Friday, November 5, 2010

Sedih. Nasihat. Sayang.


aku sedih ngan beberapa perkara. tak tau camne nak describe. hmm, rasa tak perlu describe pun. sekarang masih tak jumpa jalan penyelesaian yang sesuai dan terbaik. rasa macam makin teruk pulak. tamaw-tamaw-tamaw. aku rasa sedih-sedih-sedih. dah lama aku nengok, jadi pemerhati. kadang-kadang cuba usaha yang terbaik, cuba cari peluang untuk mereka, tapi masih temui jalan buntu.

entri kali ni bersifat neutral. aku bukan orang yang layak nak cakap hal-hal ni. tapi aku seorang manusia biasa yang ada hati dan perasaan. dan aku yakin kamu semua pun sama je kan? aku taknak salahkan sape-sape. yang pasti sume orang ada kekurangan masing-masing. meskipun masalah ni tak melibatkan aku secara langsung, tapi secara tak langsung, kesan dia amat aku rasai. mungkin kerana aku dah kenal masing-masing dah lama.

setengah hati rasa cam taknak masuk campur. tapi separuh lagi rasa aku perlu atas dasar tanggungjawab dan hak sesama kawan. yet its true, time is not a benchmark to know who the real person are. tapi perjalanan dan pejuangan kita masih lama lagi. beberapa tahun ni pasti muka yang sama je, tak lari ke mana-mana. hatta, mungkin suatu hari nanti, keje tempat sama, mungkin tinggal kat tempat sama, dan macam-macam kemungkinan lagi.

Allah tu Maha Mengetahui. Dia tahu jalan mana terbaik untuk kita semua. Dia tahu dengan siapa kita patut jumpa, dengan sape kita patut berkawan. Dan setiap yang terjadi bukan hanya kebetulan, tapi sume tu perancangan dari Dia. Takde manusia kat dunia ni yang sempurna. Tahu sebab apa kita jumpa? Sebab kita saling memerlukan. Ada yang salah, tegur. Yang silap, sama-sama betulkan. Yang baik, sama-sama hepi. Tapi aku tahu, sume tu bukan sesenang yang disangkakan?

sebab hati manusia lain-lain. yang tu fikir camtu. yang ni pulak fikir camni. penyelesaian yang masih tak jumpa ni sebenarnya ada. terbuku dalam hati masing-masing je kan. aku taw masing-masing pun dah cuba terbaik kan. its easy to forgive, its hard to forget. apepun, ingat 2 perkara lupa 2 perkara macam yang pernah aku post sebelum ni (klik sini). ingat, mentari tak selalu membakar, hujan tak semestinya banjir! (erkk, apa aku cakap nih). apa yang kita lalui sebelum ni menjadikan kita yang sekarang, apa yang kita wat sekarang mencorakkan kita pada masa hadapan. think the best solution and i will pray the best. sebab saya sayang kawan-kawan saya.

dengan ungkapan Bismillah, aku post entri ni dengan harapan dapat wat sesuatu biarpun hanya melalui penulisan yang tak seberapa ini. terima kasih. dan maaf juga. :)

:)

p/s: kawan aku ade tagged video cikgu shida kat fesbuk. adeh, femes betul minah tu. tapi memalukan la nengok. haih. semoga kembali ke pangkal jalan. (-___-")

Thursday, November 4, 2010

Camwhore.

Salam n Hi readers! :)
entri kali ni nak buktikan betapa gilernye budak bertiga nih
nak amek sume gambar guna webcam kat lappy nurul.
mai kita saksikan..

detik permulaan. 1st pic kami depan KOM.
time ni baru balik dari briefing utk this coming OSPE.

--------------------------------------------------------

then arini kami Bosan. Plan. Kuar.
yang special nye, kami amek pics ni sume
pas balik dari jalan-jalan.
masa jalan-jalan xde pulak. haha
lokasi: bilik m3 4.4
masa: around 11.45-12.15 noon kot

testing. testing. testing.



Camera sangat suka pd kami~!!!

bajet ayu la korang! aku je cool. XD

comel-lawa-cantek? yeke? koya ah mung.

mak aih~macam pelik ja aku nengok.

apakah? sume reaksi berbeza. heh.

--------------------------------------------------------

n the best pic for today goes to
tadaaaa~!!

love this mucho-mucho

creadit to nurul
for her lappy n editing pics

starring by:
ang-nurul-ana

p/s: actual nursing diagnosis:
gilo r/t kebosanan melampaw a.e.b. tuh bukti-bukti kat atas~

Bosan. Plan. Kuar.

Salam. Hi readers.

semalam aku book kete ingat nak kuar awal pagi dalam kul 7.30-9.30. plan nak g klinik gigi ngan ofis kat JHC, Jalan Hospital Campus. tapi entah nape ntah aku ngan membe aku pk: eh esok deppavali, cuti! mesti la tak bukak kan. dushh~ nak tukar plan camne ni. kalu cancel kete tu, nt nama aku kena blacklist xpasal-pasal kan. padahal bukan aku driver. dah la aku tulis kt msg nama aku ni Madi. hoho. eh, nama sebenar ape? madihah kot.

gara-gara semalam punya la Heart aku ni mengatasi MIND aku nak tido lewat kan (klik utk entri lepas). pastu tak pasal-pasal bangun lambat, mintak nak guna kete kul 9 pagi. alhamdulillah, dapat. Tapi... kitorang kuar kul 9.30 tak pasal-pasal pulak kena bebel ngan bro tu sebab amek lambat. huhuk.

then tuan punya kete tu cakap kul 11 ade orang nak guna, sempat balik tak?. aku jawab, sempat je. betul ni sempat?, aku ditanya lagi. Insyaallah, jawab ku. eh jangan main-main katanya. aiyarkkk.. aku pun cakap, insyaallah tu main-main ke?? haih. xpuas ati aku. bukan apa, tu la janji melayu, sebut janji mesti kena tepati tapi kalu sebut je insyaallah, kira boleh tepati atau mungkiri kah? ishh.

k sambung balik. kitorang kuar g tengok klinik gigi, eh bukak la! tu diaaaaa! esok la deppavali ooiii! (O_o) tapi terpaksa batalkan niat aku sebab ramai sangat orang. ni gara-gara ingat klinik tutup. haha. yes! bank pun bukak. leh bank-in duwet. saya nak belajar menabung. pastu ade chance nak g ECM, East Coast Mall nak beli Big Apple! dan sedikit barang-barang. hehe. then ingat nak g pejabat pos tapi tutup pulak. takleh nak renew lesen motor aku. sedih.

takpelah. pasal klinik gigi ngan renew lesen tu kat umah la (kalu sempat). yang penting, ape yang aku idam-idamkan aku dapat arini. haha. masa balik tu kan, ingat nak makan big apple terus tapi better makan nasik dulu. pas makan-on9-tido-bangun. aku rasa cam tak dapat menahan diri nak makan big apple tu sangat-sangat!

weh, bgn-bgn-bgn!!! ak kempunan neyh~~!!
nak mam~~!! lame da ak ngidam.. cepat3x~~!!!!! :'(
ingat anta ikut fesbuk leh kejutkan dia ke? haha

seyes aku asyik intai je my rumet tgah tido and duk pusing-pusing keliling plastik big apple tu. nak makan sangat-sangat. tepat jam 5.50 petang, tangan saya secara diam-diam g curik Alien sekor dalam kotak tuh. nyumm-nyumm. lagi dua tunggu makan sama-sama t.


tengok kotak pun macam nak gigit-gigit je.
lama sangat tak makan camni la jadik.

yang dalam bulat-bulat merah tuh aku punye
makan sampai menjilat kuku.

ok. yang ni lak gambar kitorang kuar tadi. sempat amek sikit je. erkk.. satu sorang je sebenarnye. haha. takpela, at least ada kan. :)


baru balik dari cafe beli makanan utk lunch. with my rumet.

ni la driver kami. ganas kot drive kete. haha.

yang ni bawah ni gambar kuar baru-baru ni. niat nak kuar makan bertukar jadi window shopping. pastu tukar jadi shopping mode. haha. beli la t-shirt ngan seluar. jeng3x!


gambar tak jadi tapi boleh la. asal ada. :p

duk jalan-jalan sampai tak ingat pape. hehe.

p/s: eh, OSPE dah dekat. jangan lupa. esok start praktis jom!

Blabbing.

i have and i need to sleep rite now
got something to be done tomorrow morning
already booked a car for two hours
but im not a driver yet
hey friend! wanna go sumwhere? u've licence, did u? heh.
yet my eyes just don't wanna close (-___-)
i used to sleep around two to three o'clock actually

hey eyes! pls close together tightly
if not, ur master may get panda-eyes
haha. must be soO cute (O__o)
hey, are you kidding me??!
pls let ur handsome-whited netbook to take some rest
it's tired already u know
24/7 functioning with just a few short breaks
facebooking n blogging all the time??!!

hey! im thingking of sumthing~
i missed everything~
owh my mind, pls listen to my heart sumtimes
could u??
mind: ok then.
heart: thanx.
mind: just this time.
heart: i don't think so.
(?__?)

wat am i talking about? arghhh~
im out of my mind kOt
haha. kringgg~ krinngggg~
ok, its time already.
publish this post and sleep. deal?
yeah, deal!

p/s: wats wrong with her? she's talking to herself! haha. (~.~")

Wednesday, November 3, 2010

This Coming OSPE.

jadual OSPE da kuar!

entri ni lambat sket. sume orang da taw jadual masing-masing pun. haha. OSPE bakal tiba pada 8/11/2010 ni. hmm, OSPE kali ni macam dulu jugak. kena pakai uniform lengkap. banyak pantang larang. b4 and after kena quarantine berjam-jam kot (tapi depends kat jadual masing-masing). ade 6 stations meaning ade 6 students dalam satu masa. masa diberi 30 minit utk completekan procedures yang perlu wat (mengikut soalan diberi nt).

cuma kelainan kali ni, susunan jadual setiap orang tak sama macam dulu. kalu yang lepas-lepas kan, aku memang kena sesi petang. Alhamdulillah, masa first OSPE aku dulu (gementar-takot-gemuruh-giler), risaw gak la kena tanya macam-macam. masa tu kat station yang aku dapat 2 orang je lulus. memang bersyukur giler time tu. markah OSPE affects banyak subjek kot.

untuk OSPE kali ni, aku dapat pagi which 10.30-11.05 am. semoga kali ni dapat wat lebih baik dan tak kalut macam CSPA aritu (klik utk entri lepas). yang tu memang hancur giler ah. risaw-risaw-risaw sb ade sesetengah procedure yang kurang praktis kat lab dan masa posting pun tak banyak kena wat. hmm. cuti pun cuti jugak, nak praktis.. erkkk... ang!! sila guna imaginasi anda utk praktis ok. anggap sume equipment tu depan mata. aishh. xleh jadi ni.

lagipun OSPE nanti, ade external examiners. aiyarkk. lectures da pesan jangan malukan Kulliyyah of Nursing. baik! kami acu-cuba-try-test. :'( doakan saya ye. markah OSPE ni 20% untuk 3 core subjects: MSN 1, MSN 2 & MSN 3..!!!

p/s: nak yang terbaik tapi kurang praktis? erkk.. gudluck guys: KON batch 6~

TerBasuh TerMometer.

semalam kan..

pas balik dari makan-makan

(xpasal-pasal g shopping. hehe)

aku nak basuh baju yang melambak-lambak dlm bakul kan

(rajinnye aannggg!!! XD)

pastu aku terlampau rajin sangat kan

(yey! rajin-malas-rajin)

esok pagi aku baru g amek baju kat mesin basuh

(pagi ke tengahari??)

tibe-tibe kan..

aku nampak satu mende kecik n halus kan

(apakah mende itu?)

TERMOMETER???

kat paling atas sekali lak tu kan

(sis mane la yang punggah aku punye baju. mesti terkejut ade mende tu)

aku punye la cek termometer tu kan

(abes basah. mujur tak pecah sebab ada sarung)

konon-konon nak cek suhu baju-baju aku la kan

(mak aih~ terkejut aku!)

dalam sejarah hidup aku, tak pernah tengok bacaan termometer tu paling tinggi giler camtu kan

(paling tinggi aku tengok dalam 40 something sebab patient demam)

mesti sebab dye pusing-pusing dalam mesin kan

(termometer pening! haha)

aku takut gak kalu pecah, merkuri dalam tu bahaya wooOO!!

(bahaya. jgn sentuh merkuri dgn selambe, leh serap dalam kulit taw. nt leh dapat cancer or myb un fertile)

tapi masa aku cek-cek macam ok leh nak guna ag kan. haha

(kalu x kne beli lain la. termometer ke-4. huhuk)

rumet aku ternampak termometer tu b4 aku sedar~

(malu aih~~)


p/s: lama xbasuh patrick. wangi takpe. haha.

Tuesday, November 2, 2010

Bosan. Belog. Fesbuk.

owh, dah bulan november rupanya. cepat betul masa berlalu setelah dihitung-hitung. kepala masih berfikir apa yang perlu ditulis. buntu! takde idea terlintas. namun jari-jemari galak menari di papan kekunci si notebook ku ini. hmm, bosan agaknya. biarkan je. kawan-kawan lain nak exam, study, aku disini bagai hilang acara, taktaw nak watpe.

arini takde pape yang istimewa berlaku. sume biasa-biasa saja. lantaran, seperti kebiasaan laman 'mukabuku' dan 'belog' menjadi teman. seolah-olah mereka tu dunia ku. mungkin kerana kehadiran ramai teman-teman di alam maya. bebas meluah isi hati di blog walaupun tak semua terluahkan. bebas berbalas komen dengan kawan-kawan di fesbuk. tak kurang juga banyak info-info, pengisian, motivasi dan tazkirah dari teman-teman. terhibur juga hati ni.

sekarang pun, macam jadi satu trend nak share-share cite pasal kawen, cinta, kawen. memang kadang-kadang hati terhibur baca kan. macam sweet sangat-sangat, tak kurang jugak ade story yang sedih. bagus, untuk wat pengajaran. tapi hati ni seringkali mengingatkan aku. itu cumalah cerita, sebab tu macam: alahai, sweetnye dorang! tapi hakikatnya tak seindah cerita. realiti nya, hmm, masing-masing punya kisah tersendiri kan. aku cuma tak mahu terpengaruh dengan keindahan cerita mahupun fantasi. tapi tak salah la kalau setakat nak hiburkan hati kan. cuma tak mahu dibuai mimpi indah yang taktau penghujungnya. (tiba-tiba macam emo pulak. haha)

petang tadi aku dengan dunia fesbuk ku gara-gara kebosanan yang teramat. entah pape kuiz yang aku main. sekadar suka-suki je. tapi ade satu post tu aku macam, hmm, speechless la jugak. tak sangka dalam banyak-banyak kuiz ngarut tu, ade satu yang wat aku terpaku ngan jawapan tu. (biarlah, relax sudah ang. haha.) pas maghrib aku terlelap sebentar. bangun je terus ada rasa sesuatu dihati. penangan kuiz di fesbuk kah? entah. (padahal aku memang suka emo.) selepas mandi dan tenangkan diri, baru rasa lega sikit.

kebetulan kawan-kawan duk mengarut kat fesbuk. leh gak wat aku gelak-gelak. ceria sikit hati ni. (agak-agak aku ni memang antu fesbuk kan. haha.) aku sedar satu perkara. aku tak update status aku kat fesbuk. yang banyak, orang tagged aku, aku shared link, orang posted kat wall, n watsoeva. last status aku pasal mende ntah. (haih, nak emo la tu.) takpe la, rasa cam malas je nak update status. taktaw nak tulis ape. kat blog pulak banyak yang aku update sekarang. haha. tapi maybe akan ada masa-masa tertentu yang akan wat aku jauh dari dunia belog n fesbuk. contohnya time posting ke sebab busy kan, takpun kat umah. sementara leh update, update je la ek. huhu.

nak watpe ntah ni. haha. bang3x!!

p/s: aku selesa begini. (jangan berlakon boleh?) haha.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...