Wednesday, November 17, 2010

Syukur. Sabar. Kuat.

Bila Allah cepat memakbulkan doamu, maka Dia menyayangimu. Bila Allah lambat memakbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu. Dan bila Allah tidak memakbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.



Andai ada sesuatu yang membuat mu bersedih, yakinlah itu adalah ujian yang menguatkan mu. Pernahkah kamu terfikir, andai tiada ujian mahupun dugaan, sejauh manakah kekuatan yang ada dalam dirimu itu? Ujian itu bukan untuk membuat dirimu jatuh dan terus rebah ke bumi. Tapi ianya sebagai tanda sejauh manakah keyakinan mu terhadapNya. Sejauh manakah tahap kesabaran mu dan bagaimana pula mahu kamu bangkit kembali.

Tiada seorang pun yang mahu kesedihan dan kekecewan menyelubungi diri. Namun andai ia terjadi, terfikirkah kamu bahawa andai ia sebenarnya tanda kasih yang Maha Esa. Ingat dan teruslah ingat. Bukan semua yang kita inginkan itu baik untuk kita. Kita sebenarnya akan merasa hikmah dan nikmat disebaliknya andai kita mengerti erti syukur. Ya, bersyukur pada yang sedikit itu lebih baik daripada dengki pada nikmat orang lain rasai.

Sabar. Pernahkah kamu merasai kesabaran kamu itu tercabar? Ya, aku jua pernah merasakan. Bila hilang sabar, terasa hilang arah dan perasaan negatif menguasai. Dan kemudian kamu akan sesali lagi gara-gara sabar yang hilang. Fikirkanlah, setelah kamu cuba bersabar selama ini, mungkin dengan begitu lama, apakah wajar kamu tidak boleh bersabar lagi? Ingat kembali sebab mengapa kamu bersabar, hayati kembali erti sabar, dan cuba rasai hikmah disebalik kesabaran itu.

Mudah-mudahan kamu akan terus bersabar dan menjadi orang yang lebih kuat. Tanpa ujian, kekuatanmu tidak dapat diukur dan ia tidak dapat di'upgrade' ke level yang lebih tinggi. Sesekali hati harus berkorban cinta, jiwa harus berkorban rasa. Pengorbanan kamu takkan pernah sia-sia. Manusia mungkin tidak dapat menilai, tapi Dia sentiasa ada. Tidak salah yakin pada kata hati mu, kerana secebis rasa disegenap ruang dihati mu itu adalah anugerah dariNya jua.



Salam Aidiladha.

P/s: Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untukmu.
Ku yakin bahawa perancanganMu adalah yang terbaik. :)

Gud News.

Salam alaik
Kringg.. Kringg.. Kriiinnnggg..
Berita Baik!! Berita Baik!!
Baik punye berita!!
hehe.

Alhamdulillah. Sorang sahabat a.k.a teman seperjuangan a.k.a classmate a.k.a coursemate dan macam-macam ag lah, dah disahkan pregnant. Yuhuu~ Alhamdulillah.

Actually first aku taw tgk blog-blog budak-budak ni lah, izat & munirah (padahal aku baru je baca), then tengok fesbuk mcm2 wish ada kat wall kawan aku tuh. Jadi rasa cam nak tulis gak je tapi pendek je lah.

TAHNIAH~ Tahniah!! Alhamdulillah~ :)

Nak ucapkan tahniah kat pasangan pengantin 'baru' (baru kawen bulan 6 yang lepas) ni, Farah Nasuha Ghazali & Amer Abu Bakar Abdullah. Briefly, Awah skg 2nd year Nursing while Abang Ame abes master dah, MCL. Muda-muda dah nak jadi bakal mummy-daddy kan. Hehe.


Aku taw semua classmates aku tak sabar nak jadik aunties and uncles kan? Cepat-cepat fikir nak suh bakal baby panggil ape. Haha.

Teringat ag kami aritu duk ramai-ramai kat belakang umah Awah sebab tu first wedding untuk batch kitorang.


Rezeki Awah dapat kawen awal dan dapat timang cahaya mata paling awal daripada kitorang. Kitorang sume ni ramai yang berangan je nak kawen. Huahahahaha~

Semoga Allah permudahkan segalanya my dear~ Kami sume akan sentiasa bersama kamu. Just tell n ask us anything~

P/s 1: Nak posting kat hospital nanti kena jada diri baik-baik Awah. Takleh nak keluar jalan-jalan ngan Awah selalu dah. Haha.

P/s 2: Selamat Pengantin Baru pada bakal pengantin untuk pasangan kedua yang akan kawen dalam KON batch kami pada 20 November ni: Mohd Faris bin Ismail (Batch6) & Farhana Hazwanee Binti Hamdan (Batch4). Kunji, ko pun kena ikut jejak langkah Awah nt. Eh, bukan ko tp si cantek Kak Wanee. Haha. (Tp soew aku tak dpt datang).


Monday, November 15, 2010

25 Things About Me.

Once you have been tagged, you are supposed to write a note
with 25 random things, facts, habits, or goals about you
At the end, choose 25 people to be tagged
You have to tagged person who tagged you
If I tag you, it's because i want to know more about you.

  1. Nama aku Raihan Madihah binti Ghani. bukan Annur Raihan Ang. Hehe.
  2. Nama panggilan aku macam-macam. Ang, Mc Ang, Raihan, Rehang, Mekang dll. Family kat umah memang panggil Ang dari kecik ag. Eh, mne nama yg bkaitan ngan MADIHAH?? :p
  3. Dilahirkan pada 19 September 1989 di pagi subuh yang hening. Excited kalu taw kawan-kawan yang lahir bulan yang sama. Owh yeah, September~!
  4. Berasal dari Kuala Terengganu. Memang kampung aku tu penuh ngan anak-beranak je la. Sape-sape nak cakap ganu ngan aku, dipersilakan. Haha.
  5. Warna feveret aku dari kecik MERAH. Pastu tambah ag PUTIH ngan HITAM. Tambah ag warna PINK. dan sebagainya. gabungan Pink+Hijau pun cantek kan?
  6. Aku anak ke-3 daripada 9 adik-beradik. Sorang kakak, sorang abang, 2 adik perempuan, 4 adik lelaki. Tapi orang cakap aku tak matang! Huhu.
  7. Sangat suka no 3, 9, 19. Suka ingat tarikh-tarikh tertentu. Tapi tak suka maths. Hehe.

  8. No phone aku celcom: 013-2xxxxxx dan maxis : 017-3xxxxxx. Nak taw? Tertakluk pada terma dan syarat. Haha.
  9. Tabika Kemas --> Sekolah Kebangsaan Kepong --> SMKA Durian Guling --> PLKN Ulu Pari --> CFS IIUM PJ --> UIA Kuantan --> ??? Perjalanan masih jauh. Huhu
  10. Masa sekolah rendah dulu, aku ade 2 geng: PSG & PKA. PSG stands for Power School Girls and PKA stands for Persahabatan Kekal Abadi. So childish kan. Haha.
  11. Still ingat sape yang duk sebelah masa sekolah menengah. Form 1: Tiniey, Form 2: Jijah, Form 3: Izi, Form 4: Nizaitul dan Najihah, Form 5: Achik, Seha dan Perla
  12. Pernah jatuh motor pas balik dari latihan kawad masa form 5 (klik sini). Trauma ag kot.
  13. Sangat suka camping, kawad dan aktiviti lasak. Cuma sejak duk uia, jarang dah nak aktif macam kat skolah. Tapi aktif kt uia cam join program-program ar. Best2~
  14. Excited giler dapat masuk PLKN walaupun kawan aku yang lain-lain siap nanges takmaw masuk. Haha. Kompeni DELTA. Kelas CB 2. Kerajaan 14.
  15. Masuk NURSING sebab rezeki dan rasanya tu terbaik yang Allah anugerahkan pada aku. Matrik+main campus= 6 tahun perlu dihabiskan!!
  16. Tak kreatif sangat tapi suka decorate pape. contoh: wat kad, hias dinding kat bilik, conteng-conteng kertas, dll. hand-made ok!!
  17. Aku suka tido dan asyik kena marah sebab tido dan pemalas. Rajin pada masa-masa tertentu. Haha.
  18. Aku selalu jatuh kat mana-mana. Pernah jatuh sebab terpijak seluar sendiri, jatuh tangga, jatuh dalam lumpur masa hujan depan orang ramai, dll. Sampai ada orang pesan: Jalan molek.. Jangan jatuh.. :p
  19. Kalu aku on9, memang tak ingat dunia la. Mesti nak lama-lama. Even masa study nak exam pun aku aku biarkan netbook aku terbukak. Fb biar depan mata, blog depan mata, bla bla bla.
  20. Aku ni sangat sensitif kadang-kadang. Tapi kadang-kadang jugak boleh jadi heartless. Aku ada baju yang tertulis ni: The real me was sensitive and caring.
  21. Suka emo-emo-emo. Tapi emo aku lain dari yang lain. Orang mungkin susah nak faham la kot. Haha. Takpe, biar aku je faham hati aku.
  22. Dah lama aku tak cakap depan cermin. Dan sememangnya cermin itu ibarat kawan baik aku. Cakap dengan diri sendiri, senyum, nanges, gelak dan sume-sume la. Rasa bersemangat je! Haha.
  23. Ada masa aku biasa-biasa je, ada masa aku leh jadi hyperaktif, tapi ada masa aku diam je tamaw cakap banyak. Mood yang senang berubah-ubah jugak. Aku rasa ni satu kelebihan kot. Hehe.
  24. Kebanyakan perkara aku suka pendam, tapi sesetengah perkara lebih baik terus terang. Tapi mostly pendam je la, tp tgk keadaan gak. Huhu.
  25. Arghhhh.. Ingatkan 25 ni banyak rupanya macam tak cukup. Hmm, aku ni mmg dasar camwhore. suka sgt bergambar syok sendiri!! Banyak ag nak cakap tapi.. Ok2 dah2. Lastly, aku tak sempurna. :)

I need to tag about 25 persons. But I might not able to do that. So, for those who are selected. You're lucky friends! Hehe.
p/s: hanya tagged je, nak tulis or tak terpulang la ye. :) but it was fun actually~!

  1. Nurussolehah (person who tagged me)
  2. 'Izzatulfadilah
  3. Farhanah
  4. Azza Hana
  5. Mardhihah
  6. Azam
  7. Syau
  8. Ee
  9. Akim
  10. Achik
  11. Perla
  12. Pampers
  13. Hudaidris
  14. Fizah
  15. Munirah

Sunday, November 14, 2010

Flu.

At home..

|
|
|
V

F.L.U

|
V

F.l.u

|
V

f.l.u

|
V

f.l.u

|
V

hacheeemm~!!

|
V

say Alhamdulillah.


(-___-")



p/s: thinking of something.
that similarity. huhu~

Wednesday, November 10, 2010

Kuceng Baru.

Aku selamat sampai umah semalam. Naik bus kul8 pagi. Dalam kul12 tengahari dah sampai dari kuantan-kuala terengganu. :)

Balik umah terus kena masak nasi, potong ayam ngan basuh udang. Ingatkan dapat terus makan. Haha.

Nampaknya ada kehadiran 2 makhluk baru kat umah aku. Makhluk serba putih. Wahwah. Apakah?



3.. 2.. 1..



Tadaaaaa..



ni paling kecik. putih. nama xde ag. gurl.

ni besar sikit. putih. name xde ag gak. gurl jgk.

ni kucing lama. nama meimei. tp boy. haha.

kucing lama gak. nama putih. tp xputih dah. boy.

ni adik bongsu, aidid bersama kucing-kucing kat umah.



p/s: dari sekolah rendah sampai sekarang, umah aku mesti ada kucing! binatang lain termasuklah burung merpati dan ikan (hidup ag x ntah). dulu-dulu pernah gak bela ayam serama. hehe.

O. S. P. E.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi sebab sekarang ni aku dah berada kat umah.

OSPE dah selamat berakhir. Dan sekali lagi Alhamdulillah sebab aku antara yang bertuah untuk lulus. Ya, sangaaat bertuah aku rasakan. Bayangkan daripada 51 orang pelajar, hanya 18 je yang lulus. (erkk.. 18 ke 19??? mula konpius!). bermakna yang selebihnya kena stay kat sana sampai 11hb untuk remedial.

Tapi sedikit sebanyak tidak berpuas hati dengan OSPE kali ni. Sebab nye.. Hmm, banyak sebab kot. Tapi rasa cam sedikit tak adil la. Tak tau nape rase camni tapi saya faham ramai je kawan-kawan yang rasa cam aku rasa tu kan.

Hmm, passed ke failed ke, remedial sekarang bergantung pada mana-mana procedure yang gagal. Even if marks dah kira lulus pun, tapi kalu satu procedure daripada 5 procedures gagal, remedial tetap remedial!

Seyesly, time aku nak kuar dari lecture hall tu pas tau result kan, aku rasa cam nak nanges weh. Leh tak kalu aku nak cakap aku rasa cam peserta rancangan realiti yang tersingkir. (what??? poyo lah!). Memang la bersyukur sangat sebab lulus. Alhamdulillah-Alhamdulillah-Alhamdulillah. Tapi rasa sedih bila teringatkan kawan-kawan. Rasa takmaw kuar dari hall tu.

Masa dalam bus otw nak balik IMC kan, aku still rasa cam nak nanges. Sebab ada sesetengah kawan aku nampak sangat dah frust walaupun sebelum tau result. Masa kat bilik, kami sempat la dengar cerita dari dorang. Rupanya, sape-sape yang dapat station yang ada external examiner, sume failed! dan ada station yang dapat sume lulus. OMG. Kadang-kadang terfikir. macam... ikut tuah? Hmm, abaikan apa yang aku fikir. (kawan-kawan mesti rasa gak apa aku rasa kan?)

Ok, bercerita tentang station yang aku dapat, Station 1. Sr. S dan Br. K yang jaga, serta Sr. C yang jadi helper. Dulu masa 1st sem 1st year, aku pernah dapat ngan Sr. S which 2 orang passed, dan selebihnya dalam 5-6 orang failed. Alhamdulillah time tu aku lulus. Dan kali ni pun, aku tak perlu remedial.

OSPE kali ni boleh dikatakan tough. Sebab masa tak banyak, procedures ade lima, Electrocardiogram (ECG), Blood Tranfussion, Incentive Spirometry, Dressing dan PD set, banyak jugak yang aku tertinggal sebenarnya. contoh, masa tengah setup equipment untuk Peritoneal Dialysis (PD), aku teringat masa dressing tak buh protective sheet, mask lupa nak pakai. Terus aku gtaw examiner yang aku supposed wat sume tu. Sebelum masa abes, aku sempat cek balik soalan dan tambah pape yang aku missed jugak, contoh gtaw patient tentang wound condition dorang.

Masa kat dalam tu, nak ingat balik sume yang dah hafal macam impossible je. Tuhan je yang tahu betapa kalutnya aku. Huhu. K semoga OSPE yang akan datang lebih baik daripada sebelum ni. Buat peringatan diri ini dan kawan-kawan, lulus tak semestinya lain kali akan teruuus lulus, dan gagal tak bererti gagal lagi. Sebab aku tahu antara mereka yang failed OSPE kali ni, sebenarnya secara praktikalnya mereka bagus wat kerja.

P/s: Rezeki masing-masing. Allah lebih tahu kenapa ini terjadi dan mungkin ini yang terbaik buat kami semua.

Saturday, November 6, 2010

Hehe.

Alhamdulillah. Rezeki.
tadi aku dapat sumthing that i've crawling for.
semalam kan. taktaw la nape sangat-sangat-sangat
mengidam nak mamam secret recipe.
sampai rasa cam nak meleleh-leleh air liur ni
haha. tipu je! pls do not believe it.



k nak dijadikan cerita
time aku booked kete untuk kuar aritu
tuan punye keta mintak tolong pegang duit
yang melambak-lambak dalam kete tu
sebab dia xde kat uia
so aku tolong je la pegangkan
dan tadi kena pulangkan la duit tu balik
nak katanya tu rezeki aku kan
tibe-tibe dapat apa yang aku idamkan tu.
yeaaah! secret recipe for free!! :)



terfikir gak kan ape jenis kek yang dapat tuh
hehe. dah dapat pun bersyukurlah
pastu aku n kawan-kawan pakat g kiosk
carik mende len tapi beli mende len
ice-cream! nyummy! :)



then sambil-sambil makan eskrem
aku ajak kawan g lepak makan cake
tapi takde tempat sesuai
lobi blok m3 je jadi pilihan. haha
pastu ade kuceng sibuk-sibuk nak jugak
tapi cian la, cake bukan makanan die. huhu
alhamdulillah. dapat choc ingulgence!
feveret tuh. hihi. jom kite share~
sharing is caring kan :)



tu je nak citer. hehe.
rezeki yang kita dapat, banyak ke sikit kena bersyukur
pastu takleh kedekut-kedekut
kite share ngan orang lain. best taw.
insyaallah allah murahkan lagi rezeki kita
ameen. :)


p/s: sekarang asik lapar-lapar-lapar je.
makan banyak tapi badan tak besar.
cekeding je~!!! (-___-")

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...