Sunday, August 1, 2010

It's quite an ART~

salam alaik

Beberapa hari yang meletihkan tetapi aku cuba kuatkan semangat. Tambahan pula dengan kondisi yang aku alami sekarang, iaitu KURANG SELERA MAKAN. Ang, plz be bigger ok! Awak kurus sangat! (Xpe, yang penting asalkan sehat kan)

Minggu lepas yang agak kalut sebab ingatkan jumaat lepas kena present untuk subjek MSN2 (Medical-Surgical Nursing 2) tapi postponed this week pulak plus kena present subjek BM kerjaya. Campur lak kena handle untuk satu persembahan sempena Cultural Night anjuran KOS collaborated with Mahallah Maimunah. Sisters only!

Kumpulan kami mewakili blok M3 dan aku mendapat idea untuk wat pentomen musical kononnya. Tapi disebabkan sedikit lari daripada tema yang sepatutnya (dancing), kami meraih tempat ke-4 drpd 6. Huhu. Kami xde la kecewa sangat, sebab bukan kemenangan yang didamba. Tapi kepuasan hati sendiri dan penonton. Lagipun kumpulan lain sume hebat2 belaka.

Sungguh, sebelum turn kami sampai, semua kawan2 menyatakan perasaan gementar mereka. Sebab watak-watak dalam tu memang berbeza dengan personaliti mereka. Biasa la tu kan. Aku berkali-kali memberi kata-kata semangat agar jangan kalah pada perasaan tidak yakin. Jadikan ni sebagai satu jalan untuk bina keyakinan diri. Aku akui aku pun gementar tapi kena cuba!

Tiada perasaan gementar semasa berada diatas stage. Sehari sebelum tu, sebenarnya ada rehearsal yang pada mulanya team members aku menolak. Malu kata mereka. Tapi aku berterusan memujuk mereka supaya cuba jugak. Cuba amek feel atas stage. Walaupun dalam kata-kata ku seperti sedikit memaksa mereka, tapi itu yang dirasakan terbaik.

Semasa persembahan, kami mendapat respons daripada penonton. Gelak tawa mereka, sorakan dan tepukan ketika part-part yang agak lucu dan menarik hati mereka. Aku sebagai suara latar untuk pentomen ni pun rasa nak gelak-gelak jugak masa tu. Seronok! :)

Selepas itu, respons daripada team members aku sendiri pun sungguh menggembirakan aku. Alhamdullilah, usai persembahan ada diantara mereka meluahkan rasa tidak percaya yang mereka sebenarnya boleh lakukan. Dorang kata betul la apa yang aku kata. Hah, kan aku dah cakap! Hehe.

Sebenarnya, aku bersyukur sangat sebab idea yang kami dapat ni tak lain tak bukan daripada Dia kan. Selain tu, ukhuwwah kami dapat dieratkan. Jadi semakin kreatif dan berseni. Bakat terpendam dapat dicungkil (yeke?). Dapat pengalaman baru lagi. Dan juga, semoga keyakinan diri dapat ditingkatkan, insyaAllah. :)

------------------------------------------------------------------------------
Ok, cerita sikit pasal jalan cerita pentomen musical nih, bukan keseluruhan k. Lagu2 yang dimainkan pun berbagai2 untuk setiap scene. Hehe. :)

- Scene 1: Pelancong asing, Laura datang Malaysia tapi jumpa dengan orang tempatan yang xpandai cakap English sebaliknya kecek klate.
- Scene 2: Laura bertembung dengan sorang remaja yang asyik dengar music hip hop.
- Scene 3: Beg Laura diragut oleh mat rempit.
- Scene 4: Mat rempit nak terlanggar pakcik buta dan gadis baik hati.
- Scene 5: Mat rempit accident dan ditolong oleh gadis. Tiba-tiba bertukar menjadi KOTAK!
- Scene 6: Rupanya sebelum tu, mat rempit ni derhaka kat ibu dia. Ala-ala cerita si tanggang la konon.
------------------------------------------------------------------------------

*kumpulan MUAHAHAHA*

*cerita hanyalah rekaan semata-mata*

*barisan pelakon2 handalan dan saya sbg narrator+director*

P/s: Sangat-sangat penat! Tapi hati gumbira. :) Balik tu xterus tido sebab on9 dulu untuk wish something kat my BFF sempena 1st pertemuan kami dulu~

Tuesday, July 27, 2010

Bila Mengantuk

salam alaik

Pagi tadi dalam kelas BM, aku ngantok. Tapi try bukak mata besar-besar, angguk bila faham dan gelak bila Cg Chow wat lawak. Ok, masih boleh bertahan.

Dari IMC (Indera Mahkota Campus) ke JHC (Jalan Hospital Campus), sampai jugak dalam 1.30 pm. Betul-betul masa guest lecturer tu nak ajar topic Arrythmias. Mula-mula ok lagi, tapi makin lama mata makin layu. Owh tidak! Dah la guest lecturer kan.

Sebenarnya kalau kelas-kelas lain pun selalu je ngantuk, except kalau aku aktif dalam kelas tu, lecturer best time ngajar & bla.. bla.. bla..

Untuk hilangkan ngantuk, aku ...:

- bukak mata luas-luas sambil kelip-kelip macam wiper
- bukak kasut konon-konon nak bagi oxygen supply kat kaki (erkk, kaki??)
- tarik nafas dalam-dalam (oxygen ke otak)
- ubah posisi sambil regangkan urat-urat & otot-otot badan
- goyang-goyang kaki
- tengok jam sambil fikir 'cepatlah masa berlalu'
- tengok hp yang semestinya xde msg orang nak bagi
- cakap-cakap ngan kawan sebelah (perlahan dan sekejap)
- conteng kertas sehingga membazirkan kertas dan dakwat
- terapkan rasa bersalah kat lecturer sebab tak focus
- try focus balik kat slides besar kat depan tu
- tulis secara terbalik or guna tangan kiri (sangat suka! walaupun sah-sah tulisan cakar ayam)

Ni hasil tulisan aku arini, tapi kurang jelas kot. Soew~

*seyes rasa sonok jap*

- Ngantuk la weh. Tulis terbalik utk hilangkan
ngantuk. Hah, rasa lega cket. Hehe. :p
- Banyaknya 'ancaman' dikesan. Hu3. ^_^
- Owh, jantung yg cantik tp bermasalah ♥

*left handed again* (+_+)

P/s: Baru teringat, rupa-rupanya masa nak belajar tadi tak baca doa. (T___T)

Sunday, July 25, 2010

Ketenangan Yang Hilang!

---------------------------------------------------------------------------------
Suatu petang yang dingin. Air hujan mencurah-curah membasahi bumi. Tiba-tiba sahaja terjaga dari alam mimpi. Wah, dahsyat juga mimpi kali ni. Sedang bergembira bersama ahli keluarga tetapi nyawa seolah-olah terancam. Astaghfirullah.. Itulah, tidur selepas asar sangat.

Entah kenapa, hati terasa kosong, kacau-bilau, tak tenang. Tak terasa damai. Teringatkan seorang teman pernah bagitau yang setiap kali hujan, pasti hatinya tak tenang. Mainan perasaan saja agaknya tu. Owh, belum solat lagi rupanya. Patutlah. 'Hmm, mandi dulu lah, biar badan lebih bersih, baru solat', monolog si hati. Langkah dipercepatkan dan terus kepada agenda secara spontan itu.

'Assalamualaikum warahmatullah'. Usai memberi salam dan berdoa, badan masih kaku di atas sejadah. Hati bergolak memikirkan sesuatu. Ya Allah, ku mencari ketenangan yang hilang. Mana pergi nya? Sungguh! Seolah-olah ada sesuatu yang menghimpit diri. Lemas dalam kekacauan hati.

Cuba bermuhasabah diri. Apakah yang telah aku lakukan sampai rasa begini? Kira-kira mungkin kerana dosa yg menyebabkan segala kekeliruan ini. Mungkin saja. Cuba difikirkan balik. Ok, cuba list sikit something yang mungkin nampak 'kecik' tapi kesannya 'besar'.

-aurat tak ditutup dgn sempurna
-sembahyang bukan di awal waktu
-mengumpat
-bersangka buruk
-suka bertangguh
-janji tak ditepati
-berfikiran negatif
-membazir
-mengikut hawa nafsu
-owh, sangat banyak utk di'list'kan

Ok. Usai bermusahabah, tangan segera mencapai al-Quran yang terletak tinggi di atas rak sana. Kalimah 'Bismillah' dimulakan. Semoga dengan membaca Kalam Allah ini bakal menyejukkan hati. Sesejuk dan sedamai air sungai mengalir.

Jari-jemari kemudian ligat menekan punat-punat pada kekunci telefon bimbit. Mendail nombor rumah. Rindu pada suara ma. Rindu pada suara adik-adik. Ma, hati ini tak tenang. Apa harus dilakukan? Jiwa merintih lagi.

"The number you have dialled.........", butang merah ditekan. Beberapa kali mencuba tapi suara operator itu sungguh mengecewakan. Tunggulah 5 minit lagi. Kring.. Kring.. Ada jawapan dari sebelah sana. Gembira. Tapi beberapa saat kemudian, 'Innalillah'. Ternyata berita yang baru diketahui itu benar-benar tidak disangka.

Sepupu sebelah ma baru saja meninggal. Suara ma tidak kedengaran kerana berada di rumah nenek untuk menguruskan yang sepatutnya. Hanya suara adik sebagai peneman bicara. Tak mengapalah, nanti boleh telefon ma lagi. Berita itu pula disebarkan kepada adik-adik yang sudah jauh belajar di sebelah utara sana.

Hati. Tolonglah bertenang ya. InsyaAllah. Hanya kita yang selalu lupa padaNya, sedangkan Dia tidak pernah sekalipun meninggalkan kita. Kerana apa yang kita lakukan tidak selari dengan apa yang diperintahkan, maka itulah punca jiwa bergelora. Atau mungkin hati tidak ikhlas sewaktu ujian yang diberi.

---------------------------------------------------------------------------------

p/s: Hati ini juga sentiasa gelisah. Tuhan, berikan aku ketenangan. (T___T)

Monday, July 19, 2010

My BFF Ever~

Salam alaik

Weekend ni memang dah plan utk menjejakkan kaki di UIA Gombak. Seperti sebelum-sebelum ni, memang setiap sem aku akan melangkah ke sana. Berfikir tentang assigment2 dan task2 yang bakal menyesakkan kepala, pergi ke sana lebih cepat adalah lebih baik. Tambahan pula, bulan Ramadhan pun dah tak lama kan.

Seperti biasa, bilik BFF aku la yang jadi mangsa. Lebih2 ag ada katil kosong, lagi best! Dah lama tak jumpa, ambik la peluang ni nak sembang2 dan hang out sama2. Dan yang dah lama dinanti, dapat tengok Eclipse. We've a lot of fun! Bila bersama dengan kawan2 yang sekepala, memang best giler!

Sebenarnya dah datang sini baru inform abang aku yg belajar kat Gombak utk second degree. Tapi rupanya dia ada kat umah. Tu pun tau masa ma kol semalam. Huhu.

Semalam, berbekalkan kertas2 color yang my BFF bagi, aku wat beberapa keping kad. Salah satunya diberi pada BFF aku sendiri (maaf, guna kertas kamu utk bagi kat kamu!), satu utk BFF jugak (Thanx sb bagi hadiah!) dan lagi satu diberi pada seorang foreigner dari Sudan.

Nak dijadikan cerita, petang jumaat masa aku sampai Gombak, my BFF kuar. So terpaksa lepak kat tepi tangga. Owh, seorang foreigner yang sangat baik. Dia menjemput saya rehat di bilik nya semetara menunggu BFF yang tak kunjung tiba (sudah sedia maklum.. hehe). Tapi sayang, aku speaking tunggang-langgang, dan aku bertuah sebab dia faham je.

Kami sempat bertukar-tukar cerita yang ada dalam hardisk, aku diberi sekeping kad buatannya sendiri, diberi biskut, dan segelas air special dari Sudan. Alhamdulillah sungguh sedap! Katanya, mengikut adat disana, mesti habiskan segelas air yang tuan rumah sediakan, kalu tak, tak kawen nanti. Alabapak, minum2! Saya pun ada impian nak kawen besar nt. hehe.

Ok, jumaat sampai la isnin aku duk sini. Tatkala ni, aku sedang teman my BFF g kelas kat HSC. Tapi aku duk on9 kat luar sementara mencari2 sources utk assignment yang tak jumpa2 jugak. Alhamdulillah, aku bertembung dengan ramai kawan2 yang aku kenali. Sangat seronok! Time cuti tak nampak batang hidung masing-masing, time ulang-alik dari kelas baru nampak ye.

Dan tak disangka2, aku ditakdirkan utk berjumpa dengan sorang ag BFF aku yang dah lama tak contact! Ok, dia ok, xde perubahan dari segi perwatakan, kondisi bagus. Sangat gembira sebenarnya. Rasa tenang. Ingat memori lama. Dan dapat pinjam mp3 tanpa bayaran. Hehe. Sambil2 itu sempat berkongsi rasa, dan aku akan sentiasa menyokongnya.

Sebelum pulang, my BFF sempat amek gmbar aku dr banyak sudut kat area uia gmbk. Dan yg pasti, dia akan melihat gambar2 aku berulang kali. Aku pula akan sgt rindukan saat2 bersamanya.
(T-T)

MY BFF, she's the one! ♥

A long way to go~

I'll miss the moment when we were together~

I'll come again, my dear BFFs! ♥

P/s: Petang ni da nak balik, rasa sedih tapi hepi! Takpe, next time boleh datang lagi. THANX 4 EVERYTHING sume! Saya sangat syg BFFs saya!!

Wednesday, July 7, 2010

Hard To Say.

Salam alaik

Apabila ditimpa kesusahan, kekecewaan, kesedihan, kegusaran dan perasaan-perasaan yang sejenis dengannya, majoriti orang akan melalui 'frasa pemulihan', kot!

Cukuplah kalau aku katakan aku pun pernah, sedang dan akan melaluinya berulang-ulang kali.

Sukar untuk menggambarkan 'kelukaan' hati yang dialami terutamanya ia benar-benar peribadi dan terlalu sukar dikongsi.

Jangan disempitkan minda dengan perkataan 'terluka' itu apabila orang lain yang menyakiti diri kita. Tapi juga melibatkan kes seperti melukai diri sendiri atau orang lain.

Seolah-olah merasai 'konflik diri'. Yang amat sukar difahami orang lain dan hanya diri sendiri yang terlalu memikirkan. Kadang-kadang sampai rasa macam penat sangat2 nak fikir. At least lega sikit bila dapat luah 'sikit' kat orang yang dipercayai.

Sungguh! Rasa 'down' giler bila perasaan tu datang. Takpe, selalu kawan-kawan pesan, juz be yourself kan. Hmm, susah nak describe camne dan aku tak pasti korang faham tak entry aku kali ini.

Setiap kali aku memujuk hatiku, everything happen has its own reasons. Pasti ada yang lebih baik direncanakan oleh Allah. He knows the best!

"IT'S BETTER TO BE LIKE THIS". "IT'S SHOULD BE THIS WAY". Jadi aku redha dengan takdir. Alhamdulillah, aku jenis yang senang nak 'motivate' diri sendiri (esp bila cakap sorang2). :D

Berbalik padaNya, ini cumalah ujian-ujian kecil yang melanda diri. Allah tak akan memberi ujian pada mereka yang tidak mampu menanggungnya. Teringat kembali sirah-sirah Rasulullah S.W.T dan para sahabat, ujian mereka jauh lebih besar dan berat. Dibandingkan dengan apa yang kita alami, seperti habuk ditiup angin lalu.

*be happy :)

P/s: Words are not enough to express feeling! Sekadar meluah rasa. Hehe.

Monday, July 5, 2010

NEW JOURNEY :)

salam alaik

alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi nafas utk meneruskan perjalanan ni.

sedar tak sedar, dah setahun aku menimba ilmu di bumi kuantan ni. sekejap giler masa berlalu. seyes aku rasa cam baru masuk sem 2, bukan tahun 2. huhu.

NEW semester, NEW year, NEW challenge, NEW assigntment dan segala-gala NEW lah kot! (kot???)

yeke segala-galanya NEW???
(blog aku pun berwajah baru gara-gara kesilapan teknikal. tp suka! :D)

hah, tepuk dada tanya 'hati'.. hanya empunya diri yang tahu kan. insyaAllah, semoga sume dpt 'upgrade' diri masing-masing utk jadi yang lebih baik. ameen. dan semoga NEW 'input and output' pun sama-sama dapat!!

TAHNIAH jugak diucapkan pd sume warga KON sebab kita je yang masuk blajar seminggu awal daripada course2 lain. hehe :D

pada kak ria, kak mas, kak fiey n lain-lain, selamat bekerja dah pasni k. mesti rindu nak posting ngan korang ag. *nanges mode* T__T

*batch 6, korang da masuk 2nd year taw! huhu*

*future nurses. InsyaAllah*

p/s: Seringkali penghujung jalan yang dianggap penamat, membawa ke jalan baru yang lebih luas.

Jaga si adik

salam alaik

alhamdulillah, pertama sekali aku ucapkan bila adik pertama ku selamat menjalani laparoscopy selasa lepas disebabkan ovarian cyst. cyst tu da detect 2 tahun lepas dan makin besar dalam 5cm, tak lama tu makin kecik. tapi sebab adik aku selalu rasa sakit, doktor suggest buang.

hari adik aku operate, ma yang jaga time malam, aku tukar syif jaga siang. maklum la, time tu aku je cuti, adik-adik lain sume sekolah. aku tengok pengorbanan ma yang tak pernah habis-habis ni, dalam hati aku rasa makin sayang ma.

aku selaku nurse tak bertauliah ag, agak terasa la bila ada ahli keluarga yang sakit. walaupun tak banyak yang leh apply, tapi at least aku taw la serba sikit mende-mende kat hospital. tak pasti apa yang patut aku wat sepanjang jaga dia (sebab nampak ok je). tapi aku asyik melawak ngan adik aku, walau pun taw dia tgah sakit sampai tekan-tekan perut tahan gelak (kat bahagian jahitan). tp tu memang cara aku nak bagi dia tak tertekan (erk, tertekan ke?? adik aku marah suh diam) huhu.

2 hari lepas operate (hari adik aku nak discharge), ma cakap aku tak payah datang teman dah. petang nt nak balik. tapi tok telefon cakap suh pergi jugak. kebetulan aku pulak yang tak sihat. dengan lemah-gemalai, aku paksa diri ikut makcik aku pergi tukar syif ngan ma.

Memang keadaan tak izinkan, aku demam campur selesema teruk giler sampai hidung berdarah2 dalam kete. nak taknak, balik kat umah gak. actually, ni mengigatkan aku time zaman kecik-kecik dulu, bila pergi kelas PAFA petang, hidung berdarah! hampir tiap-tiap hari. sekarang memang jarang2 dah.

masa jaga adik kat hospital, aku observe la keadaan kat sana sambil terbayang future aku camne la nt. tapi ada gak sedikit semangat menyerap dalam salur darah nak jadi lebih baik kan. lagi pun da nak masuk 2nd year dah. yup, semangat juang!

*paksa dia amek gambar, haha*

p/s: orang selalu ingat aku ni adik kepada adik aku.
"eh, kakak kecik dari adik??" (T___T)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...