Monday, June 28, 2010

Peringatan Untuk 'Kawan'

salam alaik

kali ni aku terpanggil untuk post mengenai 'friendship'. maaflah kalu agak kasar aku cakap, kawan tak semua yang macam kawan! (bukan sume)

aku bukan nak cakap pasal kawan makan kawan, tapi pasal perangai sesetengah pihak tu nak berkawan tapi wat perangai macam taknak kawan. beberapa perkara yang aku nak 'highlight'kan kat sini, harapnya dapat fikir2 la sendiri ye.

1) jaga percakapan
-bukan aku nak kata, tapi aku dah observe banyak kali dah. mentang2 la kawan kan, gurau pun ada batas gak. jangan ar cakap ikut sedap mulut je. sindir-menyindir la. fikir la perasaan orang lain jugak. tp aku faham, kadang2 kita xsedar apa yang kita cakap hari2, gurau senda kita, bukan bermaksud nak lukakan hati orang. tapi agak2 la jugak ye. ;)

2) wat tak layan (tak cakap, tak pandang)
- ni satu hal ag. hmm, kalu kawan dah tegur tu, jangan la wat2 xtaw. ni siap wat muka ag, tengok pun tak maw. sepatah haram pun tak cakap. tolonglah, orang lain pun ada perasaan gak. kalu ada salah silap, boleh je nak gtaw. ni orang dah tanya banyak kali, sampai nak giler fikir 'apa salah aku'.. tuup.. tuup.. tak tahu punca! esok lusa wat macam bese. ok, fine. forget it. :) (mungkin aku boleh lupakan je, tapi org lain???)

3) dengar nasihat orang
- haa, ni ikut la sape2 nak terima, kalu taknak terima nasihat sudah. orang bagi nasihat untuk kebaikan. tapi yang geram, bila nasihat tu dia anggap bebelan. adeh, penat duk nasihat macam motivator bertauliah. lebih2 ag seramai2 orang yang nasihat, sume mcm sia-sia je. hm, rasenya xleh wat apa dah. dah besar kan.. orang nasihat sebab sayang....

4) putus persahabatan
- astaghfirullah.. ni kes paling teruk penah aku tgk depan mata. aku pn kdg2 speechless dah. wahai sahabat2, dalam hidup ni, kawan2 tu yang paling selalu bersama kita kan. lebih2 ag time belajar. duk hostel sama2, blaja sama2, exam sama2. ingat benda ni x pengaruhi orang lain ke. kawan2 sekeliling kita pun mesti rs xtenang ngan keadaan camni kan. jangan kita senang2 nak putuskan silaturrahim. tu bukan penyelesaian bagi masalah. Nabi SAW telah bersabda :
لا يدخل الجنة قاطع
“Tidak akan masuk syurga bagi mereka yang memutuskan (silaturrahim)”

rasanya cukup sampai sini dulu. aku tahu aku pun tak sempurna. tapi sume2 ni hati kita dapat nilai sendiri mana baik mana buruk. seriously, aku sayang kawan2 aku tak kira baik buruk camne pun dorang. kita ni manusia biasa, tak lari dari wat kesilapan. mungkin arini ni kawan2 wat silap, esok lusa kita pulak. so maaf-memaafkan jalan terbaik.

p/s: kita taknak org wat cmtu kat kita, kita jgan wat camtu kat org. ukhuwah fillah~

Friday, June 25, 2010

salam kembali

salam alaik..

Sungguh! Hampir saja setahun dalam diam rupanya blog yang memang serba kurang ni menyepi. Mungkin kerana terlalu banyak perkara yang dialami oleh si penulis, biarlah Tuhan yang tahu. Sedar tak sedar rupa-rupanya terlalu cepat masa berlalu dan pada masa yang sama, terlalu banyak benda yang terpendam.

Dah berkali-kali sebenarnya hati ini terpanggil untuk berblog kembali. Entah kenapa aku menidakkan agar tak peduli. Ya Allah, hanya Engkau yang memahami. Mungkin selepas ini hati ku berbunga kembali seperti dulu, kembali ke dunia blog. Terima kasih bagi mereka yang menyokong.

p/s: insyaAllah, bakal mengaktifkan kembali blog terbiar ni. Buang segala semak-samun yang menghuni, cendawan dan kulat yang tumbuh, spray segala kuman-kuman. (Infection control kot.. huhu)

Saturday, September 19, 2009

pulanglah michi..

*rindu kat michi a.k.a kucing ksyangan aku yg lahir pd hari jumaat sms org sdg menunaikan solat jumaat bberapa tahun yg lepas.. lahir dlm rumah dibawah buaian.. warna nya hitam, sgt berbeza dgn ibunya yg warna putih melepak.. jantina jantan.. bersikap berani dan protective krn slalu jg rumah drpd gguan kucing2 lain.. rupa parasnya sdkt garang tp sgt baik hati dan bertimbang rs sbb slalu bg pluang kucing2 ku yg lain makan dahulu.. sangat rindu michi.. igtkan dpt jpe blk ry ni.. tp mungkin ia sudah tiada.. tiada lagi "meoww"an nye kedengaran.. ;(

p/s: da byk kucing2 aku yg tak balik.. dan hingga hari ini xpnh balik2 lg.. mgkin mereka sudah pergi..

michi a.k.a itang

20~

salam alaik

dalam diam hati ini termenung sendirian.. mengenangkan umur yg sudah mencecah 2o tahun pd hari ini.. 19th September 1989.. kini tarikh yg sama cuma berbeza tahun saja.. alhamdulillah.. Allah masih memberikan ku ruang dan peluang utk ku terus bernafas dlm Cinta dan Kasih AgungNya.. aku bersyukur pdNya kerana apa yg aku ada pd saat dan tika ini adalah rahmat dan rezeki dariNya utk hamba2 yg dicintai.. lagipun, esok aidilfitri bakal menjelang.. aku rs sungguh btuah kerana hari lahirku pd tahun ini jatuh pd hari akhir ramadhan dan esok raya..

sejenak diriku memutar waktu dahulu.. hmm.. sungguh cepat masa berlalu.. sudah jauh ketinggalan zaman2 kecil ku yg agak dan sgt nakal dan degil spt batu.. aku semakin dewasa (still same kot).. tp bak kata kawan2, da blh kawen ni.. huhu.. bila memikirkan ms depan lak, im muslimah nurse wannabe.. insyaAllah.. ;)

bercakap topik nursing, nt aku bakal di"posting"kan dlm orthopedic ward selama 2minggu.. female punye wad laa.. sedikit rasa lega menular dihati.. hehe. tak dpt bygkan jika btugas di wad lelaki buat ptama kalinya dgn ilmu yg sgt sedikit.. rsnye sume kawan2 mmg excited sgt2 ble dgr nk msuk hospital ni.. maklumlah, nt adalah 1st tym ktorang nk menimba pgalaman sbg bakal2 nurse.. insyaAllah.. diharapkan Allah memudahkan perjalanan dan pekerjaan kami.. dan berikan keredhaan kami pabila ditimpa dugaan.. ameen.. :)

p/s: slmt ari lahir yg ke 20 utk diri sdiri.. Salam akhir ramadhan dan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI utk semua yg sudi mngunjungi blog ni.. akhir skali kpd sume kawan2 esp grup members utk posting nt, slmt bekerjasama.. :)


Thursday, September 17, 2009

sori 4 everything

salam alaik

alhamdulillah.. aku bsyukur sgt2 akhirnya dpt balik umah.. keje2 sblm cuti ni pn da selamat submit sblm blk cni.. dlm beberapa hari terakhir smpena rmdhan ni aku tlampau bz kot.. sgt penat.. lgpon skg msh dlm proses nk adapt dgn environment kt kuantan yg aku rs kdg2 blh terima kdg2 rs berat jgk.. papepun insyaAllah, aku akn hadapi dgn penuh sabar.. . tambah2 dgn asgment socio yg aku wat last minit tp siap jgk sampai xtido langsung.. gara2 xde laptop pnye psl (kalu ade pun siap awal ke?).. hehe..

semenjak dua menjak ni,aku mungkin xsedar byk tekanan yg aku hadapi.. dlm sedar atau tak, sign n symptom "tekanan" tu muncul.. tp skg da hilang kot.. i hope so.. act byk mende la kejadian "pelik2" yg aku alami (jgn pk bukan2).. haha. its all about something called "FRIENDSHIP".. sometimes its ok.. but sometimes it makes me upside down.. tp sume tu wt aku pk mcm2 benda.. sehingga kdg2 aku jd blur.. i didnt know what i've done.. n wat should i do..

aku tau tiada yg sempurna.. tiada yg sempurna melainkan Dia.. apa yg penting bagaimana cara kte menerima seseorang seadanya kan? aku berkawan bkn kerana kelebihan seseorang.. dan aku xsuka bkn kerana kelemahan seseorang.. kerana diri ini sedar yg ia juga mpunyai "terlalu" byk kkurangan.. tp tolonglah faham perasaan org lain jgk (atau lbh tepat,orang2 lain).. huhu.. (xreti dh nk ckp cmne!)

mgkin aku pn byk wat silap.. mgkin aku byk lukakan ati org without realizing it.. mgkin aku bkn yg tbaik.. tp aku bsyukur apa yg aku ade skg.. aku still igt kata2 senior nih: kite msh dlm proses "mencari".. kte xkn tau ble kte akn jumpa kwn yg btol2 leh kte jadikan kwn sejati.. tp insyaAllah,kte akan jmpa suatu hari nt.. ameen..

dikesempatan ini (dlm mood nak raye), aku nk mintak maaf sgt2 kt sume sb aku tau byk salah silap aku selama ni sepanjang kenal korang sume.. n sempena hari2 ramadhan yg terakhir ni, gunakanlah masa dgn sebaiknya (nasihat utk dr sdiri jgk)..

p/s: love everyone fillah.. :)

Friday, August 21, 2009

sejenak dari hati

salam alaik..

terasa sungguh begitu lama tak meng"update" blog yg serba kurang ni.. bila menjejaki blog2 sebahagian teman2, terasa begitu byk ketinggalan, begitu byk kekurangan.. mungkin kesibukan yg mula mngambil alih kelapangan yg dulu disia-siakan membuatkan aku sedikit kelam kabut saat ni.. bkn hanya keje tp mungkin byk benda yg mempengaruhi aku skg..

kdg2 aku rasa sgt sensitif dgn keadaan skg.. selalu ada yg tak kena.. emosi yg cepat berubah2 skg ni mbuatkan aku risau.. risau tentang sume benda.. byk kejadian yg wat hati aku snts tak senang.. ttg diri sdiri.. ttg kawan2.. ttg pelajaran.. dan segala ttg lagi laa.. terlalu byk yg rasa dihati ini tp xterluah dek kata2.. biarlah Tuhan je yg tahu.. aku sdiri tak mahu memikirkan sgt..

sedikit luahan yg dibuat bsama senior2 baru2 ni mbuatkan jiwa aku sedikit terisi.. sekurang2 aku berasa senang utk seketika.. aku perlukan "makanan" utk jiwa ku.. aku perlu pada bimbingan.. sungguh.. kdg2 aku teras lemas dgn keadaan skg.. tika aku msh tersenyum, ketawa, gembira.. tiba2 saja perasaan tu hilang.. diganti dgn kegundahan dijiwa.. yg aku kdg2 xpasti puncanya..

kesibukan yg aku rasakan skg diharap tak menggangu jiwa ku sepanjang ramadhan yg bakal menjelang.. pasti aku diuji lagi.. aku mdoakan snts Allah melindungi ku dan memberi ku kekuatan utk mghadapi ujian2 itu.. keranan aku yakin Dia snts ada.. esok sume umat Islam bakal menjalani ibadah puasa.. insyaAllah.. aku terasa sungguh rindu pd ramadhan kali ini..

p/s: "ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna.. agar dapat ku lalui dgn sempurna.."

50 tanda-tanda orang munafik

1. Malas beribadah kepada Allah SWT
2. Lupa kepada Allah SWT
3. Melalaikan solat fardu
4. Mempercepat mengerjakan solat
5 Gemar meninggalkan solat berjemaah
6. Meninggalkan solat Jumaat
7. Menyuruh yang mungkar dan melarang yang makruf
8. Melakukan dosa dan kemungkaran secara sembunyi
9. Menyembunyikan ilmu pengetahuan
10. Riak
11. Hasad dengki
12. Dusta
13. Mungkir janji
14. Bakhil
15. Fitnah
16. Mencaci maki
17. Mengumpat
18. Mengungkit kembali pemberian kepada seseorang dan menyakiti hatinya
19. Mengingkari takdir allah
20. Mempersenda kesucian agama
21. Enggan berjihad di jalan Allah SWT
22. Menghina sahabat Rasullullah SAW
23. Menyembunyikan persaksian pada jalan yang benar
24. Menangguh pembayaran hutang
25. Menipu dalam jual beli
26. Ghasab
27. Bergaul dengan orang yang memperolok Al-Quran
28. Memakan harta anak yatim
29. Membuka rahsia orang lain
30. Berasa aman daripada murka Allah apabila melakukan dosa
31. Memanggil orang dengan gelaran buruk yang tidak disukai
32. Menghalang orang daripada mengamalkan ajaran islam
33. Suka kepada kesesatan dan suka menyesatkan orang
34. Bermuka-muka
35. Menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenarnya
36. Sombong diantara sesama manusia
37. Melampaui batas yang telah digariskan oleh Allah
38. Suka berbantah dan bertengkar sesama Muslim
39. Berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup
40. Membazir dalam memanfaatkan nikmat Allah
41. Keluh kesah apabila ditimpa musibah
42. Mengkhianati sesuatu amanah
43. Memutuskan silaturrahim
44. Memecahbelahkan perpaduan kaum muslimin
45. Menghalalkan perkara yang haram
46. Membuat kerosakan dimuka bumi
47. Menuduh orang beriman bodoh
48. Mengubah dan menyalahguna ayat-ayat Allah
49. Bersumpah dengan selain nama Allah SWT
50. Berasa gembira apabila musibah menimpa orang beriman.

p/s: smoga kdtg ramadhan kali ini lebih diberkati.. ameen..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...