Saturday, January 21, 2012

When people with different blood groups study...

Salam alaik.

First time aku tengok pic ni kan, gelak besar aku. Sebab? Macam kelakar dan ada la terkena sikit-sikit ngan aku. Haha. Eh cop. Pic ni pasal apa ek? Meh kita tengok. Jeng-jeng-jeng!

When people with different blood groups study...

Group A: Better prepare earlier. Gain confidence through hardwork. Confidence is source of motivation for Group A.

Group O: Able to concentrate unusually. Excellent memory.

Group B: Easy to lose focus. So start with the subjects that you hate most.
Group AB: Unable to stand the boredom and stay awake overnight. So, plan a proper timetable.

Aku dah lupa dari mana sourcenya tapi aku jumpa ni dalam fesbuk. Aku pun save la dalam lappy sebab macam kiut je. If I am not mistaken, kartun ni dilukis berdasarkan kajian. Tapi sejauh mana kebenarannya tu aku tak pasti la.

Ada jugak aku tanya kawan-kawan blood group dorang apa. Saja nak test. Ada yang betul dan ada jugak yang tak betul. So conclusion, cara study tu depends kat masing-masing jugak la kan. Different people different method. Haha

Pic ni memang nice la. Aku ni darah AB. Memang bila nak study, bukak je notes, pandang je tulisan-tulisan.. Fuuhhh~ Mata rasa nak tertutup je. Unable to stand the boredom la katakan. Haha. Tapi kan aku ni jenis study overnight. Study siang-siang lagi cepat ngantuk. Stay up malam-malam tu kira dah biasa dah. But takdela sampai tak tidur langsung kan. Muka zombie? Haha. Rasakan~

Ok. Jangan percaya sangat. Just for fun. Mana la tahu tengok ni barulah terfikir, "Owh camni rupanya aku ek? Memang betul laa.." Haha. Btw sebenarnya aku rasa entri ni sesuai dikala waktu exam menjelang, tapi pedulikan la. Aku rasa nak update sekarang jugak. Hoho~

P/s: My boyfriend is type B!

--> Opps.. Ni tajuk cerita korea laa. Dah bertahun nak tengok tp tak tengok pun. Lee Dong Gun berlakon kalu tak silap. Huhu.

Friday, January 20, 2012

Yakinkan Aku.

Salam alaik.

Fikiran melayang seketika. Sambil-sambil menghadap kebosanan di rumah. Melewati cuti tanpa apa-apa plan memang membosankan. Seperti biasa, terperap dirumah adalah agenda utama waktu cuti. Hmm.

Takpelah. Masuk sem baru nanti mungkin sibuk tak henti-henti, baru sibuk-sibuk nak bercuti. Ku cuba memujuk diri. *Hoho. Kenapa ni wahai cik Ang?*

Tiba-tiba sesuatu menerjah benak fikiran. Sesuatu yang tak sepatutnya aku fikirkan sehingga buat diri ini sedih dengan sendiri. Dan dikala ketidaksibukan ini, mula lah nak fikir macam-macam. Yang bagus tu, bagus la. Yang tak bagus tu, kena elakkan. Tak baik untuk diri dan orang lain. Tak baik untuk kesihatan juga. Aigoo~

Tapi tipulah kan jika kata kita ni tak pernah berfikiran negatif langsung. Tak kisah la tentang apa pun, tentang kerja, tentang study, tentang friendship, atau apa-apa je. Lagipun kita ni manusia biasa, tak sempurna, selalu buat kesilapan. Apa yang penting? Apa kita nak buat bila fikiran-fikiran sebegitu mengganggu? Hmm jawapannya kena fikir positif balik. Dan buang yang negatif tu.

Salah satu sikap yang aku ada, suka sangat memendam rasa. Dan aku tahu ramai je yang camni jugak kan. Btw aku temui seseorang yang kami senang berkongsi. Tentang apa-apa saja katanya. Alhamdulillah. Bertambah Bff saya yang kalau dikira sangat sedikit bilangannya.

Its true yang dalam hidup ni sangat susah untuk cari orang yang betul-betul kita nak percaya or berkongsi. Hm based on experience. Bukan semudah tu je kita nak share ngan semua tentang apa yang kita lalui or rasai. Betul ke tak? Hmm tepuk dada tanya diri sendiri. Once da jumpa mereka yang kita percaya, jagalah amanah itu. Ok, pesanan untuk diri sendiri jugak terutamanya.

Special thanks to cik Bulan yang suka amek berat pasal saya. Dari awal kenal lagi memang dia asyik pesan ada pape share je. Tak perlu pendam sorang-sorang. Sesungguhnya saya memang seorang yang suka memendam rasa. Huwaa~ Tadi pun terfikir something hingga wat aku rasa takut sendiri. Ish, tak patut la cik Ang.

Ok. Awak dah yakinkan saya. Jom berfikiran positif. Ayuh buang segala rasa negatif. Dan senyum selalu. :)

Hehe. Tiba-tiba teringatkan pic ini. Motif? Mind over matter. If you don't mind, it doesn't matter. Rite? :)


P/s: Agak-agak sem depan busy yang macam mana pulak ye? Huhu.

Thursday, January 19, 2012

Tentang Coklat.

Salam alaik.

Entri kali ni pasal coklat. Hm sapa kat sini suka coklat, sila teruskan baca. Kalu tak suka pun, silakan jugak baca. Haha. Alhamdulillah, semester baru-baru ni aku banyak makan coklat berbanding biasa. Errk, ayat sepatutnya di hujung semester. Hehe.

Aku suka coklat. Tapi bukan la giler coklat. Kalu tak mesti badan aku dah chubby kan. Hehe. But apa yang specialnya pasal coklat? Sebab ia sedaaaap... dan orang bagi memang la sedap kan. Haha :)

Semenjak dua menjak yang lalu, aku kerap tak sihat. Sangat kerap. Aku pun tak tahu la kalu immune system aku makin lemah, tapi mungkin environment tak berapa sesuai especially masa posting kat HUSM aritu. Selsema dan demam.

Ok. Takde relation pun sakit aku tu ngan kisah coklat. Hehe. But luckly kan, makan coklat bila selsema sangat mengcomfortkan aku. Pendek kata, bila teruk giler aku bersin tak henti-henti, aku suka masukkan something dalam mulut supaya bersin aku tu tak menjadi-jadi. Contohnya aku makan gula-gula tanpa gigit-gigit la, or makan nasi ke. Automatik benti jap bersin-bersin tu.

Beza gula-gula ngan coklat, bila coklat tu cair dalam mulut tu. Perghh sedap. Sweet sangat. Hehe. Tambah-tambah orang cakap makan coklat dapat kurangkan stress. Dapat makan pulak bila nak exam. Lagi best. Nyum~

Ok. Ini coklat first dapat masa ada program D-Tube pada 25 November 2011. Waa sampai ingat tarikh tu. Apapun sampai sekarang aku simpan lagi k. Tak makan-makan after dapat warning jangaaaaan makan sebelum abes posting! Haha.

Second coklat dapat masa tengah study group ngan kawan-kawan kat bilik aku masa nak exam. Terkejut jugak tiba-tiba dapat lagi coklat. Handmade coklat. Yeay. Ada 7 coklat dalam satu bekas tu. Siap ada bunga warna purple. Motif ada bunga? Jiwang. Haha. Coklat itu sangat membantu saya ketika menghadapi selsema. Nyum-nyum. Tapi gambarnya lupa diambil kok. T-T

Third coklat adalah yang seperti diatas. Berbekalkan notes Obstetrics yang setebal 2.5 inci (hmm agak-agak je) sebagai peneman, sekali lagi dapat coklat. Seyes macam tak percaya. Sampai rumet aku cakap, dapat coklat lagi? Haha. Untung la. Hujung semester dapat coklat aje. Hehe. Alhamdulillah rezeki.

P/s: Jutaan terima kasih kat Cik Bulan terang. :)

Super Busy Year 3 Sem 1.

Salam alaik.

Seyes aku rasa nak update sangat-sangat apa yang dah aku join dan buat sepanjang semester baru-baru ni. Tapi tak mampu pulak nak tulis tentang semua sebab rasa macam dah lama berlalu. Berbulan-bulan lepas dah. Adeh, ni la padahnya bila tinggalkan dunia blogging sekejap. Rasa tak tenang je bila ada benda tertinggal. Haha.

Takpelah. Just nak share sikit-sikit je. At least ada jugak kan. Ni la antara sebab-sebab aku agak super busy for this sem. :)

Grand Camping.

Medical Check-up & Exhibition [CONVEST 11].

National Nursing Students Symposium [NANSYM].

Visit to PENGASIH.

D-Tube Competition.

Dan macam-macam lagi. Plus assignments yang saaaaangat banyak menjangkaui batas. Aku tak pernah rasa sem yang banyak assignment macam tu. Seyes! Haha. Lagipun lots of things yang aku alami throughout this semester. Suka dan duka, tapi biarkan sekadar menjadi ingatan dalam diri ini. Hehe. :)

P/s: Alhamdulillah. Praise be to Allah.

To Moon. From Star.

One night.

I made some stars. The pink one. Then the blue one.

I would like to give them to someone I just knew.

I was looking for a container. Not a big one for these tiny little stars.

Found it!

But made them all in one night wasn't enough.

Tomorrow morning, I continued to make the rest.

Finally came out with an idea to list out #20 short notes.

Done!

I gave it immediately after that person came into lab.

I hoped the Moon would remember the Star although they were being apart.

Just for a moment.

Remember me when you are looking at little stars.

P/s: Got blue notes in exchange.

Saturday, January 14, 2012

Final Exam Sem 1 Year 3.

Salam alaik.

Ok. Aku tahu aku lambat. Sangat lambat. =.='

Dah abes exam baru nak update kan. Ehem. Maklum la semangat nak blogging baru datang balik. Hehe. Untuk sem ni, aku amek 6 subjek seperti dalam gambar dibawah termasuk Badminton skills.

Alhamdulillah. Berakhirnya final exam merupakan kemerdekaan sementara bagi pelajar-pelajar sekalian alam. Ditambah pula, exam kami bukan sekadar written exam tapi ada jugak practical exam atau namaya OSPE.

Alhamdulillah. OSPE kali ni aku lulus walaupun minor mistakes tu memang wajib ada setiap kali OSPE. Harap-harap lepas ni dapat improve lagi skills dalam bidang ni. Its not easy to be a nurse, but its enjoyable jika kita wat sesuatu dengan ikhlas. :)

Sem ni rasa agak relax bila study untuk final exam walaupun subjek tough. Mungkin sebab kami dah tukar cara study kot. Sebelum ni selalu study sorang-sorang dan banyak topik nak kena cover. So this sem kami wat study group dan bahagi-bahagikan topik, then presenting them. Tapi jadi zombie waktu malam masih takleh nak dielakkan la. Haha.

Usaha dah. Sekarang doa dan tawakkal masih diperlukan hingga la result keluar. Fuh. Berdebar. =.='

Till next time. :)

P/s: Harap dapat cek result nanti. Saman dah bayar ok!

I Am Back!

Salam alaik.

Heart-and-Soul's owner is back! Yeah I am here. Again.

Hello 2012.

Lamanya aku tinggalkan belog ini kesepian. Well, I hate to admit this. But ini kali kedua aku dah biarkan belog ini sepi tanpa bicara. Ya, kali kedua. Dulu hampir setahun aku biarkan je sampai berhabuk. Ni aku tinggalkan selama 2 bulan. Agak lama bagi aku yang sebelum ni memang penulis belog tegar. Haha.

Alhamdulillah. Semester ni dah berakhir beberapa hari lepas. Sumpah banyak giler aku nak update pasal this semester yang superbusy ni, tapi apa yang aku nak update tu semua bagaikan mimpi je. Biarlah bersemadi dalam memori ingatan je. Dah tak larat kot nak tulis semua yang aku dah lalui sepanjang sem ni.

-Grand Camping
-Intrapersonal skills program
-Convest
-Nansym
-Visit PENGASIH
-Posting
-Exam
-Happiness
-Sadness
-Health status
-bla bla bla

Semua-semua tu kalu boleh aku nak update. Hm anggap la takde rezeki nak menulis kali ini. Entah kenapa hilang semangat seketika. Mood pun boleh tahan swing-swing jugak especially masa awal-awal sem. And so many things happened to me lately. :)

Owh ok. Aku tak lupa yang umur semakin meningkat. Really? Yeah. Tanggal 18 Safar 1433 yang lalu, aku dah genap 23 tahun mengikut kalendar Islam. Ang, pls be matang sket pasni. Huhu. =.='

Somehow, sekarang aku dah semangat balik nak menulis. Tapi blur pulak nak update ape. Haha. Apepun, welcome home Ang. :D

P/s: Open new chapter in life.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...