Saturday, September 4, 2010

Besday Dorang~

Alhamdulillah, syukur nikmat. Sebentar tadi, baru je berbukak puasa beramai2 ngan classmates dan sorang senior.

Perancangannya, nak iftar jamaie dan sambut besday kawan2 kitorang, Naim (4/9) dan Nurul (5/9). Menu kami ramai masak nasi putih, tomyam, sotong celup tepung, puding roti, cocktail dan teh o ais.

Masa aku nak g tolong masak2, tengok apa yang leh wat. So aku tolong2 bahagian air ngan tomyam. Nyum2~ Hehe.

Masak kat beberapa bilik berasingan tapi untuk berbuka, kami kumpul kat musolla level 2 sebab ramai sangat. Wah, bersusun orang2 dengan makanan2 skali.

Bila aku masuk bawak tomyam 2nd round masak, da buka pun. Sonok makan ramai2.

Dan tak disangka2, rupanya bukan sambut besday dorang berdua je, tapi termasuk aku skali. Tak sangka lak. Semangat nak tolong masak sempena dorang kan. Lagipun, lambat ag besday aku dan mungkin baru abes cuti time tu. Hihi.

Dan tak disangka2 jugak, Yey!! Kami dapat Bunga!! Terima Kasih kawan2.

Selalunya kitorang kat sini kan, setiap kali sampai besday sape2, antara celebrate sebagai menghargai kehadiran mereka disisi kami. Selalunya masak pakai illegal items la. Barang2 terlarang. Kalu mahalah taw nih, naya kena saman rm50 sorang. Huhu~





P/s: Orang lain da balik cuti raya pun, tapi kami kat sini setia menanti. Masih di bumi kuantan. (*~*)

Friday, September 3, 2010

*speechless* *emotionless* *heartless*

Sementara menunggu waktu untuk masuk lab..

Mata menatap sesuatu di skrin netbook putih kesayangan ku.. Ahh, tenet lembap! Tunggu.. Dan tunggu lagi..

Tiba-tiba.. *speechless*

Ya Allah, kenapa berat untuk aku hadapi setiap kali? Tabahkanlah aku. Ini ujian, aku pasti hadapi jua.

Sebak ku tahan. Tapi aku manusia biasa. Ada hati ada perasaan. Kesedihan ini tak mampu aku tutupi. Tak mampu aku kaburi.

Aku tak berjaya menipu diri sendiri kali ni. Di kerusi paling belakang, aku menangis sendiri. Esakan tak berbunyi namun butiran jernih itu.. jatuh, mengalir dan terus membasahi hati.

Perlahan-lahan aku beralih ke arah tempat duduk asal ku. Di situ aku terduduk di lantai, tak terdaya duduk di kerusi. Tak mahu mereka tahu apa aku lakukan.

Aku tanpa bicara. Senyum pun susah untuk diukirkan. Namun, ku cuba walaupun sekecil mana.

Segan dan malu juga, bila mereka sedar rubah riak mukaku. Kawan-kawan, senior dan juga CI bertanya kenapa??? Aku hanya mampu menggeleng, xde apa.

Video ditonton. Tengok lecturer explain procedure. Tapi riak wajah ku tak berubah. *emotionless*

Suatu masa, ku terduduk ditepian. Mendengar mereka berbicara, aku ingin turut menyerta. Mendngar gelak tawa mereka, aku juga ingin ketawa. Tapi badan ku kaku, tanpa sedikit gerak. Mataku tak mampu dialihkan daripada melihat lantai dihadapan.

"Mung ok ke?", "Bakpo ni?", "Sakit ke?". Pelbagai persoalan menerjah. Bukan saja dari kawan bahkan juga lecturer. Tapi bukan sengaja aku tidak menjawab. Tapi aku tidak mampu. Aku selesa membatu.

"Jangan kacau dia.", "Risau aku.", "Jangan sedih!", "Nampak lain.". Ya, sikap ku berlainan sekali. Tiada suara aku yang selalunya bising dan suka wat kacau kan. Air mata sekali lagi ditahan, tak akan biarkan tumpah waktu ini.

"Saya teman dia." Seorang kawan ku duduk disisi. Dia bertanya, aku membatu. Namun kesenyapan itu bermakna bagiku. Kesepian yang seolah-olah bicara bagiku. Terima kasih kerana disitu.

Lab pun habis. Ramai kawan-kawan ajak aku balik. Siap bimbing. Biarlah mereka fikir perutku yang sakit. Ya, memang perut ku sakit sebelum itu, namun ketika itu, perut ku bukan lagi punca aku begitu.

Maafkan aku kawan-kawan. Tapi seribu kali ucapan terima kasih ku ucapkan buat semua. Kamu mengambil berat biarpun melalui sepatah kata atau pun senyum.

Dalam bas juga aku kaku. Matahari petang bercahaya memancar tapi hatiku gelita sebentar. Hanya melayan bait-bait lagu yang membawa aku ke dunia sendiri seketika. Akhirnya keluar juga sedikit kata-kata. Cuma, dengan nada yang slow je.

Maaf. Aku tak bisa nak merungkap. Biarlah hati ni je taw. Waktu ni aku tak mampu, tak mampu untuk fikir terlalu banyak. Tadi sudah bermacam-macam bermain di fikiran. Seolah-olah semua diluahkan pada diri sendiri.

Seingat aku, aku tak pernah begini terutama depan kawan-kawan. Aku taknak tunjuk yang hati aku sangat-sangat............ Hmm, perasaan itu. Sakit. Tapi.. Entah. *heartless*

Ya Allah, hanya Kau yang tahu apa yang hati ku bicarakan. Aku yakin semua yang terjadi itu yang terbaik. Bukan bagi ku saja tapi mereka juga. Berikanlah keredhaan padaku. Semoga aku redha pada takdir yang ditentukan, dan Kau meredhai aku.

*i'm going to cry, so just let me cry*

P/s: Banyak yang masih terpendam. Tapi ada sesuatu keyakinan dalam diriku. Sesuatu yang aku pun tak pasti tapi yakin. Itu kuasa Allah.

Thursday, September 2, 2010

Kawan Baik Saya.


"ang,,,

saye sayang awak sangat...saye tau awak fikir macam2..tapi...saye tak nak sampai ganggu emosi awak..awak tak sorang2...saye ade..walau awak dan saye sibuk macam ne pon..saye aden untuk awk..jangan ikot perasaan sangat..awak kan kuat???awak cakap kat cermin.."AWAK KUAT DAN TABAH!"..Awak jangan sedih...macam saye penah bagitau awak..jangan ingat kesilapan dulu..ape yang jadi ade hikmahnye..jage diri...awak kan twin saye???"

----------------------------------------------------------------------------

Semalam, mata terpaku membaca sedikit coretan hati si kawan baik. Luahan hatinya terhadap beberapa kawan baiknya termasuk aku.

Dia bimbang. Dia risau. Dia rindukan BFFs dia. Dia tulis:


saye bingung!!!sebab tu saye cakap "SAYE" harini..biase"aku".. saye risau pade BFF saye..


Izinkan aku guna perkataan saya jugak k. Sekali skali cakap saya awak ngan mung. Huhu~

Awak, awak taw tak. Saya selalu ingat awak. Kadang-kadang kita tak contact, tapi bukan bmakna kita lupa, kan? Saya taw kita jauh, awak kat gombak, saya kat kuantan. Tapi kalu ada masa, saya g jumpa awak ag k.

Awak, saya taw saya pernah lukakan awak dulu. Maafkan saya ye. Masa tu saya tak sengaja, jiwa saya kacau. Saya lukakan hati ramai orang. Saya betul-betul minta maaf. Sampai sekarang saya tak lupa kesalahan saya. Soew 4 everything!

Awak, saya taw awak banyak masalah. Banyak awak nak fikir. Kadang-kadang saya tak sampai ati nak cte masalah saya kat awak, bukan apa. Saya taknak bebankan awak je.

Tapi saya lega bila dapat luahkan apa yang saya rasa, walaupun tak banyak. Tapi saya ada awak. Awak ada saya gak kan. Kawan baik sampai bila-bila taw.

Awak, dulu kita sempat satu semester je bersama-sama. Dalam masa yang singkat je kita rapat. Saya rindu kenangan kita bersama. Dan juga mereka.

Bagi saya, BFF macam awak sangat berharga. Tak semestinya berkepit bersama sepanjang masa, tak semestinya selalu berjumpa. Jarak bukan penghalang. Mungkin jarak ni lah yang merapatkan kita, kan.

Awak, saya nak awak tabah taw. KUAT DAN TABAH. Macam yang awak pesan kat saya. Awak pun bukan sorang2. Saya ada cuma jauh je. Hehe~

Bila ada awak, selalu saya gelak. Hahahaha. Sebab awak pandai ceriakan saya. Saya harap saya pun dapat ceriakan hidup awak. :)

Hmm, awak. Susahkan nak cari kawan baik yang betul dalam hati kita panggil 'kawan baik'. Saya punya tak ramai. Tapi awak salah satu dalam hati saya. Saya Sayang Awak, my BFF! ^___^

P/s: Rindu sangat kat BFFs~

Wednesday, September 1, 2010

S.E.P.T.E.M.B.E.R~

September. Yup, september!

Ada sesuatu tentang bulan ni sebenarnya. Sesuatu yang bagi aku rasa sangat2 special.

Tambah2, memang faveret aku pun no 9 ni dan no 3. Adik beradik pun 9 org. Hari, bulan dan tahun lahir memang sah ada no 9. Banyak la pulak nak cte. Haha~

Bertuahnya, da beberapa tahun berturut-turut bulan september ni dalam bulan ramadhan. Lagipun, bulan ramadhan memang bulan ke 9 dalam kalendar Islam kan.

Ari ni dah 22 Ramadan, bererti beberapa hari terakhir je ag yang tinggal kan. Fight for the rest!

---------------------------------------------------------------

Saje nak selitkan kat sini antara personaliti sape2 yang lahir bulan september ni. Dan mmg xdinafikan kebanyakannya kena ngan aku jugak la. Huhu~

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik


P/s: Ramai yang aku kenal tak kisah la family, kawan2 or sape2 yang lahir bulan September ni, yang selalunya senang nak bergaul ngn dorang. Ada chemistry kot! Special September to my Special BFF~ Wish u hepi all d time~

:'(

Salam alaik

Erkk.. Masa ni baru je abes wat CSPA, clinical skills practical assessment. Sedih laa. Hm, ramai je yang sedih sebenarnya.

Ramai kot yang xsempat nak wat. Sedangkan procedures tu senang je.

Ada 3 pilihan. Aku dapat clip removal. Tapi.... Huhuk. Sedikit kuciwa.


Xsempat masa, 6 minit rasa cam 3 minit je. Abes masa time prepare equipment pastu masuk2 je kat tepi katil, semua dah ada. Tapi erkk..

Maybe kurang praktis kot. Campur kalut. Tapi, bab2 sterility aku jaga. Xnak hilang markah kt ctu. Huhu~

Xpela, fikir positif. Untuk OSPE akhir sem nanti, kena wat elok2 la. Affect 3 subjek kot.

Mende kecik pun xleh wat elok2. Terkilan. Tapi xpela, i'll do better k.

P/s: Alahai~ Balik bilik tengok2 kunci ada ngan member. Kaki melecet. Sabar ye ang~ :'(

Thursday, August 26, 2010

Saya merepek!

Salam alaik

Saat ni tengah study utk subjek MSN2, paper last nih. Esok ada midterm exam, tapi sempat je on9 kan. Haha~

Saje je, xmaw bagi ngantuk sebenarnya. Tapi mcm terpesong la pulak dari niat asal sampai sempat post entry baru. Huhu~

Study-Baring-Makan-Study-On9-minum-Study-Baring-On9-Study balik sambil2 dengar mp3. (Nama mp3 tu Edward~ Haha.)

Urghhh~ Banyak ag xbaca ni sebenarnya. Sempat atau x, kena jadi burung antu la mlm ni.. Woo~ Woo~

Sem kali ni, exam 3 ari berturut-turut. Macam nak giler ade gak baca. Tu la, suka sangat study last minute kan. Hah, amek!

Errkk.. Tiba-tiba rasa nak kongsi satu quotation nih. Tiba-tiba je!

"I avoided you directly so I would not feel hurt, but find myself standing in the shadows observing you."

Wah, ayat dia.. Hmm.. (T___T) Nape touching sangat!

Owh, tigt lak. Ada gak beberapa orang kawan-kawan tanya asal blog ang macam down giler2 je. Betul ke ok ni? Hmm.. Saje je! Ang ok je kan. Haha~

Ape la merepek tengah-tengah malam lak. Syyyuuhh ang~ Gi tidoq! Eh, study la. Focus2! Ehem, baik boss!

How about your fairytales? :)

P/s: Maaf, malam-malam ni tiba-tiba rase nak merepek sekejap. XD

GOOD LUCK kat sume k!!

Sunday, August 22, 2010

Fragile.

Again and over again
I created smiles on my face
Wish they wont know
I was crying inside

They thought i was tough
But i just wanted to run off
Didn't let them to know the truth
So i silenced myself

I rather to break heart of mine
Than hurting others
Mine was fragile
Maybe same as yours

I couldnt simply tell others
But wasnt meant i didnt trust them
I just could share with those feeling the same
But just a little.. yet a little

Thank God, i do have Him
Always be there for me
No matter how hard it will be going
Its a test to strengthen inside me

But looking at myself
A damn weak servant i am
Lose to my feeling
Lose to this fragile heart

P/s: Friends are precious, indeed a truly BestFriend is hard to find. Special thanks to my BFFs!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...