Monday, August 15, 2011

Better Tak Tahu Daripada Tahu?

Salam alaik.

Dah lama aku capture ni. Ingat nak update awal-awal aritu tapi biasalah, tiba-tiba malas dan hilang idea. Sigh.

Ni ngah bosan ni, so update je lah apa pun kan.. Huhu.


Yup. Kadang-kadang ada benda tu lebih baik kita tak tahu daripada tahu. Ni bukan soal ilmu ye. Kalau dalam konteks ilmiah, lebih banyak tahu lagi bagus.

Maksud aku disini, lebih baik tak tahu benda tu jika benda tu akan buat kita sensitif atau berfikiran negatif. Contohnya friendship, kita baik ngan kawan kita. Tiba-tiba tahu mereka cakap buruk atau fikir negatif pasal kita. Sapa yang akan sakit hati? Jadi lebih baik tak tahu. Jadi kita pun tak la nak fikir bukan-bukan kan.

Contoh lagi, kita tertanya-tanya tentang sesuatu perkara. Kita pun find out tentang sesuatu tu. Lastly, kita temui sesuatu yang menyakiti hati sendiri. So lebih baik tak tahu daripada tahu. Huhu.

Contoh lain, kalu kita ketahui sesuatu tu, akan mengundang kita ke arah negatif. Lebih kurang macam terpengaruh la. Haa, kan manusia ni cepat terpengaruh kan. Jadi ade perkara yang perlu kita tahu, dan ada benda yang kita tak perlu tahu.

Lagi contoh? Sila relate dengan kehidupan masing-masing. Experience is the best teacher kan? Hehe.

Selalu dengar orang cakap kenyataan itu memang pahit untuk diterima. Tapi cuba kita fikir, yang mana lebih baik samaada terima kenyataan yang pahit, atau tipu-tipuan yang manis? Wah-wah, ayat apakah ini!

Satu lagi yang buat orang tak selesa, bila ada yang suka jaga tepi kain orang. Haa, yang ni semua benda nak tahu. Harap-harap kita jangan jadi camtu ye. Sebenarnya tak salah kita concern tentang orang lain, bagus tu. Tapi kalau dah terlebih-lebih memang buat orang rimas. Kalu tak caya, cubalah tanya kawan lebih-lebih? Yang tu nak sibuk, yang ni nak tahu. Haa..

Tapi jika kita tahu sesuatu tu, dan benda tu buatkan kita sedih ke marah ke geram ke annoyed ke.. Bersabarlah. Mungkin Tuhan nak tunjukkan kita tentang sesuatu yang perlu kita tahu. Atau apa yang kita nak tengok or nak tahu sangat tu, kita nampak. Dan kadang-kadang, apa yang kita nak tahu, Allah tak bagi kita tahu. Mungkin ada sebab-sebab tertentu dan mungkin menjaga hati kita.

Lagipun semua yang berlaku ada hikmahnya. :')

P/s: Thanks Allah. Owh, da masuk 15 Ramadhan. :)

4 comments:

incek.loyer said...

mg dok tahu k ang?

meh aku kabo.

hahahaha.

raihan ang said...

kabo lah.. name tu pun 'dia.kata'!! nk kabo nde?

eh Ee rupenye.. igtkn sape.. haha

:D

incek.loyer said...

em.

cancel.

malu dh nok kabo.

p/s ; ni Ee lagi :)

raihan ang said...

haha. tukor nme plok doh.. xpe.. ak cam ag sb gambo budok comey ngat Ee.. eh incek.loyer la.. hehe.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...