Thursday, June 18, 2009

renungan buat muslimah

salam alaik

Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... Begitulah orang yang cantik jarang berbudi..

Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah", maka akan menguntumlah sekuntum senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia. Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.

Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.

Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai.

Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin. Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah. Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya harumnya tiada. Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa. Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan. Wanita yang kurang cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya.

Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya. Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka.

Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan. Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberiNya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi. Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya? Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat.

Asal manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula dirimu wahai wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan. Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam. Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan. Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang. Langit yang dijadikanNya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran:

"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan." An-Nahl:53.....

RENUNGILAH IA BUAT MU MUSLIMAH....

p/s: dun judge a book by its cover~

Pesanan Rasulullah SAW Terhadap Wanita

1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).

2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.

4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

8) Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

10) Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

11) Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.

12) Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

13) Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).

14) Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.


p/s: utk sahabat2 dan juga diri sendiri yg selalu alpa dan leka dgn hiasan dunia..

Sunday, June 14, 2009

resahku menanti

salam alaik..

semalam aku saja on9 sekejap je memandangkan niat aku nak tido awal.. tapi niat tu terpaksa aku batalkan.. bukan sebab aku on9 tapi sebab tunggu ma abah aku balik.. jam dah menunjukkan kul 12.40 pagi.. aduh.. hati anak mane yg tak risau.. ma abah x pernah balik lewat sebegini kalu x silap aku.. rasanya td cakap balik dalam kul11.. mane dorang ni??

hati aku bimbang.. aku tunggu depan pintu dalam gelap.. sambil tgk adik2 aku yg sedap tido.. ciap guling2 lagi.. sempat lagi aku pk tentang diriku.. aku ni kakak yg baik ke? seingat aku.. kat umah aku agak garang ngan adik2 (caye tak?).. tapi dorang ni selambe je.. aku marah wat2 xtau.. haha.. aku ni jenis yg kurang menunjukkan kasih syg esp kat umah.. so no wonder la adk2 aku pun wat dunno je.. haha.. tapi dalam hati ni, Allah je yg tau betapa sayangnya aku pd kuarga ku..

masa terus berlalu dan aku terus mengintai waktu.. 1.00 pagi.. 1.10 pagi.. 1.30 pagi.. mane ma abah ni.. cepat la balik.. dalam hati aku terus berdoa semoga mereka selamat sampai.. ameen..

setiap kali aku terdengar bunyi deruman enjin kereta kat luar, aku berharap sgt tu parents aku.. tapi setiap kali aku hampa.. dgn sedikit langsir yg terbuka, aku mengintai kot2 ade cahaya lampu kereta yg lalu.. almaklum la, jalan depan umah aku sempit je.. lewat mlm cmni bkn ramai yg lalu.. tp yg dinanti tak berkunjung jua..

masa berlalu pergi
aku masih menunggu sendiri
dalam kesepian malam
ku mencoret apa yg terpendam

masa terus berdetik dan berlalu
rembulan malam menemani ku
melihat adik2 ku lena diulit mimpi
resahku menanti ibubapa kembali

jarang sekali kurasakan begini
lama lagikah perlu ku nanti
cepatlah pulang wahai insan tersayang
anakmu menanti dgn senyuman..

akhirnya.. jam menunjukkan tepat 1.40 pagi.. lama lagi ke? terdengar deruman enjin menghampiri rumah ku..

alhamdulillah.. syukur padaNya.. kelibat mereka kelihatan.. cepat2 aku membuka pintu rumah yg terkunci.. mereka selamat.. td rupanya majlis habis lambat.. kebetulan ma berbual panjang.. agaknya lama tak bertemu kot.. hehe.. pape pun aku syukur sgt.. boleh la aku tido ngan tenang semalam..

kdg2 bagus gak sekali sekala berperasaan cmni.. sbb selalunya kita tak menhargai apa yg ade didepan kita.. bila berjauhan atau kehilangan, barulah nak menghargainya.. so blajar2 la mghargai apa yg kita ada skg.. esp yg paling rapat ngn kita iaitu KELUARGA.. :)


p/s:
رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَاب
"Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan ibubapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)." (Ibrahim, 14:41)

Saturday, June 13, 2009

dapat award~

salam alaik..

baru2 aku telah menerima award dari sorang kawan ni.. tp lambat sket nk amek.. sori byk2 ye..

a) Copy badge dibawah untuk diletakkan di blog anda.


"Vespa Blogger Award Friendship".. sedap bunyinye.. ade lesen so leh g jalan2 ni :)

b) Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

hah.. tiba saatnye nk cte pasal jatjat a.k.a 'izzatulfadilah.. da lama jatjat tunggu nk promote die lam blog ni.. kan jat?? jatjat ni rakan sedaerah, senegeri, sekos, semahallah, seblok aku.. sumenye se-se.. sehati sejiwa kot (yeke jat?).. hehe.. nway tanx a lot to jatjat sbb sudi bg award ni kat aku.. act ni award 1st aku dpt spanjang blogging (mcm lame dah je).. haha~

c) Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri.

1. aish.. 1st thing yg aku pk.. aku ni hal2 pasal diri ni lemah sket nak bagitau org.. hehe

2. selalunye, kawan2 dan saudara mara aku selalu komen psl aku yg makin hari makin kurus..

3. aku ni mudah dpt selesema esp kt umah.. byk habuk ke.. huhu

4. suka sangat ngan wane merah or sewaktu dgnnya, pink.. sampai baju aku majoriti wane merah.. (smpai ade yg igt aku x tukar baju.. adeh..)

5. suka amek gambar diri sdiri gune hp adik, payed.. pastu dia mbebel..

6. suka baring.. las2t tetido jgk.. haha.. tabiat buruk yg sukar dikikis..

7. suka pada binatang yg comel2.. eg kucing, hamster, dll..

8. kat skola dulu perangai aku xmatang.. kalah budak2.. smpai skg kot..

9. selalu cakap dgn diri sdiri.. dan meluahkan sesuatu pada kertas..

10. sangat suka pada senyuman.. :)

d) Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka diblog anda.

1. jatjat (aku bg balik ke mg.. sbb aku terasa nak bg gak wlupon mg yg bg kat aku..)

2. mirah (syg rumetku ni)

3. ana (clazmate dr awal sampai akhir..)

4. huda (clazmate ku jua.. haha)

5. syikin (best knal ckin..)

6. sape2 yg sudi ziarah blog ni.. (jgn segan2 nak amek award ni k..)

p/s: wlpun sbhagian drpd penerima award ni izat da bg.. aku still nak bg kt dorang jugak tanda phargaan aku thadap mereka sb sudi kwn ngn aku yg xsberapa ni.. thx 4 everything friends.. luv u all.. smoga ukhuwah ini seiring menuju ke jalan yg redhai-Nya.. ameen..

~teringin nak bg kat bbrapa orang lagi tapi xpela, mungkin xde peluang lagi.. lain kali insyaAllah~

Monday, June 8, 2009

hati berbicara lagi

angin lalu bawa ku pergi
ribut duka menarik ku kembali
lemas aku di lautan dalam
melawan gelora diriku pengsan

mengapa mudah hatiku terluka
inginku muntahkan apa yang ku telan
ku lupakan pahitnya rasa
mengapa hati ini dicalarkan jua

diriku umpama bulan di malam kelam
menumpang cahaya sang mentari
demi menyinarkan segala disisi
sedangkan diriku gelita sendiri

tidakku salahkan sesiapa
kerana takdir telah menetapkan
ketika ku renung sendirian
akukah punca segalanya?

tinggalkan aku wahai derita
sinar Ilahi tetap ada
menemani hatiku
menemani matiku..

p/s: andai jatuh harus bangkit semula..

setitis rasa dari hati

sering kali ku terjatuh lemas
dalam jerat dan perangkap sendiri
yang tercipta tanpa sengaja
hingga ku luka dan kecewa

ingin ku berlari dan pergi
tanpa menoleh lagi
ingin ku hargai apa disisi
bukan mencari yang tak pasti

tak perlu ku berdalih lagi
rasa ini harus ditinggalkan
demi mendakap sebuah ketenangan
ampunilah aku Tuhan

hati ku disangka permata
rupanya hanya serpihan kaca
sinarnya hampir sama
hanya aku tau mengapa

jernih hujan menitis ke bumi
saat pena menari di lembaran
ibarat memahami yang tersirat dihati
Ya Allah, tunjukkan aku jalan pulang!

p/s: hati ini dambakan ketenangan..

Sunday, June 7, 2009

mirah ku~

salam alaik..

entri kali ni saya dedikasikan utk sahabat sy ni merangkap teman seperjuangan a.k.a rumet ku.. her name is amirah farhan mohd asri a.k.a mirah.. hehe

:: gambar ni kitorang tampal kat depan bilik sem lepas.. pastu izat curik jap (nampak x izat kt belakang aku?).. mati2 kitorang igt technician yg curik.. takot giler ms tuh.. haha ::

meh nak komen sket psl mirah (memandangkan dia da tulis entri pasal aku baru2 ni).. hehe

1) dia ni friendly.. kalu x kenal mst orang cakap dia ni pendiam.. tp sebenarnya cakap byk jugak ni.. hehe

2) jenis x kisah.. aku ajak g mane2.. jom laa.. hah.. senangkan.. (slalu suh g kinik.. waa)

3) sensitif.. bkn perasaan kot.. tp kalu tersilap sentuh bahu dia pun da terjerit dah (tersilap ke sengaja??) hehe..

4) selalu ada.. dia ni selalu ada tym aku hepi ke.. sedih ke.. slalu mirah dtg pujuk.. dia jgk phm tym aku perlu sorang2.. tanx ye mirah.. syg kamu :)

5) boikot ubat!! hah, bdk nursing boikot ubat? cmne nak suh patient mkn ubat ek.. kalu bab ribenna.. hmm.. xboikot lak.. hehe

6) misteri.. haha.. susah nk tau rahsia dye ni.. tp kalu skali aku tau.. xleh heboh2.. biar empunya diri yg jwb.. sbb ramai org tertanya2 psl dye ni.. smpai aku pun pening.. haha

7) setia menanti.. emm mksud aku dye slalu tunggu aku tym lunch.. setia je tggu kt blk.. hehe.. tp ms dinner mirah makan awal.. aku lak jenis makan lewat sket..

8) pengemas.. b4 ni kalu g blk mirah slalu kemas je.. tp sejak duk ngn aku.. wahaha.. no komen.. (jgn pk bukan2 ye!)

9) x suka sayur.. hah, ni lagi satu.. ssh giler nak pujuk mirah mkn sayur esp sayur ijaw.. bkhasiat tau.. tp bab makan dia mst pujuk aku (aku kurang selera r).. hehe

10) last but not least, mirah ni mcm xsabar nak kawen.. asyik ckp psl isteri solehah je.. sampai aku pun tpengaruh.. xpe.. ku doakan mirah bahagia la ye.. xkisah la bila2 pun.. ngee~

p/s: teringat kat kwn seperjuangan sume, rumet2 ku, kwn2 skola dulu, kwn2 tym kecik2 dulu dan sume yg pernah bgelar kawan laa.. hehe.. syg korang.. dn semoga persahabatan ini xkan pernah luput diingatan.. dan maafkan diri ini yg penuh dgn kkhilafan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...