Wednesday, August 3, 2011

Wordless Wednesday #7


P/s: See you soon guys. As 3rd year std. :)

Wordless Wednesday #6


P/s: Fine. Ini adalah Wordless Wednesday. >.<

Monday, August 1, 2011

Hati Berdetik.

Salam alaik.

Alhamdulillah. Ilham selama 10 minit terukir untuk renungan bersama. :')

Ya Allah
Bangunkan aku dari lena yang panjang
Pisahkan aku dari kelekaan
Jauhkan aku dari kesedihan
Dan ku pohon berikanlah aku keimanan

Bukan kesenangan yang ku pinta
Namun berilah aku peluang untuk merasa
Bahagia dunia akhirat yang diidami manusia
Bukakanlah pintu taubat dan hapuslah dosa-dosa

Sejujurnya aku ini insan hina
Tanpa sedar aku ingkari titah-Mu juga
Tapi bila hati kecil berbicara
Aku ingin kembali pada-Mu semula

Aku butuh kekuatan
Aku sedar ku harus berjuang
Perangi diri yang sentiasa rapuh
Dan perlukan bimbingan teguh

Hingga suatu saat dimana aku betul-betul tersedar
Jangan biarkan aku berputus asa
Tiupkan angin semangat ke dalam jiwa
Dan getarkan aku bila mendengar kalimah-Mu.


P/s: Selamat berbuka puasa. Ya Allah, kurniakan kami kerinduan itu. :')

Bffs - 4 Tahun.

Salam alaik.

Alhamdulillah. Baru sebentar tadi aku perasan, ada sesuatu yang aku lupakah tentang arini? Selain hari pertama umat Islam berpuasa? Hmm, dalam ketenangan memikirkan sesuatu, terdetik di hati aku, 'eh tarikh arini 1 Ogos!'. Aah, tak salah lagi!

Rupanya arini genap 4 tahun aku mengenali Bffs aku aka kawan baik selamanya. Alhamdulillah, dari saat aku mula kenal wajah mereka, bekerjasama dengan mereka, berkawan rapat dengan mereka, sehingga aku betul-betul menyayangi mereka ibarat keluarga sendiri, hingga sekarang kami masih berhubung, bersahabat dan sentiasa memahami.

Aku pernah berjanji pada diri takkan lupakan tarikh ini. Tapi aku jua manusia biasa, tetap lupa. Dan Maha Suci Allah kerana ingatkan semula pada diriku tentang kenangan yang tak ingin aku lupakan itu.

Malam itu, tanpa aku kenali seorang pun, aku sendirian ke bilik meeting yang ditetapkan. Wajah-wajah yang tak dikenali itu akhirnya menjadi punca senyuman aku berpanjangan untuk semester pertama. Mereka semua terbaik. Dan antara yang terbaik daripada terbaik itu adalah Bffs aku.

Kami dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Diikutkan aku sepatutnya berada dalam doorbills/handbills group, tapi camne ntah ade senior suh aku masuk group sebelah, banner group. Disitulah permulaan pada perkenalan bff aku. Namun, ada juga bff aku yang aku kenali disitu walaupun tak sekumpulan. Setiap seorang ada memori diingatan camne aku kenal dorang.

Selepas meeting pertama, meeting kedua (aku datang lambat) makin merapatkan kami. Jujur aku katakan, aku sangat senang mengenali dan berkawan dengan mereka. Mungkin ada chemistry. Sehinggalah aku rasa mereka selalu ada dan selalu dalam sebutan. Hehe.

Namun aku sedar pada kekurangan yang ada padaku. Diri ini tak pernah terlepas daripada menyakiti dan melukai hati mereka. Maafkan saya ye awak-awak semua. Maaf-maaf-dan maaf. Dan saya ingin mereka tahu bahawa saya bertuah dan bersyukur ada kawan seperti mereka. Thanks a lot. Kirakanlah jumlah bintang-bintang dilangit jika ingin tahu betapa banyaknya ucapan terima kasih yang ingin saya ucapkan. :')


A true friend is hard to find. And when you finally found them, treasure and appreciate their presence. :')

"Tak semua orang kita rasa selesa utk kongsi apa yg kita rasa. Biarlah ia datang dari hati. Walaupun kita tahu orang tu amanah dan jujur, tapi bila hati kita tak izinkan utk mereka berkongsi rasa, tak perlu kita ceritakan semuanya. Tapi bila orang tu kita rasa selesa utk share, luahkan je. Walaupun tak dapat membantu, tapi dgn dia mendengar dan memahami pun cukup ringankan beban kita rasa"

P/s: Semoga kedatangan Ramadhan kali ini membantu kita utk jadi yg lebih baik.

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan.

Salam alaik.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberi nafas utk berada dalam bulan yang penuh keberkatan ini.

Entri ni ringkas dan simple je. Saya nak ucapkan 'Selamat Menjalani Ibadah Puasa' dan semoga kedatangan Ramadhan kali ini penuh makna dan diberkati Allah. Insyaallah.

Dan dikesempatan ini, saya ingin memohon sejuta kemaafan kepada semua yang mengenali saya. Mungkin ada salah silap yang sengaja atau tidak, secara langsung atau tidak, terguris hati dan apa-apa saja yang buatkan korang rasa kecil hati, saya memohon maaf ikhlas dari hati. :')

Bulan Ramadhan adalah bulan ke-9 dalam kalendar Islam.

‎"Allah has made Laylat al-Qadr in this month, which is better than a thousand months, as Allah says...The Night of Al-Qadr is better than a thousand months. Therein descend the angels and the Rooh [Jibreel (Gabriel)] by Allah's Permission with all Decrees, there is peace until the appearance of dawn." -
[al-Qadar 97:1-5]

P/s: Errr.. selamat posa penuh.. hehe

Pantai Yang Indah.


Salam alaik.

Hari Sabtu, hujung minggu yang selalunya kosong atau kadang kalanya mempunyai perisian tak terduga. Kebetulan kakak aku mengajak aku untuk bermain netball (nt aku update entri lain pasal ni). Setelah berpenat lelah menghabiskan game yang agak lama itu, kami bertiga (aku, kakak & abang ipar) singgah di tepi pantai dekat Rantau Abang kalu tak silap.

Subhanallah. Waaah. Teruja dgn kecantikan alam ciptaan Ilahi. Kagum dan terpesona sebentar. Setelah ketemu satu bukit berbatu, kami tanpa melengahkan masa terus mendaki. Ceh, mendaki la sangat. haha. Tapi seyes, agak tinggi dan kena berhati-hati. Silap langkah mungkin boleh jatuh bukit tu.

Dan Alhamdulillah, permandangan dari situ adalah lebih indah. Angin bukan setakat sepoi-sepoi bahasa tapi memang terkasar bahasa dah. Ternyata ia merupakan satu nikmat dikala terik memancar. Maklumlah berada kat pantai dekat pukul 3 petang still panas ag.

Dan aku apalagi, sambil menikmati indahnya alam. Camera lah menjadi tumpuan. Sambil-sambil makan marshmallow tepi pantai. Terbaik ah. Walaupun setakat duk atas bukit batu tu, tak g celup kaki dalam air kat sisir pantai tu, dah cukup puas hati.


Kagum. :')

Disebalik batu batan.

Menikmati angin pantai yang tak kurang kencangnya.

Tengok orang kat bawah, kecik je kan. Hehe.

Tenang dan damai. Rasa nak duduk lebih lama.

P/s: Jarang ada barang warna biru. Selendang tu pun orang bagi. Huhu

Friday, July 29, 2011

Alahai Adik-adik Ku.

Salam alaik.

Apa khabar semua? Sihat? Arini aku penat sikit. Pegi sana pegi sini tak duk diam. Huhu. Saja nak cite 2 kisah yang wat aku rasa ERRRKK!! -_-' Semua ni gara-gara adik-adik aku. Taktaw dorang wat lawak ke ape tapi aku rasa.. errkkk.. Haha.

Kisah 1.

Adik 4: Beliung gigik sakit ah. (Pepatung gigit sakit la)

Aku: Beliung mane ade gigik orang! (Pepatung tak gigit orang!)

Adik 4: Betol ah. Beliung ye kang makang serangga. (Betul. Pepatung kan makan serangga)

Aku: Doh tu mane tau ye gigik? (Dah tu mana tahu dia gigit?)

Adik 4: Doh Asang bagi ye makang serangga, pahtu sume benda ye makang. (Dah Hassan bagi dia makan serangga, pastu semua dia makan)

Aku: Doh bukang ye gigik orang! (Dah bukan dia gigit orang!)

Adik 4: Doh Asang buh kat pipi... (Dah Hassan buh kat pipi)

Aku: Errrkkk.. Duh! -_-'

*Perlu ke buh pepatung kat pipi?*

--------------------------------

Kisah 2.

Adik 1: Ang, kerat pellang sket. Cepat ah! (Ang, potong mempelam sikit. Cepat lah!)

Aku: Kejap ah! (Sekejap)

**Setelah berdolak dalih 10 minit

Adik 1: Cepat ah, nok makang ngat ning. Dok dang kang. (Cepatlah, nak makan sangat ni. Tak sempat nanti)

Aku: Doh kerat sdiri. Bukang susoh. (Dah potong la sendiri. Bukan susah)

Adik 1: Nok rase air tangan Ang. (Nak rasa air tangan Ang)

Aku: Errrkkk.. Duh! -_-' (Bukan aku masak! -dalam hati)

*Potong buah ada kena mengena ngan air tangan ke?*


-_-"

Alahai adik-adik aku ni. Haha. Aku ni bekeng bekeng jugak kat umah. Tapi kadang-kadang perangai lebih dari adik-adik aku. Tapi kali ni memang aku errrkkkk!! Lawak sengal. Haha.

P/s: Berapa agaknye berat aku skg? -_-'

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...