Hampir setiap hari saya memohon padaNya supaya diberi lebih kekuatan. Dalaman dan luaran. Kerana apa? Kerana saya tahu yang saya ini seorang insan yang sangat-sangat lemah. Kelemahan diri yang biarlah hanya saya dan Dia yang tahu.
Kadang-kadang diri ini terfikir kenapa diuji sebegini. Aduh, mudahnya saya untuk mengeluh sedangkan beban yang dilalui tidaklah seberat yang mungkin ditanggung oleh mereka-mereka yang lebih malang nasibnya. Terasa tidak baik pula berfikir sebegitu. Kerana kesusahan yang sedikit, kesenangan yang banyak itu dilupakan.
Terlintas jua dihati. Rupanya ujian yang diberi itu merupakan jawapan kepada doa yang dipinta. Saya meminta kekuatan, dan diberikan ujian dan cabaran sebagai satu landasan untuk ditambah kekuatan dan kesabaran. Tapi tak dinafikan, saya manusia biasa yang mudah jatuh lalu tercedera sewaktu meniti jalanan berliku. Yang pasti, saya mahu percaya Dia lebih tahu segalanya.
Kadang-kadang saya rasa nak berlari. Saya nak buang perasaan tak baik jauh-jauh. Tapi macam saya cakap, saya ni manusia biasa. Yang selalu buat silap. Dan mungkin ulang balik kesalahan yang sama. Saya minta ampun Ya Tuhan. Saya rasa berdosa. Banyak silap saya. Saya tak tahu nak berpaling kemana selain Kamu. Hanya Kamu saja. Jadi, tolong saya ya, Ya Allah.
Hari-hari saya doa yang terbaik. Untuk diri saya, untuk dia, untuk ibubapa, untuk keluarga, untuk kawan-kawan saya, dan untuk semua-semua. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Samaada kita sedar ataupun yang tersembunyi. Jadi saya berserah. Sinar pasti menanti. Cuma yakin padaNya.
Ada lagi saya minta, tolong jangan matikan hati saya jika saya lakukan kesalahan. Saya takut sangat. Jadi apa yang boleh saya lakukan sekarang, saya cuba elakkan apa yang boleh saya elak. Walaupun saya tak pasti saya mampu ke tak. Yang penting saya cuba. Jangan pernah jauh dari saya ya Tuhan. Jangan pernah pergi dari hati saya, saya mohon.
P/s: Hanya kepadaMu lah tempat kami berdoa dan meminta perlindungan. :)
2 comments:
Iyya Kanaqbuduwa Iyya Kanastain
[Hanya kepadaMu kami sembah, Dan kepadaMu kami mohon pertolongan =) ]
yup akim~ :)
Post a Comment