Saturday, May 30, 2009

jangan buta kerana cinta!

sumber: www.iLuvislam.com

Cinta adalah suatu perasaan yang suci dan indah dan cinta yang tercipta akibat didorong oleh rasa takut kepada ALLAH pastinya akan membawa kebaikan dan kebahagiaan kepada manusia. Sebaliknya pula bagi cinta yang berlandaskan hawa nafsu dan hasutan syaitan, ianya pasti tidak akan berkekalan selamanya membahagiakan. Mungkin segalanya akan terasa ‘indah’ namun itu semua hanyalah tipu muslihat syaitan semata. Malahan mungkin akan menyebabkan rasa gundah gulana, resah dan akhirnya kecewa. Dan pastinya, cinta yang sejati dan agung tentunya hanyalah untuk ALLAH swt... kerana Dia satu-satunya Pencipta kita yang maha berhak.

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Tiga perkara yang sesiapa melakukannya akan mendapat kemanisan iman:
Menjadikan ALLAH dan Rasul-NYA s.a.w sebagai cinta yang paling utama, menyintai seseorang semata-mata kerana ALLAH dan benci untuk kembali kepada kekufuran seperti dia benci dicampakkan ke dalam neraka.”

– Riwayat al-Bukhari -

Kewujudan cinta sebelum membuat keputusan untuk mengahwini seseorang itu penting dan dituntut oleh syarak. Rasulullah s.a.w menyarankan agar mereka yang ingin berkahwin melihat wanita yang ingin dikahwini terlebih dahulu. Namun semuanya itu harus di lakukan mengikut syarat dan batasan-batasan yang tertentu yang telah ditetapkan. Berhubung dengan percintaan sebelum kahwin yang banyak berlaku di banyak negara Islam sebenarnya diambil dari budaya barat, ternyata ia mempunyai lebih banyak kesan negatif berbanding positif.
Dalam Islam, lelaki dan wanita yang tidak ada sebarang pertalian darah (mahram) tidak boleh membuat sebarang perhubungan, sentuhan, keluar berdua-duaan (dating) atau sebagainya tanpa ikatan yang sah.

Sudah banyak pengalaman orang-orang terdahulu mengajar kita betapa cinta yang berlandaskan keinginan nafsu tanpa panduan syarak gagal di pertengahan jalan. Ramai yang menjadi buta kerana cinta. Orang yang sedang bercinta selalunya tidak dapat menilai sesuatu dengan baik kerana ditutup oleh perasaan itu. Mereka seolah-olah berada di awang-awangan. Akhirnya setelah berkahwin, barulah mereka tersedar siapa sebenarnya pasangan yang mereka cintai selama ini. Mereka juga mula menyedari bahawa pasangannya itu bukanlah sebaik yang disangka. Sebab itulah boleh dikatakan satu pertiga perkahwinan di barat berakhir dengan perceraian.

Cinta yang berpandukan kecintaan kepada ALLAH akan membahagiakan hati manusia dan menenangkan jiwa mereka. Mereka dapat menilai baik buruk sesuatu perkara dan sanggup mengorbankan perasaan cinta dan keinginan sendiri semata-mata kerana takut akan azab ALLAH. Mereka yakin sepenuh hati bahawa ikatan cinta yang diredhai itulah yang akan membawa kebahagian dan keberkatan dalam hidup mereka. Kesimpulannya, ingatlah bahawa syaitan sentiasa menghiasi indah sesuatu maksiat. Padahal ia amat keji di sisi ALLAH. Orang yang bercinta selalu lupa diri kerana telah terikut jalan syaitan. Bukanlah cinta itu yang mesti diperangi kerana ia fitrah dan pendorong utama manusia hidup di dunia ini. Tetapi, tindakan melanggar hukum syarak akibat cinta yang tidak terkawal itulah yang perlu dihindari. Mudah-mudahan ALLAH memberi petunjuk kepada muda-mudi hari ini kepada jalan yang lurus dan diredhai-NYA.


p/s: Ya Allah.. ampunilah dosa-dosa ku.. aku hamba yang lemah.. oleh itu jauhkanlah aku dari sebarang perkara yang keji dan mungkar.. agar aku tidak lagi tersungkur di lembah hina.. ameen..

Friday, May 29, 2009

kalau itu takdirNya

tatkala bahagia mula tercipta
hati itu bukan milikku lagi
alasan mudah untuk ku terima
kerana aku bukan yg terbaik

hadirnya tanpa diminta
perginya tanpa rela
namun harus ku tinggalkan jua
tanda redha pada takdir Pencipta


zahirku tak menangis
hanya batinku merintih

ku mohon padaMu Ya Allah

semoga dia tak merasa apa yg ku rasa

tanpa dia, Kau tetap ada
perginya dia, Kau tetap setia
sungguh ruginya aku dimasa lalu
tidak menagih CintaMu bertalu-talu

Ya Allah, hati ini penuh dgn bunga-bunga cinta
sehingga lupa pada Cinta paling Utama
Engkau Maha Menguasai hati-hati
gantilah cinta ini dengan Cinta Abadi

aku bukan tak percaya cinta manusia
yang tulus ikhlas itu ada
tapi takdir menentukan segalanya

andai tiada jodoh pasti terpisah jua

serpihan hati ini telah pergi
sukar untuk menariknya kembali

ku lakukan apa yang terdaya
agar ia takkan berpaling dariNya


salahku tak menjaga
salahku tak bertegas
andai saja boleh ku putar waktu

pasti ku halang rasa ini bertunas

Ya Allah, moga Engkau mencintai kami
biarlah kami mati menagih kasihMu nan suci
hanya doa kebahagiaannya ku pohon
tanda hati yg sentiasa merindui..

p/s: ku tak mahu saling menyayangi disini tapi saling membenci disana.. kalau itu takdirNya.. aku terima walau seperit mana harus ku tanggung.. kerana hanya Allah Maha Mengetahui segalanya..

Thursday, May 28, 2009

shocking images!!

salam alaik..

actually i've received an email from my friend (achik a.k.a ratu sembe! haha).. it shows few images n they make me feel, WOW!! huhu..

Try this out..... especially no 7. What do you see?

1) is this possible??

2) focus on the dot in the centre and move your head backwards and forwards.. weird huh!

3) are the purple lines are straight or bent??

4) do you see grey areas in between the squares? now where did they come from??


5) you should see a man's face and also a word..
hint: try to tilting your head to the right and the word begins with L..

6) if you take a look at the following picture, let me tell you.. it is not animated.. your eyes are making it moves.. to test this, stare at a spot for a couple seconds and everything will stop moving.. or look at the black center of each circle and it will stop moving.. but move your eyes at to the next black center and the previous will move after you take your eyes away from it.. weird!

7) try this out!

8) try this also..

p/s: have fun!! ;)
(rs nk demam lak.. huhu)

Monday, May 25, 2009

ada apa pada nama??

salam bicara..

ada apa pada nama??

adakah nama kita itu mencerminkan diri kita yang sebenarnya?

renunglah sedalam-dalamnya.. kadang2 aku pun fikir gak soal ni.. adakah aku seindah nama ku?? alangkah indahnya apabila diri ini seindah nama yang diberi.. hakikatnya ia jauh sekali!!

"RAIHAN MADIHAH BT GHANI".. ya, inilah nama yang diberi oleh ma abah.. dgn harapan anak mereka seindah namanya..


>>Raihan : bunga2 yang harum baunya (sweet-smelling plants) or rezeki..
>>Madihah : yang terpuji..

wallahu'alam

sebenarnya nama pun memainkan peranan.. tanpa nama bagaimana orang nak kenal kita kan.. Nabi s.a.w sendiri menyeru agar umatnya agar memberi nama-nama yang baik untuk anak-anak.. semoga panggilan nama yang baik menjadi doa bagi empunya nama tersebut.. insyaAllah..

bagaimana dgn aku? biarlah Allah saja yang tau.. aku tak berdaya nak menilainya.. yang penting aku tau yang aku perlu perbaiki diri aku lebih banyak lagi utk menjadi seharum taman di syurga.. diri ini harus direnung sedalam-dalamnya.. aku hamba-Nya yang tersangat2 lemah.. selalu alpa dan leka dalam menongkah arus kehidupan.. aku gagal berkali-kali.. aku harus bangkit.. tapi untuk bangkit kembali, aku memerlukan seribu kekuatan.. ku mohon pada-Mu, Ya Allah.. berikan aku kekuatan itu..

p/s (1): ustaz pernah berpesan kita harus igt 2 perkara..
1) ingat kebaikan orang dan lupa kebaikan kita
2) ingat kelemahan kita dan lupa kelemahan orang

p/s (2): orang bese panggil aku "ang".. ramai gak yg pelik.. nape ang?? chinese ke?? huhu.. alaa.. ms kecik2 dulu ade orang panggil "han" tapi tym kecik kan aku cakap pelat.. lama2 jadi "ang" (org ganu kan!).. hehe

Sunday, May 24, 2009

bisikan sirr (part 2)

alhamdulillah.. dengan izin Allah, aku berjaya habiskan baca buku "bisikan sir" (siri 1).. tapi part sajak aku tak baca lagi.. so aku nak berkongsi la sedikit apa yang aku dapat dengan pembaca2 blog aku ni.. dan juga untuk peringatan diri sendiri jugak sebenarnya.. semoga anda mendapat sedikit renungan daripada blog yang ntah pape ni.. =)

sirr 4

musibah adalah fitrah kehidupan, ia bagaikan badai dan gelombang di lautan.
ujian bagaikan cemeti kehidupan, justeru itu ramai yang menyangka Allah menjauhinya, tidak menghiraukannya, malah ada yang berburuk sangka pada-Nya. renunglah wahai diri dengan cahaya hatimu.
fahamilah, musibah adalah seruan untuk hamba itu kembali ke dalam dakapan-Nya. bagaikan cemeti sang pengembala kepada ternakannya, agar ia kembali ke kandang.
kita lalai, angkuh, lupa diri dengan sedikit kelebihan atau melanggar ajaran-Nya. hadapilah dengan redha, sabar, tenang, bersegera bertaubat dan sujud pada-Nya.
yakinilah Allah tidak menzalimi hamba-Nya, Allah amat menyayangi dirimu. InsyaAllah, pada segala kesulitan itu akan datangnya kerahmatan.

"... dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hamba-Nya." (Fussilat: 46)

sirr 5

Allah tidak akan menolong kaum yang fasiq. apakah maknanya hidup ini jika Allah meninggalkanmu.
Dia amat menyayangimu tetapi perbuatanmu terlalu melampau. Dia jadikan hatimu satu tetapi engkau mengisinya dengan pelbagai kecintaan. engkau lebih cinta pada seruan nafsu dan syaitan, bahkan engkau berpaling dari seruan-Nya melalui petunjuk Rasul-Nya.
jika begitu, bagaimana engkau mahu mencapai kebahagiaan? engkau tidak akan menemui syurga dalam kehidupan di dunia, apatah lagi di akhirat nanti.
perjalananmu menyimpang ke neraka dan engkau akan derita.
dunia ini akan mendatangkan pelbagai masalah, bagaikan kapal yang bocor dimana air laut akan mula melimpah masuk ke dalamnya sedikit demi sedikit. tutuplah lubang itu dengan kasih sayang-Nya dengan taubat nasuha, berdiri teguh dengan akidah dan syariat serta sentiasa berzikir pada-Nya, beselawat pada Nabi-Nya. InsyaAllah segala kebocoran akan tertutup.
Dia tidak akan meninggalkanmu, Dia akan sentiasa menyebutmu apabila engkau menyebut-Nya. Dia tidak menciptamu untuk membencimu. percayalah, tiada keraguan pada-Nya.

"tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah, Dialah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya?" (At-Taubah: 104)

Wallahu'alam.

p/s: Ya Allah, terimalah taubatku.. bukakanlah hatiku untuk menerima cahaya dari-Mu agar aku tidak lagi berpaling dari-MU.. ameen..

Saturday, May 23, 2009

hilang!

hari ini aku terasa kehilangan sesuatu.. sesuatu yang amat besar dan bermakna.. sebenarnya aku rasai perasaan ini sejak semalam lagi.. tapi aku cuba kuatkan diri seolah-olah tiada apa-apa.. tapi hari ini aku sedar yang aku sebenarnya sudah kehilangannya.. dan tak mungkin akan mendapatnya kembali.. hilang apa? biarlah aku saja yang tau..

entahlah.. aku rasa tak mampu untuk berbuat apa-apa.. tipulah kalau aku kata aku tak sedih.. setiap masa aku teringatkannya.. tapi segalanya ku serah pada Yang Maha Esa.. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untukku.. kadang-kadang bila aku fikirkan, mungkin ini lebih baik.. kerana aku tahu siapa aku.. tapi untuk melupakan, ia bukan semudah yang disangka.. aku harus lebih kuat!! Ya Allah, bantulah hamba-Mu.. kuatkanlah hatiku ini.. sampaikanlah rinduku padanya!!

aku sendiri tidak mengerti apa yang terjadi.. aku tak mahu mengharap walaupun hati ini seperti masih mengharap.. kerana harapan itu mungkin akan mengguris hati aku sendiri.. yang ku pasti, ada hikmah disebalik semua ini.. pasti ada!!

p/s: sekarang aku dalam proses baca sebuah novel spiritual ni.. tajuk dia "mukjizat cinta".. menarik jugak buku ni (baru baca separuh).. so aku saja nak highlight sedikit mesej yang terdapat dalam novel ni..

1) sesungguhnya ada jalan keluar di sebalik kesusahan dan kesulitan yang kita alami.

2) Allah akan menjadikan kelapangan selepas kesulitan.

3) janganlah menyekutukan Allah dengan apa cara sekalipun.

4) hindarilah perbuatan maksiat kerana itulah penyebab segala kesedihan.

5) kita perlu sabar, ikhlas dan bersyukur.

Friday, May 22, 2009

main teka teki

suatu malam yang hening (masa tu dlm exam period lg).. aku cuba menceriakan hati seorang teman ni.. dari cara dia pun aku tau yang dia tak ceria.. macam takde mood je.. and aku rasa tak sedap hati je biar dia camni.. nanti aku pulak yang rasa sedih.. so aku cuba tarik perhatian dia dengan main teka-teki.. aku pun bagi la teka-teki yang senang.. sebab aku tak nak bebankan dia nak fikir jawapan.. maybe korang pun tau jawapan dia kan.. hehe

ang: bila kita bangun dia tido, tapi bila kita tido dia bangun.. ape tu?

teman: kaki

ang: tengah malam ada apa?

teman: L

ang: burung apa yang selalu jaga atuk dia?

teman: belatuk

adeh.. suma jawapan btol.. da dapat 15markah.. hehe.. aku da takde idea sebenarnya.. tapi aku nak bagi lagi.. sebab suma dia jawab sepatah-sepatah je.. dia masih tak hepi!! aku nak try jgk bagi dia hepi.. huhu.. ni teka-teki last aku bagi..

ang: ayam berkokok, harimau?

teman: bangun tido..

ang: salah!! hari mau siang.. (tergelak2 aku sorang2)

and then turn dia pulak bagi teka-teki..

teman: kalau batu hitam lempar dalam laut merah, apa yang jadi kat batu tu?

ang: hitam tukar kaler merah ke? waaa.. x aci.. x penah dengar..

teman: masuk dalam laut jadi basah la

haha.. tergelak2 aku malam tu.. aku yang nak ceriakan hati orang.. aku pulak yang gelak lebih2.. ish3x.. tapi tak pela.. apa yang aku harapkan adalah kegembiraan dan kebahagiaan dia.. aku tak nak tengok orang yang rapat ngan aku sedih.. semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya pada dia.. dan semoga dia sentiasa bahagia disisi-Nya.. ameen..

pada kawan2 sume.. kalu tengok kawan korang sedih.. jangan la biarkan je tau.. try la wat dorang hepi.. terubat jugak hati tu.. apa gunanya kawan kalu tym senang je ade tapi tym susah wat dunno je.. betul x? tapi kadang2, orang yang tgh sedih perlukan masa sendirian.. so tym tu, bagilah dorang masa untuk diri sendiri.. (nasihat berdasarkan pengalaman) n jgn lupa nasihat-menasihati sesama kawan ye.. yang penting ingat Allah! kesedihan pasti diganti dengan kasih sayang-Nya..

p/s: ikan ape telur dikepala, telur dibadan dan telur diekornya? nak tau aku jawab ape.. ikan goreng celup telur.. tapi salah.. jwpn: bahulu ikan.. haha (nur yg reka)..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...