Thursday, September 2, 2010

Kawan Baik Saya.


"ang,,,

saye sayang awak sangat...saye tau awak fikir macam2..tapi...saye tak nak sampai ganggu emosi awak..awak tak sorang2...saye ade..walau awak dan saye sibuk macam ne pon..saye aden untuk awk..jangan ikot perasaan sangat..awak kan kuat???awak cakap kat cermin.."AWAK KUAT DAN TABAH!"..Awak jangan sedih...macam saye penah bagitau awak..jangan ingat kesilapan dulu..ape yang jadi ade hikmahnye..jage diri...awak kan twin saye???"

----------------------------------------------------------------------------

Semalam, mata terpaku membaca sedikit coretan hati si kawan baik. Luahan hatinya terhadap beberapa kawan baiknya termasuk aku.

Dia bimbang. Dia risau. Dia rindukan BFFs dia. Dia tulis:


saye bingung!!!sebab tu saye cakap "SAYE" harini..biase"aku".. saye risau pade BFF saye..


Izinkan aku guna perkataan saya jugak k. Sekali skali cakap saya awak ngan mung. Huhu~

Awak, awak taw tak. Saya selalu ingat awak. Kadang-kadang kita tak contact, tapi bukan bmakna kita lupa, kan? Saya taw kita jauh, awak kat gombak, saya kat kuantan. Tapi kalu ada masa, saya g jumpa awak ag k.

Awak, saya taw saya pernah lukakan awak dulu. Maafkan saya ye. Masa tu saya tak sengaja, jiwa saya kacau. Saya lukakan hati ramai orang. Saya betul-betul minta maaf. Sampai sekarang saya tak lupa kesalahan saya. Soew 4 everything!

Awak, saya taw awak banyak masalah. Banyak awak nak fikir. Kadang-kadang saya tak sampai ati nak cte masalah saya kat awak, bukan apa. Saya taknak bebankan awak je.

Tapi saya lega bila dapat luahkan apa yang saya rasa, walaupun tak banyak. Tapi saya ada awak. Awak ada saya gak kan. Kawan baik sampai bila-bila taw.

Awak, dulu kita sempat satu semester je bersama-sama. Dalam masa yang singkat je kita rapat. Saya rindu kenangan kita bersama. Dan juga mereka.

Bagi saya, BFF macam awak sangat berharga. Tak semestinya berkepit bersama sepanjang masa, tak semestinya selalu berjumpa. Jarak bukan penghalang. Mungkin jarak ni lah yang merapatkan kita, kan.

Awak, saya nak awak tabah taw. KUAT DAN TABAH. Macam yang awak pesan kat saya. Awak pun bukan sorang2. Saya ada cuma jauh je. Hehe~

Bila ada awak, selalu saya gelak. Hahahaha. Sebab awak pandai ceriakan saya. Saya harap saya pun dapat ceriakan hidup awak. :)

Hmm, awak. Susahkan nak cari kawan baik yang betul dalam hati kita panggil 'kawan baik'. Saya punya tak ramai. Tapi awak salah satu dalam hati saya. Saya Sayang Awak, my BFF! ^___^

P/s: Rindu sangat kat BFFs~

Wednesday, September 1, 2010

S.E.P.T.E.M.B.E.R~

September. Yup, september!

Ada sesuatu tentang bulan ni sebenarnya. Sesuatu yang bagi aku rasa sangat2 special.

Tambah2, memang faveret aku pun no 9 ni dan no 3. Adik beradik pun 9 org. Hari, bulan dan tahun lahir memang sah ada no 9. Banyak la pulak nak cte. Haha~

Bertuahnya, da beberapa tahun berturut-turut bulan september ni dalam bulan ramadhan. Lagipun, bulan ramadhan memang bulan ke 9 dalam kalendar Islam kan.

Ari ni dah 22 Ramadan, bererti beberapa hari terakhir je ag yang tinggal kan. Fight for the rest!

---------------------------------------------------------------

Saje nak selitkan kat sini antara personaliti sape2 yang lahir bulan september ni. Dan mmg xdinafikan kebanyakannya kena ngan aku jugak la. Huhu~

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik


P/s: Ramai yang aku kenal tak kisah la family, kawan2 or sape2 yang lahir bulan September ni, yang selalunya senang nak bergaul ngn dorang. Ada chemistry kot! Special September to my Special BFF~ Wish u hepi all d time~

:'(

Salam alaik

Erkk.. Masa ni baru je abes wat CSPA, clinical skills practical assessment. Sedih laa. Hm, ramai je yang sedih sebenarnya.

Ramai kot yang xsempat nak wat. Sedangkan procedures tu senang je.

Ada 3 pilihan. Aku dapat clip removal. Tapi.... Huhuk. Sedikit kuciwa.


Xsempat masa, 6 minit rasa cam 3 minit je. Abes masa time prepare equipment pastu masuk2 je kat tepi katil, semua dah ada. Tapi erkk..

Maybe kurang praktis kot. Campur kalut. Tapi, bab2 sterility aku jaga. Xnak hilang markah kt ctu. Huhu~

Xpela, fikir positif. Untuk OSPE akhir sem nanti, kena wat elok2 la. Affect 3 subjek kot.

Mende kecik pun xleh wat elok2. Terkilan. Tapi xpela, i'll do better k.

P/s: Alahai~ Balik bilik tengok2 kunci ada ngan member. Kaki melecet. Sabar ye ang~ :'(

Thursday, August 26, 2010

Saya merepek!

Salam alaik

Saat ni tengah study utk subjek MSN2, paper last nih. Esok ada midterm exam, tapi sempat je on9 kan. Haha~

Saje je, xmaw bagi ngantuk sebenarnya. Tapi mcm terpesong la pulak dari niat asal sampai sempat post entry baru. Huhu~

Study-Baring-Makan-Study-On9-minum-Study-Baring-On9-Study balik sambil2 dengar mp3. (Nama mp3 tu Edward~ Haha.)

Urghhh~ Banyak ag xbaca ni sebenarnya. Sempat atau x, kena jadi burung antu la mlm ni.. Woo~ Woo~

Sem kali ni, exam 3 ari berturut-turut. Macam nak giler ade gak baca. Tu la, suka sangat study last minute kan. Hah, amek!

Errkk.. Tiba-tiba rasa nak kongsi satu quotation nih. Tiba-tiba je!

"I avoided you directly so I would not feel hurt, but find myself standing in the shadows observing you."

Wah, ayat dia.. Hmm.. (T___T) Nape touching sangat!

Owh, tigt lak. Ada gak beberapa orang kawan-kawan tanya asal blog ang macam down giler2 je. Betul ke ok ni? Hmm.. Saje je! Ang ok je kan. Haha~

Ape la merepek tengah-tengah malam lak. Syyyuuhh ang~ Gi tidoq! Eh, study la. Focus2! Ehem, baik boss!

How about your fairytales? :)

P/s: Maaf, malam-malam ni tiba-tiba rase nak merepek sekejap. XD

GOOD LUCK kat sume k!!

Sunday, August 22, 2010

Fragile.

Again and over again
I created smiles on my face
Wish they wont know
I was crying inside

They thought i was tough
But i just wanted to run off
Didn't let them to know the truth
So i silenced myself

I rather to break heart of mine
Than hurting others
Mine was fragile
Maybe same as yours

I couldnt simply tell others
But wasnt meant i didnt trust them
I just could share with those feeling the same
But just a little.. yet a little

Thank God, i do have Him
Always be there for me
No matter how hard it will be going
Its a test to strengthen inside me

But looking at myself
A damn weak servant i am
Lose to my feeling
Lose to this fragile heart

P/s: Friends are precious, indeed a truly BestFriend is hard to find. Special thanks to my BFFs!

Maaf, Kami cuba yang terbaik~

Salam alaik

Malam ni saya beremosi lagi?? Kenapa?? Sebabnya.. Hmm, susah nak gambarkan. Mungkin hanya orang-orang tertentu yang tahu punca. Baru je sebentar tadi.

Sedih. Terkilan. Kecewa. Kali ni saya tahu punca kesedihan saya yang bertamu dihati. Seperti juga rakan-rakan seperjuangan yang lain. Ya Allah, sesungguhnya bulan ramadhan ini bulan kesabaran.

Niat dihati committee Biro Dakwah & Tarbiyah (D&T) NurSS kali ini untuk menganjurkan program Grand Qiamullail & Sahur, bukan sahaja untuk amar ma'ruf, tetapi juga suatu jalan untuk merapatkan ukhuwwah antara kami 'sekeluarga'. Paling utama adik-adik yang baru masuk ke dunia 'baru' ni.

*committees of Ihya' Ramadhan*

Namun apa yang terjadi, hmm.. Taknak mengaibkan mana-mana pihak sebenarnya. Post kali ni hanyalah luahan hati seorang yang baru bergelar senior tahun dua. Dan selaku asst PC untuk program ni. Sungguh, saya, rakan-rakan, dan juga senior kami sendiri terkilan.

Dulu, masa tahun pertama kami dalam kursus kejururawatan di UIAM, semua program dikatakan 'COMPULSORY'. Dari semester pertama sampai la semester 3. Ya, kami akur, walaupun ada je dalam hati 'nape kami je diwajibkan? mana year lain?'. Tapi xde la sampai nak wat 'usrah' depan senior-senior.

Dulu, kami ingat batch kami paling 'baik'. Pape masalah sume batch kami. Tapi kami taknak fikir x elok. Kami nak fikir yang baik-baik untuk kamu. Tapi kamu tunjuk apa yang kami sebenarnya taknak fikir.

Kami kesian kat sesetengah daripada kamu. Ada yang sampai nanges tengok rakan-rakan mereka camtu. Kami xde niat nak paksa kamu pun. Tapi kalu sampai 2 3 je datang, apalagi yang kami mampu. Tu je caranya. Kami cuma jalankan tanggungjawab.

Sekarang bulan puasa, bukan je nak kejar cita-cita, akhirat sana macam mana? Saya cakap camni bukan bermakna saya baik. Saya tahu saya bukan orang yang berhak cakap macam ni. Tapi masing-masing boleh fikir. Bulan ramadhan bulan mulia.

Kami tahu ada antara kamu tak sempat tengok akak-akak final year wat slot muhasabah. Padahal masa tu la kami harap kamu datang. Bukan saja untuk Qiam dan sahur percuma.

Kalau exam yang jadi alasan, kami pun ada exam. Kami pun ada seminar. Kami pun ada kerja yang nak dilaksanakan. Saya tahu saya tak rajin macam kamu. Saya tak pandai. Saya pemalas. Tapi cubalah ambil peluang yang Allah bagi. Dia dah tunjukkan jalan, nape taknak peduli.

Kamu! Kalau boleh, kami dan senior-senior taknak fikir bukan-bukan pasal kamu. Tapi kamu, tolang akak-akak abang-abang ya. Kami bukan contoh yang baik sangat, tapi kami taknak kamu bagi bad impression kat kami.

Kamu! Saya pesan sebab saya sayang kamu. Walaupun saya kenal tak ramai antara kamu, saya tak kata semua macam tu. Saya tahu ramai yang baik, bagus, sopan, hormat yang lain. Kami tak minta simpati, cuma minta dihormati.

Sekian sahaja. Ni saja yang saya mampu luahkan. Saya harap yang lain xsalah faham. Niat saya tulus. Saya nak ukhuwwah antara kita semua terjalin. Tak kira junior atau senior. Terima kasih. Ya Allah, ini ujian pertama yang dapat kami rasa pada malam ni.


P/s: Yang tua dihormati, yang muda disayangi. Maaf, kami juga punya kekurangan.

::Mood nak study terpadam! Semoga bangun pagi nanti, Allah bukak hati saya kembali. Ameen~::


--------------------------------------------------------

Alhamdulillah, selesai program~ InsyaAllah banyak hikmah yang kami dapat. Usai sesi postmortem, rasa lebih tenang. Mungkin kerana ada nasihat-nasihat yang membina. Ok, berlapang dada. :)

Saturday, August 21, 2010

Saya dan Emosi~

Salam alaik

Nape ntah dalam seminggu dua ni, ati aku rase x best. Asyik rasa x sedap ati je. Bukan la aku ade masalah ngan sape-sape pun. Bukan aku rasa down giler-giler pun. Tapi entah~

Nak kata aku xhepi, kadang-kadang aku hepi sangat. Tapi datang je perasaan ni, aku rasa x suka. Aku x dapat nak ungkap ngan kata-kata apa jenis perasaan aku rasa ni. Sedih? Marah? Kecewa? Ke amende?

Erkk.. Hepi? Betul ke aku hepi? Mende ni aku asyik tanya diri aku je. Tak pun tanya Patrick, si bantal busuk aku tu. Tapi dia x jawab. So, aku diam la.

Nak fikir, tapi malas nak fikir. Bukan apa, aku taknak sesakkan kepala aku je. Aku kalu bab-bab layan emosi ni, cepat ar nak feeling sorang-sorang. Tapi bukan jiwang!

Aku ingat ag 2 3 ari lepas, aku post kat wall BFF aku

"rase nok ngamok tanpa sebab.. ase nok katok org.. tp bulan pose, ak xboh wt nde pelik2.. wpun kalu bulan xpose pom aku xkan wt gtu.. Azza Nurul Farhana Suhe Ganu


Tapi sebenarnya aku xrasa pun nak wat camtu. Bukan aku jenis suka ngamok2 ni. Boleh pulak tangan aku laju je taip tulis ntah pape.

Aku pun tak faham. Asyik tanya diri sendiri je: Asal jadi camni? Apa motif??

Aku ingat ag, dalam kelas cclm, semua orang kena cakap. First round nama aku kena panggil. Aku blur. Tak taw nak cakap apa. Ah sudah!

Tak lama, aku citer pasal coping method aku la konon. Tak kira sedih, marah, hepi, kecewa, suka ke. Aku cakap aku suka cakap depan cermin. Dorang gelak, tapi tak kurang jugak ada yang angguk-angguk. Hobi sama la agaknya.

Tak ape. Aku tak kisah. Sebab aku rasa kan, macam diri aku je yang taw apa aku alami. Walaupun kadang-kadang aku memang xpasti apa yang aku rasa.

Cakap depan cermin dapat naikkan semangat aku balik. Motivate diri sendiri. Secara tak langsung, kagum ngan ciptaan Ilahi. Alhamdulillah. Ramai ag yang hidup lebih teruk dan susah dari aku.

Haih.. Tiba-tiba rasa pelik, asal aku tulis mende camni haa. Aiyarkkk~

Takpe. Bagi sape-sape yang kenal pun cakap aku ni kadang-kadang pelik. Yup, aku pun rasa benda yang same. Watever la kan. Tak kisah pun. Haha~

K minggu ni exam. Wish u gudluck! Wat yang terbaik sume k, bukan macam aku pemalas giler ni. Aduhh. Ang, sila study~

Dan jangan lupa 10 hari ramadan dah berlalu. Dah nak sampai pertengahan. Pejam celik pejam celik, nanti dah nak abes baru nak nyesal x grab peluang kali ni. Ramadhan Kareem~

P/s: Emosi x stabil tanpa sebab agaknya. Maaf ye!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...