Salam alaik
Minggu yang memenatkan. Hah, nak taw kenapa?? Sebab aku rasa Saaaaaangat Penaaaaaatt tapi kena kuatkan semangat jugak.
Weekend yang lepas penat dengan An-nisa' Night. Kumpulan kami wat so-called-pentomen-muzikal-laa-konon [sila rujuk entri yang lepas]. Minggu kali ni penat dengan beberapa aktiviti lagi.
Pindah dari M3 ke M2-Seminar MSN2-Family Day (NurSS)-Explorace-Pentomen-Koir-Futsal (tak jadi nak join gara-gara kaki cramp).
Niat nak tulis entri terbaru asyik tergendala je, jadi mungkin gabungkan beberapa aktiviti terus dalam entri kali ni.
------------------------------------------------------------------------------
Hari isnin lepas, alhamdulillah kebetulan xde kelas. Tiba-tiba dengar bunyi pintu diketuk orang. Owh, aku dan roomates dapat surat. Yey! Bila dibuka dan dibaca. Apakah??
Kena pindah!!! Owh tidak, aku (pipah, nurul & yana) serta 2 bilik lagi (naim, ela & ana, dayah, biela, yana) kena pindah bilik lain gara-gara nak renovate bilik.
Hari tu jugak kami pindah barang-barang. Seyes penat dan tak sangka sebab sume ni macam tiba-tiba je kan. Mujurlah xmasuk ramadhan lagi. Kalu x, memang kami tak larat.
Aku, pipah dan ana sepakat duduk satu bilik kat M2. Bilik tu sebenarnya untuk 2 orang je. Tapi disebabkan bilik lain penuh dan kami taknak duk sorang-sorang dengan orang yang tak kenal. Kitorang duk je sekali.
Lagipun bilik tu luas. Tak macam bilik lain yang ada compartment. Tambahan pula, kami duduk ni temporary je. Mungkin seminggu dua lagi pindah ke bilik asal tapi tak pasti lagi. Yang penting kami taw kami bakal penat macam aritu. (T___T)

*ni surat yang aku dapat.. moving on~ huhuk*
------------------------------------------------------------------------------
Sebut pasal seminar, sepatutnya Selasa lepas, giliran aku untuk present 'Ucapan Tokoh Korporat' bagi subjek Bahasa Melayu Kerjaya. Tapi kawan aku da mintak izin ngan Cikgu Chow untuk tangguhkan gara-gara perpindahan secara mengejut ni.
Aku akui memang aku x sedia untuk berucap sebab bukan senang bagi aku untuk cari teks ucapan tokoh korporat. Formatnya pun aku xtaw. Last-last mintak tukar tajuk 'Pidato' dan cikgu izinkan. Yey, Cikgu Chow, kamu sangat baik. Terima kasih cikgu.
Berbalik pada seminar MSN2.....
Seminar baru-baru ni ok. Madam Yee cakap 'short and sweet'. Presentation ni pasal Interstitial cystitis dan xde bagi markah pape. Just a guideline to write 3000 words for this assignment! Yang sebenarnya, written assignment yang aku wat baru masuk intro. (T___T)
------------------------------------------------------------------------------
Family Day yang saaaaaangat Best! Hihi~
Mentor aku, Brother Ali dan kumpulan kami bergabung dengan kumpulan Sister Rubbya. Sangat syok dan best! Kumpulan kami terdiri daripada sume year (year 1-4) tapi aku x pasti siapa mentee Bro Ali dan siapa mentee Sr Rubbya. Haha~
Walaupun bertempat di KOM je, xmacam tahun lepas kat Pantai Balok, tapi seyes kali ni seribu kali lebih penat. Taw kenapa?
Haa, sebab aktiviti kali ni explorace! Tahun lepas cuma sukaneka je kalu x silap. Tak taw kenapa aku rasa sungguh semangat. Mungkinkah kerana bersama-sama dengan Cik Kira Yamato? Hehe~
Dari satu station ke station yang lain, kami sekumpulan sama-sama berlari dan penat-lelah-semput semua ada. Tapi keseronokan yang aku rasa sukar digambarkan. Pada mulanya, aku ingatkan aku nyaris-nyaris pengsan dah. XD
Dan paling mengujakan, kami menjuarai explorace kali ni. Alhamdulillah, yey!!! Tahniah bagi semua yang terlibat.
Pada sebelah malamnya pula, kami menjamu selera dan persembahan dari setiap batch. Aku dan beberapa kawan2 wakil 2nd year student sepakat untuk mempersembahkan pentomen seperti yang baru-baru ni.
Kami xde banyak masa, dan hanya beberapa orang yang terlibat. Pentomen kali ni diubahsuai disebabkan pelakon-pelakon terdiri daripada pelbagai jantina. Lelaki dan perempuan sahaja! Hehe~
Seperti biasa, aku jadi director dan narrator sudah ye. Kali ni, pelakon-pelakon ditukar dan mereka juga berbakat sebenarnya, cuma malu-malu kucing saja. Sesudah program, latihan koir pulak.
Dan disebabkan terlalu bz malam tu, aku xsempat menjamah makanan dengan suka hatinya bersama kawan-kawan. Makanan yang aku simpan pun dah dibuang orang. Sedih. Hanya seketul jagung je aku mampu habiskan. (T___T)
Dalam beberapa hari ni, meeting, latihan pentomen dan koir, dan kerja-kerja lain memang memenuhi jadual aku. (-___-")
*all girls have their names* :)
*ready for the game*

*figure out the clues*
------------------------------------------------------------------------------
Boleh x nak wat entri lain untuk koir? Penat dah nak tulis. Hehe~
P/s: Kaki aku cramp xdapat join futsal! Sangat sedih tapi tu yang terbaik~







