Showing posts with label exam. Show all posts
Showing posts with label exam. Show all posts

Monday, May 7, 2012

Final Exam Timetable.

Salam alaik.

Class dah abes. Posting pun dah berlalu selama 2 minggu. So tambah tolak darab bahagi lebih kurang 2 minggu lebih je ag dah nak start final exam semester 2 tahun 3. Cuak. Yup, sangat cuak final exam kali ni. Taktaw nak cakap camne tp aku rasa subjects sem ni amat tough bagi aku. Campur ngan ada 2 subjects yang aku kurang faham, campur ngan midterm dulu ada yg fail. Huhu.

Study pun belum ag. Aaaaa. Aku ni bab-bab nak study awal mmg lemah sket. Kesedaran dah ada cuma action tiada. Aigoo.. Ang, only you can help yourself. Dush! Hm midterm aritu xde kesempatan utk berstudy group. Hope sgt final exam ni ada study group mcm sem lepas. Seyesly sgt membantu terutama org mcm aku ni bkn jenis menghafal point penting. Sooobss!

(click pic to enlarge)
|
|
V

red- my exam, blue- emy's exam
Alhamdulillah ada jugak gap antara satu-satu subjek. Tak macam midterm yg ada 2 paper sekaligus. Mmg otak pening giler overload ngn notes. Huhu. Hm assignment pun sume dah anta. So xde reason nak bersenang-lenang (ayat bajet). Posting penat? Oyeah. Sememangnya. Eh alasan lagi? Haha.

P/s: Masuk exam hall seharusnya bawak sweater!

Tuesday, January 31, 2012

Result Exam.

Salam alaik.

Akhirnya saat-saat yang ditunggu tiba. Walaupun kononnya result keluar awal melalui emel uia, tapi lastly tak jugak. Tapi bezanya kali ni dapat cek result bukan guna myiium macam biasa. Dan kuar awal daripada yang dijangka. Sebelum ni tak dapat bukak melalui link khas untuk result exam. Maklumlah, tak tukar password yang sedia ada. Huhu.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Tu ucapan yang tak putus-putus aku baca kat home facebook dan jugak twitter. Sebagai hamba Allah, kita patut bersyukur tak kira apa jua yang kita dapat. Jujurnya kali ni memang saya tak sangka jugak apa yang saya dapat sebab rasa macam tough sangat subjek sem lepas. Apapun semua ni adalah pinjaman sementara.

Saya tumpang gembira tengok kawan-kawan kebanyakan mengucapkan syukur dan gembira dengan rezeki yang Allah bagi. Tapi tak kurang jugak tumpang simpati dengan mereka yang tidak mendapat keputusan seperti yang dijangka. Apapun sekali lagi saya nak kata, semua ni sementara. Dan masih banyak masa untuk buktikan kita dapat wat lebih baik.

Pesanan saya kat semua terutamanya diri sendiri, jangan terlalu gembira dengan kejayaan sekarang sebab masih banyak yang perlu dicapai dan kita tak pasti sama ada next time kita akan capai kejayaan atau tidak. Dan jangan terlalu bersedih jika kita tak dapat seperti apa yang kita mahu sebab tak selamanya kita akan terus jatuh. Lagipun saya sendiri pernah merasakan apa itu kejatuhan dan kegagalan. Hm bukan saya je, tapi saya rasa semua pernah lalui. Yang penting, fikir positif dan terus usaha yang terbaik. Insyaallah Allah tahu apa yang terbaik.

P/s: Tinggal 3 sem je lagi tak termasuk short sem utk posting. Next year da nak grad? Macam tak percaya. =.='

Saturday, January 21, 2012

When people with different blood groups study...

Salam alaik.

First time aku tengok pic ni kan, gelak besar aku. Sebab? Macam kelakar dan ada la terkena sikit-sikit ngan aku. Haha. Eh cop. Pic ni pasal apa ek? Meh kita tengok. Jeng-jeng-jeng!

When people with different blood groups study...

Group A: Better prepare earlier. Gain confidence through hardwork. Confidence is source of motivation for Group A.

Group O: Able to concentrate unusually. Excellent memory.

Group B: Easy to lose focus. So start with the subjects that you hate most.
Group AB: Unable to stand the boredom and stay awake overnight. So, plan a proper timetable.

Aku dah lupa dari mana sourcenya tapi aku jumpa ni dalam fesbuk. Aku pun save la dalam lappy sebab macam kiut je. If I am not mistaken, kartun ni dilukis berdasarkan kajian. Tapi sejauh mana kebenarannya tu aku tak pasti la.

Ada jugak aku tanya kawan-kawan blood group dorang apa. Saja nak test. Ada yang betul dan ada jugak yang tak betul. So conclusion, cara study tu depends kat masing-masing jugak la kan. Different people different method. Haha

Pic ni memang nice la. Aku ni darah AB. Memang bila nak study, bukak je notes, pandang je tulisan-tulisan.. Fuuhhh~ Mata rasa nak tertutup je. Unable to stand the boredom la katakan. Haha. Tapi kan aku ni jenis study overnight. Study siang-siang lagi cepat ngantuk. Stay up malam-malam tu kira dah biasa dah. But takdela sampai tak tidur langsung kan. Muka zombie? Haha. Rasakan~

Ok. Jangan percaya sangat. Just for fun. Mana la tahu tengok ni barulah terfikir, "Owh camni rupanya aku ek? Memang betul laa.." Haha. Btw sebenarnya aku rasa entri ni sesuai dikala waktu exam menjelang, tapi pedulikan la. Aku rasa nak update sekarang jugak. Hoho~

P/s: My boyfriend is type B!

--> Opps.. Ni tajuk cerita korea laa. Dah bertahun nak tengok tp tak tengok pun. Lee Dong Gun berlakon kalu tak silap. Huhu.

Saturday, January 14, 2012

Final Exam Sem 1 Year 3.

Salam alaik.

Ok. Aku tahu aku lambat. Sangat lambat. =.='

Dah abes exam baru nak update kan. Ehem. Maklum la semangat nak blogging baru datang balik. Hehe. Untuk sem ni, aku amek 6 subjek seperti dalam gambar dibawah termasuk Badminton skills.

Alhamdulillah. Berakhirnya final exam merupakan kemerdekaan sementara bagi pelajar-pelajar sekalian alam. Ditambah pula, exam kami bukan sekadar written exam tapi ada jugak practical exam atau namaya OSPE.

Alhamdulillah. OSPE kali ni aku lulus walaupun minor mistakes tu memang wajib ada setiap kali OSPE. Harap-harap lepas ni dapat improve lagi skills dalam bidang ni. Its not easy to be a nurse, but its enjoyable jika kita wat sesuatu dengan ikhlas. :)

Sem ni rasa agak relax bila study untuk final exam walaupun subjek tough. Mungkin sebab kami dah tukar cara study kot. Sebelum ni selalu study sorang-sorang dan banyak topik nak kena cover. So this sem kami wat study group dan bahagi-bahagikan topik, then presenting them. Tapi jadi zombie waktu malam masih takleh nak dielakkan la. Haha.

Usaha dah. Sekarang doa dan tawakkal masih diperlukan hingga la result keluar. Fuh. Berdebar. =.='

Till next time. :)

P/s: Harap dapat cek result nanti. Saman dah bayar ok!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...