Thursday, April 28, 2011

:')

Bertahan.. Bertahan.. Bertahan.. :')

Semuanya baik-baik saja..

Hepi always k.. Fighting!!


P/s: Thanks Allah.. and forgive me Allah.. You know the best.. :')

Saturday, April 23, 2011

Tak Terluahkan.

Salam alaik.

Mempunyai perasaan yang tak terluahkan umpama memendam kata dan menjeruk rasa. Perasaan yang akan dirasai di segenap ruang hati setiap makhluk bernama manusia. Perasaan yang pelbagai jenis dan berbeza antara setiap individu.

Banyaknya kata dan rasa yang terpendam. Luahkan semua? Mustahil. Dan jika ditutur dalam bicara, tak semua dan tak seperti yang dikata. Perkataan 'memahami' dari pendengar setia takkan sesekali sama dengan 'perasaan yang dialami' oleh si pencerita.

Its killing slowly. Tak dinafikan, meluah lebih baik dari memendam. Jika diluahkan pada orang yang dipercayai, sekurang-kurangnya beban diminda berkurang, perasaan lebih tenang, dan berat dipikul lebih ringan. Tapi ternyata, luahan itu hanya sebahagian saja. Ya, sebahagian kecil dari apa yang dirasa.

Persoalan, apakah semua benda perlu diluahkan. Mungkin tidak. Fikirkan dulu kesannya bagi kita dan juga orang lain. Bagi sesetengah perkara, memendam itu lebih baik. Biarkan didalam hati andai itu saja jalannya. Biarkan ia menjadi rahsia. Dan diiringi doa yang tulus.

Aku manusia lemah
Selalu terjatuh
Berbeda aku darimu
Kau berdiri teguh
Aku serba tiada
Aku kekurangan
Dan bila kau tiba aku hilang dari kewujudan

**Mood: Listening to Cinta Sempurna- Yuna

Somehow, im feeling stronger. Masih tersenyum. Dan bersangka baik atas segalanya. Malah bersyukur dengan setiap peluang yang dianugerahkan. Sekecil-kecil peluang itu, bagiku amat bermakna. Dan aku disini mengerti dan menyokong sepenuh hati. :)


P/s: To my lil bro, HB. Have a blast. May Allah bless you.
P/ss : To my Bff, ada impian saya mungkin sekadar angan-angan je. Huhu. -_-"

Friday, April 22, 2011

Quote. Read. Ponder.

Salam alaik.
Tiba-tiba tadi datang angin nak cari quotations pasal everything happens for a reason. Tiba-tiba terjumpa banyak quotes lain yang best-best. Dan tiba-tiba jugak terKopi-Pasta kat belog heart-and-soul ni. Hee.

Marilyn Monroe
"I believe that everything happens for a reason. People change so that you can learn to let go, things go wrong so that you appreciate them when they're right, you believe lies so you eventually learn to trust no one but yourself, and sometimes good things fall apart so better things can fall together."
Marilyn Monroe
"The very least you can do in your life is figure out what you hope for. And the most you can do is live inside that hope. Not admire it from a distance, but live right in it, under its roof."
Barbara Kingsolver
Libba Bray
"You can never really know someone completely. That’s why it’s the most terrifying thing in the world, really—taking someone on faith, hoping they’ll take you on faith too. It’s such a precarious balance, It’s a wonder we do it at all. And yet.."
Libba Bray
Stephenie Meyer
"I like the night. Without the dark, we'd never see the stars."
Stephenie Meyer (Twilight)

Stephenie Meyer
"Now and then I see something in her eyes, and I wonder if I’ve ever grasped how much pain she’s really in."
Stephenie Meyer (New Moon)
Stephenie Meyer
"You're awfully small to be so hugely irritating."
- Edward to Alice"
Stephenie Meyer
J.K. Rowling
"It's going to be all right, sir," Harry said over and over again, more worried by Dumbledore's silence than he had been by his weakened voice. "We're nearly there ... I can Apparate us both back ... don't worry ..."
"I am not worried, Harry," said Dumbledore, his voice a little stronger despite the freezing water. "I am with you."
J.K. Rowling (Harry Potter and the Half-Blood Prince)
Albert Camus
"Don't walk behind me; I may not lead. Don't walk in front of me; I may not follow. Just walk beside me and be my friend."
Albert Camus

A.A. Milne
"Piglet sidled up to Pooh from behind. "Pooh?" he whispered.
"Yes, Piglet?"
"Nothing," said Piglet, taking Pooh's hand. "I just wanted to be sure of you."
A.A. Milne (Winnie-the-Pooh)
A.A. Milne
"Promise me you'll always remember: You're braver than you believe, and stronger than you seem, and smarter than you think.
--Christopher Robin to Pooh"
A.A. Milne (Winnie The Pooh Deluxe Gift Box)
William Shakespeare
"A friend is one that knows you as you are, understands where you have been, accepts what you have become, and still, gently allows you to grow."
William Shakespeare

...and many more...

P/s: Everything happens for a reason. For sure, Allah knows the best. He knows what we dont know. And dont pretend like we know everything.

Thursday, April 21, 2011

Tulis Je Pape.

Salam alaik.

Tadi baru je blogwalking. Most of my friends skg pun da rajin update entries. Hehe. Owh btw, kadang-kadang aku rasa jeles gak bila tengok some bloggers yang senang je nak tulis pape je kat blog dorang. Tak kisah la pasal pape kan. But i couldnt do just like that. For some reasons, aku nak elakkan misunderstanding, misconception, serkap jarang, buat orang menyampah, sakit hati, terluka or watsoeva la.

Kadang-kadang rasa je nak tulis je sume-sume kat blog ni. Nah, amek ko baca la sume. Nah! Nah! Haha. Kejam giler bunyi camtu kan. Tapi tak.. I am not that type of person. Bila nak tulis sumtin, aku fikir betul ke nak tulis ni, betul ke nak post ni. Lastly ended up ngan delete je post yang wat hati aku tak tenteram tu. Haha.

Agaknya aku ni nak jaga hati orang sangat kot? Takpelah. Tak salah pun.

Be cautious ngan certain things wat orang tak sedap hati ngan kite. Contoh, nak luah cam 'Aku tengah bengang giler ngan ko tau tak?', 'Aku tengah emo ni, apehal?', 'Ikut suka gua la'. Aku pernah je nak taip mende alah sume tu tapi tak tertulis pun. Bagus. Biar aku geram sorang-sorang daripada aku sakitkan hati orang, pastu rasa bersalah seumur hidup. Hee.

Tapi tak salah pun nak cakap sume tu. Luah je pape feelings. Bahagia. Gembira. Sedih. Marah. Boleh je, tak salah tapi... Asalkan kata-kata tu berpada-pada. Jangan melebih-lebih pastu ingat, takde yang perfect kat dunia ni. Entri ni tak refer kat sape-sape. Tiba-tiba tergerak hati nak tulis mende ni. K tata.

P/s: Only few words could make your day...

Wednesday, April 20, 2011

Reunion Kecik.

Salam alaik.

Today was awesome. Eh. Bukan main post sebelum ni aku cakap cuti ni bosan kan? Hehe. Arini i got the chance kuar jalan-jalan. Berjaya keluar dari kepompong. Erkk, maksud aku rumah. Tiba-tiba jadi rama-rama pulak dah.

Wah, member sekolah rendah dulu kot. Kalu nak bilang ikut tahun kan, sekarang ni umur aku 22 tahun, masa darjah 6 dulu umur 12 tahun. Whoaa, 10 tahun dah eh sejak zaman sekolah rendah dulu. What a long time. Tak sedar masa berlalu cepat je kan.

Konon-konon reunion kecil-kecilan lah ni. Haha. Bila jumpa mereka berdua tu, kitorang makan kt McD. Alang-alang bukan selalu jumpa, so on je la kan. Hee. Kami bertiga seronok makan sampai kenyang, sampai buncit. Pastu jalan-jalan macam tu jela. Nak harap selalu jumpa memang tak la kan. Masing-masing bawak hala tuju sendiri.

Rasa macam bukan aku je. Haha.

2 sets double cheese burger and 1 set...

Whoaa. 3 orang budak lapar eh. Hee.


Sungguh beruntung. Dapat pulak eskrem free. Yummy. Makan bersama childhood friends.

Me & myself. Sorry xletak gambar geng lama. hehe

Di akhir cerita..

-----------teeeeetttt-----------


Papepun aku hepi dapat jumpa ngan korang. Banyak gelak jugak eh. Walaupun ada part sedih bila aku cerita tentang aku. Hm, sedih eh? Haha. Gelak lagi best.

Ok, cuti panjang nt ada gak member aku yang lain ajak kuar. Im waiting! Wanna hang out wif my childhood friends again. Yang pasti kena habis kan short semester dulu. Yang lain jangan jeles. Hee.

P/s: Perut lapar balik pas sumbat double cheese burger dan sebagainya. *hungry! hungry!*

Monday, April 18, 2011

Bulan Tak Terang.

Ku merenung langit gelap
Harapan ku agar bintang bersinar
Kerlipan seribu cahaya
Kecil tapi bermakna

Ku tatap bulan kelabu
Dikelami kabus tak bertepi
Adakah bintang kan datang bertamu
Sehingga pagi ternyata masih sendiri

Hah. Abaikan ayat diatas yang tiba-tiba muncul. Aku duk luar pintu umah sebab nak on9 jap tapi line tak bagus. Pinjam brodben akak aku punya. Sambil ditemani kucing-kucing aku, aku sempat jenguk langit jap.

Walaupun dihalangi siling dan atap umah, tapi still aku dapat tengok bulan di permukaan langit. Cerah tapi berkabus. Tak nampak bulan yang terang. Seolah-olah malap dan kabur walaupun sebenarnya matahari dah pinjamkan sinarnya dengan terang.

Bintang pula tak kelihatan. Langsung tak nampak. Mungkin langit mendung tatkala malam menjelma. Petang tadi hujan lebat dan sejuk. Teringat pada sorang ni, bila hujan selalu hatinya rasa tak tenang. Kenapa? Hm, tak pasti.

P/s: Semoga selepas ini bulan dan bintang bersinar lagi. :)

Bosan.

Salam alaik.

Wah, lamanya tak update blog. Hmm, sekarang tengah bercuti dirumah sebelum kembali ke kuantan untuk meneruskan posting selama 6 minggu masa short semester nanti.

Cuti ni, hm takde pape yang menarik untuk dikongsi. Layan korean series takpun kartun takpun pape je cerita yang aku rasa nak tengok. Bosan? Hm, agak la. Biasa la student, bila tak cuti nak sangat-sangat cuti kan, tapi bila cuti rasa taknak cuti pulak. Huu. (Tapi ada ke orang tanak cuti. Hee)

Niat yang sekian lama tertangguh- nak jadi rajin dah sekarang. Konon nak rajin kemas umah, nak rajin masak, nak rajin sume-sume la. Angan-angan je tu. Haha. Dugaan betul bila duk kat umah. Bersenang lenang, rehat je memanjang. Lama-lama rasa menyampah gak ngan diri sendiri. Weh, bila mau kasi rajin ni ha?

Satu ag dugaan bila duk umah, SELSEMA. Arghh, selsema 24/7. Takpe. Sabar-sabar. Huu. Bila aku balik umah, mesti cepat je stok tisu kat umah abes. Nak wat camne. Kalu kat kuantan kadang-kadang je selsema teruk. Tapi tisu akan dibawa kemana-mana je selepas Bff aku pesan len kali bawak tisu.

Hm, entri kurang menarik eh? Biar la. Haha.

P/s: Nape hati rasa tak tenang dan bimbang. Hm, tutup mata dan cakap dalam ati.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...