Wednesday, August 24, 2011

Jahit. Masak.

Salam alaik.

Lamanya tak upate. Ceh padahal baru seminggu. Hee.

Hmm bz sangat ke dalam seminggu ni? Ntah la. Bz la sikit-sikit. Tiba-tiba rasa blur nak update pasal ape eh. Tu lahh lama tak nulis. Huu.

3-4 hari ni asyik kuar je siang-siang. Ada mende nak beli. Tapi ada yang tak jumpe la ape la. Penat tapi nak wat camne, bukan selalu. Malam-malam? Takleh kuar jalan-jalan. Seimbangkan. Lagipun ramadhan dah nak berakhir. Sedih pulak rasanya.

Bila fikir balik, banyak mana je masa yang kita guna ni sebaik-baiknya kan? Lebih-lebih ag, cuti duk umah. Kadang-kadang rasa otak ni tak berkembang maju. Sebelum puasa kat tempat belajar, ade je aktiviti nak buat ngan kawan-kawan takpun kena study. Acece, rajin konon.

Ok, balik pada topik asal. Sebenarnya banyak mende dalam list aku nak setelkan before raya ni, or paling lambat before bukak sem baru. Tapi banyak yang KIV ag. Duh. Sabar-sabar.

Antaranya adalah nak jahit sendiri manik kat baju raya. Sebenarnya last minute beli ni. Tu pun seb bek jumpa saiz dan feveret color. Tercapai gak hajat. Walaupun beli saiz utk budak tapi muat ngan aku sebab aku bukan besar mana pun. Haha.

Saje tunjuk yg tak siap. -_-'

Lagi aku bercadang nak buat cookies. Mula-mula ingat taknak buat tapi memandangkan cuti panjang, at least ade la jugak satu yang aku buat sendiri. Satu pun satu lah. Sekarang bahan-bahan dah ada cuma tak buat lagi.

Tu pun aku pinjam oven makcik aku yang duk depan umah. Soew umah aku takde oven. Takpe, nt aku bagi makcik aku makan biskut aku wat. Haha. Bayangkan aku bawak keta sorong jalan kedek-kedek g umah makcik aku. Nak guna motor takut tak larat nak pegang. Siap pakcik mane tah tepi jalan tegur aku. Wat tak taw je.

Baru balik dr bandar terus bawak kereta sorong buruk amek oven. Huhu.

Harap-harap cookies tu nt menjadi laa. Bahagian jahit manik da setel. Owh btw berat badan da turun beberapa kg laaaaa!

P/s: Tangan berdarah masa pecahkan air batu tadi. :'(

Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday #11


P/s: Cute-Naughty-Love. Like my own children.

Wordless Wednesday #10


P/s: My lil treasure. Unfortunately I lost it long time ago. :'(

Monday, August 15, 2011

Better Tak Tahu Daripada Tahu?

Salam alaik.

Dah lama aku capture ni. Ingat nak update awal-awal aritu tapi biasalah, tiba-tiba malas dan hilang idea. Sigh.

Ni ngah bosan ni, so update je lah apa pun kan.. Huhu.


Yup. Kadang-kadang ada benda tu lebih baik kita tak tahu daripada tahu. Ni bukan soal ilmu ye. Kalau dalam konteks ilmiah, lebih banyak tahu lagi bagus.

Maksud aku disini, lebih baik tak tahu benda tu jika benda tu akan buat kita sensitif atau berfikiran negatif. Contohnya friendship, kita baik ngan kawan kita. Tiba-tiba tahu mereka cakap buruk atau fikir negatif pasal kita. Sapa yang akan sakit hati? Jadi lebih baik tak tahu. Jadi kita pun tak la nak fikir bukan-bukan kan.

Contoh lagi, kita tertanya-tanya tentang sesuatu perkara. Kita pun find out tentang sesuatu tu. Lastly, kita temui sesuatu yang menyakiti hati sendiri. So lebih baik tak tahu daripada tahu. Huhu.

Contoh lain, kalu kita ketahui sesuatu tu, akan mengundang kita ke arah negatif. Lebih kurang macam terpengaruh la. Haa, kan manusia ni cepat terpengaruh kan. Jadi ade perkara yang perlu kita tahu, dan ada benda yang kita tak perlu tahu.

Lagi contoh? Sila relate dengan kehidupan masing-masing. Experience is the best teacher kan? Hehe.

Selalu dengar orang cakap kenyataan itu memang pahit untuk diterima. Tapi cuba kita fikir, yang mana lebih baik samaada terima kenyataan yang pahit, atau tipu-tipuan yang manis? Wah-wah, ayat apakah ini!

Satu lagi yang buat orang tak selesa, bila ada yang suka jaga tepi kain orang. Haa, yang ni semua benda nak tahu. Harap-harap kita jangan jadi camtu ye. Sebenarnya tak salah kita concern tentang orang lain, bagus tu. Tapi kalau dah terlebih-lebih memang buat orang rimas. Kalu tak caya, cubalah tanya kawan lebih-lebih? Yang tu nak sibuk, yang ni nak tahu. Haa..

Tapi jika kita tahu sesuatu tu, dan benda tu buatkan kita sedih ke marah ke geram ke annoyed ke.. Bersabarlah. Mungkin Tuhan nak tunjukkan kita tentang sesuatu yang perlu kita tahu. Atau apa yang kita nak tengok or nak tahu sangat tu, kita nampak. Dan kadang-kadang, apa yang kita nak tahu, Allah tak bagi kita tahu. Mungkin ada sebab-sebab tertentu dan mungkin menjaga hati kita.

Lagipun semua yang berlaku ada hikmahnya. :')

P/s: Thanks Allah. Owh, da masuk 15 Ramadhan. :)

Doodle Trade #1

Salam alaik.

Ni kali pertama saya buat doodle trade.. bersama Cik Mel. Suka tengok doodles yang Cik Mel Amalina buat.

Saya tak retilah nak buat lawa-lawa. Sebab pakai paint n photoscape je. Saya mmg suka lukis-lukis katun comot. Tapi ni kira tak comot sangat dah ni. Berhati-hati buat. Hehe.

Cik Mel cakap dudel trade masih bukak. So saya buatkan satu utk Cik Mel. Harap beliau suka lah. :)

Thanks sudi dudel trade dgn sy. :)

Eh tiba-tiba nak bagi Cik mel satu lagi dudel comot saya. Mentang-mentang mood tengah baik. Hee.

Comotnye kan.. Huhu. -_-


P/s: Selalu lukis utk suka-suka je. Takpun bg kt bffs. -_-'

Saturday, August 13, 2011

Family Outing.

Salam alaik.

Semalam aku dan family kuar jalan-jalan. Err sebenarnya pergi cari baju raya adik-adik lelaki aku. Rupanya cerewet jugak dorang ye. Terutama adik aku yang f3 tu. Fuh, susah betul nak suh pilih yang berkenan.

Baju raya aku? Belum cari ag. Haha. Orang lain dah ade lama dah, siap berpasang-pasang ag. Selalunya aku ada satu baju raya je. Tahun ni tak pasti ag baju camne. Rasa macam nak yang simple je. Fikir-fikir macam nak cari baju kurung cotton warna merah. Tu pun kalau jumpa.

Yup, red is my favorite color. Aku agak gilakan warna merah, cuma sekarang tak banyak dah koleksi merah ni. Hmm, kena cari banyak lagi lah. Haha.

Apa yang aku beli semalam adalah kasut. Sebenarnya aku dalam dilema nak kasut ke sandal. Bila fikir lepas raya nanti bukak sem baru, mestilah nak pakai kasut g kelas kan. Jadi aku pilih beli kasut lah. Boleh pakai selalu. Dan warna merah ade jugak sikit. Hehe.

Tapi dalam pemilihan saiz kasut ni lah yang buat aku pening. Kalau amek saiz 36, ketat sikit bila pakai stoking sebab kaki aku muat-muat je bila pakai. Masa test saiz 37, seyes longgar macam nak tercabut je kasut tu. Dalam fikiran aku ni asyik tanya je, 'takde ke orang nak buat saiz 36 1/2.. atau 5 1/2.. baru la senang nak cari saiz.' (-_-')

Nak taknak aku amek je saiz 36. Kalau untuk pesakit diabetes ni, memang dinasihatkan jangan pakai kasut ketat. Tak elok untuk blood circulation kat lower limbs. Huhu.

Lepas tu, kami ke bazaar cari lauk berbuka puasa. Abah beli ikan pari bakar. Kegemaran aku ag. Haha. Pastu aku beli murtabak dan rojak kateh. Suka-suka. Hehe.

wif my 3 lil bros :)

wif my lil sis n my mom at the back :)

Owh tak sangka masa kat The store semalam tu aku terjumpa kawan masa sekolah menengah dulu, Ainina. Aku dengar sayup-sayup je orang panggil 'Ang.. Ang..'. Rupanya dia nampak abah aku dulu. Baru nampak aku merayau-rayau kat situ.

Baru-baru ni masa walimah kakak dan adik aku, dia ulang-alik dari Paka semata-mata nak datang umah aku. Dah 5 tahun tak jumpa. Dulu dia jugak yang accident sama-sama ngan aku masa f5. Aku yang bawak motor, dia pembonceng. Kenangan lama. Huhu.

P/s: Selesema datang lagi. Waaaa~

Thursday, August 11, 2011

IC Lama-Sementara-Baru.

Salam alaik.

Ahad lepas aku pergi buat IC baru. Sebenarnya adik aku yang masuk 12 tahun nak g wat IC. Aku pun tumpang la sekali sebab aku tak pernah tukar IC aku sejak darjah 6 ag. Lagipun aku punya tu bukan My Kad pun. Haha.

So setelah setahun pendam hasrat nak g tukar, termakbul la. Sekarang aku guna IC sementara. terkujat gak tengok IC sementara tu kertas agak besau la jugop. Aku rasa macam dilema je boleh lipat ke tak sebab nak masukkan dalam beg. Huhu.

Walaupun tak dapat ag IC baru, tapi aku rasa mesti gambar ag cun dari yang dulu. Haha. Perasan betol. Bukan ape, IC aku yang lama tu, masa nak amek gambar kan.. Abang tu cakap la'1.. 2..'. Aku bajet dia sebut 3 aku senyum la. Tup-tup! '1.. 2.. siap dah dik!'.

Aduh.. Dah amek rupanya. Jadi IC lama aku memang muka tak senyum pun. Kalu bab-bab tunjuk IC kat orang, memang aku taknak kasi la. Rasa cam buruk je. Dah la kuning dah IC tu. Insyaallah IC baru siap nt tak segan dah. Hehe.

IC sementara cumalah sekeping kertas yang agak besar untuk dimuatkan dalam beg yang sederhana besar. Cuma ia kecik sikit daripada A4 paper-_-'

Eh lupa nak amek gambar IC lama untuk kenangan. Tapi sayang sebab dah kasi kat JPN. Huhu. Yang gambar dalam IC sementara tulah nt bakal jadi gambar kat IC baru aku nt. Senyum dah. Haha.

P/s: Arini tak dapat control temper kat adik. Bile la nok jadi dop bekeng kat umoh ni ha? -_-'

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...