Salam alaik.
Masih tak putus asa nak sambung entri ni. Hee.
Hari keempat di A&E. Setelah rotate ngan kawan-kawan, tiba giliran untuk mendapat Yellow Zone kembali. Semoga tak sesibuk hari pertama. Huahuahua~ Dan tahniah, kesibukan itu kurang sedikit. Tapi... balik lambat sebab dekat nak maghrib tu tiba-tiba busy giler! Huu.
Aritu ntah mengapa ramai giler orang yang accident dan patah kaki. Ada sorang budak 17 tahun ni patah kaki sebab lumba motor kot. Menurutnya, nak praktis motor cross. Hm, ok sebagai perempuan, aku tak taw sangat benda-benda camni. Cukup untuk aku faham dia buat aksi lompat masa jatuh tu. Sorang budak 16 tahun ni pulak patah kaki sebab main bola. Dan sorang lagi budak sekolah rendah, patah kaki sebab jatuh dari pokok kelapa condong selepas syok bermain bersama kawan-kawan.
Ada satu kes ni pulak, suami isteri dan anak accident sebab motor dia terlanggar 'vavi'. Kecian pulak kat anak dia asyik nanges tak henti. Suami dan anak duk kat Yellow Zone, manakala si isteri kat Red Zone. Lagipun dia pregnant. Hmm.
Sebelum balik, ada sorang MA tu panggil. Rupanya nak suh aku insert branula kat sorang patient yang bukan warganegara Malaysia. Aku rasa dia tak faham sangat BM tapi dia angguk-angguk je la kot. Aku takut sebab pernah buat kat kawan tapi tak jadi. Ni pulak nak wat kat patient betul. Tapi sebab peluang ni jarang-jarang aku dapat, cuba jela kan.
Firstly, MA ajar teknik betul. Aku agak kalut dan memang nampak sangat kekalutan yang melampau ketika masukkan branula tu. Yeay, berjaya. Tapi MA yang banyak tolong sebenarnya. Huhu. Secondly, MA suh buat sebelah tangan lagi pulak. Biar betul nak insert 2 branula ni? Hmm, aku on je. Kali kedua, MA suh aku yakin. Kalau tak praktis camne nak pandai buatkan? Betul-betul.
Jadi kali kedua, teettttt! Tak berjaya. Vein lari. Lastly, aku cuba kat vein lain pulak pada tangan yang sama. Rasa kesian pulak kat patient tu sebab jadi mangsa aku. Huhuk. Soew~ Dan kali ni, alhamdulillah. Berjaya dan lebih yakin berbanding cubaan pertama. Dan disebabkan itu, saya pulang sedikit lewat. Huhu.

Yang orange tu la butterfly (rujuk Part 2). Yang ada pink tu, branula. Terima kasih kat MAs yang ajar n beri peluang kat aku.
Hari kelima & terakhir di A&E. Bersamaan jugak hari terakhir posting Sem 2 Year 2. Sepatutnya aku ngan Nurul jaga OW, tapi sebab situ bosan, aku dengan penuh semangat nak jaga Green Zone sekali ngan Naim & Nurrus. Yeah, kejonaan aku tak berapa muncul aritu sebab tak busy sangat. Hee.
Petang tu ada sorang patient kena bagi IV Hydrocortisone. Tanpa melengahkan masa, aku yang pernah buat cuba untuk wat sekali ag. Berdebar gak sebab aritu ada MA Fauzi, ni takde. Nasib baik nampak Bos dari jauh, terus aku panggil untuk tengok. First aku wat, butterfly tu masuk dalam vein tapi bump pulak vein tu. Tak dapat habiskan Hydrocot. Jadi cuba amek vein kat lengan pulak. Patient tu takut sebab tengok ubat tu 10cc dan mintak inject pelan-pelan. Banyak kot bagi dia. Huu.
Dan pada hari terakhir tu, aku dapat peluang cuba benda baru dan aku tak tahu pun benda tu. Aku wat vision test dan eye irrigation kat sorang patient tu. Mata dia masuk habuk sebab kerja kat ladang sawit. MA Kamarul yang ajar eye irrigation. Mula-mula amek Normal Saline (N/S) dan pasang tubing macam bese. Baringkan patient dan alirkan N/S dalam mata patient sampai abes sambil suh dia gerakkan mata atas-bawah-kiri-kanan. Yup, pedih tapi kena buat jugak. Untuk eye stain, MA apa-nama-aku-lupa yang buatkan guna Fluorets. Learning something new again!

Bersama stethoscope comel di Green Zone. Haha.

Isi lab form untuk hantar spesimen.

Bersama SN Azimah sebelum pulang. Hee.
Malam tu, MA mintak jaga Red Zone jap. Tapi berlaku kejadian di Red Zone yang takkan aku lupa. Memalukan. Kesian aku. Kepada Nurul, MAs, DRs & PPK yang ada kat situ, maafkan saya sebab kecoh giler masa tu. Saya malu sangat! Soew kepada MAs yang terlibat. Wuwu~
Sedih pulak nak tinggalkan A&E HoSHAS. Best! Thanxs korang:)
P/s: Pulang ke kuantan untuk final exam. *Takmaw-takmaw* T___T
4 comments:
abes hospital mana ni?
HoSHAS. hospital sultan haji ahmad shah kat Temerloh.
so far students uia kena posting kat spital2 lain sb uia xde hospital sdiri..
ade je dak2 kolej lain posting kt spital ni gk..
Nt ak da naik 3rd n 4th year, leh g HUSM or HUKM kot.. hee.
P/s: ble hosp uia nk bina nih? -_-"
gambo ak mane???
hahahahahahahaha !!!!
gambo mg??
gmbar mg overload.. hahaha.
sila dtg bilik ak~~!! XD
Post a Comment