Tuesday, October 4, 2011

Worst.


The worst presentation ever.

Hmm not in the mood to talk bout it. But the feelings inside, no one could describe it. For my group members, be strong.

Keep blaming no one. Hmm. Or else tak berkat ilmu. T-T

P/s: Rindu lecturers tahun lepas.

Update: Few minutes pas publish terus jumpa Br Kamil yg sdg cuti. Yg lain? Huu.

Thursday, September 22, 2011

Preparing Solid Food For 6 Months Old Baby.

Salam alaik.

Kali ni masuk lab untuk memasak. Waah, tak pernah masak pun dalam lab. Ok, ni bukan cooking skill ke ape. Ni untuk subjek paedatric. Cara nak prepare solid food untuk bayi berusia 6 bulan. Kami dibahagikan 2 kumpulan lebih kurang seramai 25 orang kot. Eh apasal ayat macam skema je? Haha.

Resipi simple je. Bubur yg campur ngan ayam dan sayur hancur. Kena potong kecik-kecik sebab takde blender kat lab. Huhu. Pastu sempat gunakan kentang yang berlebihan untuk wat satu ag resipi mudah.

Tugas aku potong kentang.

Tugas dorang masak atas dapur.

Ada yang bertugas menghias hidangan.

Sebelah kanan, grup pertama yang wat. Yang sebelah kiri, 2 hidangan tu, grup aku yang wat.

Selepas dah siap semuanya, kami makan jela. Kang membazir lak. Dah jimat duit untuk lunch. Hehe.

P/s: Selera makan tak menentu sekarang. -_-'

Wednesday, September 21, 2011

CSC Open Day.

Salam alaik.

Pada hari rabu berlangsungnya CSC Open Day. Ape tu CSC? CSC stands for Clinical Skills Centre ataupun just panggil lab je. Ni kali pertama wt CSC Open Day. Agaknya sebab tu lab baru dan nk kenalkan lab dgn budak-budak 1st year.

Sebelum ni class rep ade mintak 10 nama untuk jadi volunteers. Aku just bagi je nama tanpa taw pape. Rupanya untuk sama-sama join dgn 1st year utk ari tersebut. Mula-mula macam berbelah bahagi sebab orang lain takde kelas, aku kena join benda alah ni.

Pastu betulkan balik niat. Dan cuba participate dengan sebaik mungkin. Alhamdulillah. Sangat best rupanya.

Bermula dengan registeration dan breakfast. Kami diberikan kuiz tentang general knowledge tentang skill lab. Kemudian kami senior-senior dari 2nd year to 4th year berkumpul untuk 'Best Practitioner Competition'. Seyesly sangat nervous. Rasa cam mini OSPE. Dah la otak berkarat berbulan-bulan tak belajar. Satu ag, adik-adik 1st year leh tengok kitorang tunjukkan skill masing-masing. Perghh.

Alhamdulillah, dapat procedure senang. Handwashing..!! Memang senang tapi gementar semacan je. dah la aku tak bilas betul-betul. Tapi betulkan balik kesilapan mengikut step-step yang betul. Salah step terus dikira salah ok. Huhu. Kalah menang tak kisah pun. Asalkan enjoy aritu.

Seterusnya 'Treasure Hunt'. Yang ni bertanding mengikut kumpulan yang ditetapkan. Tapi takde la nak cari benda melainkan kena kira bilangan equipments dalam lab dan listkan function setiap barang tersebut. Tak mencabar sangat pun. Tapi best sebab setiap kumpulan berlainan siap tolong kumpulan-kumpulan lain ag. Memang gempak ar. Tak kisah apa dah. Haha.

Lastly kena tulis slogan. Yang ni pun tulis padam tulis padam dan ended up ngan satu slogan yg memuaskan hati hasil idea bersama. Hehe. Sambil menunggu closing ceremony, kami sempat memperkenalkan diri masing-masing kepada 1st year.

You know what? Kumpulan kami tak dapat utk Treasure Hunt. Tapi untuk anugerah slogan terbaik, Alhamdulillah. We got it. Kemudian utk Best Practitioner Competition, sungguh tak sangka apabila aku meraih First Place utk Question 1: Handwashing. Huhu.

Wakil dari 3rd year students wif lecturers.

Tengah bincang slogan masa ni.

Sempat posing. Huu.

3 Questions and bersyukur dapat procedure senang je. Huhu.

Winners. :)

My group members.

End of CSC Open Day.

P/s: Penat tak semestinya tak best. Hehe.

Tuesday, September 20, 2011

Besday Presents.

Salam alaik.

Tak mengharapkan dapat pape. Tapi kalu ade orang nak bagi kira rezeki la kan. Lagipun ape tak suka dapat adiah. Haha.

some of da presents.

Thanks. Thanks. N Thanks again. Ada sape-sape nk bg ag? Haha. :)

P/s: Not having enough time. Just waiting for another day.

Monday, September 19, 2011

Special Day. 19/9/11

Salam alaik.

Beberapa belas minit sebelum tanggal 19 September, aku yang kelaparan sedang habiskan saki baki makanan yang masih bersisa. Lapar. Tu yang bermain difikiran sambil wat keja-keja lain.

Tiba-tiba dikejutkan dengan kehadiran kawan-kawan lain. Ok, that was a surprise. Camne la aku leh tak sedar dorang duk kumpul kat bilik aku ramai-ramai sampai penuh ruang. Dapat pula sekeping kad daripada mereka.

Kat luar, tersedia mihun goreng, sotong celup tepung, kerepek dan air. Simple tapi memuaskan. Thanks sangat-sangat korang. Setiap kali ade besday je, mesti kita hampir sekelas cuba wt surprise kan. Sejak dari awal masuk kuantan ag. Hehe.

Ni je sempat amek gamba.

Esoknya, kami g makan-makan kat cafe. Lama giler tak rasa makanan cafe. Takde la rindu sangat pun. Sebab..... Takpela. Bersyukur ada makanan. Hehe.

dorang ni sejak dr PJ jd classmates aku.

dinner wif rumets n classmates. :)

P/s: Cakap dalam hati je pun takpe.

Friday, September 16, 2011

Kata Hati.

Salam alaik.

Dan salam jumaat.

Dah seminggu masuk ke semester baru dan tahun baru. Tak sangka cepat betul masa berlalu. Dah masuk Tahun 3, sedangkan baru je rasa menapak kat bumi kuantan ni. Sekarang sibuk dengan beberapa program akan datang seperti Grand Camping dan NANSYM yang tinggal lagi beberapa minggu.

Aku suka dengan bilik sekarang. Warna-warni dan lebih kemas. Cuma hati tak seindah warna-warna yang cantik tu. Ntah nape. Bila duk kuantan ade je perasaan sayu ke ape ke yang wat aku cepat rasa penat. Tapi bukan bermakna ia mematahkan semangat aku.

Aku sedari juga bukan aku saja yang berperasaan sebegitu. Melihat tulisan-tulisan kawan-kawan lain di alam maya ni, ada juga yg gundah-gulana serba tak kena. Untuk luahkan depan-depan seakan tak mampu dan lebih baik memendam rasa. Mungkin ada sebab-sebab tertentu yang aku tak tahu. Ibarat hanya aku yg mengetahui apa aku fikirkan, rasai, dan alami.

Apapun aku berdoa agar semuanya dipermudahkan dan semua yang berlaku adalah terbaik. Aku hanya mampu berdoa dan meyakinkan diri bahawa apa yang diaturkan Allah semuanya adalah yang terbaik walaupun diluar kawalan dan kehendak hati kita sendiri.

P/s: Close your eyes and talk to your heart.

Thursday, September 15, 2011

Mini Fruit Tart.

Salam alaik.

Cuti baru-baru ni aku dapat call daripada mantan class rep masa 1st year dulu. Amanahnya aku kena belikan mini fruit tart n agihkan kepada semua batch 6 (mine) n batch 5 (senior). Mantan class rep sebenarnya dah keluar daripada Nursing UIA sebab sambung study Medic kat Moscow.

So rabu baru-baru ni dah berikan 110 tart buah untuk mereka dengan ucapan selamat hari raya maaf zahir batin. Alhamdulillah rezeki. N thanx to Huud sebab belanja n masih ingat kitorang kat sini.

Mini fruit tart.

Alia, Tiqah n Ili suka makan!

P/s: Ada org nak belanja kek utk saya x?
P/ss: Im getting busy and a loooooot of work need to do! =.='

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...