Sunday, December 19, 2010

Teman Ku.

Petang tadi beberapa mesej masuk dalam peti inbox ku. Kelihatan nama adik lelaki ku, Yed menghantar beberapa mesej. Ah, dah lama betul tak dapat mesej yang comel-comel. Maklumlah, zaman sekolah dulu suka betul forward mesej kat kawan-kawan. Sekarang takde masa dah nak wat camtu kan. Haha.

Tapi ada satu mesej yang terkesan dihati:

Ya Allah,
jagalah temanku dikala penjagaanku tak sampai padanya,
sayangi dia dikala rasa sayangku tak mampu merangkulnya dalam dakapan yang nyata,
perhatikan dia dikala perhatianku tak terangkum dalam kata yang sahaja,
kerana Engkau punya segala yang ku tak punya,
kerana ku ingin dia selalu menjadi temanku di dunia,
dan berharap bertemunya di syurga
kerana aku menyayanginya.
Ameen~

P/s: Kata-kata dalam hati adalah doa secara senyap. :)

Saturday, December 18, 2010

Main. Kerja. Pening.

Semalam selepas berdiskusi beberapa perkara tentang baksis dengan beberapa orang kawan, aku pulang ke kamar. Melihat satu mesej tertera di skrin telefon bimbit ku memberitahu esok akan diadakan netball training pada pukul 7.15 pagi bertempat di court depan KOM.

Ok. Dah lama tak exercise. Aku pun terasa tak sabar nak main untuk interbatch dan interkulliyyah punye match nanti. Walaupun tak sehebat yang lain, enjoy je la kan. Maklumlah, zaman dulu-dulu aktif main netball zaman sekolah rendah kot.

Kesan mengantuk yang amat ketara membuatkan aku dan kawan sampai pada pukul 8 pagi. Eh, mana yang lain? Mata masih tercari-cari kelibat pasukan kami. Tapi yang jelas lagi nyata, hanya senior-senior 3rd dan 4th year kelihatan berserta mereka dari kulliyyah lain.

Hampir saja aku dan kawan pergi meninggalkan tempat tersebut dengan anggapan yang lain training kat court lain kot. Dengan kadar segera, nama ku dipanggil. Owh, ternyata memang aku berdua je dari 2nd year yang datang.

Bermain dengan mereka yang berlainan tahun dan course agak menarik. Aku masuk blue team. Mula-mula di position C. Kemudian bertukar-tukar main WD pulak. Court yang basah dan dipenuhi air bertakung tak menjadi masalah. Cuma ada yang tergelincir tetapi tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Setelah bermandi peluh pada pagi yang dingin, kami ke library dengan harapan dapat cari sources untuk group assignment. Tapi nasib tak menyebelahi, aku tak jumpa satu buku pun di sana. Baik, lain kali cuba lagi. Fighting~

Entah mengapa, minggu pertama sudah dirasakan banyak dengan kerja yang hendak dibuat. Itu ini itu ini. Modul dan aktiviti untuk baksis masih dalam pencarian. Slides untuk seminar perlu dibuat secepat mungkin if possible. Bla-bla-bla.. Mungkin beberapa perubahan perlu dibuat. Maksudnya, errkkk.. Entah! Haha. Dah start pening la ni.

Yang penting, enjoy myself~!! Takmaw stress-stress ok~ :)

*ngee~*

P/s: Apa khabarnya disana?

Wednesday, December 15, 2010

Awal-awal dah Busy.


Salam alaik. Baru masuk 1st week for this semester tapi rasa macam dah tengah-tengah sem. Nak cakap busy, hmm, agak busy kot. Alhamdulillah, arini kesihatan better la dari semalam. Selsema dah kurang tapi rasa penat sangat arini. Petang tadi sampai bilik terus landing atas katil dan zzZZz~

Masih banyak kerja tak setel. Nak list kan kat sini ke? Takyah lah. Haha. Dalam notebook aku dah banyak to-do-list. (-___-")

Antaranya history taking x8, buku cross yang masih hilang tanpa ganti, study plan yang kena submit ASAP, cari modul untuk Baksis, budget untuk games, jumpa mentor this week jgk, siapkan slides untuk group assignment & dll~

Rasa kena lebih banyak preparation, lebih alert dan elakkan tangguh kerja. Arkk~

Semoga sume berjalan lancar dan dipermudahkan. Ameen~

P/s: Entri ni pun pendek je!

Tuesday, December 14, 2010

Hari Yang Pelik.

Salam alaik. Arini ni aku rasa pelik. Maksud aku banyak ketidakselesaan. Pagi tadi kelas berjalan macam biasa. Pretest tadi alhamdulillah, mudah dan tak sesusah yang disangka. Hanya perlu identify endrocrine organs. Masa kat lab pulak, baru aku sedar banyak kelemahan masa nak bagi injection. But practise makes perfect right?

Petang tadi pas asar aku ada kelas Philosophy of Science. Tapi langsung tak dapat fokus, terganggu dan macam-macam penyakit pulak datang. Nak dijadikan cerita, tadi aku ada makan makanan ringan pastu simpan bungkusan plastiknya dalam beg aku dulu. Sementara tunggu kelas, kami rehat kat musolla KOP. Otw nak masuk kelas baru aku buang dalam tong sampah.

Tapi tak sangka la pulak, si-si kecil yang rajin datang dan hurung la beg aku tu. Rezeki kan takkan dorang nak tolak. Aku dengan selamba la pakai balik selendang yang aku letak atas beg tu. Masuk kelas tiba-tiba aku rasa ada mende yang merayap kat muka aku. Tak selesa. Baru perasan, ada semut kecik merah tu.

Apalagi, muka aku rasa geli pastu mata aku rasa gatal semacam je. Boleh pulak aku tenyeh mata aku sampai merah sambil carik semut kat muka aku tak jumpa-jumpa. Haih, takleh jadi ni. Arkkk.. Ternampak banyaaaaak semut kat beg aku. Tidaaakkk!! Aku terus campak semua yang ada dalam beg tu tak kira handphone ke spek mata aku ke, abes aku keluarkan. Main campak je.

Tak pasal-pasal aku selsema campur pedih mata yang wat aku macam tak tentu arah dalam kelas. Sampai ada yang sangka aku sedih la, nanges la. Huhu. Tapi memang muka aku nampak macam tu pun. Sebab tak tahan sangat kan, aku terus g tandas nak buang semut-semut kat selendang aku tu. Maaf wahai si kecil kerana ada diantara kamu terpaksa aku korbankan dengan memijak-mijak kamu. Bukan dengan rela hati, maafkan aku~

Dalam kelas aku memang tak duk diam la dan harap sangat kelas cepat-cepat habis. Dah mata pun bengkak sikit tadi, selsema, campur lak perut teramat-amat lapar. Sampai bilik je aku terus makan dan tidur. Tak larat nak rasa serabut dah. Tapi kat bilik aku pun, ada je si kecik tu. Argh~ Geram dan terpaksa jentik sekor demi sekor. Teringat pulak animasi Ant Bully. Owh, suka betul kartun tu. Comel. Hehe.

*sgt tak selesa*

Tadi kawan aku da bagi panadol, telan sebiji walaupun aku ni bukan suka makan ubat. Tapi perlu jugak makan malam ni. Telan je la. Sepatutnya sekarang ni aku tengah meeting untuk Biro Info, namun apa kan daya. Tak dapat hadirkan diri walaupun nak sangat. Aku ni sangat jarang nak skip meeting. Aku akan cuba g jugak camne pun. Tapi bila fikir balik, kalau pergi aku akan lebih menyusahkan diri aku dan orang lain. Aku mungkin menjadi salah seorang daripada penyebar virus disana. Ok ang, duk diam-diam sorang-sorang dalam bilik k? Orang lain g meeting, bye! Haih~

Sebelum aku bukak netbook semata-mata nak tulis entri ni, entah nape hati aku dilanda sayu. Mungkin sebab tak sehat campur sorang-sorang, jadikan aku sedikit sensitif. Tiba-tiba aku nanges tak henti-henti yang sangat teruk jugak la. Macam nanges untuk lepaskan yang terpendam. Tangisan rindu kah? Mungkin, sebab aku rindu semua orang yang aku sayang. Aku rindu mereka namun aku tak mampu luahkan dam berharap mereka tahu yang Raihan Madihah sedang merindu. Family, BFFs, dan lain-lain~

Aku tak sangka langsung akan nanges teruk camtu dengan tiba-tiba sambil dengar mp3. Entah berapa tisu yang aku habiskan. Erkk, sebenarnya campur ngan selsema memang la banyak. Hehe. Terima kasih pada bff yang pesan kat aku supaya lain kali bawak tisu. Jadi aku ada la stok tisu sikit dalam beg. Namun tangisan terhenti semasa tangan galak menari di papan kekunci. Sekarang rasa ok dah. I'm ok now bebeh~!!

P/s: Argh~ Izinkan aku jadi anti-semut untuk seketika.

New Semester.

New semester has been started. Year 2 Semester 2. (-___-")

Aku mulakan sem baru dengan datang ke kelas macam biasa. Naik bus dari Indera Mahkota Campus (IMC) ke Jalan Hospital Campus (JHC) pada pukul 7.45 pagi hingga 4.30 petang. Terbaik dari ladang datang kelas dengan penuh semangat tanpa add sebarang subjek. Hahaha.

Normal bagi warga Kulliyyah of Nursing untuk 'berebut-rebut' melihat timetable kat board yang semestinya kena update every week. Jadual tak statik macam budak-budak kos lain. Seperti biasa, kelas harus dan wajib bermula pada hari ini. Sila padam niat nak ponteng sebab attendance dah ambik kira.

Tadi baru dapat add core subjects. Selamba rock je aku ni.:

NUR 2244- Medical-Surgical Nursing 4
NUR 2254- Medical-Surgical Nursing 5
NUR 2264- Community Health Nursing 1
NUR 2272- Gerontological Nursing
-----------------------------------------
RKUD 4310K- Philosophy of Science
CCL 2052- Family Management & Parenting

Tapi university requirement nye subjects tak dapat add ag sebab no section available. Tu kita tunggu kata dari class rep & asst baru cakap camne. Dah selalu sangat dah masalah tak dapat add-add subject ni.

Memang terbaik lah sebab arini baru start kelas, assigment, group member, submission date dan bla-bla-bla dah kena bear in mind! Tambah pulak ada pretest esok untuk endocrine system. Bukak balik notes masa 1st year dulu. Nak wat entri baru ni pun aku delay sebab nak study sket punya pasal. Fulamak, memang trigger untuk penuhi azam baru la. Erkk, sebenarnya azam lama yang tak sudah-sudah. Hehe.

Semester kali ni lain sikit kot. Banyak aktiviti luar untuk beberapa core subjek contoh visit mane-mane oldfolk dan baksis yang seharusnya ada report! Sebelum balik tadi pun, sempat batch kami duk bincang dan undi untuk pemilihan committee untuk baksis. Tapi semua batch kami wajib terlibat.

Sekarang aku masih tercari-cari buku cross aku dari sem lepas yang menghilang tanpa jejak. Ari jumaat ni kena submit dengan fail kuning yang dalamnya ada attendance posting dan 8 history taking. Mampus la aku kali ni. History taking memang tak amek langsung kat Hoshas aritu. Memang budak-budak ni pakat pulun je la ni. Adehh. Dan aku kena tebalkan muka g ofis nak mintak buku cross baru. Bersedia untuk kena marah-bebel-perli dan mungkin kena compound. Erkk, mungkinkah? *TakooOOt* \(o.O)/

Semoga semester ni berjalan lancar dan kalu boleh nak score yang terbaik memandangkan aku selalu suka study dan wat assignment last minute. Owh, azam baru kena setel keje lebih awal. Haha.

Nape aku rasa macam pressure walaupun aku hyperactive arini? Sebab tiba-tiba dapat kerja 'gedebuuukk' terus ke? Atau kerja lama melibatkan posting masih tak setel? Haih. Jangan mengeluh ang! Ingat azam baru lama! Haha.

P/s: Yey! Dah abes tengok Merlin Season 3 tadi. (*_*)

Monday, December 13, 2010

Thanxs Bff.

Semalam bukan main bahagia tengok bintang. Tak disangka-sangka, terpandang sesuatu dan rasa terganggu dan gelisah.

Hati tiba-tiba rapuh..

Selera makan hilang..
tapi tetap habiskan nasik sebab ma yang masak.

Rasa jiwa mcm sakit..

But..

Try to relax, calm and chill. Masih mampu senyum. Lastly, i called my bff Azza Hana.

Bla.. bla.. bla..

What a relief. Maseh dear for listening story-emo-laugh yang tak sudah-sudah. Kamu je yang faham. Thanx for ur words. Be strong together k.

Macam bese aku gelak balik ble sembang or chat ngan mung. Hahahaha.



P/s: Aku taw mung memang rindu aku kan? Duk baik-baik kat gombak. Blaja rajin-rajin. Aku tak jauh pun. Nt aku g sana ag k.

Credit to Azza Hana.

Aku & Bintang.

Alhamdulillah. Sampai kat kat bumi kuantan untuk teruskan semester baru yang bermula pagi esok. Tadi naik bus kul5.30 petang sampai la dalam kul9.30 malam kat depan uia. Jalan kaki g mahalah. Terbaik!

Satu habit aku masa naik bus especially malam kan. Tepi tingkap ngadap bintang kat langit. Subhanallah, cantik giler la. Suka sangat! Berapa jam ntah aku asyik tengok bintang kat langit. Selalunya aku akan pilih satu bintang, dan bintang tu je aku nak dan aku suka tengok.

Tadi hati aku tertarik ngan satu bintang ni. Tak berkilau sangat pun. Bagi aku, bintang tu sederhana. Walaupun kadang-kadang terlindung ngan awan, aku tak nampak. Tapi aku akan asyik cari sampai nampak balik bintang tu.

Sungguh! Banyak betul dugaan aku ngan bintang tu. Sesekali terlindung awan, sesekali bus pusing sampai hilang dari pandangan, sesekali aku tertukar ngan bintang lain.

Tapi maafkan aku bintang, sesekali jua aku tersilap. Menganggap bintang lain itu kamu. Sedang kamu bersembunyi tanpa cahaya, tapi aku yakin kamu tetap disitu.

**Jiwang Emo Mode dah start**

Walau kau hilang dari pandangan, ku tak pernah menganggap kau tiada. Kerna hatiku yakin, kau tetap teguh disitu. Kelip mu pudar, tak secerah yang lain, tak segemerlap yang lain, tak bersinar seperti yang lain jua. Namun itu yang menarik hatiku, kerna kau yang pertama. Kau hilang, namun muncul kembali. Pulanglah sayang. Aku disini masih menanti.

Wohoo~~ Relax ang! Bintang je kot. Hehe.

Tapi seyes aku cakap, tadi baaaaanyak bintang yang cerah-bercahaya-bersinar dari yang aku suka tu. Nak wat camne, walaupun aku tertukar ngan bintang lain sekali dua tadi, aku anggap bintang tadi terbaik.

Dengan sinar redupnya itu pun mampu wat aku senyum dan rasa bahagia walaupun hanya sementara. Banyak yang hati aku ngan bintang berbicara sendirian tadi. Aku rasa selesa tadi. Cakap ngan bintang dalam hati sambil dengar Mp3. Owh, pls jgn fikir aku giler!

Ntah. Aku tak pasti. Tapi bintang tadi bagi aku sinar harapan walaupun aku tak pasti. Rupanya dalam hati aku ni ada satu prinsip yang 'Biar aku je tahu!'.

*ONLY A STAR*

"I couldn't reach the star I loved the most. But I could stare from distance and smile to it."

P/s: Maseh wahai cik bintang! Ya Allah, hanya kepadaMu ku memohon. Ampun maaf dari hambaMu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...