Thursday, December 9, 2010

Kerinduan Itu.

-------------------------------------

Malam ini saya teringat padanya. Oh, bukan malam ini saja, bahkan hari-hari yang berlalu sebelumnya. Tak pernah lepas dari ingatan tentang dia. Ya, tentang dia. Oh, bukan dia saja, tapi keluarganya juga.

Dia. Insan yang mendapat tempat di hati saya. Dulu, kini dan selamanya. Tak pernah terdetik yang kami akan berpisah oleh ruang, jarak dan waktu. Namun kerana sebuah pengertian, saya merelakan asalkan dia bahagia.

Saya tak pernah bertemu dengan keluarganya. Cuma beberapa kiriman sms dan hanya pernah sekali bercakap dengan ibunya, itu pun sudah cukup bagiku.

Teringat pula saya pada suatu ketika, dimana titik awal pertemuan kami yang masih setahun jagung. Aku ditunjukkan sekeping foto yang tertera diskrin telefon bimbitnya. Seorang wanita muda dan cantik.

Hatiku dipagut cemburu, siapakah gerangan yang menjelma itu. "Siapa tu?", soalku yang mula dirundum gelisah. "Tekalah", jawabnya untuk berteka-teki pula. "Sepupu?", mindaku buntu. "Mak lah!"

Oh, tak sangka. Cantik. Patutlah anaknya pun tampak segak. Bak kata adik-adiknya, "Ibuku yang muda lagi cantik". Kalau tidak silap saya la.

Teringat juga, apa yang saya sukai, dikaitkan dengan ibunya. Contoh, tomyam. Dia pernah memberitahu ibunya yang saya pun suka tomyam. Wah, malu saya jadinya. Begitu juga dengan lala. Suka betul lala masak lemak suatu ketika dulu. Dia jua bilang ibunya sukakan lala. Lagi sekali, malu!

Setelah mengetahui kami bertiga dilahirkan pada bulan yang sama, saya tersenyum lega. Setakat ini, mengenali mereka yang lahir pada bulan yang sama, mudah untuk bergaul. Entah kenapa, mungkin perasaan saya saja barangkali.

Suatu masa, aku menyatakan suatu harapan pada masa hadapan. Apa dia? Rahsia. Hehehe. Tapi, sekali lagi dikaitkan persamaan antara ibunya. Benarkah? Mungkin kami serasi agaknya. Sekali lagi aku berkira-kira sendiri didalam hati.

Tapi kini, semuanya telah berlalu. Harapan ku ini mungkin menjadi debu-debu yang berterbangan ditiup angin. Ternyata bukan semua harapan ku musnah, kerana secebis hati ini masih ingin percaya, jika dia benar-benar diciptakan untukku, suatu ketika dia pasti kembali. Walaupun hati kecil ini tak berani untuk terlalu mengharap.

Kini jua, si ibu itu masih ku hubungi. Bukan untuk mengambil hati, bukan untuk mengganggu jua. Tapi ikatan hati itu masih ada. Ternyata aku bukan mengenal dirinya cuma, bahkan insan yang sentiasa bersamanya. Si ibu itu, ku jua merindukannya walaupun hati ku tak pernah menyepi dari merindukan anaknya.

Teringat ibunya, teringat jua ibuku. Sebelum bertanya khabar ibunya, saya pastikan khabar baik ibuku diketahui dulu. Ibu. Mereka insan berhati mulia. Pengorbanan dan kasih sayang mereka tak pernah putus.

Walaupun ibuku tak dilahirkan pada bulan yang sama, namun ibu teristimewa. Maafkan saya yang tak pandai menghargai. Begitu saya sayang, namun tak diketahui pula cara untuk menunjukkan. Saya yang tidak pandai menunjukkan perasaan.

Namun, hari ke hari, doaku tidak putus. Untuk diriku dan dirinya, untuk kedua-dua ibubapa kami, untuk kedua-dua keluarga kami, untuk sahabat-sahabat kami, untuk guru-guru kami, untuk mereka saudara-saudara kami. Hanya doa yang mampu daku titipkan untuk semua.

Nukilan: Yang terus mengingati.

-------------------------------------

P/s: Aku jua merindu. Hehe. :) Opss, i found something. Again.

Wednesday, December 8, 2010

Alhamdulillah.

Baru-baru ni result final exam untuk Semester 1 Session 10/11 dah keluar.

Mula-mula aku takleh tengok pun sebab yang keluarnya

PIN INCORECT

Hah. Terbaik betul.

Sebenarnya aku memang dah taw takleh bukak kat situ. Aku kena bukak myiium baru leh cek. Sebabnya aku guna password yang lama. Tak tukar-tukar pun. Biarlah beribu kali aku masukkan pin no yang betul pun, tetap tulis PIN INCORRECT.

So esoknya baru dapat bukak myiium. Satu word je nak cakap.

ALHAMDULILLAH.

Besyukur dengan apa yang aku dapat tak kisah camne pun. Aku pernah rasa down bila dapat result tak macam yang aku harapkan masa kat matriks dulu. Mostly tengok status kawan-kawan sume cakap Alhamdulillah. :)

P/s 1: Kejayaan adalah pinjaman yang sementara. Pemilik mutlak kejayaan hanyalah Allah. Kegagalan pulak tak semestinya gagal selama-lamanya. Yang penting bersyukur walaupun dengan yang sedikit.

P/s 2: Kepada sorg bff ni, congrats. Jangan give up k. Teruskan usaha kamu. Ingat target yg saya pernah gtaw. Fighting!

Sunday, December 5, 2010

Memori Hingusan.

Salam alaik

Baru-baru ni, ada kawan lama added aku masuk dalam group Geng Sek Ren Keb Kepong (1996-2001). Kira kat situ kitorang jumpa balik la mereka-mereka yang dah lama terpisah. Huhu.

Pastu ada plan nak wat reunion 25hb ni kat umah Ust Hassan. Opsss.. Aku tak pasti dapat join ke tak memandangkan semester baru dah bermula. Tapi bila tengok ada yang semangat giler, rasa cam rugi lak tak g. Dah la hampir 10 tahun tak jumpa kawan-kawan lama kan.

Sekarang aku masih dalam dilemma nak g ke x walaupun aku nak jumpa dorang balik. Well, wait and see je la eh.

Pastu semalam aku tegur membe aku sorang ni. Seyes aku tak cam pun sape sampai la aku tengok nama sebenar. Ok, memang muka budak-budak ni ada yang lain giler. Sambil tu sempat ingat memori lama. Haha.


Sempat je dorang nak ngumpat aku. Tapi tak dinafikan la, aku agak nakal, tak matured langsung plus perangai pelik-pelik dan ntah ape-ape ntah. Sampai sekarang pun aku rasa still macam tu. Kebudak-budakan. Hehe.


Tadaa~!! Tiba-tiba ada membe upload gambar ni. Ni zaman budak hingusan. Darjah 2 Berlian Sekolah Kebangsaan Kepong di hatiku. Terima kasih kawan-kawan dan cikgu-cikgu.

Tapi bila nengok gambar ni aku rasa nak gelak tengok muka sorang-sorang termasuk muka aku sendiri. Kihkihkih. Maaf. XD

P/s: Umah aku terletak kat belakang sekolah je pun. Jalan kaki tak sampai 5 minit je dah sampai. Ngee~

Saturday, December 4, 2010

2nd Week Posting.

Minggu kedua posting di Hoshas sudah berlalu. Alhamdulillah. Berbekalkan pengetahuan yang cetek dan pengalaman yang sedikit, aku cuba kuatkan hati untuk meneruskan lagi perjalanan hidup ini. Cewahh, ayat~!!! Hehe.

Aku masih kat wad yang sama iaitu wad medical, Kenanga 14. Senang aku katakan, minggu ni tak sesibuk minggu lepas tapi penatnya berganda. Aku pun tak pasti kenapa. Tapi terbukti bila aku asyik cepat penat dan tido awal sebelum kul 12. Sedangkan b4 ni kul 1 2 pagi baru aku tido pun takpe.

Masa tido pulak aku tido terbalik daripada orang lain gara-gara nak elevate kaki kat kepala katil. Nak promote venous return la kan. Tapi memang la penat bila posting ni.

Experience kat wad makin baik kot. Suka kot wad tu, walaupun sibuk tapi staff nurse baik-baik. Yang dulu macam kurang senyum dan asyik bebel pun dah jadi ok ngan kitorang. Dah mula selesa agaknya. Cuma ada la satu dua tu yang... Emm, malas la nak cakap. Rasa tak baik pulak walaupun geram kan.

Kalau patient yang lama dan dah biasa tengok hari-hari tu, kira macam ok la kalu nak sembang-sembang. Ada yang keluar tapi masuk balik. Ada yang dah meninggal yang memang aku tak sangka secepat tu. Boleh la nak kata macam-macam penyakit ada. Yang aku takleh lupa, ada patient tu dia nyanyi kuat-kuat lagu english, melayu, cina bila anak dia suh nyanyi. Kerenah dia macam-macam sikit tapi terhibur gak kadang-kadang.

Berbalik pasal kerja, biasalah student kan. Banyak lagi tak belajar. Kadang-kadang wat mistake kena marah. Apa yang aku fikir, learn from it. Ada sekali tu kena marah ngan JM, aku rasa nak nanges taw. Tu first time la, biasa tak main la nanges-nanges ni. Huhu. Mungkin sebab kena banyak sangat ngan dia kan.

Kadang-kadang selalu gak dengar makcik-makcik yang jaga suami dorang kan selalu cakap: Bagus la nurse-nurse ni, banyak pahala dapat. Sanggup wat kerja-kerja kotor main taik kencing orang. Sape sanggup. Ada jugak yang makcik sorang ag cakap sambil tepuk-tepuk bahu aku: Wat kerja niat ikhlas dik, banyak pahala dapat.

Terharu mendengar. Bukan apa. Kadang-kadang bukan tak ikhlas, tapi bila tengah stress macam kena paksa wat kerja pun ada. Oh tidak! Ang, sila setkan balik niat anda lain kali ye. Huhuk. Tapi aku selalu pesan kat diri sendiri, ikhlaskan hati, sume benda jadi senang dan tak membebankan. Ada peluang nak belajar, cuba buat.

Ada gak fikir, kalau aku kat tempat patient kan, mesti nak layanan bagus gak. Takmaw garang-garang. Satu ag, aku ni suka senyum. Tapi kat wad tu kadang-kadang aku pakai je mask. Bila senyum, orang tak nampak. Aku rasa stress dan rasa nak buang terus mask tuh. Haha. Ada pulak camtu.

Hmm, apa yang aku masih tak jumpa ag, buku cross aku. Sedih weh. Tapi nasib baik la Bro Khairul baik hati. Dia bagi aku cross kat kertas kosong pastu suh claim balik ngan dia bila dah ada buku baru. Adeh, harap-harap jumpa balik yang dah hilang tu. Tak pasal-pasal kena wat dari awal. Takpela, redha. Huhu.

Ari last aku posting syif pagi. Aritu rasa cam mesra semacam je ngan ramai patient dan family. Kawan-kawan pun cakap camtu. Mentang-mentang nak cuti dah kan. Hee~ Tapi apa pun, aku bersyukur la dapat habiskan 2 minggu ni dengan jaya nya kot. Alhamdulillah. :)

P/s: 1st week beli makanan kat kantin, 2nd week masak sendiri dan bawak bekal dari rumah. Sampai bosan sebab lauk hari-hari mesti ada telur ngan kobis. Aiyarkk~ Bersyukur apa yang ada.

Emo Edisi Baru Lagi.

Tadaaaa~!!!
Ni lah hasil kerja saya.
Ikut tangan dan idea je nak conteng ape.
(sambungan entri lepas: Kerana Bosan)

Ok.
Drawing ni disusun mengikut tarikh dan masa.
Saja-saja lukis.
Tak perlu fikir bukan-bukan.
Just untuk suka-suka kot.
*Emo* Haha.







Thats all. :)
(Ada ag dua tiga tapi malas nak upload. Ngee~)


P/s: Yang gambar bunga tu, asal-asal conteng je. Tapi taktaw leh jadi camtu lak pas tambah daun dan kelopak sikit. Hehe. Sangat suka bentuk Heart~!! jadi main character lak instead of orang. Haha.

***Kering idea balik***
Haha.

Kerana Bosan.

Entri kali ni saja je nak tunjuk hasil kreativiti aku bila duk temerloh. Padahal aku bosan sebenarnya. Duk sana taktaw nak wat pe. Haha.

Rutin Harian untuk Syif Petang:
Pagi- Bangun, solat, tido balik, mandi, masak, gosok uniform. Ada masa free sikit sama ada tengok movie, conteng-conteng, dengar lagu atau tido balik. Nak jana tenaga la katakan.
Petang- Pastu g posting balik malam.
Malam- Mandi, basuh baju, solat, rehat, wat apa perlu, tido.

Rutin Harian untuk Syif Pagi:
Pagi- Bangun, mandi, solat, siap g posting.
Petang- Balik, tido, mandi, solat. tido balik kalu perlu.
Malam- Masak, makan, gosok baju. Ada masa free sikit sama ada tengok movie, conteng-conteng, dengar lagu (sama macam kat atas). Pastu tido.

Nak katanya disini, bila duk umah kat temerloh tu, taktaw nak watpe. hari-hari mende sama je. Penat tu memang dah satu. Satu ag bosan. Huhu. So yang jadi mangsa, my lappy la.

P/s: Sorry sebab guna entri lain nak upload gambar. Memang sengaja pun. Hehe. Entri No.Memory.Forget dan EmoEdisiBaru pun ada sedikit hasil. Ngee~!!

Posting. Balik. Penat.

Salam alaik

Penat. Aku penat yang teramat sangat sekarang. Taw nape? Sebab aku angkut beg+beg+beg+beg yang banyaaaaakk giler sekali gus.

Actually pagi tadi aku syif pagi. So petang ada masa nak packing barang sume kan. Tapi for sure la aku tido dulu puas-puas sebab letih kan. Tambah pulak posting da abes. Alhamdulillah.

Disebabkan tak sume yang balik kuantan, jadi ade la kawan-kawan yang kirim barang suh bawak balik sekali. Ok, boleh je, tak kisah la kan.

Tapi masa tunggu bus, lama giler tak sampai-sampai kat umah kitorang, Tunggu punya tunggu, rupanya bus tunggu kat tempat lain. Adeh, semangat angkut beg sejak kul 10 malam. Kul 11 lebih baru sampai kot.

Tak sangka la pulak takleh nak simpan beg besar-besar kat bawah kan. So angkut la naik bus sume-sume tu. Giler penat. Berat giler kot.

Perjalanan dari Temerloh ke Kuantan takla lama sangat tapi cukup untuk wat kami tertidur. Syok giler leh tido! Rasa cam takmau bangun. Alhamdulillah, sampai pun dalam kul 1 pagi lebih-lebih sikit. Hehe. Pastu bermulalah tragedi~

1. Nak turun bus pun susah. Beg-beg aku bawak kiri-kanan-depan-belakang wat aku takleh lalu dengan senang hati kat laluan yang semestinya sempit itu. Tersekat-sekat kena seat.

2. Kaki baru nak pijak tanah. Tiba-tiba... Gedebuk~!!!! Haih, jatuh bertaburan barang-barang. Orang suh aku bangun tapi aku tak bangun-bangun. Taw nape? Sebab aku start mengantuk dan lega dapat duduk walaupun asalnya aku jatuh. Haha. Masa tu tak fikir sakit ke luka ke apa dah. Asalkan kaki tak seliuh dan sampai bilik dengan kadar segera.

3. Pipah tolong aku angkut sekali, tapi ngan beg-beg dia jatuh. Kesian sungguh kami!

4. Dalam 8-10 kali terpaksa berhenti sebab penat giler-giler. Seyes aku cakap penat yang teramat giler-giler. Cuba gak bawak sume beg sekaligus sebab memang dah tak mampu nak naik turun banyak kali.

5. Tengah-tengah angkut beg, aku terpaksa berlari g tandas. Geram sebab bladder aku memang dah full. Now or never. Haha.

6. Ada kucing ikut sampai ke bilik. Tapi mintak maaf. No food is available. Huhu.

7. Alhamdulillah. Gembira giler sebab dah sampai bilik. Kepenatan tu rasa berbaloi sebab sampai dengan selamat walaupun luka sikit.

8. Azam nak balik memang nak on9. Penat tak penat memang tak kira dah. See. Bukti adalah entri ni. Muahahaha~

9. Esok bus balik ganu kul 10 pagi. Semoga tak malas-malas nak packing barang pagi esok. Takut takleh bukak mata sebab penat teramat sangat ok!

P/s: Kepenatan malam ni rasa macam 100x ganda penat dari posting yang berdiri 7 jam tuh. Huhu. Hmm, update lain la untuk posting 2nd week k.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...