Salam alaik.
Entri kali ni pasal coklat. Hm sapa kat sini suka coklat, sila teruskan baca. Kalu tak suka pun, silakan jugak baca. Haha. Alhamdulillah, semester baru-baru ni aku banyak makan coklat berbanding biasa. Errk, ayat sepatutnya di hujung semester. Hehe.
Aku suka coklat. Tapi bukan la giler coklat. Kalu tak mesti badan aku dah chubby kan. Hehe. But apa yang specialnya pasal coklat? Sebab ia sedaaaap... dan orang bagi memang la sedap kan. Haha :)
Semenjak dua menjak yang lalu, aku kerap tak sihat. Sangat kerap. Aku pun tak tahu la kalu immune system aku makin lemah, tapi mungkin environment tak berapa sesuai especially masa posting kat HUSM aritu. Selsema dan demam.
Ok. Takde relation pun sakit aku tu ngan kisah coklat. Hehe. But luckly kan, makan coklat bila selsema sangat mengcomfortkan aku. Pendek kata, bila teruk giler aku bersin tak henti-henti, aku suka masukkan something dalam mulut supaya bersin aku tu tak menjadi-jadi. Contohnya aku makan gula-gula tanpa gigit-gigit la, or makan nasi ke. Automatik benti jap bersin-bersin tu.
Beza gula-gula ngan coklat, bila coklat tu cair dalam mulut tu. Perghh sedap. Sweet sangat. Hehe. Tambah-tambah orang cakap makan coklat dapat kurangkan stress. Dapat makan pulak bila nak exam. Lagi best. Nyum~
Ok. Ini coklat first dapat masa ada program D-Tube pada 25 November 2011. Waa sampai ingat tarikh tu. Apapun sampai sekarang aku simpan lagi k. Tak makan-makan after dapat warning jangaaaaan makan sebelum abes posting! Haha.
Second coklat dapat masa tengah study group ngan kawan-kawan kat bilik aku masa nak exam. Terkejut jugak tiba-tiba dapat lagi coklat. Handmade coklat. Yeay. Ada 7 coklat dalam satu bekas tu. Siap ada bunga warna purple. Motif ada bunga? Jiwang. Haha. Coklat itu sangat membantu saya ketika menghadapi selsema. Nyum-nyum. Tapi gambarnya lupa diambil kok. T-T

Third coklat adalah yang seperti diatas. Berbekalkan notes Obstetrics yang setebal 2.5 inci (hmm agak-agak je) sebagai peneman, sekali lagi dapat coklat. Seyes macam tak percaya. Sampai rumet aku cakap, dapat coklat lagi? Haha. Untung la. Hujung semester dapat coklat aje. Hehe. Alhamdulillah rezeki.
P/s: Jutaan terima kasih kat Cik Bulan terang. :)








