Thursday, November 4, 2010

Camwhore.

Salam n Hi readers! :)
entri kali ni nak buktikan betapa gilernye budak bertiga nih
nak amek sume gambar guna webcam kat lappy nurul.
mai kita saksikan..

detik permulaan. 1st pic kami depan KOM.
time ni baru balik dari briefing utk this coming OSPE.

--------------------------------------------------------

then arini kami Bosan. Plan. Kuar.
yang special nye, kami amek pics ni sume
pas balik dari jalan-jalan.
masa jalan-jalan xde pulak. haha
lokasi: bilik m3 4.4
masa: around 11.45-12.15 noon kot

testing. testing. testing.



Camera sangat suka pd kami~!!!

bajet ayu la korang! aku je cool. XD

comel-lawa-cantek? yeke? koya ah mung.

mak aih~macam pelik ja aku nengok.

apakah? sume reaksi berbeza. heh.

--------------------------------------------------------

n the best pic for today goes to
tadaaaa~!!

love this mucho-mucho

creadit to nurul
for her lappy n editing pics

starring by:
ang-nurul-ana

p/s: actual nursing diagnosis:
gilo r/t kebosanan melampaw a.e.b. tuh bukti-bukti kat atas~

Bosan. Plan. Kuar.

Salam. Hi readers.

semalam aku book kete ingat nak kuar awal pagi dalam kul 7.30-9.30. plan nak g klinik gigi ngan ofis kat JHC, Jalan Hospital Campus. tapi entah nape ntah aku ngan membe aku pk: eh esok deppavali, cuti! mesti la tak bukak kan. dushh~ nak tukar plan camne ni. kalu cancel kete tu, nt nama aku kena blacklist xpasal-pasal kan. padahal bukan aku driver. dah la aku tulis kt msg nama aku ni Madi. hoho. eh, nama sebenar ape? madihah kot.

gara-gara semalam punya la Heart aku ni mengatasi MIND aku nak tido lewat kan (klik utk entri lepas). pastu tak pasal-pasal bangun lambat, mintak nak guna kete kul 9 pagi. alhamdulillah, dapat. Tapi... kitorang kuar kul 9.30 tak pasal-pasal pulak kena bebel ngan bro tu sebab amek lambat. huhuk.

then tuan punya kete tu cakap kul 11 ade orang nak guna, sempat balik tak?. aku jawab, sempat je. betul ni sempat?, aku ditanya lagi. Insyaallah, jawab ku. eh jangan main-main katanya. aiyarkkk.. aku pun cakap, insyaallah tu main-main ke?? haih. xpuas ati aku. bukan apa, tu la janji melayu, sebut janji mesti kena tepati tapi kalu sebut je insyaallah, kira boleh tepati atau mungkiri kah? ishh.

k sambung balik. kitorang kuar g tengok klinik gigi, eh bukak la! tu diaaaaa! esok la deppavali ooiii! (O_o) tapi terpaksa batalkan niat aku sebab ramai sangat orang. ni gara-gara ingat klinik tutup. haha. yes! bank pun bukak. leh bank-in duwet. saya nak belajar menabung. pastu ade chance nak g ECM, East Coast Mall nak beli Big Apple! dan sedikit barang-barang. hehe. then ingat nak g pejabat pos tapi tutup pulak. takleh nak renew lesen motor aku. sedih.

takpelah. pasal klinik gigi ngan renew lesen tu kat umah la (kalu sempat). yang penting, ape yang aku idam-idamkan aku dapat arini. haha. masa balik tu kan, ingat nak makan big apple terus tapi better makan nasik dulu. pas makan-on9-tido-bangun. aku rasa cam tak dapat menahan diri nak makan big apple tu sangat-sangat!

weh, bgn-bgn-bgn!!! ak kempunan neyh~~!!
nak mam~~!! lame da ak ngidam.. cepat3x~~!!!!! :'(
ingat anta ikut fesbuk leh kejutkan dia ke? haha

seyes aku asyik intai je my rumet tgah tido and duk pusing-pusing keliling plastik big apple tu. nak makan sangat-sangat. tepat jam 5.50 petang, tangan saya secara diam-diam g curik Alien sekor dalam kotak tuh. nyumm-nyumm. lagi dua tunggu makan sama-sama t.


tengok kotak pun macam nak gigit-gigit je.
lama sangat tak makan camni la jadik.

yang dalam bulat-bulat merah tuh aku punye
makan sampai menjilat kuku.

ok. yang ni lak gambar kitorang kuar tadi. sempat amek sikit je. erkk.. satu sorang je sebenarnye. haha. takpela, at least ada kan. :)


baru balik dari cafe beli makanan utk lunch. with my rumet.

ni la driver kami. ganas kot drive kete. haha.

yang ni bawah ni gambar kuar baru-baru ni. niat nak kuar makan bertukar jadi window shopping. pastu tukar jadi shopping mode. haha. beli la t-shirt ngan seluar. jeng3x!


gambar tak jadi tapi boleh la. asal ada. :p

duk jalan-jalan sampai tak ingat pape. hehe.

p/s: eh, OSPE dah dekat. jangan lupa. esok start praktis jom!

Blabbing.

i have and i need to sleep rite now
got something to be done tomorrow morning
already booked a car for two hours
but im not a driver yet
hey friend! wanna go sumwhere? u've licence, did u? heh.
yet my eyes just don't wanna close (-___-)
i used to sleep around two to three o'clock actually

hey eyes! pls close together tightly
if not, ur master may get panda-eyes
haha. must be soO cute (O__o)
hey, are you kidding me??!
pls let ur handsome-whited netbook to take some rest
it's tired already u know
24/7 functioning with just a few short breaks
facebooking n blogging all the time??!!

hey! im thingking of sumthing~
i missed everything~
owh my mind, pls listen to my heart sumtimes
could u??
mind: ok then.
heart: thanx.
mind: just this time.
heart: i don't think so.
(?__?)

wat am i talking about? arghhh~
im out of my mind kOt
haha. kringgg~ krinngggg~
ok, its time already.
publish this post and sleep. deal?
yeah, deal!

p/s: wats wrong with her? she's talking to herself! haha. (~.~")

Wednesday, November 3, 2010

This Coming OSPE.

jadual OSPE da kuar!

entri ni lambat sket. sume orang da taw jadual masing-masing pun. haha. OSPE bakal tiba pada 8/11/2010 ni. hmm, OSPE kali ni macam dulu jugak. kena pakai uniform lengkap. banyak pantang larang. b4 and after kena quarantine berjam-jam kot (tapi depends kat jadual masing-masing). ade 6 stations meaning ade 6 students dalam satu masa. masa diberi 30 minit utk completekan procedures yang perlu wat (mengikut soalan diberi nt).

cuma kelainan kali ni, susunan jadual setiap orang tak sama macam dulu. kalu yang lepas-lepas kan, aku memang kena sesi petang. Alhamdulillah, masa first OSPE aku dulu (gementar-takot-gemuruh-giler), risaw gak la kena tanya macam-macam. masa tu kat station yang aku dapat 2 orang je lulus. memang bersyukur giler time tu. markah OSPE affects banyak subjek kot.

untuk OSPE kali ni, aku dapat pagi which 10.30-11.05 am. semoga kali ni dapat wat lebih baik dan tak kalut macam CSPA aritu (klik utk entri lepas). yang tu memang hancur giler ah. risaw-risaw-risaw sb ade sesetengah procedure yang kurang praktis kat lab dan masa posting pun tak banyak kena wat. hmm. cuti pun cuti jugak, nak praktis.. erkkk... ang!! sila guna imaginasi anda utk praktis ok. anggap sume equipment tu depan mata. aishh. xleh jadi ni.

lagipun OSPE nanti, ade external examiners. aiyarkk. lectures da pesan jangan malukan Kulliyyah of Nursing. baik! kami acu-cuba-try-test. :'( doakan saya ye. markah OSPE ni 20% untuk 3 core subjects: MSN 1, MSN 2 & MSN 3..!!!

p/s: nak yang terbaik tapi kurang praktis? erkk.. gudluck guys: KON batch 6~

TerBasuh TerMometer.

semalam kan..

pas balik dari makan-makan

(xpasal-pasal g shopping. hehe)

aku nak basuh baju yang melambak-lambak dlm bakul kan

(rajinnye aannggg!!! XD)

pastu aku terlampau rajin sangat kan

(yey! rajin-malas-rajin)

esok pagi aku baru g amek baju kat mesin basuh

(pagi ke tengahari??)

tibe-tibe kan..

aku nampak satu mende kecik n halus kan

(apakah mende itu?)

TERMOMETER???

kat paling atas sekali lak tu kan

(sis mane la yang punggah aku punye baju. mesti terkejut ade mende tu)

aku punye la cek termometer tu kan

(abes basah. mujur tak pecah sebab ada sarung)

konon-konon nak cek suhu baju-baju aku la kan

(mak aih~ terkejut aku!)

dalam sejarah hidup aku, tak pernah tengok bacaan termometer tu paling tinggi giler camtu kan

(paling tinggi aku tengok dalam 40 something sebab patient demam)

mesti sebab dye pusing-pusing dalam mesin kan

(termometer pening! haha)

aku takut gak kalu pecah, merkuri dalam tu bahaya wooOO!!

(bahaya. jgn sentuh merkuri dgn selambe, leh serap dalam kulit taw. nt leh dapat cancer or myb un fertile)

tapi masa aku cek-cek macam ok leh nak guna ag kan. haha

(kalu x kne beli lain la. termometer ke-4. huhuk)

rumet aku ternampak termometer tu b4 aku sedar~

(malu aih~~)


p/s: lama xbasuh patrick. wangi takpe. haha.

Tuesday, November 2, 2010

Bosan. Belog. Fesbuk.

owh, dah bulan november rupanya. cepat betul masa berlalu setelah dihitung-hitung. kepala masih berfikir apa yang perlu ditulis. buntu! takde idea terlintas. namun jari-jemari galak menari di papan kekunci si notebook ku ini. hmm, bosan agaknya. biarkan je. kawan-kawan lain nak exam, study, aku disini bagai hilang acara, taktaw nak watpe.

arini takde pape yang istimewa berlaku. sume biasa-biasa saja. lantaran, seperti kebiasaan laman 'mukabuku' dan 'belog' menjadi teman. seolah-olah mereka tu dunia ku. mungkin kerana kehadiran ramai teman-teman di alam maya. bebas meluah isi hati di blog walaupun tak semua terluahkan. bebas berbalas komen dengan kawan-kawan di fesbuk. tak kurang juga banyak info-info, pengisian, motivasi dan tazkirah dari teman-teman. terhibur juga hati ni.

sekarang pun, macam jadi satu trend nak share-share cite pasal kawen, cinta, kawen. memang kadang-kadang hati terhibur baca kan. macam sweet sangat-sangat, tak kurang jugak ade story yang sedih. bagus, untuk wat pengajaran. tapi hati ni seringkali mengingatkan aku. itu cumalah cerita, sebab tu macam: alahai, sweetnye dorang! tapi hakikatnya tak seindah cerita. realiti nya, hmm, masing-masing punya kisah tersendiri kan. aku cuma tak mahu terpengaruh dengan keindahan cerita mahupun fantasi. tapi tak salah la kalau setakat nak hiburkan hati kan. cuma tak mahu dibuai mimpi indah yang taktau penghujungnya. (tiba-tiba macam emo pulak. haha)

petang tadi aku dengan dunia fesbuk ku gara-gara kebosanan yang teramat. entah pape kuiz yang aku main. sekadar suka-suki je. tapi ade satu post tu aku macam, hmm, speechless la jugak. tak sangka dalam banyak-banyak kuiz ngarut tu, ade satu yang wat aku terpaku ngan jawapan tu. (biarlah, relax sudah ang. haha.) pas maghrib aku terlelap sebentar. bangun je terus ada rasa sesuatu dihati. penangan kuiz di fesbuk kah? entah. (padahal aku memang suka emo.) selepas mandi dan tenangkan diri, baru rasa lega sikit.

kebetulan kawan-kawan duk mengarut kat fesbuk. leh gak wat aku gelak-gelak. ceria sikit hati ni. (agak-agak aku ni memang antu fesbuk kan. haha.) aku sedar satu perkara. aku tak update status aku kat fesbuk. yang banyak, orang tagged aku, aku shared link, orang posted kat wall, n watsoeva. last status aku pasal mende ntah. (haih, nak emo la tu.) takpe la, rasa cam malas je nak update status. taktaw nak tulis ape. kat blog pulak banyak yang aku update sekarang. haha. tapi maybe akan ada masa-masa tertentu yang akan wat aku jauh dari dunia belog n fesbuk. contohnya time posting ke sebab busy kan, takpun kat umah. sementara leh update, update je la ek. huhu.

nak watpe ntah ni. haha. bang3x!!

p/s: aku selesa begini. (jangan berlakon boleh?) haha.

Sunday, October 31, 2010

Cerita. Nasihat.

salam alaik. plan arini on9-on9-on9. haha. bagus kan! yela, daripada aku tido memanjang or duk termenung sana sini. kawan-kawan yang nak balik lak asyik tanya: nape xbalik? lama free ni. aku jawab: ala pallang nok balik lele doh pong, pahtu balik mula umoh, duk sining je la. (harap korang paham ek? xreti nak translate bahasa baku ni. haha). sekarang xtaw nak plan apa. yg pasti plan start lepas kawan aku abes exam UNGS. alhamdulillah aku da amek UNGS time kat PJ dulu. emm, arini berlaku kejadian yang xsehebat mana pun. tangan ni saja gatal nak menulis sebenarnya. (free sgt la konon kan).

kejadian 1:

arini aku lunch lambat sebab malas nak turun g cafe. tapi pas asar turun jugak sebab perut giler lapar. satu ketika kan, aku ngan membe aku, farahin nak g beli air kat pakcik yang jual kepok, kuih-kuih sume tu kan. aku dgn konpiden nye cakap kat pakcik: saya nak air chrysanTIMUN 1 pakcik! farahin cakap: weh, chrysanTINUM la. pakcik gelak-gelak: nok betol doh tu, asal bunyi MUN MUM kat belakang. hahah. lantak la, asal pakcik paham kan.. kan..

tapi aku x puas ati la. rasa macam nak taw gak ape sebutan betul die. selama 21 tahun aku asyik sebut chrysanTIMUN je. xde orang gelak. aku ingat betul dah. macam mana aku nih. haha. pastu aku makan sampai abes. minum pun sampai abes skali ngan bunga-bunga tu. alhamdulillah, rezeki. (kenyang perut aku.)

otw nak balik ke bilik, aku try carik-carik mana ade jual air kotak. hah, kat cafe sebelah tu ade. tumpang tengok jap kak ana ye. hah, tu diaaaaaa! ni ejaan dia yang betul, chrysanTHEMUM ok! MUM, bukan TIMUN, bukan TINUM. haha. jakun giler kan. macam xbese dengar pulak. kalu orang ganu cakap: darat ulu mung! agak-agak budak tadika pun taw sebut kan? ke korang pun pernah konpius macam aku? baik ngaku. haha. ade-ade je aku ni kan. :p

jadi korang dinasihatkan jangan nak tunjuk pandai/lagak depan orang lain macam aku wat td (dgn penuh konpiden lak tu). tak kisah orang pandai atau tak. kadang-kadang manusia ni senang wat kesilapan. benda tak taw cakap taw, benda yang taw pun maybe salah. orang lain leh betulkan. lagipun, jangan malu nak mengaku kesalahan. tak semua orang sempurnakan. kita saling memerlukan dan saling melengkapi. arini kita salah orang lain betulkan, esok lusa orang salah kite betulkan pulak ye (kalu farahin xtegur, sampai tua aku sebut chrysanTIMUN agaknye).

chrysanthemum k~ bukan chrysanTIMUN.

kejadian 2:

kisah ni xde pape sgt pun. pas makan sume td, enah cakap nak g jogging ngan syima. aku ngan farahin duk nyibuk nak ikut sekali tapi xmaw jogging, nak jalan-jalan je. ye, baru aku sedar yang sem ni baru pertama kali aku jejak kaki kat tasik bandar ni. takkan bz sgt aku selama ni, ke aku malas? (kamu mmg malas nak exercise la ang!) disebabkan terkial-kial nak ikut tiba-tiba, aku bantai je pakai selipar jepun aka selipar tandas aku g tasik. tapi ternyata itu bukan pilihan yang sesuai. abes melecet kaki aku. :'(

jadi korang sume dinasihatkan, nak g mana-mana sila pilih kasut/selipar yang sesuai dengan keadaan dan saiz tu biar muat-muat, jgn terlebih besar atau kecik (seb bek tak pakai highheels kan). kaki tu antara nikmat yang tak semua orang dapat taw. cuba tgk OKU yg xde kaki, cian dorang kan. apatah lagi aku selalu tgk patient diabetic kat hospital yang kena amputation (pembedahan nak buang satu atau kedua-dua anggota kaki or tangan). derita taw nak gerak tanpa kaki. sekali Allah tarik nikmat tu, baru reti nak bersyukur. aku pernah rasa camne susah nak gerak pas accident masa form 5 dulu. jadi bersyukurlah ye.

kasut feveret aku. lama dah tak pakai. comot dah.

p/s: benda simple tapi kadang-kadang kita ambil mudah kan? takpe, asalkan hati gembira dan enjoy. ni sekadar perkongsian. hehe.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...