Friday, July 13, 2012

Week 2 & 3: PSY

Salam alaik.

2 minggu berada di PSY memang memberi kelainan. Berbeza dengan wad atau klinik, disini lebih banyak aktiviti yang dilakukan berbanding procedure tertentu. Di psychiatric ward (wad Dahlia), aku belajar mengenali berbagai ragam pesakit. Rasanya kalau nak tulis semua memang tak mampu. Setiap orang dengan karakter masing-masing tak kira pesakit lelaki atau perempuan.

Hm tak sangka jugak, bilangan pesakit lelaki jauh lebih ramai berbanding perempuan. Dan kebanyakan diagnosis adalah schizophrenia. Tak kurang juga ada yang bipolar. Memang aktif sangat lah. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh la google ye. Based on their symptoms, ada pesakit yang menceritakan pengalaman mereka mendengar suara-suara (auditory hallucination), delusion, dan macam-macam lagi.

Aktiviti harian seperti menyanyikan lagu Negaraku, Jalur Gemilang, dll, serta warm-up sebelum exercise amat menyeronokkan. Pada mulanya aku rasa agak kekok serta takut-takut utk bercampur dgn mereka, namun setelah mengenali dgn lebih dekat, rasa lebih seronok utk bergaul dgn mereka. Aktiviti seperti psycho-education adalah penting untuk para pesakit lebih mengenali tentang penyakit mereka dan kepentingan mengambil ubat-ubatan. Kadang-kadang rasa sungguh mencuit hati bila mereka bercakap dihadapan dgn lawaknya yg tak disengajakan.

Dalam berseronok melakukan aktiviti, ada juga yg agak pasif walaupun aku cuba ajak bersembang. Ada juga yang mengatakan tak sabar nak balik, tak suka duduk disitu, yg mengatakan mereka tak sakit. Hm kesian pulak. Tapi apakan daya, mungkin Allah ingin menguji mereka. Aku tahu tak siapa yang inginkan jadi sebegitu tapi Allah Maha Kuasa. Apapun dalam hati aku ni, rasanya mereka lebih perlukan pengisian rohani supaya jiwa mereka lebih tenang.

Ok. Tu just pendapaat aku secara general jela. Nak teruskan cerita, pada hari Jumaat minggu kedua berposting, kami dan staff bersama-sama menjayakan  hari sukaneka utk warga Dahlia ni. Punyalah nak design n lukis banner tu, berjam jugaklah. Tapi dengan pertolongan kawan-kawan, kami berjaya menyiapkan satu banner yang mengalahkan budak-budak tadika. Haha. Kemudian, students dan pesakit dibahagikan mengikut warna 4 kumpulan (Doraemon, Sponge Bob, Pink Panther & Ninja Turtle). Dan setelah dicabut undi, aku? Group Pink Panther lah. Hehe.

Yang ni nk bagi patient pakai. Anom n aku testing lu. Scary pulak. Haha.
Hari kejadian. Jatjat n me.
My friends and me. Awesome!
Nilah banner kami. Hewhew.
Owh aku ni selalu je pakai lens pastu bila petang pakai spek. Sebab selalu rasa tak selesa pakai lama-lama. Haha.

Em pada minggu ke-3 pulak, group aku dah tak campur ngan group ag satu. Kali ni campur ngan dak syahputra pulak. Still macam minggu lepas tapi lain sikit. Hehe. Kali ni aku berpeluang ikut MA g home visit untuk patient yg memerlukan injection. Sempat pergi dalam 6 buah rumah pastu balik ke wad macam biasa. Then pada hari khamis, aku dan kawan-kawan sempat teman seorang patient menjual nasi berlauk dan cucur ke klinik dan wad sekitar kawasan wad Dahlia tu. Membeli sambil menderma. Lagipun yang masak tu staff jugak. Kami dan patient tolong jualkan je.

Tapi ada satu yang aku kurang senang. Stigma orang. Yes! Aku sebelum masuk pun ada stigma jugak. Tapi lama-kelamaan dah kurang, dan aku rasa tak patut kita rasa macam tu. Yang menyebabkan aku rasa macam ni, salah satu sebabnya ketika jual makanan tu, orang luar yelah mungkin mereka pandang semacam, ni sampai staffs pun sekali siap ada suara-suara sumbang lagi. Sabor jelah ye.

Pada hari Jumaat pulak, ada presentation. Tajuk yg dicadangkan adalah tentang medication. Hm tu sajelah aku nak share utk post kali ni. Rasa macam panjang sangat dah tulis. Sebenarnya macam-macam pengalaman yg dilalui tapi semuanya ingat dalam hati jela. Tak mampuuuuuuu nak tulis semua. Haha. Kepada semua patient kat situ, aku doakan cepat sembuh. Nice to know you all. :)

P/s: Nak amek apa utk elective nt ye? PSY ke A&E? Tunggu posting kat A&E dulu (sebenarnya mmg teringin  jugak A&E). Huhu -.-'

Di Booth 100plus.

Salam alaik.

After seminggu posting, kawan aku ada cadangkan nak kuar jalan-jalan. Bosan katanya tak tahu hujung minggu nak buat apa. Aku ni jenis on je. Nak g mana-mana memang aku tak kisah pun. So kitorang pun bergeraklah ke ECM. Sesampainya disana, ada la sorang ni duk promote ape ntah kat booth 100plus. Selalunya aku memang tak suka orang promote ni. Lari je kejenye. Tapi kali ni terpanggil nak ikut pulak. Booth pun lawa semcam je.

Rupanya kitorang kena sign board. Apalagi, sign beso-beso la terus. Tapi tak beso mana pun. Sian orang lain takde space nt. Hehe. Pastu orang tu rekemen suh kitorang rakam video utk bagi sokongan kat para atlet Malaysia. Errkk.. Konon segan, tapi pastu semangat je cakap ramai-ramai 'Malaysia Boleh!' sampai orang lain sekeliling tu tengok. Haha.

Ingatkan da abes. Rupanya ada lagi. Kali ni nak kena snap pic pulak dgn gambar mana-mana atlet. Dan ianya akan diupload di facebook (semangat cek bila gambar kitorang nak kuar). Dengan penuh semangat, kitorang pun bersuka ria la di booth 100plus tersebut. Dapat cenderahati sikit. Huhu. Sesudah itu, beli barang keperluan, makan, dan pulang dengan selamat ke bilik masing-masing. Sekian.

'Nothing is impossible, Impossible is nothing.'

Kanak-kanak riang! Haha
P/s: Short sem mmg taktau nak watpe sbb tak amek subjek apa-apa. Huhu.

Week 1: GOT

Salam alaik.

Ni update untuk posting 3rd year, short sem. First week di GOT (general operation theater) lebih kurang dengan sem lepas jela. Tak jauh beza. Tak banyak procedure boleh buat. Just tolong scrub & circulating nurse sikit. Observe je memanjang. Dan tambah ilmu sikit. Thanks nurses, doctors, and anesthetists. Paling aku igt Prof Nasir, suka dia pakai dan wat kerja PPK or circulating nurse. Suka ajar kitorang, siap suh pakai glove dan rasa cancer cells yg dah dibuang. Ada jugak few doctors cakap bagus kalu nt jadi scrub nurse, banyak boleh belajar. Hm tengok nt camne. Hehe.

Sebahagian set yg digunakan.

OT blackout. Tp operation kena teruskn dgn bantuan lampu nset. Huu (ni pic masuk OT sem lepas)

At recovery room.

Bajet kemas barang konon. Haha
Masuk OT ni kena jaga sterility, pastu kena salin baju banyak kali kalu nak kuar masuk OT, kena tegur tu perkara biasa. Tulah pengalaman namanya. Haha.

P/s: Sakit tekak. Kat hospital senang dpt infection pulak. Huhu

Thursday, July 12, 2012

Annual Graduation Dinner 2012.

Salam alaik.

Hampir sebulan berlalu baru nak update. Takpe. Takde orang nak marah pun kan. Haha. Okay, Alhamdulillah ni kali ke-3 aku terlibat dgn AGD pada 15 June 2012. Sejak dari first year ag terpilih utk jadi committee. Untuk AGD kali ni aku under unit sponsor. Tapi tak dapat banyak menolong macam yang lain. Sebelum ni bukan main komited wat keje. Huhu. Apapun utk preparation before event memang aku cuba yg terbaik jela. Duk kat Grand Hall sampai malam. Lagipun masa event, unit sponsor kena jaga bahagian registration. Tak berat sangat la tugas kali ni.

Tema AGD kali ni adalah 'Black & Roses'. Menarik kan? Lagipun red is my favorite color. Hewhew. Rasanya ni first time pakai dress sebegitu terutama utk AGD la kan. Masa lain mana ada peluang nak pakai. Haha. Hm malas nak tulis panjang lebar. Nak share pic jela ye. Tapi tak banyak memandangkan sumenya aku amek dari orang. Haha.

Owh lupa nak cakap. Kali ni setiap batch wajib hantar wakil utk performance. Each performance was awesome! Congrats everyone. Hm utk batch 6, kitorang terlibat dlm pembikinan video and I like it so much. Kepalanya mestila Jatjat. Haha. Sebelum ni plan nak wat sajak gak, aku ingat tak jadi. Tapi terjadi jugak. Sibuk mengarang last minute, dan chose few friends utk ke pentas. Peluh-peluh nak hafal. Siap conteng tangan. Buat-buat gaya sambil baca sikit-sikit mana yang lupa. Haha.

At regis booth.

Outside the grand hall.

With my roomate, Farahin.

With our beloved lec, Sr Nani.
DL's students. Congrats all!!
Committees of AGD.

With beloved junior. Ehem!

Its me and bunga!!

Give and take. :) Hehe. Sempat main-main.

Banyak suka duka yang dilalui beberapa hari itu, dan biarlah kami saja yang tahu. Congrats to all seniors. Setahun ag aku pun bakal melangkah ke alam yang sama. Hehe. Eh baru perasan ni post pasal AGD tapi takde gambar makanan pun?!! Haha. :p

P/s: Learn to know u better~

Beger Time!

Salam alaik.

4 June yg lalu selepas berakhirnya written exam (subjek epidemiology), kawan-kawan ajak kuar makan. Plan nak makan kat lain, lain tempat pulak yang pergi. Semuanya disebabkan dah 2 3 kedai kitorang pergi tapi tutup la, blackout la. Pelik jugak tetiba je jadi camtu, tapi tulah namanya takde rezeki kan. Lastly salah sorang rumet aku cadangkan g makan berger.

Walaupun ada yang lapo nasik, tapi pergi jela memandangkan tu je choice yang dicadangkan waktu tu. Maka kami pun bergerak la ke Teluk Cempedak. Whoaa. Dah lama giler tak g TC. Tapi malam-malam bukan dapat tengok n jalan-jalan tepi pantai pun. Setakat singgah makan je.

You know what? Seyes ramai giler dak-dak uia kat situ esp nursing laa. Batch kitorang, 3rd year memang ramai campur dak-dak kos lain ag. Budak 2nd yr ada. 1st yr pun ada. Hm sape ag kalu bukan, teeett!! Haha. Sungguh ini hanya kebetulan. Ni namanya rezeki jugak kan. Tak plan apa-apa pun. Huhu.

Maka kami pun makanlah. Aku ni perut kecik. Usaha jugak nak habiskan sampai buncit perut ni. Tapi tak besar-besar pun. Huhu. Dan pulanglah ke bilik dan bersedia utk OSPE. :p

Makan time!!

With my friends. Eh classmates kt blkg! Haha

Eh juniors pulak kt depan!! :p

Thanks rumet sbb belanja. Dalam usaha naikkan berat badan. Somehow sekarang ni mmg berat aku turun kepada asal balik. Aaaaaaaaa. Sayangnya!! :(

P/s: Orang tu makan banyak, tak macam orang ni. Huhu. :p

I am Back.

Salam alaik.

It has been a while not updating my beloved blog. Eh yeke? Rasanya bulan Jun takde post langsung kan? Huhu. Last post dulu pasal exam timetable kan. Sebab terlalu lama dah tak blogging, result pun dah lama dapat. Haha.

Alhamdulillah. Sangat bersyukur dengan result sem lepas. Walaupun pada awalnya tak dapat cek dgn alasan ada problem ngan financial. Lastly dapat cek jugak lah. Memang debor jugak nak tahu capai target ke tak. Tapi Alhamdulillah, semuanya rezeki. Hm rasanya masih tak terlewat nak post apa-apa cerita sekalipun. Kan? Kan?

Aku ingat nak share pasal apa yang dah berlaku sepanjang sebulan dua ni. Cuma camne tah rasa malas giler nak blogging. Lagipun dgn brodben yg kejap ok kejap tak, wifi yg memang tak dapat-dapat kat mahallah, maka bertambahlah kemalasan itu. Huhu.

Now, dah 4 minggu posting dan sekarang aku berada dirumah. Yeay, dapat cuti sekejap! Dengan ini, tiba-tiba aku rajin sekejap. Tunggu aku post next update ek. Tata. :)

P/s: Selsema again dirumah. -.-'

Monday, May 7, 2012

Final Exam Timetable.

Salam alaik.

Class dah abes. Posting pun dah berlalu selama 2 minggu. So tambah tolak darab bahagi lebih kurang 2 minggu lebih je ag dah nak start final exam semester 2 tahun 3. Cuak. Yup, sangat cuak final exam kali ni. Taktaw nak cakap camne tp aku rasa subjects sem ni amat tough bagi aku. Campur ngan ada 2 subjects yang aku kurang faham, campur ngan midterm dulu ada yg fail. Huhu.

Study pun belum ag. Aaaaa. Aku ni bab-bab nak study awal mmg lemah sket. Kesedaran dah ada cuma action tiada. Aigoo.. Ang, only you can help yourself. Dush! Hm midterm aritu xde kesempatan utk berstudy group. Hope sgt final exam ni ada study group mcm sem lepas. Seyesly sgt membantu terutama org mcm aku ni bkn jenis menghafal point penting. Sooobss!

(click pic to enlarge)
|
|
V

red- my exam, blue- emy's exam
Alhamdulillah ada jugak gap antara satu-satu subjek. Tak macam midterm yg ada 2 paper sekaligus. Mmg otak pening giler overload ngn notes. Huhu. Hm assignment pun sume dah anta. So xde reason nak bersenang-lenang (ayat bajet). Posting penat? Oyeah. Sememangnya. Eh alasan lagi? Haha.

P/s: Masuk exam hall seharusnya bawak sweater!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...