Tuesday, September 6, 2011

Raya 2011 #2


Salam alaik.

Ni raya kedua. Gambar kat bawah tu masa kat rumah makcik aku sebelah ma, umah Mok Nik. Pastu jalan-jalan ag g umah pakcik makcik sebelah abah lak. Pastu singgah umah tok ag sekali. Pastu balik umah tunggu sedara yang lain-lain datang umah lak. Hehe.

Makan nasi tomato.

Kami adik beradik n my adek wif her husband.

Pasni ag susah nak kumpul ramai-ramai adek beradek. Sobs.

wif my heroes.

bro-sis-me-kazen-kazen

Sedara belah abah mai kat umah. Ramai sebab sepupu dah beranak pinak.

Owh, dah 2 tahun aku duk belajar kat kuantan baru aku tahu ade kazen aku duk kat kuantan gak. Dah la tak jauh mana pun ngan uia. Wife dia tu staff nurse kat HTAA. Dorang ade gak ajak aku g umah dorang kalu free. Hehe. Insyaallah. Senang la aku kalu de pape nt. Hihi.

P/s: Still waiting for few weeks. And i'll be waiting.

Raya 2011 #1

Salam alaik.

Pagi syawal. Selalunya sebelum berangkat ke umah tok, kami sekeluarga akan ambil gambar ramai-ramai. Tapi sayang, tahun ni bilangan tak lengkap pada 1 syawal. Kakak n her husband beraya kat kelantan, adek n her husband beraya kat besut then tengahari baru balik KT, n 2 adik lelaki aku ikut my sis duk kat besut. So takde gambar family diambil. Sobs. *Sayang nye*

Then ke umah tok n kat situ lah kami jumpa sume-sume orang. Pakcik makcik sepupu duapupu tigapupu ke ape laa. Sebab ramai jugak yang datang, jadi pinggan dan cawan plastik dah abes. Tengahari tu sempat pergi giant sebab nak beli barang. Seb bek bukak jugak raya pertama ni. Siap pakai baju raya g giant. Haha.

Aku duk umah tok sampai petang. Ehem sian lak ma aku sorang-sorang kena layan tetamu kat umah. Dah la ma cakap ramai yg datang. Aku takde nak menolong. Sobs. Sorry. Huhu.

Ma & Abah.

Abang, adik, n kazens.

Me! wif them.

Chit-chat raya.

Sempat shopping kat giant. Tak ramai org. Haha.

Dapat la sorang sebijik cokelat.

Owh, tentera kecil baru sampai dikala tengahari. Haha.

K la. Kalu cerita semua takkan habis la kan. Lagipun korang mesti super duper busy n happy masa raya kan. Masing-masing punye cerita lah. Hehe. Salam Aidilfitri. Maaf zahir batin.

**Ok, aku taw kaler aku lain dr orang. -_-'

P/s: I know and Im fine. Just be like usual.

Malam Raya 2011

Salam alaik.

Dah lama belog ni tak diupdate. Ni pun datang mood tiba-tiba. So apalagi. Tapi sebenarnya malas tulis banyak-banyak. So usha-usha gambar la eh.

Biasanya aktiviti malam raya kat umah aku macam umah orang lain jugak. Bese la umah yang ramai budak-budak mesti ade je nak main bunga api lah pelita la dan sewaktu dengannya. Tapi tahun ni, tak meriah sangat sebab 2 adik bongsu aku ikut adik perempuan aku duk ngan dia malam raya.

Jadi no pelita, no bunga api, no mercun la kali ni. Tak disangka-sangka, kazen sebelah umah aku pasang bunga api yang banyak lagi besar lagi kuat lagi cantek. Yang macam orang pasang kat stadium nak sambut new-year-la-konon tu. Tapi takde la besar tu.

Pergh. Memang geram la tengok. Bingit telinga tu toksah cakap la. Memang boom satu badan rasanya. Paling takut bula bunga api tak meletup tapi dah jatuh ke bawah, ke arah kitorang. Semua kaget dah mase tu. Rasa macam nak jauh atas muka sendiri je.

Lastly sebab teruja sangat tengok bunga api yang cantek tu, aku pun g lah umah kazen aku tu. Ingat nak tengok je. Tak pasal-pasal ngan aku sekali maen bunga api. Haha. Termakbul gak hasrat hati kan.

Standard men bunga api. Pusing-pusing suka hati je.

Try wat bentuk macam-macam.

Saranghaeyo. Hehe

Wif my kazen n aunt.

Tarikh ari raye. 30.08.2011

Btw kat kampung aku ni, bunyi mercun sejak dari pose ag boom sana sini. Malam raya memang tak putus langsung bunyi mercun sampai penat aku dengar. Budak-budak punye kerja la kot. T-T

P/s: Thanks sape-sape yg wish raya via phone n Sorry sb aku tak balas pun. Huhu.

Monday, August 29, 2011

Salam Aidilfitri.

Salam alaik.

Alhamdulillah. Masih dan akan terus bersyukur ngan nikmat kurniaan Ilahi. Insyaallah.

Akhirnya syawal menjelma tatkala ramadhan berlabuh dan terus berlalu. Sungguh. Dirasakan sebegitu cepat masa berjalan. Adakah ia berlari? Ok, tak lawak langsung. Huhu.

Sebenarnya dah berhari-hari aku tengok orang duk wish pasal raya ni. Tapi hati aku masih tak terdetik ag nak wish awal-awal sampai la sekarang. Kiranya tunggu masa yang sesuai la kan. Hehe. Poyo je.

Ok dikesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir batin. Taqabbalallahuminna waminkum.

Bagi mereka yang hantar wish raya, ucapan raya, pantun raya dan seangkatan dengannya via fb or phone or pape la. Thanks a lot n sorry kalu tak terreply ye. Jauh disudut hati ni juga mengharapkan benda yang sama iaitu kemaafan dan keberkataan dalam perhubungan sesama muslim. Insyaallah.

0-0 ye~

Owh tahun ni tak pasti dapat amek gambar lengkap satu family ke tak. Sebabnya kakak dan adik aku dah kawen tahun ni. Ada yg ikut husband balik kampung. Huhu.


P/s: Tengok bunga api lawa giler! Dapat gak main bunga api free! >.<

P/ss: Wish raya via email ade org baca x? Huhu.

Saturday, August 27, 2011

Daging Masak Black Pepper.

Salam alaik.

Semalam adik aku ngan husband dia balik umah. Dorang wat balik daging lembu fresh. So lauk semalam semua berasaskan daging. Ma wat sup tulang dan dendeng daging. Aku lak rasa macam nak masak something je.

Tiba-tiba teringat mesti sedap kalu wat masak black pepper. So apalagi, mood rajin pun datang laaagi..

Jom tengok resipi kali ni. (Eh tiba-tiba rasa macam blog kongsi resipi pulak. Haha)


Hasil air tangan aku. Nampak sedap x?

Bahan-bahan:

Daging (dihiris nipis)
Ubi kentang (direbus sekejap)
Lada hitam (ditumbuk halus)
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Sos tiram
Kicap
Garam dan gula secukup rasa
Tepung jagung
Daun limau purut (ikut suka nak letak ke x)

Cara memasak:

1. Perapkan daging bersama lada hitam dan sedikit garam selama 1/2 jam
2. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan daun limau purut hingga naik bau dan diangkat. (Jangan sampai hangus ye)
3. Goreng daging dan masukkan sos tiram, kicap, tumisan bawang dan kentang rebus tadi.
4. Masukkan sedikit air untuk kuah. (nak kuah banyak, letak la air banyak)
5. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
7. Siap untuk dihidang.

See? Senang sangat kan. Kalu tak reti masak pun, insyaallah dapat wat jugak. Bukan perempuan je, lelaki pun boleh cuba.

Alhamdulillah, family aku suka. Berselera mereka berbuka puasa. K selamat mencuba semua.

P/s: Semoga perjalanan mereka yang bakal pulang ke kampung dirahmati. Ameen.

Thursday, August 25, 2011

Choc Chip Cookies.

Salam alaik.

Pertamanya Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Ilahi sebab masih diberi peluang untuk bernafas dan bernyawa pada ketika ini. Siang tadi aku berjaya jugak wat chocolate chip cookies yang memang aku nak wat cuti ni. Hehe.

Walaupun dalam resipi kat tenet cakap dapat dalam 100, tapi aku berjaya dapatkan lebih kurang 150 cookies. Mungkin sebab aku bulatkan kecik-kecik. Jimat. Haha.

Ok. Jom kita tengok resipi choc chip cookies ni. :)


Bahan-bahan:

450 g tepung gandum
250 g mentega
1 biji telur
115 g gula halus
110 g gula perang
100 g chocolate chips
3 sudu besar cocoa powder
100 g badam hancur
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil esen vanilla

Cara memasak:

1. Ayak tepung gandum + cocoa powder + baking soda
2. Pukul mentega + gula hingga kembang
3. Masukkan telur
4. Masukkan tepung yang diayak tadi sedikit demi sedikit
5. Masukkan choc chips + badam dan kacau hingga sebati
6. Bulat-bulatkan dan tekan dengan garfu
7. Bakar pada suhu 160-180 darjah celcius selama 20 minit (atau hingga masak)

Senang kan? Sebab tu aku tertarik nak wat cookies ni sendiri. Dalam 7 dulang yang aku wat, ade satu dulang biskut ni hangus. Terleka jap. Haha. Takpe, bagi adek-adek kat umah makan. Dorang memang terliur sangat nak rasa. And their responses were so good. Hehe

Btw aku tak sukat betul-betul pun macam dalam resipi tapi hasilnya..... Alhamdulillah. Sape-sape nak rasa boleh mai umah selagi stok masih ade. :D

**nota: resipi diubah sedikit mengikut citarasa. dan anda pun boleh juga mengikut citarasa if nak tambah choc rice ke ape ke. hehe

P/s: Teringat my dearest fren aku bagi kuih raya dulu. Tak silap yg cornflakes tu kot.

Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday #13


P/s: Zaman duk CFS PJ: dikala gembira dapat balik kampung ditemani bffs!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...