
aku sedih ngan beberapa perkara. tak tau camne nak describe. hmm, rasa tak perlu describe pun. sekarang masih tak jumpa jalan penyelesaian yang sesuai dan terbaik. rasa macam makin teruk pulak. tamaw-tamaw-tamaw. aku rasa sedih-sedih-sedih. dah lama aku nengok, jadi pemerhati. kadang-kadang cuba usaha yang terbaik, cuba cari peluang untuk mereka, tapi masih temui jalan buntu.
entri kali ni bersifat neutral. aku bukan orang yang layak nak cakap hal-hal ni. tapi aku seorang manusia biasa yang ada hati dan perasaan. dan aku yakin kamu semua pun sama je kan? aku taknak salahkan sape-sape. yang pasti sume orang ada kekurangan masing-masing. meskipun masalah ni tak melibatkan aku secara langsung, tapi secara tak langsung, kesan dia amat aku rasai. mungkin kerana aku dah kenal masing-masing dah lama.
setengah hati rasa cam taknak masuk campur. tapi separuh lagi rasa aku perlu atas dasar tanggungjawab dan hak sesama kawan. yet its true, time is not a benchmark to know who the real person are. tapi perjalanan dan pejuangan kita masih lama lagi. beberapa tahun ni pasti muka yang sama je, tak lari ke mana-mana. hatta, mungkin suatu hari nanti, keje tempat sama, mungkin tinggal kat tempat sama, dan macam-macam kemungkinan lagi.
Allah tu Maha Mengetahui. Dia tahu jalan mana terbaik untuk kita semua. Dia tahu dengan siapa kita patut jumpa, dengan sape kita patut berkawan. Dan setiap yang terjadi bukan hanya kebetulan, tapi sume tu perancangan dari Dia. Takde manusia kat dunia ni yang sempurna. Tahu sebab apa kita jumpa? Sebab kita saling memerlukan. Ada yang salah, tegur. Yang silap, sama-sama betulkan. Yang baik, sama-sama hepi. Tapi aku tahu, sume tu bukan sesenang yang disangkakan?
sebab hati manusia lain-lain. yang tu fikir camtu. yang ni pulak fikir camni. penyelesaian yang masih tak jumpa ni sebenarnya ada. terbuku dalam hati masing-masing je kan. aku taw masing-masing pun dah cuba terbaik kan. its easy to forgive, its hard to forget. apepun, ingat 2 perkara lupa 2 perkara macam yang pernah aku post sebelum ni (klik sini). ingat, mentari tak selalu membakar, hujan tak semestinya banjir! (erkk, apa aku cakap nih). apa yang kita lalui sebelum ni menjadikan kita yang sekarang, apa yang kita wat sekarang mencorakkan kita pada masa hadapan. think the best solution and i will pray the best. sebab saya sayang kawan-kawan saya.
dengan ungkapan Bismillah, aku post entri ni dengan harapan dapat wat sesuatu biarpun hanya melalui penulisan yang tak seberapa ini. terima kasih. dan maaf juga. :)
p/s: kawan aku ade tagged video cikgu shida kat fesbuk. adeh, femes betul minah tu. tapi memalukan la nengok. haih. semoga kembali ke pangkal jalan. (-___-")

2 comments:
ang.
mende mg nok kabo benornye?
dgn aku2 pon pening taw!
erkk.. complicated sket ee..
tp sedikit pesanan dan perkongsian utk kwn2 tersayang ak yg ade prob sket~ hehe.
Post a Comment