Wednesday, May 18, 2011

EVERY -day. -time. -thing.

Salam alaik.

I couldn't count how many times my eyes stared on the same pages everyday.

Review my mailboxes everyday.

Reread the same words everyday.

Yeah, they've been gained my spirit everytime.

Thanxs for everything.

Find your own strength n courage! *Iklan penaja*

Aah.. tiba2 teringat bru dpt emel yg agak annoyying n mcm xleh nk terima related to work. nonsense. to frens yg berkenaan, hrp kte dpt bsabar k. Spoil betul.. Huh! *Isghtifar*

P/s: Just small things could make your day bigger. Everyday. :)

Monday, May 16, 2011

Week 1: Women Health Clinic. [Images]

Salam alaik.

Ni aku upload gambar masa 1st week posting short sem ni. Bosan-bosan duduk lab. Tu je mampu buat. Hehe.

Antara procedure yg kami praktis tapi tak belaja ag pon. Gatal nk buat. Haha

Mengimbau kenangan main BINGO zaman sekolah dulu.

Tunjuk bakat terpendam sempena Nurses Day.. Tengok la contengan kat whiteboard tu. Haha

Yang ni budak2 yg posting kt KK Beserah mintak tolong ak wt kad jemputan utk staffs kt sana. Hand-made sudah.. Hehe. Btw, dlu ak suka sgt wt handmade card bg kt Bffs~

Games askar yg kitorang main sb bosan teramat. Aku menang! Pastu main regu berjam-jam pulak. Haha.

Tu jela pic ak nk tunjuk. Sikit je pon. Haha.

P/s: Ya Allah, hari pertama untuk minggu kedua ni ternyata lebih bosan~!!

Sunday, May 15, 2011

Week 1: Women Health Clinic.

Salam alaik.

Kebengangan aku terhadap belog yang men'delete' satu post aku ni masih terasa. Well, aku maafkan since mood aku nak tulis balik sume-sume tu da datang. Kalu ikutkan nak je aku tunggu kucing bertanduk dulu. Susah-susah aku tulis panjang-panjang aritu. Ok, abaikan tu. Malas la geram kat bende leceh ni.

Ok, kita teruskan eh pasal aku posting kat Women Health Clinic. (Kali ni mungkin tak sedetail post lama)

Hari Pertama. Aku, Alia, Ili & Kak Jie dah bersedia di KOM sebelum pukul 8 pagi. Ni kali pertama aku posted kat so-called clinic n keje ofis hour. Dengan semangat berkobar-kobar, kami tunggu n menunggu lagi. Ok, takde sape-sape datang. Tiba-tiba Alia dapat call dari Sister Shila, CI kitorang, yang mengatakan clinic tak bukak on that day. So conclusion, kitorang terpaksa posting di lab. Ulang, POSTING DI LAB! or Clinical Skill Center. Owh, itulah tempat yang paling kitorang takmaw pergi.

Kami nak tengok patient betul. Taknak ngadap Sakura je (Sakura = model patung di dalam lab). Kami nak wat procedure macam biasa. Kami nak belajar benda baru. Kami nak jalan-jalan dalam wad. Kami nak g antar patient g x-ray. Kami nak hantar specimen kat patology lab. Kami nak.... Ok, dah. Kami tu sila ganti ngan perkataan aku. Hee.

Then, dari KOM kami perlukan khidmat delivery untuk hantar ke JHC. Sangat leceh. Tak suka dan berbayar. Haha. Sesampai disana, rupanya bukan kami saja yang berkampung di lab. Budak-budak dari Gastro Clinic pun sama. Ah, Kyra & Muni. So kami bertujuh bebas untuk practice apa-apa procedure sesuka hati. Tapi masalah disini, main-main itu lebih seronok. Haha.

Mula-mula practice gak benda-benda simple cam injection. Pastu kitorang wat benda yang belum belajar ag. Agak-agak sendiri je camne nak suture luka. Tu pun pengalaman assist doctor kat wad. Then, practice STO. Lepas tu, Tuhan je yang tahu betapa bosannya kehidupan di lab. Mengantuk! Sangat mengantuk sampai kami tertidur sekejap before lunch hour.

Petang pulak, kami banyak main wheel chair. Seronok kot. G depan, undur belakang, pusing tepi kiri dan kanan. Meriah sebab kawan-kawan join sekali. Siap main lumba-lumba lagi. Ibarat berada dalam sukan paralimpik. Ok, itu mengarut. Tapi memang bersuka ria sekejap di lab disebabkan suasana terlalu bosan.

Hari kedua. Masih berkampung di lab. Pagi-pagi tu kitorang dah start main BINGO. Ingat ag tak? Zaman sekolah dulu suka main ni. Haha. Tak lama lepas tu, budak-budak Gastro kena panggil sebab dorang ade 2 patient pagi tu. Kami dari Women health takde nye nak g JHC sana sb takdok patient. So macam jeles jugak la. Hehe. Then, Sister Shila panggil kitorang suh g Gastro clinic sekali. Yeyayy~!! Tak jauh pun, kat level 4 manakala lab kat level 2 bangunan yang sama.

Kat situ kitorang kena assist procedure TRUS Biopsy (Transrectal Biopsy). Ni untuk patient lelaki je taw sebab melibatkan bahagian prostate. Tissues akan diambil untuk diuji samada patient ada prostate cancer or any abnormalities la kat bahagian tu. Special ultrasound probe akan dimasukkan dalam rectum dan image prostate akan kelihatan. Local anesthesia diberi unutk mengurangkan rasa sakit. Then, tissue samples diambil dengan menggunakan jarum khas. Selalunya complication for this procedure adalah bleeding.

Petang tu takde patient dah kat gastro. At least, dapat rasa gak posting kat sana walaupun sehari. Hehe. So, macam biasa kehidupan di lab. Main wheel chair ag. Sembang-sembang. Gelak-gelak. Bosan. Mengantuk. Tak sabar nak balik. Sume perasaan ada. Owh tak lupa, staffs kat lab suh kitorang decorate whiteboard taw. Sempena Nurses Day, 12 May. So, dengan menggunakan bakat yang terpendam, hasilnya agak kebudak-budakan. Haha. Nt la aku upload eh.

Hari ketiga. Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Ni first time aku masuk Women health clinic. Sebelum ni KOM tu aku anggap tempat belajar je, kelas-kelas, tempat nak exam, tempat meeting, library. Kali ni baru rasa tempat ni macam clinic bila patient datang. Tugas kat sini tak banyak, kami gilir-gilir masuk untuk assist apa yang perlu.

Aku nyer turn 2 kali je. First, satu pasangan ni salah sorangnya lecturer UIA tapi foreigner la. Wife dia pregnant baby girl. Ni pun first time aku tengok ultrasound baby guna yang 3D. Wah, memang nampak muka baby tu camne. Dia gerak, siap senyum ag taw. Suka dan hepi je tengok muka parents dia. Tahniah2!! Pasangan kedua pulak ni Melayu. Ni anak first dorang. Rupanya kembar. Pun girls jugak. Dalam hati aku terdetik "Haih, mana baby boy ni. Dah la tak ramai laki sekarang." Hee.

Hari keempat. Patient tak ramai. Dalam 3-4 orang je. Kalu semalam pasal pregnant mothers n babies, kali ni pulak pasal urodynamic. Mostly patient yang ada masalah incontinence. Ada test apa ntah nama dia, pakai machine untuk cek masalah kat bahagian mana. Ada yang stress incontinence, ada yang dia punya uterus jatuh. Hm, macam-macam jugak masalah wanita bila meningkat usia eh. Masa VE examination, aku tak sempat tengok. Takpe, maybe next time berkesempatan.

Before balik, SN bagi satu task kat aku. Dia suh aku translate satu pamplet BI ke BM. Ingatkan senang je. Bila aku try gitu-gitu je, macam susah jugak la. Bila direct translation, ag la hancur aku nyer BM. Haha. Btw, sampai sekarang aku tak sempat buat ag. Its ok kot sebab next week aku still kat sini jugak.

Owh, aku ada timbang berat badan aku. Yeaa~!! Dah 39.5 kg. Im looking forward untuk teruskan usaha naikkan berat hingga 45 kg. You know what, 45 kg tu baru masuk BMI ideal untuk aku taw. Thats mean, still kena usaha naikkan or maintain. Owh, tak dapat imagine muka aku 45 kg camne. Hihi. Angan-angan.

Hari kelima. Hari jumaat wajib masuk lab sebab clinic tak bukak. Tapi sampai tengahari dah boleh balik. Tak wat procedure pun. Kitorang semangat nak main game. Mula-mula aku main game apa nama pun tak taw. Tapi kita lukis askar-askar kat kertas, then attack lawan kita. Aku menang! Game kedua, main teka-teka macam roda impian tuh. Tapi sekejap jela. Paling lama kitorang main regu. Yo, syok weh. Lawak dan sangat enjoy. Macam-macam gaya kitorang buat, sape cepat teka dia menang. Boleh bayangkan tak main dari 9.30 pagi- 12 tengahari. See? Lama giler. Kyra juara, aku second je. Ili ngan Izat berebut tempat loser. Haha. Seyes lawak korang ni.. Next week kita main ag eh. For sure masa tu kering idea. Haha.

Hmm, aku balik lewat petang aritu. Sebab kena jumpa advisor untuk program akan datang. Minggu yang macam takde pape tapi sebenarnya sangat penat. Seyesly penat. Aku dalam bus dari JHC ke IMC sampai tertidur-tidur tak sedar. Terjaga tu terus sakit kepala.

Harap sangat minggu depan is better. Ameen.

P/s: Dah taw reason aku sedikit emosi dan entah ape dalam Entri takde Motif. Perubahan hormon. Sekarang pun emosi kadang-kadang tak stabil especially duk sorang-sorang kat bilik. But senyum dan ceria jela kan.*Sigh*

Saturday, May 14, 2011

Stop Walking By.

Salam alaik..

Kali ni saje nak post lirik lagu korea. Lagu lama dah. Bukan main dah lama asyik dengar tapi.. Tadi baru tergerak hati nak search translation dia.. Haha.

STOP WALKING BY- SUJU KRY

I stop in my footsteps again
To cover my own eyes
Like when you used to embrace me from behind

This breeze that caresses me
I wonder if it's from you
Are you afraid that I might fade from your crying eyes?

I revisit the memories
For I can't bear the endless hours
Why do you leave me behind?
I'm a part of you

You must erase/ forget our love
We can't end it this way
No matter where you are
I will always find you
For my heart still beats for you

I remember them well
When my heart aches I only laugh louder

To hold back the tears
You must believe in our love
"I can't lose you" (I don't want break up with you)
No matter how much you erase me
I will always find you
For my heart still beats for you
Don't feel sorry for me
Through my pain, I'm still happy

Because you'll always be alive in my heart

P/s: Aku geraaammm sangat ngan belog ni. Semalam aku xleh bukak sebab ade problem. Pastu dia delete aku nyer latest post update sal posting minggu lepas. Punye la panjang aku taip dengan penuh perasaan & penghayatan. Huh!! Takde mood dah nak cerita balik. :'( Then aku harap post tu muncul semula. Possible tak?

Wednesday, May 11, 2011

Entri Takde Motif.

Salam alaik.

Chewing dried fish fillet. ♥

Dah lama tak kunyah chewing gum. Yang adik aku belanja aritu da abes. Sekarang tengah kunyah mende alah ni pulak. Pun lama dah tak makan. Sedap!

Lapar. Selera makan hilang arini. Lunch tadi tak sampai separuh aku makan. Dinner pun tak. Semalam bukan main pelahap aku makan. Konon nak naikkan berat badan.

Penat. Seyes penat teramat. Kebosanan tahap melampau dikala posting kali ni betul-betul wat semangat aku pudar. Environment yang agak sunyi disekitar mahallah wat tidur aku pun tak lena. Beberapa arini tidur aku kurang berkualiti. Kerap terjaga.

Kepeningan menguruskan program yang bakal tiba pun turut memberi impak pada diriku. Takpe, itu perkara biasa. Hm, kosong-kosong. Rasa kekosongan. Mungkin sebab sorang-sorang je kat bilik.

Terima kasih kat kawan-kawan yang sudi datang kat bilik. Hidup jugak suasana. Huhu.

Penat. Tapi masih mahu menguyah. Ape motif entri ni pun aku taktaw.. Bye!

P/s: 12 Mei~ Happy Nurses Day!!
P/ss: Hmm, waiting for a miracle to come..

Sunday, May 8, 2011

Posting Lagi Nampaknya.

Salam alaik.

Esok short sem ku bermula. Segala-galanya tentang posting. Ya, posting sahaja. Takde amek subjek pape. Still in learning process, not in classes but by gaining experience. Insyaallah, posting selama 6 minggu kemudian baru bercuti panjang seperti orang lain. Plan cuti nt, hmm, fikir kemudian lah.

Sekarang ni fikir pasal posting dulu. Actually sampai sekarang mood aku nak posting tak sampai-sampai. Macam tak caye je esok dah nak start posting balik. Kali ni berbeza, bukan di wad, bukan di hospital seperti selalunya. Tapi kali ni di klinik. Bukan sebarang klinik tapi Women Health Clinic. Overview pasal clinic ni pun aku kurang jelas, tapi aku tahu ni under Department of O&G (Obstetrics & Gynaecology). Lagipun selok-belok tentang O&G belum aku belajar lagi. Next year kot blaja. Aku tak pasti. Hee.

Ok. Aku punye timetable for these 6 weeks:

Week 1- Women Health Clinic
Week 2- Women Health Clinic
Week 3- HoSHAS (Kenanga 11)
Week 4- HoSHAS (Bunga Raya)
Week 5- Poliklinik Beserah
Week 6- Poliklinik Beserah

Disebabkan Women Health Clinic ni dalam area UIA je, so aku tinggal kat mahallah je la. Jalan kaki je kot pergi KOM (Kulliyyah of Medicine). Rumets aku semua dah g Temerloh posting kat sana. Tinggal la aku lonely kat sini. Lagipun tak ramai orang kat mahallah. Seyes sunyi giler. Rasa macam dunia ni aku yang punya. Muahaha. Ayat melampau.

Alamak, sorang-sorang~!! Bukan aku takut, tapi kena berjaga-jaga jugak la duk kat sini. Tambah pulak toilet blackout. Aku pun tak taw ape punca tapi suma level takdok api kat toilet. Gelap giler weh. Duh~!

Ok, nanti la aku update experience aku untuk posting short sem ni. Harap-harap best la. "Semoga posting kali ni lebih baik daripada posting sebelum-sebelumnya, dan semoga posting yang mendatang lebih baik dari posting kali ni. Ameen."

P/s: Pernah tak rasa sebak dan macam nak nanges tiba-tiba tanpa sebab kukuh? Hmm, sehari dua ni aku rasa gitu. Nape eh. *Ini bukan emo.*

Saturday, May 7, 2011

Cuti. Family. Tanggungjawab.

Salam alaik.

Wah, lama rasanya tak update blog. Actually ada je beberapa draft tersimpan tapi few words je. Nak update tapi tak sempat. Ayat pun tak abes. So tak terupdate la jawabnya.

Ok. Sekarang aku dah berada kat kuantan. Baru je sampai kul3 petang tadi. Sorang-sorang berjalan dari main gate sampai mahalah. Malas nak turun kat terminal, so aku turun depan uia terus. Panas kot.

Cuti dah abes. Hmm, pasal cuti tu. Awal-awal cuti seyes bosan nak mampus, tengah-tengah cuti banyak layan movie, last-last cuti aku busy jadi surirumah yang berjaya. Haha. (BM tak dapat A so terciptalah ayat lintang-pukang tersebut)

Ops, regarding jadi surirumah-yang-berjaya-laa-konon tu.. Sebenarnya, hampir seminggu parents aku takde kat umah. Ma jaga adik aku yang sakit kat Besut. Abah pulak keje tapi selalu je g kat adik aku. Aku ada ikut ma aku aritu nak amek barang-barang adik aku kat Perak pastu balik umah. So aku merangkap kakak yang baiklah konon terhadap 5 orang adik yang tertinggal kat umah tu, jalankan tanggungjawab dengan sebaiknya. Ceh, perasan!

Akak aku ada kat umah tapi keje. So tinggal aku ngan adik aku, payed je kat umah hampir 24jam. 4 adiks aku sekolah lagi. So sepanjang ketiadaan parents, aku tukang masak, tukang cuci, tukang sapu. Bajet rajin~! Errk, sebenarnya aku ni takde la rajin sangat tapi memandangkan ada rasa tanggungjawab tu, automatik kita akan jadi rajin untuk seketika jela. Hee.

Amaran: Kadang-kadang aku amat garang kat umah especially kat adik-adik aku. (Bukan kadang-kadang tapi selalu)

Mula-mula aku ingat parents aku nak balik ari khamis. Ma da pesan masak nasi ngan lauk. Aku ok jelah dan siap beli ayam ngan sayur ag nak masak aritu. Aku tahu parents ngan adik aku penat. Tapi rupanya dorang balik hari sabtu merangkap arini lah. Arini pulak aku kena balik kuantan.

Ok. Tiket bus kul10.30. Harap-harap abah aku sempat balik pastu hantar aku kat bustand. Tapi janji nak masak tu aku kena tunaikan arini jugak la sebab arini dorang balik. So pagi pas subuh tu aku terus kemas umah sikit, renjis air kat muka adik-adik aku suh dorang bangun (selalu aku yang lewat. Hee) mintak tolong dorang kemaskan sekali.

Errkk, rupanya 3 orang adik aku ada kelas tambahan pulak. Duh, masing-masing nak amek UPSR, PMR, SPM tahun ni. Tinggal adik kedua aku, Payed ngan yang bongsu, Aidid. Pas kemas rumah sikit-sikit (sikit jela), tiba masa untuk masak pulak. Mula-mula masak kuih akak aku beli untuk breakfast. Pastu sambung terus masak sayur kubis ngan cendawan dulu, pastu masak ayam black pepper pastu masak nasi pastu wat jus honeydew.

Akan tetapi, berlaku kebakaran kecik waktu aku nak masak sayur. Periuk terbakar. Lebih tepat, minyak dalam periuk tu terbakar. Aku pun tak pasti camne api boleh ada dalam periuk tu. Aku baru je tuang minyak sebab nak tumis bawang. Tengok-tengok api. Wargh! Terkejut giler aku. Fuhh~ Fuhh~ Aku tiup tapi tak jadi. Abes berasap rumah. Payed dah kalut nak simbah air kat periuk tu tapi aku tak bagi. Tiba-tiba teringat demo nak padamkan kebakaran. Kalu air lawan minyak, nanti api lagi besar. Aku mati-mati tak bagi adik aku guna air. Dia pulak berani amek kain then bawak periuk masuk bilik air. Aku terlompat-lompat suh alih bawak keluar rumah. Risau gak. Mujur api padam dah. Pastu adik aku buang minyak atas tanah. Aku taknak guna dah. Tukar periuk lain baru masak. Huu.

Sedar tak sedar, parents ngan adik aku dah sampai rumah dan aku pulak baru siap wat sume-sume. What? 9.50 pagi dah. Bus 10.30. Means setengah jam awal aku sepatutnya dah bertolak dari rumah. Kecoh tak kecoh, aku g mandi cepat-cepat. Abah aku dah bising takut tak sempat. Ma aku pulak suka je tengok sume dah ready. Kena puji. Acece~ Bangga la sekejap. Bukan selalu aku nak wat dorang impress ngan kehandalan aku kan. Padahal aku bukan reti masak, bantai je pape. Haha.

Nak tahu? Aku memang tak makan langsung masakan aku tu. Tak sempat masa. Yang sempat masa aku test cukup rasa ke tak je. Sedih gak tapi takpe la. Memang niat aku wat untuk dorang pun. Bukan untuk aku. So akhirnya, aku selamat sampai ke bumi kuantan. Parents ngan adik aku balik umah, aku pulak keluar umah. Huhu.

Apepun, aku harap semoga Allah permudahkan segalanya bagi family aku. Aku tau lately ni macam-macam dugaan Allah bagi kat kami. Aku tahu masing-masing punyai rasa sendiri. Aku harap adik aku tabah. Ujian Allah bagi kat dia berat. Ma abah pun kena tabah. Aku? Adik-beradik aku? Hmm..

Doakan yang terbaik untuk aku sekeluarga.

P/s: Result sem ni menurun sikit. Takpe. Alhamdulillah. Lagipun tak teruk sangat cuma tak naik seperti yang diharapkan. Kuciwa sikit. Apapun bersyukur tu penting, kan? :')

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...