malam ni datang mood nak update blog. erkk bukan slalu update k? haha. tak sangka aku ni kaki blogging ek. tibe-tibe kan malam ni aku teringat satu kisah. meh bace ni aku nak share story sket.
suatu ketika dulu.. hehe. xdela. k camni. mende ni terjadi beberapa bulan yang lepas which masa short sem time aku first year dulu. aku posting kat sebuah hospital kt kuantan ni. tiap-tiap sem mesti aku kne post kat wad 2a which is orthopaedic female kes-kes tulang temulang byk kat sini macam patah kaki tangan ke, fracture ke, diabetic ke. wad ni kecik je dan dibahagikan kepada beberapa bilik (ber'air-cond' tp xrasa econ sgt pon).
aku dan wardmates dah bahagi-bahagi la tugas sape jaga kat mane. kebetulan 2 org senior aku pun duk kat wad tu skali. bagus! byk leh blajar dari dorg. walaupun tak pasti ajaran dorg tu betul tak. haha. nak dijadikan cerita, aku jaga bilik C tapi sebab kekurangan students, bilik B xde orang nak jaga. utk observation which is taking vital signs (blood pressure, temperature, heart rate & respiration rate) aku tolong amek. tidak bising staff nurse nt. pastu ade la sorang 'PAKCIK' ni dia jaga mak dia yang sakit la. kadang-kadang tegur sapa la kan ngan family patient. k meh aku beri gambaran sal PAKCIK tu, dan korang imagine taw. orang dia tinggi-tinggi, besar-besar, gelap-gelap, macam dah berumur dekat 40-an kot. sangat beza ngan aku yg keding, kurus, kulit cerah dan muda ni (sempat nak pasan. haha).
suatu hari pada hari jumaat (last day kat wad tu sebelum tukar kat wad lain pulak), si PAKCIK tu tau ari tu ari last aku. pagi tu kan, aku tolong la assist senior aku, kak ria nak wat dressing (cuci luka berprinsipkan aseptic technique dan balut luka pakai bandage) kat patient bilik C. aku siap dah pakai mask & gown/plastik apron, si PAKCIK tu duk tunggu depan pintu bilik B. siap lambai-lambai suh datang dekat. yang xtahan siap kenyit mata! mak aihh, rasa nak pitam time tu. tp xleh, nt PAKCIK tu amek kesempatan mampus aku. sebabnye, mmg PAKCIK tu da hampir nak sentuh aku pun. tarik-tarik gown aku sambil tanya nak watpe. aduhh! respon aku?? erkk.. aku tunjuk la aku ni bz, dah pakai mende alah tu sume kan. cepat-cepat aku lari.
k, dah abes dressing. alahai, si PAKCIK still tunggu kat depan bilik B. siap goyang-goyang henset kat tangan die dan wat-wat tekan. konon-konon bagi isyarat nak mintak no phone la tu. aku apelagi, terus cabut masuk treatment room sambil gigil-gigil (lub-dup lup-dup jantung aku bunyi!). terus aku ngadu kat ili, wardmate aku. sampai ke sudah aku tak g bahagian bilik depan tu. then, time org semayang jumaat aku rase lega sebab PAKCIK tu xde dah. alhamdulillah.
tapi sayang, PAKCIK tu muncul balik dalam kul 2 petang, time tu syif aku da nak abes. aku cepat-cepat lari g kat pantry nak amek beg dan blah! tapi senior aku mintak tolong amek gambar dorg+sister wad+cupcakes. opsss! PAKCIK tunggu kat luar pantry pulak dah. senior aku, kak mas yag xtaw pape tanye kot-kot PAKCIK tu nak apa-apa, tapi die geleng-geleng pale n blah (mak aihh.. aku takot seyh). masuk bilik sister terus aku ngadu kat dorang. sister wad tu ckp mende bese tu, yg penting 'be professional!' dan jangan takot. relax ang relax!
aku ingat boleh balik ngan tenang tapi.. adoyai.. PAKCIK tu tunggu kat luar wad pulak. dushhh.. aku rasa nak terjun tingkap time tu jugak. siap ajak senior aku wat mende giler tu tapi dorg cakap jgn takot, dorang duk kiri kanan aku. lebih2 ag aku ni badan kecik, jadi rs amat terjaga la (macam ni ke rase ade bodyguard? haha). k kuar wad, PAKCIK ilang dah. yey2!! opppssssssss!!! belum berakhir lagi la weh. PAKCIK tunggu depan lif pulak dah. siap pretend cakap phone ag. eh PAKCIK, saya leh cam la org ckp betul-betul ke tipu-tipu. aku jln depan sket, PAKCIK pura-pura belek-belek surat khabar kat kiosk kan. jgn berlakon boleh! aishhh.. geram-geram-geram (takot gak sebenarnye). Mujur ade kak mas masa tu. masa PAKCIK duk syok berlakon tu, kami blah. siap tumpang kak mas nek kete ag walaupun tak sampai 5 minit. haha.
tapi aku bersyukur la sebab minggu seterusnya aku kne wad lain dah, 8b which is medical male.
-----------------------------------------------------
next 2 weeks...
aku tengah rehat kat warung tepi hospital sambil makan-makan. tiba-tiba dapat call dari member aku cakap nampak mcam kelibat PAKCIK tu. eh, mmg sah si PAKCIK. sebab dia tanya aku ade ke x. kawan aku ckp aku xde, g rehat. tidaaaaakkkk!! (bakpe la POKCIK mari sining wat saye debor????? xwahi la gining). adeehhh. aku dah wat plan. k bukak spek, tukar name tag, jalan berlima (4 perempuan-2 laki) aku duk tengah. ok, set! jalan punya jalan ngan mata rabun ni, aku still leh cam PAKCIK tu taw x? aishhh.. jgn tengok dia. tapi... PAKCIK tu cam aku jugak. adoiii~
banyak kali PAKCIK tu panggil aku tapi aku wat xtaw dowh. malas aku nak layan. mujur PAKCIk tu tak naik lif same-same, kalu x mati aku. sampai nya aku kat wad, ade kawan cakap ade org carik aku. hah, PAKCIK tu dah sampai kat atas rupanya! tahu pulak aku kne posting kat wad tu. takpe la sebab dia tak datang dah. masa balik mmg aku tak jumpa dah la PAKCIK tu tapi ade pulak kawan aku yang lain cakap ade sorg DOKTOR mintak no phone aku, dia bagi pulak. PAKCIK=DOKTOR?? adehh. tolong la. aritu gtw keje consultant. bleh pulak die ckp die tu doktor universiti mane ntah, nak no phone aku sebab nk ucap thanks tolong jaga mak dia (mak dia aka patient tu dah kembali ke rahmatullah). eh PAKCIK, kalu nak ucap thanks, ramai ag staff nurse yg keje kat wad tu. saya bukan orang yg sepatutnya. nah thanks kamu!
kebetulan no celcom yang kawan aku bagi tu mmg aku off. aku pakai mxs. jd kalu PAKCIK tu call ke msg ke mmg xdapat la sb lame jugak aku x on time tuh. aku citer kat family aku, ma cakap suh ati-ati, jalan jgn sorg-sorg. abg aku lak suh repot polis sng. tapi aku xtaw nama, ag pun malas nak besarkan citer. hah, ni lah masalah aku, jd peramah susah, tak peramah pun susah! hmm, len kali kalu ade org mintak no phone kwn-kwn korg, jgn bg suke2 hati kat org tak kenal. bahaya taw x??? tp aku xmarah r kat kwn aku sb aku taw xsengaja. tapi ati-ati len kali.
ceh, kire pengalaman pahit aku time posting r mende ni. aku rasa kan, PAKCIK tu mmg dah bese r jd STALKER. xpun mmg ade bakat jd STALKER. aku tak suka STALKER yg macam ni. aku ulang, aku TAK SUKA k!! xpasal2 aku ngaku dah kawen kang! rs nk pakai cincin tp time posting mne leh pkai brg2 kemas ni, jam tgn pun xleh! huhu. k alhamdulillah, smpai saat skg xde gangguan dari dia dah. aku trauma taw x. kalu nampak je org cam ala-ala PAKCIK tu, automatik aku takot. (plz stay away from me!)
p/s: semoga xde dah gangguan yang menakutkan aku camni ag.
Ya Allah, aku meminta perlindungan dari-Mu. ameen~
arini 30/10/2010, ari sabtu. (banyak kali aku ulang. haha.)