Friday, August 21, 2009

sejenak dari hati

salam alaik..

terasa sungguh begitu lama tak meng"update" blog yg serba kurang ni.. bila menjejaki blog2 sebahagian teman2, terasa begitu byk ketinggalan, begitu byk kekurangan.. mungkin kesibukan yg mula mngambil alih kelapangan yg dulu disia-siakan membuatkan aku sedikit kelam kabut saat ni.. bkn hanya keje tp mungkin byk benda yg mempengaruhi aku skg..

kdg2 aku rasa sgt sensitif dgn keadaan skg.. selalu ada yg tak kena.. emosi yg cepat berubah2 skg ni mbuatkan aku risau.. risau tentang sume benda.. byk kejadian yg wat hati aku snts tak senang.. ttg diri sdiri.. ttg kawan2.. ttg pelajaran.. dan segala ttg lagi laa.. terlalu byk yg rasa dihati ini tp xterluah dek kata2.. biarlah Tuhan je yg tahu.. aku sdiri tak mahu memikirkan sgt..

sedikit luahan yg dibuat bsama senior2 baru2 ni mbuatkan jiwa aku sedikit terisi.. sekurang2 aku berasa senang utk seketika.. aku perlukan "makanan" utk jiwa ku.. aku perlu pada bimbingan.. sungguh.. kdg2 aku teras lemas dgn keadaan skg.. tika aku msh tersenyum, ketawa, gembira.. tiba2 saja perasaan tu hilang.. diganti dgn kegundahan dijiwa.. yg aku kdg2 xpasti puncanya..

kesibukan yg aku rasakan skg diharap tak menggangu jiwa ku sepanjang ramadhan yg bakal menjelang.. pasti aku diuji lagi.. aku mdoakan snts Allah melindungi ku dan memberi ku kekuatan utk mghadapi ujian2 itu.. keranan aku yakin Dia snts ada.. esok sume umat Islam bakal menjalani ibadah puasa.. insyaAllah.. aku terasa sungguh rindu pd ramadhan kali ini..

p/s: "ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna.. agar dapat ku lalui dgn sempurna.."

50 tanda-tanda orang munafik

1. Malas beribadah kepada Allah SWT
2. Lupa kepada Allah SWT
3. Melalaikan solat fardu
4. Mempercepat mengerjakan solat
5 Gemar meninggalkan solat berjemaah
6. Meninggalkan solat Jumaat
7. Menyuruh yang mungkar dan melarang yang makruf
8. Melakukan dosa dan kemungkaran secara sembunyi
9. Menyembunyikan ilmu pengetahuan
10. Riak
11. Hasad dengki
12. Dusta
13. Mungkir janji
14. Bakhil
15. Fitnah
16. Mencaci maki
17. Mengumpat
18. Mengungkit kembali pemberian kepada seseorang dan menyakiti hatinya
19. Mengingkari takdir allah
20. Mempersenda kesucian agama
21. Enggan berjihad di jalan Allah SWT
22. Menghina sahabat Rasullullah SAW
23. Menyembunyikan persaksian pada jalan yang benar
24. Menangguh pembayaran hutang
25. Menipu dalam jual beli
26. Ghasab
27. Bergaul dengan orang yang memperolok Al-Quran
28. Memakan harta anak yatim
29. Membuka rahsia orang lain
30. Berasa aman daripada murka Allah apabila melakukan dosa
31. Memanggil orang dengan gelaran buruk yang tidak disukai
32. Menghalang orang daripada mengamalkan ajaran islam
33. Suka kepada kesesatan dan suka menyesatkan orang
34. Bermuka-muka
35. Menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenarnya
36. Sombong diantara sesama manusia
37. Melampaui batas yang telah digariskan oleh Allah
38. Suka berbantah dan bertengkar sesama Muslim
39. Berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup
40. Membazir dalam memanfaatkan nikmat Allah
41. Keluh kesah apabila ditimpa musibah
42. Mengkhianati sesuatu amanah
43. Memutuskan silaturrahim
44. Memecahbelahkan perpaduan kaum muslimin
45. Menghalalkan perkara yang haram
46. Membuat kerosakan dimuka bumi
47. Menuduh orang beriman bodoh
48. Mengubah dan menyalahguna ayat-ayat Allah
49. Bersumpah dengan selain nama Allah SWT
50. Berasa gembira apabila musibah menimpa orang beriman.

p/s: smoga kdtg ramadhan kali ini lebih diberkati.. ameen..

11 jenis manusia yg didoakan oleh malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.
Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.' "

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"

10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang melawat orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."
p/s: sangat bz wat ms skg.. xsempat nk update blog skg..

Thursday, August 6, 2009

H1N1 ke??

salam alaik..

baru je beberapa hari balik dr camping, kami bdk2 nursing 1st year terima satu lg ujian.. mula2 aku dgr gak ade la sorang dua yg x berapa sehat.. kemudian brothers yg 11 org tu, hampir sume xsehat.. sisters kalu xsilap ok lagi kot tym tu..

hari rabu, 29.07.09, pagi tu sesampainya kami di JHC, kami siap2 utk presentation PBL pertama.. grup aku wat dlm lecture hall yg sememangnya kelas tetap aku.. yg aku tau masa tu yg xsehat, huud, zaid ngan ili.. yg lain pulak (aku, solehah, naim, ela ngan raihan) sehat je kot.. owps.. lupa lak.. ade 2 raihan dlm kelas aku, so sape2 panggil raihan je tu, raihan satu lg kot.. kalu ang, tau la tu mmg aku.. agak susah sikit.. huuu..

ok.. ms PBL tu masing2 duk dlm grup mcm ok lagi.. tp pas tu ade praktikal lab.. aku rasa (dan mgkin sume org rasa) ms dlm lab tu la virus menular.. sb ape?? sb ms tgh wat bed-making tu, sume org stat batuk.. kofff.. koffff.. sampai CI pun pakai mask.. aku pulak ble tgk ade beberapa org pakai mask, aku pun amek skali terus pakai.. bukan ape, aku sendiri da stat batuk2..bila bunyi batuk dah mengalahkan suara Sr. Arbaktun ngan Br. Khairul, so pas sume da wat bed-making kami dibenarkan kuar awal..

ptg tu Nurss ade anjurkan majlis khatam al-Quran bertempat dimasjid KoM.. tp xsemua yg hadir.. bila majlis da selesai, kami memulakan sesi perkenalan.. setiap sorang diberi peluang utk memperkenalkan diri dimulakan dgn 1st year students dulu.. kemudian sedikit jamuan diadakan dan seperti biasa makan dlm dulang (mcm kt kem aritu).. slps solat maghrib berjemaah, aku dan mirah merancang utk melawat izat.. beberapa kawan aku da demam.. aiiii.. punya la susah nk suh jatjat tu mkn ubat.. hehe.. then aku g lawat huda pulak.. cian dorang demam.. mlm tu aku masih ok (siap g makan kek besdey jira lagi).. tp aku juz batuk sket2 je.. pipah pulak selaku rumet aku, mmg jelas kedengaran dia batuk2..

bangun pagi esok khamis, 30.07.09, aku g bilik huda sb nk bg dia makan ubat (smlm pun same).. pas balik bilik aku baring.. tiba2 rs sejuukk.. aku pun tido jap.. demam!! tghari tu pipah ajak aku ke klinik.. sampai di klinik.. Ya Allah.. ramai giler clazmate aku.. kami pun sembang2 jap la sambil tunggu turn.. suhu aku 38.5 darjah celcius!! doktor ckp suhu kwn2 aku semua tinggi2.. so kami dpt mc utk 2hari.. aku sebenarnya nak sgt g kelas ptg tu tp better rehat dlm bilik je kn.. tp tiba2 dapat tau kelas utk khamis n jumaat dibatalkan.. owh.. mmg xyah g kls laa.. lagipun doktor da pesan "awak jgn kuar g mana2.. kecuali g tandas".. adehh.. kuarantin la kot.. kawan2 ramai dtg jenguk, sedikit terharu.. eh banyakk.. hihi.. terima kasih sume.. ni suka jd dak nursing ni, kawan2 sume prihatin.. =)

jumaat, 31.07.09, pipah ckp dia dapat call dari klinik gtau pegawai kesihatan nak dtg.. x lama pas tu mmg aku pun dapat panggilan yg sama.. ohh.. masa utk mengemas bilik yg sedikit berselerak sejak smlm.. demam punya pasal.. aku ni jenis susah nak demam tp cepat baik.. alhamdulillah.. demam pun kejap je da kurang tp masih rs lemah lagi.. emm.. tunggu punya tunggu, rupanya dorang xjadi nak datang bilik.. sbb aku dapat call lg skali mangatakan kena g klinik kul 8 pg esok.. dan sila pakai mask!!

sabtu, 01.08.09, kul 8 lebih, kami g serbu klinik beramai2.. haha.. xdela ramai sgt sbb ade yang da balik.. mula2 kitorang x pakai mask lagi pun.. tp sampai satu ms, mmg sume kena pakai.. xsangka kena jumpa doktor lagi skali.. dpt la mc utk seminggu pulak.. xlama pas tu pegawai kesihatan pun dtg, bg briefing mengenai penjagaan pesakit dan ahli keluarga mengenai h1n1.. tp sebenarnya kami bukan kena h1n1, tp doktor ckp influenza-like-illness.. signs n symptoms lbh kurang same je kot.. ms tu sempat la org kat klinik tu amek gambar kitorang.. posing2!! hehe..

kami disarankan agar balik dan rehat di rumah selama seminggu.. tp nak balik pun ade syarat.. xleh naik kenderaan awam.. cian la sape2 yg nak naik bus kan.. kebetulan makcik aku dtg kuantan aritu, bleh la balik ganu dgn senang hatinya.. pipah pun tumpang sekaki.. petang tu, aku pun bertolak pulang.. gara2 pakai mask dlm kete, aku rasa loya sampai nak muntah..

perjalanan mlm tu aku rs sumthin wrong.. rs xselamat pun ade.. hujan lebat giler.. kete depan sume pakat benti.. makcik aku bawak slow sgt sbb bimbang hujan lebat yg x serik2.. tp alhamdulillah aku sampai umah dgn selamat.. so bermula la kehidupan aku kat umah utk bercuti dalam umah sahaja.. sekian..

p/s: semoga kwn2 cepat sembuh.. sbb ade yg msh belum pulih lg.. bykkan minum air masak, sila makan ubat mengikut kadar dan masa yg ditetapkan.. jgn jd mcm aku.. ubat makan separuh jalan je.. tp alhamdulillah da sehat skg.. :)

Sunday, August 2, 2009

motivational camp

salam alaik..

pd 23-24 julai yg lalu, kami budak2 nursing 1st year diwajibkan mengikuti motivational camp kat pantai balok.. ikutkan jadual sepatutnya btolak pd pukul 5 ptg.. tp sbahagian dr kami ade mgambil sbjek ungs, so dlm kul6 baru kami btolak.. sampai ke destinasi, khemah2 sudah terpacak kat situ.. igtkan kami kne pasang sdiri.. susah pyh igt balik tym bkhemah zaman2 skola dulu.. hehe..

sampainya kt tapak, kami di'briefing' oleh committee2.. sempat lg berlatih trademark kami iaitu "we are muslim nurses" dan nyanyi lagu tema yg tajuknye.. errkk.. lupa la.. then kami ke dulang yg tersedia utk mnikmati dinner.. satu dulang kongsi 6org.. tp ade syaratnye tau! suapan pertama adalah utk sahabat.. so ape lagi, pas doa dibaca.. kami makan bersuap-suap la (bukan suapan pertama je).. alaa.. aku agak segan bila org suapkan ni.. tp aku suapkan org ok je.. hehe.. seronok dan cepat kenyang.. so kumpulan kami agak lambat utk habiskan mknn (len kali pilih dulang kecik la).. tp perkongsian ini sbnr merapatkan lg ukhuwah kami utk terus bersama selama 4tahun akan dtg.. insyaallah..

1 khemah kongsi 6 org..

slps solat magrib dan isya' berjemaah dan sedikit tazkirah diberikan, kami memulakan aktiviti.. 1st aktiviti kami diberi sekeping kertas yg telah dipotong dan perlu disatukan kesemuanya.. bayangkan bilangan kami seramai 53 org tpaksa kelam kabut mencamtumkan puzzle tersebut.. alhamdulillah, dgn masa yg diberikan kami dpt menyelesaikan task kami itu.. sungguh terharu dgn smgt yg diberikan kwn2 wpun keje aku tym tu hanyalah menyapu gam pd kertas.. hehe.. aktiviti seterusnya baju dilekatkan dgn pengepit baju dan kami diarahkan utk erkumpul mengikut warna masing2 tanpa bercakap dan melihat warna pengepit kita sdiri.. alhamdulillah berjaya jgk..

seterusnya permainan bola ajaib, sesiapa yg dapat bola diminta meperkenalkan nama dan satu kelebihan yg ada pd diri.. emm.. akhirnya sampai turn aku.. act aku xtau ape harus diperkatakan.. terasa kelemahan lbh byk dr kelebihan.. aku xpasti kekuatan apa yg aku ada utk menyumbang kpd yg lain.. tp memiliki kelebihan yg sedikit tidak bereti kita lemah kn.. think positive ang!!

bersama fasi: k.ayuni ngan k.zira

kami diminta membuat satu bulatan besar dan menutup mata dgn kain.. kemudian duduk ditempat masing2.. sunyi.. tiba2 kedengaran suara committee melakonkan babak2 yg menyentuh hati.. lagu2 yg menginsafkan jiwa.. dlm pekat mlm itu aku terdengar esakan kwn2 disis.. xkurang jua esakan ku sendiri.. hanya diri ini dan Allah yg tau apa yg ku fikirkan waktu itu.. paling aku igt, committee menegaskan ttg rasa berTuhan..

aktiviti ni yg paling best rsnye.. kami dibahagikan 5 kump dan dilepaskan satu-satu.. kalu xsilap, grup aku no 2 kot.. dlm pjalan tu, kami kne lalui 3 checkpoint.. 1st, kne jawab soalan satu drpd 2soalan.. tau ape kami dpt?? kne gtau stages tumbesaran nyamuk kot.. kami igt2 lupe je.. last2 jwpn dterima.. alhamdulillah.. so kami diberi sbtg lilin dan dipegang oleh leader.. tp next check point, kami sume kne tutup mata kcuali leader.. bayangkan kami kne masuk dlm air ape ntah.. bau yg sgt busuk, kasur tenggelam dlm tanah lumpur, air setinggi paras peha.. ya Allah.. sabar jela kami.. hanya dgr arahan leader utk lalui sume tu..

sampai check point kedua, kami diminta mencari ahli kump kami tanpa melihat dan bersuara.. tp last2 bcakap jgk utk menentukan cukup atau tak.. bila no 1-11 dikira utk tentukan bilangan, ade je suara lain menambah "12..".. adehh.. mcm2 cara kami buat.. sampai aku cam suara committee yg kacau.. suara k syikin.. huhu.. alhamdulillah.. kali ni pun berjaya.. dpt sebatang mancis.. sblm ke check point last, leader pulak yg tutup mate.. mase ni ktorg rs tenang sket sbb ramai buleh jaga leader ngan lilin.. yg ke3 pun alhamdulillah, task bjaya dilakukan.. then dpt tau ktorg grup 1st yg completekn sume check point dgn jayanya..

tp pjalanan kami xhbis sampai tu.. utk sampai ke kem, kami sume kne tutup mte tmasuk leader.. pjalanan agak mcabar sbb byk halangan atas jalan.. tmbahan lg ade je tgn2 yg tak dikenali cuba memutuskan ikatan ahli kumpulan kami.. sampai kami menjerit2 tanak berpecah.. semangat giler tym tu.. tp bulu roma meremang gak tibe2 ada tangan pegang2.. kbetulan masa tu xnampak pape.. seram.. haha.. tup.. tup.. dah sampai ke detinasi dgn selamat.. alhamdulillah.. sementara tunggu sume grup sampai, kami ngn fasi sempat la berkongsi2 cerita ttg pjalanan kami td sekaligus mgaitkan dgn khidupan yg bakal kami lalui nt.. lbh kurang 2.30 pagi bru balik ke khemah utk tido tp kul5 da kne bangun..

bakal2 muslimah nurse..

keesokan harinya..

pas solat subuh, kami ade sket senaman.. xlupa jgk kne wat trademark n nyanyi lagu tema, "semangat yang hilang".. oleh sebab ade sket masalah teknikal, kami breakfast agak lambat tp its ok la.. xkisah sgt pun.. then kami dibahagikan grup baru.. kalu ni bro n sis campur.. kali ni setiap grup diberi satu bahagian anggota badan.. grup aku adalah KAKI.. setiap grup perlu menyenaraikan kelebihan dan pilih salah satu dr yg lain yg menjurus ke arah kejahatan.. game ni mmg rancak.. masing2 duk salahkan satu sama lain.. kdg2 rasa geram jgk.. haha.. TANGAN salahkan LIDAH.. LIDAH salahkan MATA.. MATA salahkan TANGAN.. TANGAN salahkan KAKI.. KAKI salahkan TANGAN.. aduh.. mcm2 laa.. tp sbnrnya semua berpunca dr hati kan.. tp grup hati xde dlm game ni.. huhu

tengahari tu, committee gtau yg xde lauk utk lunch.. yg ade cuma nasik dan kami diberi tugasan utk masak bahan2 yg diberi.. 3 ekor ikan, 5 bijik telur, 3 bijik ubi kentang, tepung gandum, sedikit vico.. aiyaaa.. garam gula xde pulak.. pk punye la pk, kami masak je cincai2.. dgn bara api yg xseberapa.. tp berkat kerjasama sume ahli kumpulan, kami dpt masak lauk2 yg xtau nak bagi name ape.. tp kalu sape2 tgk cara aku uli tepung tu skali ngn bahan2 yg aku letak tu, erkkk, xselera nak mkn kot.. haha.. tp aku rasa licin je grup aku makan.. terima kasih sume.. ;) tp rupanya committee sgaja suh kami msk.. lauk utk lunch ade je disediakan.. aku da agak.. dlm tentative pn da tulis siap2 "kembara hidup".. so pandai2 la nak hidup kan.. hihi..

kenangan kami di ayer balok

yg kali ni pn aku rs best jgk.. kami dilekatkan sehelai kertas dibelakang kemudian kena komen ttg tuan punya kertas tu.. utk bahagian pertama, tulis ape perubahan yg ptot dilakukan.. maksudnye mgkin kelemahan atau keburukan yg kita xsedar dan mgkin kawan2 x berani nak tegur selama ni.. act aku rs bagus gak.. sbb kdg2 susah nak tegur kawan2, bimbang dorang kecik ati.. bhagian kedua, tulis kebaikan yg ade pd tuan punya kertas pulak.. aku rasa sgt seronok esp tym sume sibuk beratur nk tulis kt kawan2..

emm.. kebanyakan komen utk part 1 yg aku dapat "be mature" ngan "behave urself".. huhu.. aku da agak.. perangai aku yg kdg2 agak kebudak-budakan ni susah nak hilang.. aku akui ade jgk yg wat aku sedih tp aku cuba terima ngn hati terbuka.. kebanyakan org kdg2 xsedar apa yg dilakukan tu kurang disenangi org lain.. sebenarnya mmg susah nk puaskan hati semua org.. tp apa pun aku cuma harapkan yg tbaik utk semua.. yg penting kawan2 bleh terima aku seadanya dan aku dapat terima mereka seadanya.. =)

modul terakhir, setiap sorang mdapat sehelai kertas dan kami diberi masa utk menulis future planning.. kak syeril selaku fasi grup aku beri peluang sape2 yg nak berkongsi secara sukarela.. selepas ah menerangkan future planningnya, aku pulak amek peluang.. tp tanak cerita la kt sini.. biar grup aku je yang tau.. lagipun tu hanya perancangan secara kasar je.. simple je.. kita mampu merancang tp apakah semua rancangan kita tu bakal menjadi kenyataan? dan sebaik2 perancang adalah Allah..

majlis penutup pun sudah berakhir.. sijil pun telah diberi oleh Sr Rubbya kpd wakil peserta.. so tamatlah sudah kembara kami di ayer balok.. sblm btolak pulang, kami mengemas khemah yg tersedia, bergambar di tepi pantai, makan aiskrim.. hihi.. sangat best tp sangat penat!! bygkan motivational cam ni hanya mengambil ms 24jam sahaja utk dicompletekan.. alhamdulillah, dgn izin Allah semua seperti yg dirancang..

p/s: kebanyakan perkara xdpt ditulis tapi apa yg aku dpt berkali2 ganda lbh bmakna melalui program ni.. dikesempatan ini nk ucapkan terima kasih kt sume yg terlibat..
"we are muslim nurses".. insyaAllah..

Saturday, July 18, 2009

upload dh!

m3 4.3 da tinggal kngn.. skg aku duk 4.4.. blk sebelah je.. tp yg lain duk blk lain.. sunyi btol blk lame aku dlu.. huu~

sgt2 xsangka akan jd cmni lepas aku tinggalkan bilik bbrapa ketika.. Ya Allah.. Engkau Maha Kuasa..

xde yg cedera.. cuma rs sdeh tgk bilik aku jd cmni.. tp alhamdulillah cmpartment aku ok je.. tp atas sb kselamatan, kne pindah gk..

p/s: semoga kjadian yg sme xberulang lg pasni.. ameen..

Thursday, July 16, 2009

new life..

salam alaik..

da hampir seminggu kelas bermula.. aku xtau kenapa asyik rs mengantuk je.. awal2 da mcm ni.. aku sgt2 la risau cmne lepas ni.. aku harap dpt control la rs ngantuk dlm klas ni.. sape2 ade tips nk hilang kn ngantuk, plz sgt2 tolong share ngn aku..

aku da try minum air byk2 smpai nk g tandas je, da mkn gula, da try gerak2kan bdn sket.. tp still ngantuk.. nk kata xcukup tido, stakat ni rs ok je kot kalu nk bandingkan ms kt pj dlu.. mmg slalu xcukup tido.. waaaa...

xleh2.. aku kena kuatkan smgt.. kne lebih rajin.. xleh ngantuk.. xleh main2.. n kne lebih matured kot.. lgpun perangai budak2 msh melegar2 lagi dlm diri aku ni.. xleh terlampaw childish.. alamak! cmne ni.. risau2.. eh relax2.. msh ade ms.. mgkin apa yg ade disini mgkin dpt mematangkan aku..


tp insyaallah aku cuba.. aku akan terus cuba.. cuba.. dan cuba la.. i have to change myself!! act i have to improve myself.. Ya Allah.. i need Ur help..


emm.. rsnye nt mmg akn bz sgt2 la.. senoir2 pn ckp mende yg sme.. insyaallah, aku akn cba utk tidak terlalu fikirkan ttg dunia shj.. yg penting betulkan niat segalanya kerana Allah taala.. kerana aku sedar kdg2 byk perkara yg kita buat kdg2 hanya fikirkan utk ksenangan dunia.. ramai yg lupa ttg akhirat.. (peringatan utk diri sdiri jgk)

p/s: ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH SESUATU KAUM ITU SEHINGGALAH KAUM ITU BERUBAH DENGAN SENDIRI…

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...