Salam alaik
Aku nak ucapkan tahniah pada 3 group yang mewakili Uia Kuantan wat pertama kali nya hantar wakil koir ke Uia Gombak jumaat lepas untuk satu pertandingan koir, sempena IIUM Integrity Week.
1 group daripada Kulliyyah of Nursing (KON) dan 2 groups daripada Kulliyyah of Sciences (KOS).
Kalau nak bilang ngan jari, beberapa kali je latihan yang kami buat dalam masa seminggu sebelum pertandingan. Alhamdulillah, semangat tu datang dan aku rasa seronok dapat join koir kali ni. Dulu pun join zaman-zaman sekolah je.
Kalau sekolah dulu aku kena bahagian soprano, kali ni pulak aku bahagian tenor. Hm, best jugak rupanya. Hehe~
Dua lagu yang dinyanyikan adalah IIUM Song dan Lagu Putra Putri. Lagu Uia sememangnya wajib dinyanyikan oleh semua group. Dan lagi satu kena lagu patriotik.
Kalau diingatkan, masa Taaruf Week, aku tak hafal habis pun lirik lagu Uia ni. Tapi senang pulak nak ingat dan rasa macam best sangat. Still xleh lawan lagu masa kat CFS dulu. Haha~
Lagu Putra Putri dinyanyikan dengan mengunakan nada yang berbeza. Yang penting lonjakan suara diakhir bagi sesetengah ayat. Seronok masa last sekali time sebut 'HaHaHaHa!' sambil tepuk tangan.
Ni lirik lagu Putra putri. Lirik lagu Uia, sape2 xingat siap la korang!! Hehe~
----------------------------------------------------------------------------
Putra putri negara jaya
Bersatu berpadu tenaga
Padamu harapannya bangsa
Seandai cita-cita
Putra putri sejati mulia
Kota bandar desa sepasti
Padamu harapan dewi suci
Bakti jasa jiwamu
Menegakkan nusa
Mendirikan bangsa
Putra putri dewi
Cekal gagah berani
----------------------------------------------------------------------------
Selepas kepenatan balik daripada Family Day NurSS sebelah malamnya, awal pagi esok tu dah nak bertolak ke Gombak. Plan asal kul 5.30 pagi bertolak, tapi lepas subuh jugak.
Dengan kaki aku yang cramp gara-gara explorace, aku kena kuat jugak. Gunakan suara, bukan kaki, pesan hati ku.
Penuh debaran, kami masih sempat berlatih dalam bas setelah tido dengan lenanya beberapa jam sebelum tu. I was trying harder, didn't wanna upset my members if I couldn't remember lyrics or my part well.
Sesampainya di Uia Gombak, kami terus tukar pakaian dan ke dewan. Ketika itu, pertandingan sudah berjalan.
Fuh~ Fuh~ Fuh~
Debaran kian terasa sewaktu nama kumpulan kami dipanggil (SOUL), namun ahli masih belum mencukupi. Namun, semua kembali sedia kala, kami bersedia dalam barisan untuk giliran seterusnya.
Oow menchea chea.. chea chea oo chea chea~
Kumpulan kami wakil dari KON memulakan pertandingan.. Lalala~
Alhamdulillah, lega! Sambutan daripada para penonton dan peserta sungguh mengujakan. Seronok! Satu lagi kepuasan yang dialami, seperti entri sebelum ni juga.
Melihat kumpulan-kumpulan lain yang tak kurang hebatnya juga, kami sendiri tidak menyangka bakal merebut Naib Juara bagi pertandingan ini.
Alhamdulillah. Uia Kuantan BOLEH. Dan semestinya KON BOLEH!!~ Hadiah bagi naib juara dalah sebungkus hamper dan wang berjumlah RM1500.00. Seriously, ni first time aku masuk competition yang hadiah lumayan macam ni.
Dan tahniah juga bagi 2 kumpulan lagi yang mendapat saguhati. Korang pun Best jugak sebenarnya!
Hmm, kumpulan kami terdiri daripada 18 orang temasuk conductor. Tapi mengikut terma & syarat, hanyalah 15 orang tidak termasuk conductor. Meaning, 2 orang terpaksa menjadi reserve.
Aku tahu masing-masing sebenarnya nak sangat-sangat join mende ni. Semua berlatih sedaya-upaya dah untuk pertandingan kali ni. Kesian tengok mereka yang xdapat join. Harap dorang dapat berkongsi kegembiraan yang sama k.
Emm, alang-alang dah datang Gombak, aku teringin nak jumpa kawan-kawan yang beberapa orangnya aku dah ajak datang. Tapi xde rezeki kot namanya, sorang je aku dapat jumpa tu pun secara kebetulan selepas orang semayang jumaat kat masjid.
Ada yang demam, ada keje, busy. Dan msg x sampai. Takpe lah, nak wat camne. Senyum je la walaupun nak sangat cakap 'Rindu kat Korang!'. Sebenarnya aku bawak coklat khas untuk dorang yang bakal aku jumpa tapi macam aku cakap, xde rezeki. Tisu juga disediakan. Huhuk~ (T___T)
Ok. Kami bertolak pulang pada pukul 3 petang. Otw balik semua senyap. Tido dan keletihan agaknya. Aku tido jugak, tapi xberapa nak lena sambil2 tu layan dengar Mp3 dan berharap kawan-kawan kat Gombak tu hepi-hepi je selalu. :)

*choir team IIUM kuantan ::nursing::*
*pulang dengan kejayaan*
*sejarah tercipta*
~ade ag gambar2 yg lum amek ngn senior2~ XD
P/s: Owh, kaki ku makin sakit. Ang, bertahan! Biar kaki sakit asal hati senang. Hmm~