Thursday, March 31, 2011

Final Exam.

Salam alaik.

Jadual final exam sem 2 year 2 untuk budak macam aku! Alhamdulillah, ada gak gap nak study. Maklumlah minggu lepas baru abes posting. Ada sapa-sapa nak bagi motivation kat aku tak? Nampak notes je, automatik mata ngantok. Huwaa~!! Ang, fighting!

--------------------

30/03/2011- Medical-Surgical Nursing 4

01/04/2011- Gerontology in Nursing

04/04/2011- Medical-Surgical Nursing 5

06/04/2011- Community Health Nursing

08/04/2011- Philosophy of Science

12/04/2011- OSPE

** 20/04/2011- Remedial OSPE if tak lulus. (Mintak-mintak lulus~! Ameen. -_-")

--------------------
Gudluck kat suma kawan-kawan esp IIUM students tak kesah kuantan ke gombak. Doakan aku, doakan kamu.. Doakan kita dapat lulus cemerlang. Ecece~

P/s: Nak balik umah~!!

Wednesday, March 30, 2011

Tukar Angin.

Salam alaik.

Saja tukar angin sket. Wat header baru. Simple je. Sebenarnya ada satu malam tu takleh tido sebab kena tinggal sorang-sorang. Rumets balik umah. Tak sangka pulak tiba-tiba idea ni muncul.

Header Baru.

Header Lama.

Tak cantek tapi biar la. Hee. Sekian.

P/s: Makan banyak nak naikkan badan tapi naik kat muka. Haih~

Monday, March 28, 2011

Everyone Has...

Terbaca satu status junior kat facebook:



"Everyone has a secret they have not shared. Everyone has a past no one's heard about. Everyone has talents that people don't notice. Everyone has weaknesses hidden inside. Everyone has a story left untold. So never start judging someone thinking you know them back to front. Because the truth is, you probably don't."



Sekian.


P/s: Mana mood nak study ni pergi? -_-" *Sigh*

Sunday, March 27, 2011

Posting: Week 4 (Part 3)

Salam alaik.

Masih tak putus asa nak sambung entri ni. Hee.

Hari keempat di A&E. Setelah rotate ngan kawan-kawan, tiba giliran untuk mendapat Yellow Zone kembali. Semoga tak sesibuk hari pertama. Huahuahua~ Dan tahniah, kesibukan itu kurang sedikit. Tapi... balik lambat sebab dekat nak maghrib tu tiba-tiba busy giler! Huu.

Aritu ntah mengapa ramai giler orang yang accident dan patah kaki. Ada sorang budak 17 tahun ni patah kaki sebab lumba motor kot. Menurutnya, nak praktis motor cross. Hm, ok sebagai perempuan, aku tak taw sangat benda-benda camni. Cukup untuk aku faham dia buat aksi lompat masa jatuh tu. Sorang budak 16 tahun ni pulak patah kaki sebab main bola. Dan sorang lagi budak sekolah rendah, patah kaki sebab jatuh dari pokok kelapa condong selepas syok bermain bersama kawan-kawan.

Ada satu kes ni pulak, suami isteri dan anak accident sebab motor dia terlanggar 'vavi'. Kecian pulak kat anak dia asyik nanges tak henti. Suami dan anak duk kat Yellow Zone, manakala si isteri kat Red Zone. Lagipun dia pregnant. Hmm.

Sebelum balik, ada sorang MA tu panggil. Rupanya nak suh aku insert branula kat sorang patient yang bukan warganegara Malaysia. Aku rasa dia tak faham sangat BM tapi dia angguk-angguk je la kot. Aku takut sebab pernah buat kat kawan tapi tak jadi. Ni pulak nak wat kat patient betul. Tapi sebab peluang ni jarang-jarang aku dapat, cuba jela kan.

Firstly, MA ajar teknik betul. Aku agak kalut dan memang nampak sangat kekalutan yang melampau ketika masukkan branula tu. Yeay, berjaya. Tapi MA yang banyak tolong sebenarnya. Huhu. Secondly, MA suh buat sebelah tangan lagi pulak. Biar betul nak insert 2 branula ni? Hmm, aku on je. Kali kedua, MA suh aku yakin. Kalau tak praktis camne nak pandai buatkan? Betul-betul.

Jadi kali kedua, teettttt! Tak berjaya. Vein lari. Lastly, aku cuba kat vein lain pulak pada tangan yang sama. Rasa kesian pulak kat patient tu sebab jadi mangsa aku. Huhuk. Soew~ Dan kali ni, alhamdulillah. Berjaya dan lebih yakin berbanding cubaan pertama. Dan disebabkan itu, saya pulang sedikit lewat. Huhu.

Yang orange tu la butterfly (rujuk Part 2). Yang ada pink tu, branula. Terima kasih kat MAs yang ajar n beri peluang kat aku.

Hari kelima & terakhir di A&E. Bersamaan jugak hari terakhir posting Sem 2 Year 2. Sepatutnya aku ngan Nurul jaga OW, tapi sebab situ bosan, aku dengan penuh semangat nak jaga Green Zone sekali ngan Naim & Nurrus. Yeah, kejonaan aku tak berapa muncul aritu sebab tak busy sangat. Hee.

Petang tu ada sorang patient kena bagi IV Hydrocortisone. Tanpa melengahkan masa, aku yang pernah buat cuba untuk wat sekali ag. Berdebar gak sebab aritu ada MA Fauzi, ni takde. Nasib baik nampak Bos dari jauh, terus aku panggil untuk tengok. First aku wat, butterfly tu masuk dalam vein tapi bump pulak vein tu. Tak dapat habiskan Hydrocot. Jadi cuba amek vein kat lengan pulak. Patient tu takut sebab tengok ubat tu 10cc dan mintak inject pelan-pelan. Banyak kot bagi dia. Huu.

Dan pada hari terakhir tu, aku dapat peluang cuba benda baru dan aku tak tahu pun benda tu. Aku wat vision test dan eye irrigation kat sorang patient tu. Mata dia masuk habuk sebab kerja kat ladang sawit. MA Kamarul yang ajar eye irrigation. Mula-mula amek Normal Saline (N/S) dan pasang tubing macam bese. Baringkan patient dan alirkan N/S dalam mata patient sampai abes sambil suh dia gerakkan mata atas-bawah-kiri-kanan. Yup, pedih tapi kena buat jugak. Untuk eye stain, MA apa-nama-aku-lupa yang buatkan guna Fluorets. Learning something new again!

Bersama stethoscope comel di Green Zone. Haha.

Isi lab form untuk hantar spesimen.

Bersama SN Azimah sebelum pulang. Hee.

Malam tu, MA mintak jaga Red Zone jap. Tapi berlaku kejadian di Red Zone yang takkan aku lupa. Memalukan. Kesian aku. Kepada Nurul, MAs, DRs & PPK yang ada kat situ, maafkan saya sebab kecoh giler masa tu. Saya malu sangat! Soew kepada MAs yang terlibat. Wuwu~

Sedih pulak nak tinggalkan A&E HoSHAS. Best! Thanxs korang:)

P/s: Pulang ke kuantan untuk final exam. *Takmaw-takmaw* T___T

Posting: Week 4 (Part 2)

Salam alaik.

Hari ketiga di A&E. Turn aku kali ni kat Green Zone. Tempat yang ditunggu-tunggu sebab menurut kawan-kawan kat sini best. Yeke? Ok, aku tak sabar nak masuk kat Green Zone ni. Hee. Awal-awal pagi, aku ngan Nurul topup barang. Ecece, macam dah biasa la konon. Tapi ada la beberapa barang macam dressing set ngan needle 23G tak jumpa. Wuwu~

MA (Medical Assistant) yang in-charge aritu MA Fauzi. Kat sini staff nurse tak nampak muka sangat, mostly ada pape tanya je MA. Kat Green Zone ni ada procedure macam ECG, blood withdrawal untuk FBC, UFEME, bagi nebulizer (neb) Combivent & AVN, IM (intramuscular) & IV (intravenous) injection dan lain-lain...

Tapi pagi tu aku rasa cam haru-biru bila patient masuk bilik tu ramai-ramai tapi MA hilang pulak dah! Kadang-kadang jumpa, kadang-kadang tak jumpa. Seyes heart rate aku tinggi gara-gara tak jumpa MA sedangkan ada 2 orang nak amek darah untuk FBC (full blood count). Lastly, aku tarik sorang staff nurse baik ke situ untuk tolong kitorang. Taw nape? Sebab masa tengah kalut tu, aku cuba amek darah sorang makcik tu, tapi tak dapat! Huwaa~

Yup, kat sini memang best. Sebabnya, aku tak pernah bagi IV medication untuk patient yang tak ada line/branula. Mula-mula MA Fauzi suh bagi IV Hydrocortisone kat sorang patient ni tapi aku macam.. "Emm..IV??".. "Takpelah, saya bagi. Dilute ubat ni". Aku pun dilute ubat macam bese. Alang-alang aku dah dilute, aku nak la tengok cara dia bagi kan.

Aku nampak dia amek butterfly sambung ngan syringe 10cc tu. Pastu MA ajar cara nak pegang butterfly tu sambil tunjuk target vein yang nak dicucuk. Aku anguk-anguk. Tak disangka-sangka dia suh aku wat. "Nah, pegang ni," katanya. Aku, "Hah?".. "Pegang ni," katanya lagi. "Saya tak confident!" jawabku. "Pegang ni,".. Aku takde pilihan, ok aku cuba memandangkan aku tak pernah buat lagi kan. Selepas diajar dan nampak darah keluar sikit kat butterfly tu, MA pesan inject ubat slow-slow sebab patient akan rasa sakit.

Alhamdulillah. Walaupun MA Fauzi yang banyak tolong suma tapi at least aku dapat cuba benda baru. Tak lama lepas tu, ada sorang lagi patient yang perlukan medication melalui IV. Sebab takde line, jadi khidmat butterfly diperlukan. Ada improvement walaupun aku masih takut-takut nak cucuk orang. Suka la pulak! Hee.

Bagi injection kat meja ni je. Patient duk kat kerusi sebelah. Hee.

Aritu aku wat dressing 2x. Wat sendiri-sendiri tapi CI tengok. Alamak, awal-awal memang sterile la kan tapi last-last tu memang entah kemana kesterilan tu. Dua patient aku wat dressing tu dua-dua luka lepas operation. So far so good. Cantek je luka dorang, nampak dah makin pulih.

Ni la tempat nak wat procedure macam ECG, dressing dll...

Patient yang nak amek neb, sila duduk kat kerusi ye..

Owh, masa aku ngan Nurul rehat. Terjumpa sister, dia pesan suh jaga kebersihan pantri student. Siap suh tengok nota yang dia tinggalkan ag. Tak pasal-pasal kena. Yup, bila masuk pantri, memang kotor giler. Kalau aku pun rasa nak marah. Aish, sapa punya keje!

My blood. Nak anta kat lab untuk FBC.

Sebab tak dapat amek darah makcik tadi. Jadi aku rasa cam geram jugak la kan. Tak puas ati sebab tak dapat amek. So aku ngan Nurul pakat nak amek darah sesama kitorang dan anta kat lab. Hihi. Berjaya! Tapi kalau boleh nak wat kat patient betul. Huu. Ingat nak suh MA ajar teknik yang lebih betul tapi asyik hilang je. Hee. Kebetulan Ketua MA ada, kami pun mintak dia signkan lab form. Tengok, dia tulis kat form tu aku fever 3 ari dah. Tipu! Hee.

PPK pulak sporting. Dia anta blood kitorang, dan siap tunggu result lagi. Tadaaaaa~ Ni lah aku punya result. Alhamdulillah, suma normal. :)

Yeah. Sangat best kat sini. No wonder la ramai kawan-kawan cakap A&E memang best untuk students macam kami praktikal. Hee. Nak lagiiiiii duk sini!

P/s: Aku baru tau ada satu term ni, JONA! Maksudnya, kalau kau ada kat situ, mesti patient yang ada ramai. Hah, aku rasa aku ni jona la. Sebab aku selalu dapat cubicle atau wad yang ramai patient. Masa turn orang lain, tak ramai pun patient. Tapi bila turn aku, mostly dapat ramai. Busy! Wuwu~

Saturday, March 26, 2011

Posting: Week 4

Salam alaik.

Seminggu posting di Wad Kecemasan, Accident & Emergency (A&E). Yes, I like it. New experience, new environment & new staffs there. Secara amnya, A&E terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu Red Zone, Yellow Zone, Green Zone+Asthma Bay & Observation Ward (OW).

Hari pertama masuk ke A&E, aku dan kawan-kawan seakan-akan blur (memang blur pun) yang mana satu Red, Yellow ngan Green Zone ni. Setelah berjalan ke sana ke mari seperti rusa masuk kampung, Staff Nurse (SN) pun mintak tolong topup kan barang-barang yang dah nak abes. Kiranya awal pagi masuk syif tu, sila la topup barang ye. Lagipun kat A&E takde nak pass report macam kat wad biasa.

Aku dan Nurul kena jaga Yellow Zone. Kebetulan, haritu tersangat la busy. Patients keluar-masuk-keluar-masuk tak henti-henti especially dalam pukul 10 pagi ke atas. Aku pulak baru masuk hari pertama, tapi alhamdulillah dapat adapt jugak la. Lagipun SN in-charge pun baik walaupun ada jugak sorang SN tu kerek. Bukan nak kata, tapi aku asyik kena je ngan dia tu. Sabar je la kan sebab kami ni menumpang.

SN in-charge ada pesan, kat situ takleh wat keje lambat-lambat, nanti kena marah. Dan kalau tak taw, tanya je SN, dia boleh ajar. Owh, terima kasih sebab sudi terima kehadiran kami. Cewah, ayat! Kat situ, aku banyak buat Electrocardiogram (ECG) untuk tengok heart rhythm. Senang kata nak cek jantung la. Banyak buat observation a.k.a cek vital signs (Blood pressure, heart rate, respiration rate, temperature, SPO2). Dan pasang IV (Intravenous) Drip macam biasa.

Kat situ jugak, aku belajar jadi independent. Kalau sebelum ni, nak buat pape procedure selalu je nak ajak kawan assist. Tapi kali ni banyak kena wat sendiri-sendiri. Kadang-kadang wat ECG sendiri je, wat dressing (cuci luka) sendiri je. Bagus jugak la kan.

Cuma aritu, aku ngan Nurul tak sempat rehat langsung. Campur pulak tak sedar masa cepat sangat berlalu. Abes je syif pukul 2 petang, baru kami kuar g beli makanan kat cafe dan terus balik. Yang pasti, petang tu aku nyenyak tido sebab penat. Hee.

Hari kedua, syif pagi di A&E. Aku dan kawan-kawan bergilir-gilir untuk jaga Yellow Zone, Green Zone & OW. Red Zone terkecuali kerana disitu terdapat pesakit yang kritikal. Jadi aku ngan Nurul kena jaga OW untuk hari kedua. Sedikit bosan di OW sebab takde keje sangat. Hanya fokus pada observation je. Amek vital signs dan bila patient dah boleh discharge, tolong off branula. Tu je.

Sebab tak banyak keje, CI datang tengok kitorang dan nak tengok camne kami bagi IM (Intramuscular) Injection. Kat bahagian deltoid, aku passed. Tapi bahagian gluteal, erkkk... Aku tak pernah buat kat patient betul. Jadi kami belajar camne nak cari tempat yang betul. Ada 2 cara sama ada guna 4 Quadrants (Upper-Outer) ataupun bawah iliac crest. Kiranya lepas ni nak bagi injection kat bontot, aku lebih confident la kot. Ok, I am gaining new skills. Huu.

P/s: Ramai kawan-kawan suka posting kat A&E sebab boleh cucuk-cucuk. Hee. Sebab banyak procedure laa~

Saturday, March 19, 2011

Posting: Week 3 (Part 2)

Hai-hai.

Saja nak wat Part 2 untuk Week 3. Semestinya di K14, wad paling lama pernah aku posted kat HoSHAS ni. So, detik-detik terakhir sempat la bergambar sket. Kalu tak bergambar, bukan aku la kan? Haha.

Pipah n Kak Jeng bertungkus-lumus kutip hasil. Aku sebagai perekod. Haha.

Posing sket sebelum balik. Peace tak jadi!

Staff Nurses K14.

Wif McNa yang malu-segan-tersipu nak amek gamba ngan aku.

Ok. Aku ngaku. Aku memang tak malu. Haa.

My wardmates. Siang malam ngan dorang. Syok~! Sama-sama hepi, sama-sama emo. Hee.

SN Zaki, SN Juju & SN Khairiah.
SN Zaki suka perli aku sebab sebut 'X-Tray'. Supposed sebut Xray. Dan macam-macam lagi. (T-T)

Best sangat taw bila staff-staff kat wad ingat nama kita. Pape panggil je nama kita. 'Raihan, ada keje tak?'.. 'Raihan... Raihan..'.. 'Raihan, buat apa? Nak mintak tolong!'..

Walaupun aku demam, batuk dan selsema beberapa hari dalam minggu tu, tapi alhamdulillah keje jalan je. I could bear with dat thing. Suka duka kat wad K14, aku suka.

Tamat di K14.

Hmm, aku bersyukur kerana... Musibah yang melanda family, berita mengejutkan dari kawan baik, dll perkara yang menyebabkan hati aku tak tenang, gelisah, sedih dan patah.... Aku hadapi ketika clinical posting ni. Sekurang-kurangnya, fikiran aku tertumpu pada kesibukan didalam wad. Selain tu, aku berhadapan dengan ramai orang. Jadi kebarangkalian nak bersendirian dan emosional tu kurang.

That way, aku tak terlalu 'stress'kan pemikiran aku dengan terlalu banyak berfikir tentang benda-benda yang tak sepatutnya. Kena timing la agaknya kan. Ang, fighting! One more week to go, and then final exam. Final Exam? Oh God, i'm dead! Haha. Tak study pape langsung ok! -_-'

Eh, aku lupa nak wat explanation letter tak hadir posting 2 hari masa minggu pertama dulu disebabkan family matters. Hmm, semoga Allah kuatkan iman dan semangat keluargaku. Ameen~

P/s I: Farewell K14.
P/s II: Owh, matric card sgt penting masa posting ok! Tanpanya, tak smart & identiti uia x terserlah. Cett, masa ni nak ngaku student uia kan? G kelas tak pakai pun. Haa~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...