Monday, July 11, 2011

Ujian. Sakit. Sabar.

Salam alaik.

Apa khabar semua? Sihat? Alhamdulillah. Hehe.

Aku kan, rasa macam sehat tapi rasa tak sehat. Hah, cane tuh? Hmm sebenarnya, overall aku rasa ok je. Boleh gerak, boleh jalan, boleh berlari siap panjat pokok jambu ag. Hehe. Tapi dalam masa beberapa hari ni rasa kurang sehat dan kurang selesa. Bukan TAK sehat tapi KURANG sehat. Ada beza kan? Huhu.

First, bila balik umah senang sangat dapat selsema. Kadang-kadang seminggu baru baik, kalu bertuah sehari je selsema. Masalahnya selsema aku cepat datang balik.

Second, cuaca tak menentu skg kejap panas kejap ujan. Dan bila panas, mmg panas sgt sampai peluh-peluh menyebabkan kulit aku cepat naik ruam dan merah-merah. Dan ulser mulut. Urghh~

Third, aku ni dulu allergic gak ngan seafood. Dah lama tu jadi alah bisa tegal biasa la kan. Tapi kadang-kadang menggatal jugak badan aku ni. Skg aku rasa kesan allergic tu dtg balik pas makan tomyam. Huhu. T_T Pastu aku mmg allergic jugak ngn habuk debu.

Sekarang aku nak link kan semua perkara diatas tu ye. Pasal selsema tu memang selalu sangat lah! Kesan cuaca plus allergic ngan seafood menyebabkan kulit aku derita sekarang ni. Aku pulak wat tak faham-faham nak menggaru sana sini sejak minggu lepas ag sampai ke saat ini. Then...

Semalam family dan makcik2 aku gotong royong bersihkan rumah sebelum majlis hujung minggu ni berlansung. So kesan drpd itu, segala jenis habuk debu berterbangan dan meresap ke dalam rongga pernafasan aku walaupun aku dah secure muka aku ibarat ninja tak bertauliah. Akhirnya, malam tu aku batuk-batuk dan rasa semacam je. Macam nak lelah pun ada. Tak lama kemudian, selsema mula bermaharajalela. Thanks to aboh sebab belikan Woods' peppermint lozenges yg aku tunggu2 sejak semalam. -_-'

Owh, 2 ulser yang mula memunculkan diri di dalam mulut aku ni kian membesar. Sakit dowh. Selalunya ulser menyebabkan kurang selera makan, tapi tadi aku berselera. Sayang sekali kecekapan mengunyah terbantut bila salah satu ulser asyik tersentuh makanan dan bergeser ngan gigi. Sebelah lagi gusi aku bengkak. Ya Allah, Tuhan je tahu sakiiiiit betul. Aku makan dah macam budak kecik, sikit2 dan slow2. Y_Y

Sebab nak cepat baik, aku pun search petua untuk ulser mulut ni. Banyak tapi kena pilih yg boleh percaya la kan. Garam? Owh, walaupun ada yg mengatakn sangat berkesan, aku tak rela sebab aku pernah try sekali. Derita woo! Memang aku insaf taknak try dah. Kumur air garam? Hmm, buh garam pun aku dah derita. So aku reject la. Taknak guna garam. Lastly, aku try buh asam keping. Pedih jugak, tapi tak suffer macam garam. Demi nak cepat baik, aku bertahan tsk tsk. T-T

Jadi aku nak tengok result dia esok, berjaya ke tak? Hehe. Fyi, aku ade gak guna oral aid, tapi rasa sakit tu hilang sekejap je. Tak lama. Sebab tu aku try cari cara utk sembuhkan dengan CEPAT. Sebab tak tahan bila makan. Arini aku lapar sgt, makan nasi 2x tapi lambat2. Makan coklat cadbury n kitkat pun sakit. :'( Apapun yg penting sekarang kena banyakkan minum air kosong, pastikan kebersihan mulut yg baik, makan makanan lembut dan elakkan makanan panas n pedas.

Hmm, sakit memang sakit. Tapi aku taknak terlalu mengeluh dgn kesakitan ni. Ni baru sakit sikiiiiit. Kalu sakit banyaaak camne? Allah bagi ujian kecik je ni. So kena bertahan dan sabar. Ikhtiar cari solutions. Harap-harap semuanya akan pulih macam biasa. Doakan aku eh. Ameen. :')

P/s: Teringat tengok Bff minum air 2x aritu. Aku pulak malas g dapur amek air. Cett. Kena banyak minum air la ang!!

Wednesday, July 6, 2011

You are not Google.

Salam alaik.

| entri ini general. mungkin boleh spesifik kn kepada friendship atau kenalan. Sebab, sedangkan lidah pun tergigit inikan pula manusia. :)

Pernah dengar tak ungkapan ni:

Unless your name is Google, don't act like you know everything.

Pernah kan? Mak aih, agak mendalam kan maksud dia. Aku setuju je ngan ayat tu. Tapi agak-agak pakcik Google tu tahu semua benda ke? Aku rasa tak pun. Orang-orang serata dunia ni yg tolong bagi info kat pakcik, pakcik tolong sebarkan je kan. Tapi at least pakcik tau jugak kan. Hehe. Melencong tempat lain pulak aku ni.

Ok, back to the topic. Some people kadang-kadang suka sangat ingat bahawa dorang tahu everything. Yup, everything. Sampaikan apa yang difikirkan oleh mereka tu hanyalah buah fikiran mereka sahaja. Dan bila bercampur emosi, macam-macam benda negatif dalam kepala tu. Mulalah ada rasa tak sedap hati lah ape lah kan.

Sampai satu tahap mereka tak sedar yang mereka itu telah judge orang lain berdasarkan pendapat sendiri. Cakap orang tu macam tu lah, orang ni macam ni lah. Tanpa tahu apa yg mereka lalui, apa yg mereka rasa, apa yg mereka fikir. Sebenarnya kita tak berhak nak judge sape-sape pun. Sebab yg paling tahu tentang diri mereka, adalah mereka sendiri.

Aku pun taknak cakap banyak. Yela, aku bukan tahu apa-apa. Aku bukan pakcik Google. Hehe. Walaubagaimana pun aku sedari kadang-kadang diri ini pun pernah ber'lagak' tahu semuanya. Aku sedar tentang itu. Dan seyes rasa tak sedap hati je kan. Say sorry to all. Korang pernah? Huhu.

Senang kata camni la lebih kurang: Apa kau tahu pasal aku? Kau tahu apa aku rasa? Apa aku lalui? Apa aku fikirkan? Apa alasan aku buat semua tu? -Orang lain pun takkan tahu apa kita rasa, dan sebenarnya kita pun takkan tahu apa orang lain rasa. See! Semuanya berputar camtu je.

Aku faham jugak kadang-kadang ada je yg wat perangai sampai rasa annoyed sangat kan. Yela, kita bukan manusia yg perfect sampai boleh terima semua benda dgn hati terbuka. Perasaan marah, geram, sedih dan sebagainya, tu dah memang sifat manusia. Takleh nak elak jugak.

Tapi ingatlah, kita pun ada sifat pemaaf. Ya, dengan memaafkan seikhlas hati, InsyaAllah rasa lebih tenang. Sifat-sifat mazmumah pun dapat la usir sikit demi sikit dari hati tu kan. Kalau boleh lupakan lagi bagus. Sebab bila kita ingat je, perasaan tak elok tu boleh datang balik. Mungkin boleh menjejaskan silaturrahim antara kawan-kawan kita. Ada jugak sesetengah orang kata, we can forgive but we can't forget. Huhu.

Yang tu bergantung pada individu sendiri. Sebab masing-masing ada cara tersendiri untuk berdepan dgn ujian yg dihadapi. Coping methods tu tak sama setiap orang. Tapi aku yakin semua nak yg terbaik kan. Jadi cuba cari jalan yg terbaik utk diri sendiri dan orang lain. Taknak pulak demi nak jaga hati orang, hati kita ni dah menjeruk rasa. Takpun, demi nak jaga hati kita, hati orang dibiarkan gitu je.

Ok, kita semua bukan si pakcik Google. Banyak kita tak tahu pasal orang lain. Yg penting, kita dapat terima buruk baik orang, insyaAllah orang pun akan terima buruk baik kita. Dan buat pengetahuan pakcik Google, takziah aku ucapkan. Anda tak dapat lawan pengetahuan Yang Maha Mengetahui. Segala rahsia dilangit dan dibumi. He knows the Best! Jadi even kita ni jadi pakcik Google pun, bersangka baiklah ye.

Semua tak perfect. Tapi cuba sedaya upaya jadi yang terbaik selagi mampu. Think positive. Boleh kan? Its not easy but believe me, just try our best. :)


| pesanan khas utk diri sendiri jugak terutamanya. huhu T--T

P/s: Sakit gg, gusi & ulser. Bila mau ke klinik gigi? Urghh~

Wordless Wednesday #1


P/s: Love for all. All for love.

Malaysia's Next Top Female Blogger 2011.


Salam alaik.

Terkujat tak baca tajuk entri kat atas? Haha. Sebenarnya ada satu contest seperti tajuk yang tertera diatas. Jeng-jeng-jeng. Sebenarnya saya TAK PERNAH join contest pape pun. Bukan nak cuba nasib but just for fun. Ada rezeki ke takde, terserahlah kan. :')

Klik banner utk terbang ke dunia maya SandraAzwan

Jom kita jawab soalan SandraAzwan.

1. Tell us about your blog in 70 words or less. (When and why you started it, how often you update, and your viewers)
- Start blogging pada April 2009. Mulanya sebab nak translate assigment tapi seyesly google translation hancuss giler. Lastly kekal jadi blog kesayangan. Dulu pernah tinggalkan blog ni berkulat hampir setahun, then active balik, seminggu tu adela dalam 1-4 entries. Viewers mostly drpd kawan-kawan sendiri. Tak ramai follower sebab blog tak femes. Tapi ada saya kisah? Yang penting I love my own blog n loyalty readers. Hehe.

iklan.

2. What is your personal style?
- Owh sebenarnya kan, saya baru je update entri tajuk 'Whats ur style?'. Dan jawapan saya terus kepada link tersebut lah. Takpe kan SA? :)

3. A picture of you in one of your favorite outfits.

Santai sudah~

4. Are you the next Malaysia's Top Female Blogger? Why?
- Walaupun bagi saya ramai lagi blogger yang better dapat gelaran ni, tapi saya jawab: Ya, saya layak. Sebab I am Malaysian, I am a female & I am a blogger. Top or tidak? Bergantung kepada keputusan. Hehe.

5. I love to read 'Life with Sandra.....' because?
- Erkk, ok. Honestly SA, first time ever saya baca 'Life with Sandra' baru je semalam. Yup, semalam. Dan tadi saya baru perasan SA follow blog ni. Dan saya terfikir, 'ni petanda aku kena join contest ni kah? adakah ini suatu kebetulan?' Dan tiba-tiba tangan pantas mencoret sesuatu. Haha. Maaf tak dapat bagi jawapan tepat. I have to be honest kan? T___T tapi bila baca your blog, saya rasa scary pulak tengok gambar-gambar yg amat tinggi nilai seninya bg SA. So my first impression, your blog represents creative ways of your mind and talents. Kagum tgk illustration by SA. :)


P/s: Impress ME!!!!! | Whoaa, such a scary words la SA sb takut takde yg impress pun. Haha. Takpe, kan just for fun!^^
**owh, sebenarnya saya segan nk join contest -_-'

Jom Cantekkan Blog.

Salam alaik.

Tadi aku blogwalking. Tetiba jumpa satu belog ni banyak giler tutorial ajar camne nak cantekkan ag belog kite. Wah-wah! Aku excited sampai terus try nak wat.

Alang-alang takde keje sangat pun time cuti ni, jom kita godek-godek belog sikit. Bagi nampak comel daripada biasa. Muahaha. Yela, sebelum ni biase-biase je kan.

Sekarang ni pun tengah godek belog ag. Lama jugak rupanya. Berjam-jam dah duk depan lappy ni. Jom jom! :)

Meh aku bagi link belog | Kerana Manisnya Epal yg aku jumpa tu eh. Nt korang klik je tutorial yg berlambak tu. Thanks cik Dil atas tunjuk ajar. Keh keh.

P/s: Biar tak cantek asal sedap mate memandang. Kan heart-and-soul? :')

Whats ur style?

Salam alaik.

Kadang-kadang saya suka pakai selekeh-selekeh je. Sebab selekeh tu simple dan santai. Haha.

Kadang-kadang pakai biase-biase sudah. Natural gitu. Kan?

Kadang-kadang saya suka pakai kemas. Sebab nampak lebih cool n confident. Peace!

Kadang-kadang je bergaya sket. Konon nmpak feminin la kot. Tapi jarang la. Hihi.

**Ntah ape entri aku kali ni. XD

kt umah pakai selekeh-selekeh sudah. hehe

P/s: Kena tingkatkan pengambilan makanan dirumah. Or else, berat badan bakal menurun lagi. T---T n hey ! My bff said aku da chubby sikiiit. pasan jugak ye. hehe

Monday, July 4, 2011

The Rules of A Lady.

Salam alaik.

Actually aku jumpa ni bila senior aku upload kat fb. Macam menarik jugak. Bila aku search, jumpa more than 100 pasal rules ni. So rase nak share kat blog aku. Tapi sikit je pun. Dalam 15 rules je kot. Kalu nak cari lebih, try search sendiri eh. Hehe

Dalam banyak-banyak rules yg aku baca, ade je point yg bagi aku macam mengarut sikit. Ada jugak yg boleh pakai. Dan ada jugak yg terkesan kat hati aku ni. Sebab tu aku rasa nak letak 15 je. So layan jela k.















and many more...

Nak ikut taknak korang punye pasal. Yg penting just be yourself lah. Hehe

P/s: HB to my adik bongsu. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...