Salam alaik.
Mempunyai perasaan yang tak terluahkan umpama memendam kata dan menjeruk rasa. Perasaan yang akan dirasai di segenap ruang hati setiap makhluk bernama manusia. Perasaan yang pelbagai jenis dan berbeza antara setiap individu.
Banyaknya kata dan rasa yang terpendam. Luahkan semua? Mustahil. Dan jika ditutur dalam bicara, tak semua dan tak seperti yang dikata. Perkataan 'memahami' dari pendengar setia takkan sesekali sama dengan 'perasaan yang dialami' oleh si pencerita.
Its killing slowly. Tak dinafikan, meluah lebih baik dari memendam. Jika diluahkan pada orang yang dipercayai, sekurang-kurangnya beban diminda berkurang, perasaan lebih tenang, dan berat dipikul lebih ringan. Tapi ternyata, luahan itu hanya sebahagian saja. Ya, sebahagian kecil dari apa yang dirasa.
Persoalan, apakah semua benda perlu diluahkan. Mungkin tidak. Fikirkan dulu kesannya bagi kita dan juga orang lain. Bagi sesetengah perkara, memendam itu lebih baik. Biarkan didalam hati andai itu saja jalannya. Biarkan ia menjadi rahsia. Dan diiringi doa yang tulus.
Aku manusia lemah
Selalu terjatuh
Berbeda aku darimu
Kau berdiri teguh
Aku serba tiada
Aku kekurangan
Dan bila kau tiba aku hilang dari kewujudan
**Mood: Listening to Cinta Sempurna- Yuna
Somehow, im feeling stronger. Masih tersenyum. Dan bersangka baik atas segalanya. Malah bersyukur dengan setiap peluang yang dianugerahkan. Sekecil-kecil peluang itu, bagiku amat bermakna. Dan aku disini mengerti dan menyokong sepenuh hati. :)
P/s: To my lil bro, HB. Have a blast. May Allah bless you.
P/ss : To my Bff, ada impian saya mungkin sekadar angan-angan je. Huhu. -_-"