faham, kadang2 kita xsedar apa yang kita cakap hari2, gurau senda kita, bukan bermaksud nak lukakan hati orang. tapi agak2 la jugak ye. ;)

2) wat tak layan (tak cakap, tak pandang)
- ni satu hal ag. hmm, kalu kawan dah tegur tu, jangan la wat2 xtaw. ni siap wat muka ag, tengok pun tak maw. sepatah haram pun tak cakap. tolonglah, orang lain pun ada perasaan gak. kalu ada salah silap, boleh je nak gtaw. ni orang dah tanya banyak kali, sampai nak giler fikir 'apa salah aku'.. tuup.. tuup.. tak tahu punca! esok lusa wat macam bese. ok, fine. forget it. :) (mungkin aku boleh lupakan je, tapi org lain???)

3) dengar nasihat orang
- haa, ni ikut la sape2 nak terima, kalu taknak terima nasihat sudah. orang bagi nasihat untuk kebaikan. tapi yang geram, bila nasihat tu dia anggap bebelan. adeh, penat duk nasihat macam motivator bertauliah. lebih2 ag seramai2 orang yang nasihat, sume mcm sia-sia je. hm, rasenya xleh wat apa dah. dah besar kan.. orang nasihat sebab sayang....

4) putus persahabatan
- astaghfirullah.. ni kes paling teruk penah aku tgk depan mata. aku pn kdg2 speechless dah. wahai sahabat2, dalam hidup ni, kawan2 tu yang paling selalu bersama kita kan. lebih2 ag time belajar. duk hostel sama2, blaja sama2, exam sama2. ingat benda ni x pengaruhi orang lain ke. kawan2 sekeliling kita pun mesti rs xtenang ngan keadaan camni kan. jangan kita senang2 nak putuskan silaturrahim. tu bukan penyelesaian bagi masalah. Nabi SAW telah bersabda :
لا يدخل الجنة قاطع
“Tidak akan masuk syurga bagi mereka yang memutuskan (silaturrahim)”

rasanya cukup sampai sini dulu. aku tahu aku pun tak sempurna. tapi sume2 ni hati kita dapat nilai sendiri mana baik mana buruk. seriously, aku sayang kawan2 aku tak kira baik buruk camne pun dorang. kita ni manusia biasa, tak lari dari wat kesilapan. mungkin arini ni kawan2 wat silap, esok lusa kita pulak. so maaf-memaafkan jalan terbaik.

p/s: kita taknak org wat cmtu kat kita, kita jgan wat camtu kat org. ukhuwah fillah~

Friday, June 25, 2010

salam kembali

salam alaik..

Sungguh! Hampir saja setahun dalam diam rupanya blog yang memang serba kurang ni menyepi. Mungkin kerana terlalu banyak perkara yang dialami oleh si penulis, biarlah Tuhan yang tahu. Sedar tak sedar rupa-rupanya terlalu cepat masa berlalu dan pada masa yang sama, terlalu banyak benda yang terpendam.

Dah berkali-kali sebenarnya hati ini terpanggil untuk berblog kembali. Entah kenapa aku menidakkan agar tak peduli. Ya Allah, hanya Engkau yang memahami. Mungkin selepas ini hati ku berbunga kembali seperti dulu, kembali ke dunia blog. Terima kasih bagi mereka yang menyokong.

p/s: insyaAllah, bakal mengaktifkan kembali blog terbiar ni. Buang segala semak-samun yang menghuni, cendawan dan kulat yang tumbuh, spray segala kuman-kuman. (Infection control kot.. huhu)

Saturday, September 19, 2009

pulanglah michi..

*rindu kat michi a.k.a kucing ksyangan aku yg lahir pd hari jumaat sms org sdg menunaikan solat jumaat bberapa tahun yg lepas.. lahir dlm rumah dibawah buaian.. warna nya hitam, sgt berbeza dgn ibunya yg warna putih melepak.. jantina jantan.. bersikap berani dan protective krn slalu jg rumah drpd gguan kucing2 lain.. rupa parasnya sdkt garang tp sgt baik hati dan bertimbang rs sbb slalu bg pluang kucing2 ku yg lain makan dahulu.. sangat rindu michi.. igtkan dpt jpe blk ry ni.. tp mungkin ia sudah tiada.. tiada lagi "meoww"an nye kedengaran.. ;(

p/s: da byk kucing2 aku yg tak balik.. dan hingga hari ini xpnh balik2 lg.. mgkin mereka sudah pergi..

michi a.k.a itang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...