Sunday, July 3, 2011

Newborn Kucengs.

Salam alaik.

Alhamdulillah. Tanggal 1 Julai yg lalu, kucing saya selamat melahirkan 4 ekor anak. :)

Tak sampai setahun bela kucing tu. Owh lupa nak kenalkan, kami adik beradik panggil dia Gemok. Walaupun tak berapa gemuk sgt pun. Adik Gemok lak kami panggil Kechek. Gemok ni betina, Kechek tu jantan. Hehe.

Ni first time Gemok pregnant. Masa nak lahirkan anak tu kan, dia kalot sgt sampai saya pn berdebar-debar rasanya. Akhirnya beranak jugak dalam kotak kat dalam umah.

Agak lama dia menahan sakit. Start beranak dari sebelum maghrib sampai la kul 11 malam. Sian dia. Sempat saya bagi susu hampir 2 mangkuk. Huhu.

1 hitam, 1 putih, 2 coklat.

Oleh sebab ramai sangat kucing jantan yg tackle si Gemok ni, aku pun tak pasti mane satu bapak kpd si anak-anak tu. Hehe.

Tapi suka tengok kasih sayang ibu kucing kat anak-anak dia. :)

P/s: Till we meet again. Don't worry be happy.

Tuesday, June 28, 2011

Eskrem Goreng.

Salam alaik.

Petang tadi aku wat eskrem goreng. Trial version. Men hentam je. Yang pasti hasil xcantek sgt (sb wat keje serba nak cepat & nak jimat). -_-'

Aku ingat zaman duk matrix pj dulu selalu sgt beli eskrem goreng pasar malam. Setiap selasa. Huhu.

Tadaaa~!!!

Nak cuba? Boleh. Senang sangat. Resipi?

Hanya perlukan eskrem dan roti keping saje.

1. Letak eskrem atas roti dan lapik dgn sekeping lagi.
(aku pakai sekeping je pasal nak jimat) :p
2. Rapatkan sekeliling supaya eksrem tak meleleh dan potong kulit roti.
(aku penyek je tepi-tepi tu. dan potong suka hati je. haha)
3. Letak dalam plastik satu-satu. Simpan dalam peti ais at least 2 jam sebelum digoreng.
4. Pastikan minyak betul-betul panas dan goreng selama beberapa saat hingga warna kekuningan.
(aku punye hangus.. opss.. garing la)

Tu je. Kalu nak senang, wat je kat tepi peti ais. Dah lipat roti terus masukkan dalam peti. Elakkan meleleh dan wat roti jadi lembik. Selamat mencuba. :)


*Family aku cakap sedap tapi cepat cair sikit. Tu takpe.
**Ade orang konpius ni eskrem ke karipap? Huhu. :')


P/s: Gdluck exam Bff ku. Fighting! :)

Monday, June 27, 2011

Cinta Dalam Diam.

Salam alaik.

Apa khabar pembaca semua? Kali ni saya nak kongsi satu artikel. Seperti sedia maklum, saya ni jarang sangat copy paste artikel or mana-mana post. Tapi bagi saya ia sangat menarik. Sumber asal di sini.

-----------------------------------------

Bila belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam.
Kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya.
Kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang.
Kau tak mau merosak kesucian dan penjagaan hatinya.

Kerana diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.
Menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merosak izzah dan iffahmu.

Kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya.
Kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt pilihkan untukmu.

Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali?
Yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan.
Tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah.

Kerana dalam diammu tersimpan kekuatan... kekuatan harapan.
Hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata.
Bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap pada-Nya?

Dan jika memang 'Cinta Dalam Diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam.

Jika dia memang bukan milikmu, Allah, melalui waktu akan menghapus 'Cinta Dalam Diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat.

Biarkan 'Cinta Dalam Diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu.

Cintailah ia dalam diam, dari kejauhan, dengan kesederhanaan dan keikhlasan...

Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui, saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta, izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba. Mungkinkah dengan redha-Nya atau hanya mengundang murka-Nya.

Jika benar cinta itu kerana Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun berhilir hanya kepada Allah...

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah." (QS. Adz Dzariyat:49)

"Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas(pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui." (QS. An Nuur: 32)

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." (QS. Ar-Ruum:21)

Tapi jika memang kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdo'alah, berpuasalah...

"Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, berpuasalah, karena ssungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya" (Hadis)

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." (QS. Al Israa' :32)

Cukup cintai ia dalam diam...

Bukan kerana membenci hadirnya tapi menjaga kesuciannya. Bukan kerana menghindari dunia tapi meraih syurga-Nya. Bukan kerana lemah untuk menghadapinya tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup.

Cukup cintai ia dari kejauhan...

Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari cubaan. Kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan. Kerana hadirmu mungkin saja akan membawa kenelangsaan hati-hati yang terjaga.

Cukup cintai ia dengan kesederhanaan...

Memupuknya hanya akan menambah penderitaan. Menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekecewaan. Mengharapkan balasan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan.

Maka cintailah ia dengan keikhlasan...

Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali bin Abi Thalib diingini oleh hati. Tapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi?

"...boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (QS. AlBaqarah:216)

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)" (QS.An Nuur:26) "

Cukup cintai ia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan...
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan. Mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikan. Serahkankan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya biarkan ia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.

"Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga." (Umar bin Khattab ra.)

-----------------------------------------

**Diedit sedikit dari segi ejaan dan noktah utk keselesaan pembaca. Hehe.

P/s: Speechless. Hati, bersabarlah. :')

Ada Blog? Suka Blog?

Salam alaik.

Such good questions [via formspring]. Haha. Here is my answers. :)


P/s: Kadang-kadang kekeringan idea walaupun ingin menulis. -_-'

Saturday, June 25, 2011

Alone.


Have you ever felt so alone
even there were so many people around you?
you heard everyone talking about everything
laughing and smiling
but you only could remain silent
at the timebeing.

***Sometimes its better to be alone. Take your time to be with yourself. Only you & yourself.

P/s: Today is Bi Rain's birthday. I love his Love Song. Huhu.

Friday, June 24, 2011

Sotong Masak Serai.

Salam alaik.

Cooking Mode baru je berlalu. Hehe. Baru je masak satu resipi ni. Nak tau? Nak cuba? Silakan. Sangat ringkas dan mudah walaupun bagi mereka yang baru nak belajar memasak.

Al-kisahnya bermula bila ma aku da siang sotong, beliau nak kuar ngan abah jap. Ada keje sikit. Jadi tugas memasak diserahkan kat aku dan sepenuh kepercayaan diberikan. Kiranya ikut suka hati aku la nak masak camne pun. Hehe.

Mulanya nak goreng kunyit biasa je tapi rasa nak wat kelainan. Jadi terhasil la, SOTONG MASAK SERAI. :)


Bahan-bahan:

Semestinya bahan utama adalah Sotong.
Tanpa sotong, nt jadi Kuali Masak Serai. :P

Bawang merah
Bawang putih
Serai
Cili api
Air asam jawa
Garam/gula secukup rasa
Ajinomoto kalau nak tambah

Cara memasak:

1. Bersihkan sotong.

2. Kisarkan bawang merah, bawang putih, serai serta cili. Kemudian tumis sehingga naik bau.

3. Masukkan sotong. Kemudian air asam jawa, garam, gula, dan ajinomoto secukup rasa.


4. Apabila masak boleh dihidang. Tu je. :)

Senangkan. Mudah sangat. Sedap pun sedap. Macam gambar pertama kat atas. Masa yang diambil untuk buat resipi ni tak sampai sejam pun. 30-45 minit pun da cukup. Hehe.

**Kalau suka pedas, lebihkan cili. Jangan terlalu banyak asam jawa, terlalu masam menjadikan lauk kurang sedap.

Klik resipi asal kat sini.

Tips: Nak memasak pun kena pakai instinct. Kena agak-agak bahan yg kita guna tu cukup-cukup tak. Jadi tak perlu la nak fix sangat kalu cakap 3 ulas bawang, 3 ulas je guna. Kalu ayam udang ikan 3 ekor, 3 ekor je amek. So, cuba modified sendiri dan ikut citarasa.

Memasak tak susah! Campak dan rasa.

Selamat mencuba. :)

Psssttt~ Entri ni bukan utk perempuan sahaja, bahkan lelaki perlu tahu memasak. Dan tahukah anda sesetengah masakan lelaki lebih sedap daripada wanita? T-T

P/s: Aku bukan pandai masak sangat. Tapi takde la tahap tak pandai langsung. :')

Ask Me Anything.

Salam alaik.

Waduh waduh~!! Dikala kebosanan, tak sangka aku g sign up Formspring. Haha. Lama dah duk tengok kawan-kawan duk men mende ni. Aku malah ah nok buke account hok tu la hok ni la banyok-banyok. Tup-tup wujud gop Formspring aku sdiri. XD

So, ask me anything.. :)

But I will only answer if I want to. Haha. Mana taw kot la ada soalan tah pape. Malas den nak melayan.

Check me out--> Raihan Ang's Formspring.

P/s: Ada lagi account mende lain aku tapi secreto de amor sudah~ huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...